nuffnang ads

Rabu, 31 Ogos 2011

skesta hari raya 2

Merdeka Raya.
Raya kedua aku sekeluarga balik kampung aku di Alor Gajah Melaka.
Bila sampai cari abah dan mak bersalam salamam peluk cium
kemudian bersalaman dengan adik beradik aku dan anak saudara yang belum kawen dan belum berkerja dapat duit raya.
Rehat sekejap dan plan nak pergi raya kemana...mula mula pergi rumah saudara belah mak dan kemudian saudara sebelah abah.

Malam duduk rumah layan tetamu saudara ,kawan kawan yang datang rumah abah dan mak.

Dah penat..cari tempat parking untuk tidur.
esok apa plan ..tak tahu lagi.


Selasa, 30 Ogos 2011

skesta hari raya pertama

Tahun ini 2011 pada raya pertama aku raya di Johor Bahru.Turn raya rumah mertua.
Pagi macam biasa solat sunat hari raya
kemudian sesi bermaaf maafan...Drama sedih ada yg menangis..emosi...anak anak dapat duit raya..bapa&ibu beri duit raya kepada anak saudara.
makan besar bersama keluarga sebelah isteri.
Makanan wajib ada.... makan ketupat dengan kuah lodeh+rendang+kari ayam+sambal kacang+sambal tempe...menyelerakan.

kemudian kunjung mengunjungi rumah sanak saudara adik beradik secara konvoi....pagi sampai malam....kembung perut kenyang sangat.

esok balik kg aku di melaka.



Ahad, 28 Ogos 2011

Diambang syawal-Kehebatannya

Anak beranak membersihkan rumah..pasang langsir
tukar sarung sofa,cantikan rumah dengan bungaan.

Begitulah rutin tahunan setiap menjelang hari raya.
Rumah menjadi lebih cantik dari hari biasa...Kotaran pun dah hilang.

Tanpa hari raya..sukar nak lihat gotong royang..tolong menolong
antara adik beradik...suami isteri... anak anak dalam perkara menghiaskan rumah dan membuat persiapan hari raya.

Hari raya membuatkan kita bersatu kembali..wow!!! hebatnya hari raya.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Selamat hari raya..maaf zahir batin

Di kesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA...
MINTA maaf...MINTA ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.
MINTA di doakan keselamatan kami sekeluarga sepanjang masa.
dan...... MINTA.......duit raya...ops...!!!hehehe <**>


akhir kata....menjelang syawal kita bergembira jangan dilupa ramadhan yang akan menghilang.

Dari:bilapahatberbunyi-abghani.blogspot.com.


(pos berjadual)

Khamis, 25 Ogos 2011

Kurangkan harga barangan dapur-Tukar menu makanan harian.

Kalau kita selalu pergi ke pasar kita akan dapati harga ikan,ayam,daging dan sebagainya didapati harganya seperti tak akan turun.Mungkin sebab permintaan yang tinggi dari pengguna.

Cara orang kita masak ,hidangannya nasi, ayam,daging,ikan dan sayur .Ayam,daging dan ikan digoreng atau dibuat lauk berkuah.Ini masakan wajib.Kalau ahli keluarga ramai tentulah menunya pun banyak dan perbelanjaan dapur pun meningkat.Masa untuk menyediakan hidangan itu pula ambil masa yang lama.Makannya hanya sekejap saja.Banyak lauk banyaklah pinggang digunakan untuk hidangan.Selepas diguna perlulah dicuci.Part cuci pinggan ni ramai orang malas nak buat.

Kalau kita ubah tradisi cara kita makan iaitu hari hari makan nasi goreng/aneka masakan mee.Dalam nasi goreng/aneka mee tu semua lengkap ada sayur,daging/ayam.Semua vitamin cukup .Bahan seperti sayur ,daging,ayam bawang kurang digunakan.Secara tak langsung akan kuranglah orang beli ayam,ikan ,daging,bawang dan sayuran.Pemintaaan kurang harga pun turun.


Tidur

Tidur adalah sebahagian dari mati.Bila kita tidur kita tak akan sedar.Tidur biasanya pada waktu malam.
Berapa lama kita tidur.Kalau bayi 24 jam,kanak kanak 10-12 jam,dewasa 8 jam dan warga emas 6 jam.

Tidur mati adalah orang yang tidur tapi sukar untuk di kejutkan.Mudah tidur orang yang senang tidur....pantang letak kepala pasti lelap.Mimpi juga datang semasa kita tidur.Bercakap masa tidur di panggil mengigau.

Ada juga orang dewasa yang tidur terlalu lama lebih dari 8 jam.Tidur lewat sudah pastilah bangun lewat.
Tidak digalakan tidur lewat dan bangun tengahari.Ibubapa kena pantau anak yang suka tidur lewat dan bangun lewat.Kadang-kadang ada juga ibubapa yang bangun lewat.

Tidur terlalu lama tidak digalakkan.Muka akan jadi sembab dan otak menjadi lembab atau jiwa boleh jadi kacau.
Kurang tidur juga ada masalahnya- mudah melenting jika di tegur.

Tidur adalah satu nikmat bagi makluk Allah dan gunakan waktu tidur dengan sebaiknya.

psst.....orang yang tidak tahu perkembangan semasa juga boleh di panggil TIDUR.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kamu Lakon Watak apa?

Kalau dalam filem ada watak hero,heroin,orang jahat atau watak pak pacak.Kalau tidak ada watak watak ini sesebuah filem itu seperti tidak sempurna nampak tempang.Watak watak ini akan dilakonkan oleh pelakon pelakon yang hebat dan berbakat supaya watak yang mereka bawa nampak betul betul hidup.Pengarah memainkan peranan dalam sesebuah filem.Begitu juga dengan penulis skrip.Pelakon cuma mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh pengarah.

Kalau dalam dunia realiti ada para pujangga mengatakan dunia ibaratkan pentas dan manusia adalah pelakonnya.Di dunia yang fana ini memang ada orang baik ,orang jahat,orang kaya,orang miskin,menjadi ditaktor,menjadi nelayan,petani dan sebagainya.Kita manusia seperti melakonkan watak masing masing.Watak apa yang kita pegang bergantung pada diri kita sendiri dan orang disekeliling kita.

Kalau kita lihat pada skop yang lebih besar iaitu di dunia yg luas ini kita sebenarnya pegang watak apa?.
Dalam negara kita pegang watak apa?
Dalam masyarakat kita pegang watak apa?
Dalam keluarga kita pegang watak apa?

Selasa, 23 Ogos 2011

mak dapat berapa ayah dapat berapa

Ayah adalah ketua keluarga,mencari rezeki untuk seisi keluarga.
emak cuma membantu mana yang kurang,kebanyakan masanya
menguruskan anak anak dari bayi hingga dewasa.

Bila anak telah dewasa,bekerja dan mendapat gaji sudah tentulah
di beri serba sedikit kepada emak dan ayah.Banyak mana pemberian itu
bergantung pada pendapatan masing masing.

Hasil dari kaji selidik aku yang tak rasmi aku dapati anak anak akan beri duit
pada emak mereka.pemberian pada ayah biasanya kurang dari emak.contoh $100 untuk mak dan $50 untuk ayah.Kadang terfikir juga kenapa ada diskriminasi.pada hal
ayah dari dulu mencari rezeki untuk anak anak.

Betul... memang tak salah beri emak lebih dari ayah,mungkin kita rapat dengan emak sejak kecil atau memang tugas emak menguruskan kewangan keluarga.Cuma kalau boleh elakkan diskriminasi.

Hari Raya +Jalan Raya =Pusara tidak bertanda???

Hari raya adalah hari kita bergembira dan bersukaria.
Bagi perantau inilah masanya mereka bercuti panjang pulang ke kampung halaman.
Samaada naik bas atau kenderaan sendiri yang pastinya mereka akan melalui jalan raya atau lebuh raya.

Bila semua cuti serentak akibatnya jalan raya akan sesak dengan tujuan yang sama iaitu pulang ke Kampung.

Mengikut statastik jabatan polis jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian di musim perayaan adalah 18 kematian sehari.
Kalau dikalikan dengan 30 hari jumlahnya lebih kurang 540 kematian.Dengan jumlah kematian yang ramai ini masyarakat seperti tidak merasa kuatir tapi kalau wabak penyakit dengan jumlah kematian yang sama seperti itu tentulah orang ramai akan panik.
Jumlah kematian di jalan raya di negara kita untuk setahun adalah lebih dari 6000 orang menyamai 12 pesawat boeing 747.Bayangkan kalau 1 pesawat boing terhempas setiap bulan di negara kita.Seluruh Dunia akan panic dan simpati kepada penumpang pesawat yang terhempas.

Kepada pengguna jalan raya memandulah secara berhemah,bersabar dan bertanggung jawab.Ingat orang tersayang yang sedang menanti anda di rumah.

Isnin, 22 Ogos 2011

Hari raya -bloger cuti berapa hari

Kaji selidik.

Salam penghujung Ramadan & Salam Menjelang Raya

Saja nak tahu hari raya penulis blog ada cuti tak?

Kalau cuti start bila? Berapa hari cuti dan bila start menulis kembali.



Wassalam

Anak

Semasa engkau dilahirkan,ia menjadi impian nyata kurnian ilahi untuk ibubapa.
Kebahagian dan kegembiraan ibubapa.Bila kau menangis kau disusui dan bila kau tersenyum tawa sungguh bahagia perasaan ibubapa.Kau ditatang seperti menatang minyak yang penuh.

Betapa mulia pengorbanan ibubapa,memberikan kasih sayang agar kau dapat nikmat hidup di dunia ini.Ibubapalah tempat kau bergantung mengadu masalah.

Masa silih berganti kau membesar tanpa disedari.Kini kau telah dewasa.Membawa hala tuju sendiri.Jangan kau lupa pengorbanan ibubapa.Jangan sesekali kau melukai hatinya.

Anak... kau perlu ingat Ibubapa adalah permulaan hidup kau .Tanpa mereka kau tak akan wujud di dunia ini ..tak akan dapat melihat bulan dan matahari.

Anak... hormatilah mereka...hargailah mereka.

Ahad, 21 Ogos 2011

satu hari di hari raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padaNya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira…
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia.

Lagu:M.Nasir
pssssst.....ini lagu raya fibred aku...menusuk jiwa.



Mahalnya buffet Ramadhan di hotel...siapa yang untung

Sepanjang bulan ramadan akan adalah segala macam promosi
berbuka di hotel hotel.Iklan iklan menarik pelanggan pelanggan
Individu atau dari sektor korprat.

Untuk individu atau berkeluarga kalau berbuka di hotel rasanya tidak berbaloi
kerana berapa banyak sangatlah kita boleh makan.Makanan memang sedap dan banyak pilihan tapi bolehkah kita makan semuanya.Harga makanan yang kita mampu makan tu kalau dihitung dengan wang ringgit rasanya dalam $10.00 sahaja berbanding dengan buffet ramadan yang kita bayar $50-$70+++ untuk satu kepala.

Pelanggan utama bagi buffet ramadan di hotel hotel ialah ahli perniagaan yang meraikan atau entertain pelanggan mereka berbuka di hotel hotel.Kalau sepuluh pelanggan yang mereka bawa paling tidak pun mereka akan bayar lebih dari $600.00.

Yang untung adalah pihak hotel.Kalau 1 hari ada 500 pelanggan x $60 =30,000.00 semalam ,kemudian x dengan 26 hari =$780,000.00 inilah jumlah setiap kali ramadan
yang pihak hotel kutip dari hasil makan dan minum waktu berbuka di bulan ramadan.
Ini untuk satu hotel kalau 100 hotel.. kita fikir sendirilah.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Raya banyak guna duit

Hari Raya memang tidak di nafikan memang meriah apabila tiba waktunya.
hari raya juga kita di galakkan memakai pakaian baru dan disediakan sedikit juadah
yang sedikit berlainan dengan hari hari biasa.

Hari raya juga para ibubapa sibuk menyediakan keperluan hari raya sebaik yang mungkin.Anak anak dibelikan baju baru paling tidak pun 3 pasang.Isteri pula
menyediakan langsir baru atau yang lama ditukar baru.Kuih muih dan juadah rendang ayam daging ketupat lemang itu perkara wajib yang perlu di sediakan dihari raya.


Hari raya adalah hari dimana kita merayakan setelah sebulan kita berpuasa.Kalau
di bandar bandar besar hari raya disambut selama sebulan.Sehingga hari yang ke 30
masih ada lagi orang yang membuat rumah terbuka.

Begitulah hakikatnya sambutan hari raya di negara kita cukup meriah dan hari raya juga memang perlu guna duit yang banyak.Kalau tiada perancangan kewangan awal terlalu sukar untuk menyambut hari raya.

Jumaat, 19 Ogos 2011

meriah tak raya kalau......

Hari raya semua orang berpakaian serba baru,perabut baru dan langsir baru.

Hari raya juga kita ziarah menziarahi bertandang kerumah saudara mara,sahabat handai ,dan rumah jiran.

Kalau trend sekarang ini majlis hari raya adalah mengadakan rumah terbuka.Biasanya kita pergi berhari raya bersama keluarga atau berkumpulan bersama rakan.Jarang kita berhari raya secara solo.

Dalam kita sibuk berhari raya tiba tiba baju yang kita pakai sebiji sama dengan langsir tuan rumah yang kita pergi berhari raya atau sama dengan tetamu yang ada disitu.

Dalam situasi nie apa yang harus kita buat.

ni citer merapu di petang ramadan.

Khamis, 18 Ogos 2011

Siaran TV Otai kabur banyak semut

Dulu kalau tak silap sebelum tahun 90an sesiapa yang memiliki peti TV di wajibkan ada lesen TV bayarannya setahun $24.00.Itu pun susah orang nak bayar.Kalau jabatan penerangan buat pemeriksaan sanggup surukkan TV.Area ada tapi bila masuk rumah TV nya tiada.Kini tiada lagi lesen TV.
Astro satu bulan bayar $100.00 orang sanggup bayar.Sebab apa.....antaranya kualiti siaran tersangat baik.

Aku yang tinggal di Johor Bahru sepatutnya tak perlukan Astro kerana di sini sudah terdapat banyak siaran.
TV malaysia ada TV1,TV2,TV3,NTV7,TV8,TV9.Siaran S,pura ada 4 chanel dan TV Indonesia ada 3 siaran.Yang peliknya TV S,pore siarannya terang Begitu juga TV Indon siarannya juga agak terang tapi RTM TV 1 gambarnya kabur.Sepatutnya tidak begitu kerana RTM adalah siaran TV yang paling lama bersiaran di Malaysia.

Walaupun aku jarang menonton siaran TV1 sepatutnya TV Kerajaan ini mesti siarannya berkualiti tinggi gambar terang.Guna Astro barulah terang TV 1.Aku harap blog aku dibaca oleh pegawai menteri yang jaga RTM..Buat kajian kenapa TV1 siarannya tak terang.Mungkin salah peti tv aku atau antena tak cukup tinggi.Rasanya bukan sebab itu.Siaran Indon tak pakai antena pun boleh dapat siaran
Aku rasa tempat lain pun sama TV 1 siarannya kabur seperti banyak semut.

Rabu, 17 Ogos 2011

Raya anak dulu dan anak sekarang

Raya anak anak zaman dulu iaitu tahun 50an.Zaman abah dan emak aku.Aku rasa memang dinanti nantikan oleh kanak kanak kerana pada hari raya sahaja biasanya dapat makan yang sedap sedap contohnya makan daging dan ayam.Pakaian ikut kemampuan keluarga pada zaman tersebut.Kebanyakannya tiada baju baru.Duit raya kalau raya rumah orang berduit memang dapatlah..rasanya 1 sen -5sen kot.Mercun aku tak pasti tapi meriam buluh memang stu kemestian.Walaupun serba kekurangan ia tetap meriah dan sering di nanti nantikan ketibaannya.

Zaman aku menjadi kanak kanak tahun  80an.Hari raya masih dinanti nantikan.Selain dapat makan ayam dan daging dapat juga kumpul duit hasil pungutan duit raja.Malam raya@mantai di kampung aku biasanya setiap rumah akan ada kenduri dan Pak Imam akan bertakbir pergi ke setiap rumah.Biasanya tuan rumah akan beri sedekah dalam bentuk duit dalam 10sen-50sen.Kalau ada 30 buah rumah alamatnya memang kembunglah perut sebab kena makan.Menu biasanya nasi ,lemang , ketupat rendang ayam dan daging.Pukul 2 pagi baru tamat.
Pakaian raya biasanya ada 1 atau 2 pasang berserta dengan kasut.Keghairahan untuk berhari raya memang seronok setiap malam mesti di cuba kasut baru dan lihat pakaian didalam almari seakan tidak sabar untuk diperlihatkan kepada kawan kawan.Meriam buluh dan mercun masih ada lagi.

Anak anak abad 21 aku lihat keghairahannya dah berkurangan.Kalau beli baju raya pun nampak macam biasa biasa saja.Takder lah tengok atau nak cuba pakai macam aku dulu.Mungkin dah kerap kali beli baju baru. Lauk ayam dan daging dah tak pandang .Mungkin dah kerap kali makan lauk ayam dan daging.Kalau pergi rumah saudara mara masa umur bawah 12th dia akan ikut tapi kalau dah remaja
susah nak ikut.
Mercun dan meriam buluh sudah jadi barangan larangan sebab banyak yang putus jari kerana terlalu kreativ.

Jangan sia siakan cinta pertama anda

Cinta pertama adalah satu perasaan sayang dan kasih atau berkenan di hati yang pertama kali wujud di hati kita terhadap pasangan kita iaitu lelaki atau wanita.Ia bukan cinta monyet kerana cinta monyet dia datang dan pergi tidak menimbulkan kesan.

Ini kisah teman aku yang terlepas cinta pertamanya gara gara takut untuk meluahkan perasaan kepada gadis yang dia minat dan cintai
dalam diam diam.Gadis ini adalah rakan sekerjanya.Aku tanya dia kenapa tak berterus terang.......dia kata dia takut cintanya di tolak.Bagi aku biar pun cinta di tolak sekurang kurangnya kita sudah meluahkan perasaan kita dan kita tahu jawapannya dia suka atau tidak.

Kini 10 tahun telah berlalu dia pun sudah bekeluarga dan gadis itu pun telah berkeluarga.Selepas kedua duanya berkeluarga dia dapat tahu
yang sebenarnya gadis itu juga meminatinya tapi dia tunggu teman aku ini mememulakannya dulu.Hasilnya kedua duanya melepas.Apa nak buat tahi kambing bulat bulat dan nasi sudah menjadi bubur.

Kini teman aku merasa sukar untuk melupakan cinta pertamanya.Pada waktu dia berseorangan dia pasti akan teringati cinta pertamanya.
Mungkin rasa menyesal kerana tidak meluahkan perasaannya dulu.Kalau dia boleh kembali dimasa lalu dia nak betulkan balik keadaan.
Dia sayangkan anak isterinya cuma dia tidak boleh melupakan cinta pertamanya.Fuh...begitu mendalam cintanya.

Moral of the story..jika anda cinta seseorang luahkan perasaan anda padanya....samaada dia suka atau tidak  itu belakang cerita....sekurang kurangnya anda telah mencuba dan tidak menyesal di belakang hari.

Bagai mana dengan cinta pertama anda...hapi ending or......

Selasa, 16 Ogos 2011

New Water/Air Kumbahan-Kita akan menggunakannya suatu hari nanti

New water adalah air yang di guna semula iaitu air dari bilik air kita dikitar semula dan bersihkan sehingga boleh di minum semula.Negara jiran kita iaitu Singapura telah mengunakan air new water ini atas sebab kekurangan sumber air.Mereka telah membangunkan teknologi membersihkan air dari air kumbahan menjadi bersih sediakala.

Di negara kita terutama yang tinggal di Johor dan juga orang orang politik pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Singapura yang menggunakan air dari kumbahan ini.Mereka rasa kita di Malaysia tidak mungkin akan menggunakan air kumbahan yang di kitar semula ini

Tidak mustahil lagi 50 tahun atau 100 tahun lagi kita juga akan menggunakan air New Water ini seandainya sumber air dinegara kita tidak dijaga dengan baik.Lihat saja pencemaran air sungai yang semakin nazak di negara kita.Tidak mustahil ia akan berlaku.Sekarang ni pun ada beberapa negeri dinegara kita air paipnya kadang kadang menjadi keruh.

Pada masa itu kita akan tercari cari dan baru mahu belajar teknologi membersihkan air kumbahan menjadi new water.Mungkin kita akan belajar dari negara yang pernah kita persendakan suatu masa dahulu cara cara menguruskan sumber air kumbahan menjadi air bersih.Sebelum perkara ini berlaku mari kita dan pihak yang berwajib menjaga sumber air kita dengan lebih bertanggung jawab.

Sungai Mengalir Lesu

Kalau kita melalui jalan lama dan melalui jambatan kita akan nampak papan tanda cintailah sungai kita.Berapa banyak yang terkesan dengan ayat tersebut.Cinta di sini bermaksud jaga dan hargai sungai kita seperti mana kita menjaga orang yang kita sayangi dan cintai.Anugerah alam ini kita pinjam dari generasi akan datang.Jadi kita kena jaga sebaik munkin barang yang kita pinjam.

Dari pengamatan dan pengembaraan aku di Malaysia  ini aku lihat banyak sungai  yang dah dikategori tercemar.Air yang jernih cuma di kaki gunung.Dihilir airnya sudah keruh seperti teh tarik.Lagi teruk kalau sungai itu melalui bandar dan kawasan kilang,air nya bewarna hitam penuh dengan sampah sarap.
Ditambah pula kalau sungai itu melalu kawasan pertanian kelapa sawit,sudah pastilah airnya bercampur dengan baja kimia.
Dikampung aku sendiri sungainya tiada hidupan seperti ikan.Tidak seperti dulu banyak hidupan air.Dulu sungai ini menjadi sumber protin bagi penduduk kampung kini sungai ini mengalir lesu tiada lagi anak anak ikan bermain di gigi air.

Disini aku puji usaha kerajaan negeri Melaka yang berusaha keras memulihkan sungai terutama sungai Melaka.Sungai yang dulu kotor kini telah berubah menjadi hampir bersih dan di jadikan pusat pelancungan.Walaubagaimanapun aku lihat masih ada lagi terdapat botol dan plastik minuman di buang kedalam sungai Melaka.Masyarakat kita perlu dididik CINTAILAH SUNGAI KITA.

Isnin, 15 Ogos 2011

kuih dan ceritanya-suka yang mana


Kuih yang paling samseng? Lompat Tikam

Kuih paling seksi? Puteri Mandi

Kuih paling kotor? Taik Itik

Kuih paling cute? Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda? Seri Muka

Kuih paling alim? Kuih Ketayap

Kuih tak mengghairahkan? Batang Buruk

Kuih suka pukul? Kuih Lompang

Kuih binatang dalam zoo? Badak Berendam

Kuih polis trafik? Kuih Sampreeeeettttt

Kuih mengghairahkan? Kuih Bangkit

Kuih orang tak mandi? Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram? Kuih Makmur

Kuih paling lembab atau slow? Kuih Siput

Kuih paling laju? Kuih Sepang (F1)

Kuih boleh meletup? Kuih Bom

Diceduk dari nukilan husin-lempoyang.blogspot.com

Ahad, 14 Ogos 2011

Fesyen Orang Bumi

Fesyen mengikut peredaran zaman.Fesyen banyak berkait dengan pakaian.Penggemar fesyen kebanyakannya dari golongan wanita.Industri fesyen juga menjana ekonomi berbilion ringgit di Malaysia.Ada yang dapat untung dan ada yang keluarkan wang untuk dapat fesyen terkini.

Orang zaman batu juga ada fesyennya yang tersendiri berbaju kulit sekadar menutup badan mana yang perlu.Fesyen orang zaman batu nampak seksi..Negara barat dengan fesyennya mengikut musim dan orang timur mengikut budaya.Orang Islam dengan fesyen muslimahnya menutup aurat.

Fesyen untuk orang lelaki tak banyak perkembangan iatu seluar baju,kasut dan cermin mata.Fesyen lelaki juga tiada unsur unsur seksi hampir semuanya menutup aurat kecuali fesyen swimming trang.

Fesyen wanita memang banyak perkembangannya.Mereka berhabis wang untuk fesyen.Ada fesyen seksi,fesyen anggun menawan dan fesyen tutup aurat iaitu muslimah fesyen.
Bagi yang minat fesyen seksi biasanya di gayakan oleh remaja up to date.Skirt senteng dan baju yang ketat mengikut bentuk tubuh.Disukai oleh orang yang mempunyai bentuk tubuh yang menarik.Kadang kadang pakaian seksi ini tidak cantik tapi oleh kerana digayakan olih perempuan yang cantik secara automatiknya pakaian itu nampak cantik.Lelaki memang suka kalau perempuan menggayakan pakaian seksi ini.Suka tengok aje.Paling tak pun di jeling sepintas lalu.

Di Malaysia rata ratanya wanitanya mengayakan fesyen menutup aurat dengan bertudung,baju kurung atau memakai jubah.Bagi yang moden sikit mereka suka berseluar baju labuh dan bertudung.Bagi yang terlalu moden pula seluar ketat baju lengan pendek dan bertudung...nampak seperti ada yang tidak kena .

Dunia fesyen akan terus berkembang selagi ada manusia.Dunia seakan berhenti kalau fesyen tidak berkembang.

Wanita Bagus

Kemajuan wanita semakin terselah di Malaysia.Banyak kemajuan yang di capai semenjak selepas Merdeka.Dari terpelosok di dapur kini wanita telah menguasai 30% dalam bidang pentadbiran iaitu pembuat dasar dan keputusan dalam sesebuah syarikat.

Selain menjadi Ketua dalam sesebuah syarikat wanita juga telah memegang jawatan Menteri dan Gabenor bank negara iaitu salah satu jawatan yang penting dalam negara kita Malaysia.Kejayaan ini tentulah tidak datang bergolek.Ia datang dengan usaha yang gigih dari wanita terdahulu dan juga sikap terbuka dari golongan lelaki Malaysia telah membantu golongan wanita maju kedepan.

Dari segi pendidikan pula wanita telah maju kehadapan.Banyak IPTA dan IPTS di kuasai oleh golongan wanita dan tidak hairanlah di masa depan Wanita akan  mengenguasai segalanya dan mungkin juga Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri Wanita di masa depan.Tidak mustahil.

Di Arab Saudi Wanitanya tidak dibenarkan memandu.DiMalaysia wanita dibenarkan memandu malah ramai juga wanita bujang memiliki kereta sendiri dan tidak mengharapakan golongan lelaki.

Kepada kaum adam mulai hari ini jangan main main lagi.Belajar bersungguh sungguh jangan nak asyik  merempit,terlalu enjoy dan terlibat dengan dadah.Jangan sampai maruah kita tergadai di masa depan.

Apa apa pun wanita memang bagus atas usaha mereka.Syabas.!!!


psssst......dalam dunia blog pun ramai wanita...yg komen dalam dalam blog aku pun 99% wanita.
Siapalah aku tanpa wanita?????


Sabtu, 13 Ogos 2011

Perbagainya Lelaki Dari Kaca Mata Lelaki


Lelaki 1
-Lelaki adalah seorang pemimpin
-Lelaki adalah seorang yang gagah perkasa
-Lelaki adalah seorang yang bertanggung jawap
-Lelaki adalah seorang yang bertolak ansur dan penyabar.
-Lelaki berfikir sebelum bertindak
Lelaki 2
-Lelaki tidak suka membebel
-Lelaki tidak suka di bebel.
-Lelaki boleh jadi baik dan boleh jadi nakal
-Lelaki akan marah kalau kelakiannya dicabar
-Lelaki suka lihat perempuan cantik.
-Lelaki segak dan kacak di gilai oleh wanita.

Bisness

Berniaga antara bidang pekerjaan yang tertua di dunia.99% rezeki datang dari berniaga.Orang berniaga untuk pendapatan sendiri dan memberi pekerja gaji.Bidang ini tergolong dalam fardu kifayah.Tidak semua orang boleh berniaga,Hanya insan insan terpilih saja boleh berniaga.

Berniaga ada yang untung dan ada yang rugi.Ada orang berniaga yang halal dan ada berniaga yang haram.Bagi orang Islam tentulah berniaga secara halal iatu jujur dan tidak menipu.Banyak pahalanya bagi orang yang berniaga.

Rezeki tidak datang bergolek atau jatuh dari langit.Bagi yang tiada kemahiran berniaga rezeki anda biasanya dari makan gaji.Allah akan turunkan rezeki melalui orang yang mempunyai kemahiran berniaga.Biasanya golongan peniaga di malaysia ini orang cina atau pelabur asing.Terlalu sedikit orang Melayu Islam yang berniaga membuka kilang atau sektor industri.Peniaga ini akan membayar gaji kepada yang bekerja dengan mereka.Jadi dapatlah mereka gaji untuk membesarkan anak anak.

Bayangkan ganjarannya jika orang Islam yang berniaga.Mewujudkan peluang pekerjaan dan menyampaikan  rezeki kepada yang memerlukan.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Telefon Bimbit

Benda kecil yang  penting.Dibawa kemana sahaja.Gelisah kalau tertinggal di rumah.Sanggup patah balik untuk membawanya.Ada orang memerlukan dua dan aku satu sudah memadai.Itu lah penangan Telefon bimbit atau handphone.Rasa ketinggalan kalau tidak memilikinya.

Ada yag mahal dan ada yang murah.Aku gunakannya hanya untuk sms, menghubungi dan di hubungi.Dulu zaman public phone .... kemana saja aku pergi tidak menjadi masalah tanpa telipon bimbit tapi kini telepon bimbit sentiasa bersama aku.

Dengan adanya telepon bimbit kita menjadi semakin dekat dunia menjadi semakin  kecil.
Bila bila masa sahaja kita boleh menghubungi dan di hubungi.


Terima kasih kepada orang yang menciptanya.

Politik Negara

Dikalangan umur 25th kebawah ramai yang tidak berminat tentang politik.Bagi mereka politik itu membosankan dan mejelekkan..Tapi tahukah kita yang mencorakkan politik masa depan negara adalah  generasi muda sekarang.

Jika kita tidak berminat tentang politik,setidak tidaknya kita ambil tahu serba sedikit tentang suhu politik negara .Semua berita tentang politik negara boleh di dapati di surat khabar , berita di TV atau di blog blog politik..Mudah bukan.Baca dan buat kesimpulan.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi.Jika anda berumur 21 tahun anda layak mengundi.Bila kali terakhir anda mengundi?Jika belum mendaftar sebagai pengundi daftarlah sekarang di pejabat pos atau pejabat spr.Undi anda menentukan masa depan negara.

Jika anda tidak berminat juga tentang politik...tidak mengapa kerana ini bukanlah satu kesalahan.Teruskan hidup anda seperti biasa.Fokus kepada kerjaya harian anda.

Merdeka Raya Kibarkan Jalur Gemilang

Lagi dua minggu kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun.Semalam aku ronda di kawasan kejiranan aku .....kelihatan kibaran jalur gemilang tak banyak kelihatan.Kelihatan begitu banyak lampu kelip kelip menandakan hari raya bakal menjelma.
Di pusat membelibelah juga lebih kepada menyambut hari raya.Kesiannya hari merdeka seperti terasing. Orang ramai lebih kepada sambutan hari raya.Dimana jiwa patriotik mereka.Anak anak tidak mengerti apa itu kemerdekaan.Bagi mereka hari merdeka hanya sekadar cuti umum.

Bersama ini aku menyeru marilah kita mengibarkan jalur gemilang di hadapan rumah kita tanda kita cinta kepada negara kita malaysia.
Aku cadangkan kepada pemilik blog kibarkanlah jalur gemilang di blog masing masing.Buatlah satu kempen di entri anda kibarkan jalur gemilang.Aku tak mampu nak buat kempen sebab aku bloger baru tak ramai yang baca blog aku.

Aku dah cuba nak letakkan bendera jalur gemilang di blog aku tapi tak berjaya.Maklumlah aku hidup di zaman mesin taip.Mesin taip pun dah jadi buruk lagi antik dan  akan dijadikan perhiasan untuk hari raya .

Kibarkan lah jalur gemilang di blog anda.

Harap maklum.

Khamis, 11 Ogos 2011

Lelaki Pemalu

Lelaki Pemalu memang ada di Malaysia ini.Sama ada ramai atau sedikit aku tak pasti.Lelaki tak tahu malu rasanya ramai..Hari ini aku cuma mahu cerita lelaki pamalu atau takut dengan wanita.Bila berhadapan dengan wanita dia jadi gelabah,menggigil atau hilang focus.Lelaki jenis ini memang sukar mencari teman wanita.Kalau berkawen juga biasanya isteri yang menguruskan segalanya.Dapat isteri mungkin dari carian keluarga.

Mahu mengurat wanita memang tak adalah.Mereka lebih selesa wanita yang mulakan langkah dahulu.Kalau bab kawen nie jarang pula wanita mulakan langkah dahulu  tapi tak salah kalau keluar dari tradisi.Aku tak tahu kenapa lelaki jadi pemalu dengan wanita.Mungkin kurang bergaul masa kecil.

Ada andaian mengatakan lelaki bujang kalau dah berumur lebih 45tahun kalau belum berkawen dia akan terus tidak berkawen kerana rasa gatalnya sudah hilang tapi bebeza dengan lelaki yang dah berkawen gatalnya tetap ada hahaha.......Ini cuma andaian sahaja tiada kaji selidik.

Bintang di angkasa-ciptaan yang maha agung lagi bijaksana

Kalau aku berada di tepi pantai pada waktu malam aku suka dongak ke langit untuk melihat bintang bintang di angkasa.Berkelip kelip seperti ia sedang melihat aku yang berada di bumi.

Hati aku sering berkata kata ada  kehidupan kah di atas sana.Kalau ada bagaimana bentuknya.
Berjuta bintang dan planet di angkasa ada kah hanya bumi saja yang mempunyai hidupan.

Mungkinkah manusia bersendirian di dalam angkasa yang luas ini.Dimana penghujung angkasaraya ini.Akal manusia tak terjangkau untuk memikirkannya.

Allah maha besar pencipta dan penjaga sekelian alam..Tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH SWT.

Rabu, 10 Ogos 2011

Bazar or Bazir

Setiap bulan Ramadan akan wujud satu perniagaan bermusim iatu Bazar Ramadan.Kebanyakannya menjual makanan dan minuman.Jika di pandang dari sudut ekonomi ia sesuatu yang bagus menjana ekonomi  kawasan setempat dan menambah pendapatan peniaga kecil serta pembekal bahan mentah.Peniaga juga perlu berlaku jujur menjual barangan dengan harga patut dan tidak menjual barangan yang sudah basi.

Bagi pengguna yakni pembeli dari sudut kebaikannya ia juga sesuatu yang bagus dan memudahkan kita yang bekerja membeli untuk berbuka bersama keluarga atau di sedekahkan pada jiran jiran.Yang menjadi masalahnya adalah tidak tahan dengan godaan iaitu nafsu makan yang meluap luap.

Bila kita masuk saja ke Bazar Ramadan paling tidak pun kita akan membeli kuih muih.Kalau diikutkan hati memang mahu di borong semua yang di jual di Bazar Ramadan tersebut.Bagi yang tinggal bersama ibubapa atau keluarga biasanya di rumah makanan memang sudah disediakan kemudian di tambah dengan belian di Bazar Ramadan dan jiran jiran pula menghantar juadah makanan..Hasilnya atas meja menggunung dengan makanan.
Makanan tersebut kalau habis dimakan tak jadi masalah tapi kalau tidak habis memang jadi satu pembaziran.
kalau tak boleh disimpan...jawapannya disimpan di dalam tong sampah lah gamaknya.

Teringat aku kisah rakyat Somalia yang mati kebuluran....kita disini mati terlebih makan.Hayatilah maksud berpuasa yang sebenar menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

kebaikan pandai sifir

1x2=2
2x2=4
3x2-6
4x2=8
5x2=10
6x2=12
7x2=14
8x2=16
9x2=18
10x2=20
11x2=22
12x2=24

Teringat aku dulu cikgu aku pernah berkata semua murid mesti hafal sifir 2 hingga 12 kerana kalau tak hafal nanti kena tipu dengan taukeh kedai.
Alhamdulillah setakad ni aku belum kena tipu lagi dengan taukeh TESCO hehehe....

Selasa, 9 Ogos 2011

Makanan orang kita suka??

Makan semua orang suka makan.Hari hari kita kena makan.Bagi yang sakit tak boleh makan bersabarlah mungkin nikmat makan ditarik sebentar.Bagi yang sihat bersyukurlah kita masih boleh menikmati hidangan makanan.

Makanan harian orang kita khasnya orang melayu adalah nasi campur lauk pauk ulam ulaman.Selera kadang kadang berubah ubah.Jarang sekali kita bangga dengan makanan kita.Ada masanya kita bangga dengan western food,nasi beriani,nasi arab,shushi, kimchi dan sebagainya.Bangga sangat kalau dapat makan.
Pernah tak kita terfikir bangsa arab,eropah.jepun atau korea kenal atau suka masakan kita seperti nasi ambang,nasi lemak,nasi campur ,cencaluk atau budu.Aku rasa mereka tidak kenal secara dekat dengan masakan makanan kita.Kenapa?

Lihat saja papan tanda di restoran tertulis Tom Yam Thai pada hal restoran tu di malaysia.Apasalahnya tulis Tomyam cita rasa malaysia.Lagi satu kita dah biasakan anak kita makan fast food kfc,mc donald dan sebagainya.Ini semua menyebabkan anak anak kita kurang minat makan nasi.Bila mereka besar nanti mereka juga akan mengajar anak mereka makan makanan fast food ini.Mungkin 50 tahun lagi orang malaysia tidak suka makan nasi.Selera telah berubah.Mungkin kah ini berlaku????

Kerjaya-Buruh Kasar

Buruh kasar meliputi kerja kerja yang berkaitan dengan pembinaan seperti membina jalan raya dan bangunan.Kerjaya yang agak extrim memerlukan daya tenaga yang banyak dan bermandikan peluh.

Awal merdeka kerjaya ini banyak diceburi oleh orang orang cina yang terkenal dengan kerja keras dan rajin.Majikan mereka kebanyakkan kontrktor yang terdiri dari orang inggeris.Sekitar tahun 70an , 80an dan awal 90an barulah ada buruh kasar dari kalangan orang melayu.Itu pun sebab tekanan ekonomi yang mendesak orang orang melayu mencari kerja untuk sesuap nasi.(zaman kemelesetan ekonomi)Kebanyakan majikkan pada masa itu adalah di kalngan orang orang cina.

Kini kerja buruh kasar di monopoli oleh pekerja Indonesia dan banglades.Gaji sekitar $1000-$2000.Anak anak muda tempatan sudah tidak berapa berminat lagi bekerja sebagai buruh kasar.Jika mereka terlibat  dalam sektor pembinaan mereka akan menjadi sebagai kontrktor,enginier dan akitek.Bagi lepasan SPM yang keputusan tak berapa baik mereka lebih berminat dalam sektor perkilangan.

Perlu di ingat sumbangan kerjaya sebagai buruh kasar adalah sangat besar dalam pertumbuhan ekonomi negara kita.Kalau tiada mereka maka tiadalah lebuhraya ,rumah teres,stadium dan bangunan pencakar langit.Hargailah sumbangan mereka walaupun mereka buruh asing.

Isnin, 8 Ogos 2011

Usia Umur

Tiba tiba timbul idea nak cerita tentang perkembangan usia manusia .
Berbaring-berkaki empat-berkaki dua-berkaki tiga-berbaring kembali.

Zaman kanak kanak-1- 12 th ...umur nie tanggung jawab kurang tapi ibubapa yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kita.Pendapat ibubapa wajib di ikut.Jarang buat keputusan sendiri.Bermain adalah satu kemestian.Yang perempuan munkin sudah akil baligh dan yang lelaki pula dalam proses nak dapat mimpi ghairah.Umur 12th dah boleh mohon kad pengenalan.

Zaman Remaja-13-19 th-Zaman mencari identiti sendiri.Mudah terpengaruh dengan aktiviti yang hapining.Perangai pra-matang.Rasa jiwa terkongkong kalau dikawal keterlaluan oleh ibubapa.Rasa diri sentiasa betul.Bermulanya cinta monyet.Keluar bersama ibubapa dah mula kurang.Zaman ini yang menentukan hala tuju kita di masa depan tapi kalau tergelincir masih ada harapan untuk bangkit semula.

Dewasa-20-25th-Umur 21 tahun jangan lupa daftar mengundi...haahaha...Bagi yang pandai mukin dalam U lagi.Yang kurang bijak akan mencari pekerjaan yang sesuai .Peringkat ini mula nak cari pasangan hidup.Kerjaya & ekonomi kalau teguh boleh kawen.Macam aku lah umur 25 dah kawen...hehehe .miang dah sampai.

Terlalu dewasa-26-39th-Bagi yang sudah berkawen..sibuk menguruskan keluarga.Masa untuk diri sendiri berkurangan.Bekerja keras cari rezeki kumpul duit untuk anak anak dan masa depan.Zaman ini masa berlalu begitu pantas.

Hampir separuh abad 40-49.Bagi lelaki kata orang live begin fourty.Puas aku berfikir dan tanya orang kenapa live begin fourty.Ahaaaa...sebenarnya bagi lelaki yang kawen awal sebelum umur 25 th anak anak mereka dah besar dah tahu menguruskan diri sendiri.Ekonomi pun dah stabil.Isteri pula adakalanya  sibuk berpesatuan atau melayan anak yang mula dewasa terutama dengan anak perempuan.Lelaki mempunyai banyak masa waktu ini contohnya boleh bersembang di kedai kopi dengan kawan kawan ,menonton bola dan kalau silap langkah boleh bercinta lagi....tapi kebanyakannya dah mula berfikir soal akhirat.

Hari Tua 50 th keatas-Munkin dah bercucu.Anak anak pun dah besar panjang punyai keluarga sendiri.Hal dunia munkin sudah tidak difikirkan lagi.Kalau semua anak ada kehidupan sendiri rasanya tinggal berdua aje dengan isteri.Hidup terasa sunyi.Penyakit mula datang dan menanti saat berakhirnya hidup.

Ahad, 7 Ogos 2011

Impian

Impian atau keinginan.Apakah impian  no 1 anda di dunia ini.Sudahkah ia tercapai.Ada impian menjadi kenyataan atau hanya sekadar impian sahaja.Apa beza impian dan cita cita.?? Ada orang impiannya berubah ubah setiap tahun.Setelah impian anda tercapai adakah lagi impian lain yang ingin anda capai.

Impian menjadi kaya....kaya yang bagaimana...menjadi jutawan....tak ramai orang yang menjadi jutawan .Hanya berniaga saja boleh menjadi jutawan.Berniaga kedai runcit atau jual goreng pisang rasanya sukar nak jadi jutawan.Bekerja makan gaji pun tak boleh jadi jutawan.Bermiaga berskala besar saja boleh jati jutawan ..itu pun kalau perniagaan itu maju.

Impian bahagia dalam hidup...hahaha apa itu bahagia......bahagia sepanjang hidup adalah sesuatu yang sukar di capai.Ada orang kata bahagia itu gembira atau senang hati.Pasangan bahagia bermakna pasangan yang senang hati dan gembira dengan pasangannya.Bagi orang yang sudah berkawen hari ini happy besok masam muka kemudian happy kembali jarang sekali gembira sepanjang hidup.......adakah ini juga di panggil bahagia.

Impian nak hidup susah....Rasanya tak ada manusia yang nak hidup susah.Orang susah pun impiannya nak hidup senang.Senang bermaksud cukup makan minum dan pakaian dan tiada beban hutang.
Impian..impian impian....ada beribu impian....apa impian anda?

Sabtu, 6 Ogos 2011

Satu Perjalanan September 1997-No 2

Aku dah tukar kereta ..proton iswara saloon 1.5 no plat JCW8151.Kereta lama toyota XL ragamnya banyak aku dah jual.Guna kereta nasional pula.Barangan buatan Malaysia.

Seperti biasa persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua telah di buat.Semua barang barang keperluan telah di masukkan kedalam beg. 15 sept 1997 masih diingat lagi tanda kelahiran kelihatan bila ayang tengah bekerja.Waktu tu hampir jam 5 petang Rakan sekerjanya hantarnya ke Hospital.Aku dapat panggilan telepon .....dari Pasir Gudang aku terus menuju ke Hospital.

Setelah lama menunggu jam 9.35 malam baru ayang bersalin.Kali ini aku dapat anak perempuan yang comel.
Sekarang aku dah ada 1 lelaki dan 1 perempuan....sepasang.Syukur kepada Allah semuanya selamat.Kali ini aku tak tunggu lama terus aku qamat di telinganya.Dimasa yang sama aku terfikir tugas dan tanggung jawab aku akan bertambah.Kos sara hidup juga akan bertambah.Tapi itu bukan persoalannya dan masalahnya.Aku percaya pada rezeki ...Yang penting kita berusaha.Rezeki tak akan datang bergolek.

Aku namakan anak ini Nurain bermaksud cahaya mata. Lahir pada hari Isnin 15 sept 1997 bersamaan 12 jamadilawal 1418.Hati Gembira dapat anak perempuan....Syukur alhamdulillah.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Majalah 4- Tukang Gali Kubur

Banyak banyak tukang...tukang apa bila di panggil dia akan dongak keatas...jawabannya ada lah penggali kubur sebab dia berada di dalam lubang kubur.Kalau tukang buat rumah dia akan tengok ke bawah.

Disini aku nak citer bab kerjaya yang penting dalam masyrakat kita tapi ramai orang tak minat.Kebanyakan kerjaya ini hanya kaum lelaki saja yang bekerja sebagai penggali kubur.Kaum wanita buat masa ini aku tak pernah lihat dan dengar bekerja sebagai penggali kubur.Bagi wanita yang selalu inginkan hak sama rata mereka perlu mencuba dan menceburi bidang ini.Ada berani ke?

Ulasan-Kerjaya ini adalah satu kerjaya yang murni tergolong dalam fardu kifayah.Kalau di kampung biasanya salah seorang orang kampung akan menceburi bidang ini secara sambilan.Bila ada kematian keluarga simati akan memberi sedikit sedekah kepada penggali kubur ini.Sebenarnya tak mudah untuk menggali kubur ini kalau guna peralatan yang asas iaitu cangkul.Kalau tanahnya lembut mudah sedikit kalau tanahnya berbatu adalah sukar sekali.
Kalau di bandar biasanya jabatan agama dah sediakan penjaga kubur merangkap penggali kubur.Kubur biasanya sudah siap di gali dengan jentera penggorek.Kalau tak silap upahnya sekitar $200-$400 satu kubur.Kalau tanah pekuburan di bandar besar memang hari hari ada orang yang akan di kebumikan.

Apa yang aku lihat penjaga dan penggali kubur ini kebanyakannya sudah berumur.Berminatkah anak muda kita menjadi penggali kubur.Bayangkan di masa akan datang tiada orang untuk menggali kubur.Aku rasa tak mungkin berlaku sebab sekarang ni pun dah wujud perniagaan menguruskan jenazah dari mandi hingga ke bacaaan talkin .Kalau tak silap upahnya sekitar $600-$800 satu jenazah. Yang menjadi masalahnya sekarang tanah perkuburan yang dah berkurangann.Seperti di S,pura berkongsi lubang kubur.

Melalutlah aku ni bercerita tentang kubur.

Khamis, 4 Ogos 2011

Majalah 4-Bermesra dengan alam semulajadi

Tempoh hari aku ada terbaca dalam surat khabar utusan malaysia 28 julai 2011 bertajuk bina imuniti secara semula jadi.Rencana itu menceritakan ibubapa di galakkan mendedahkan anak anak mereka bermain dengan alam semulajadi seperti bermain hujan,tanah,pasir dan sebagainya sebenarnya membantu kanak kanak membina sistem pertahanan tubuh atau imuniti secara semula jadi.

Teringat aku zaman kanak kanak dimana emak dan abah mengizinkan aku mandi hujan(kalau tiada ribut petir)Aku dapat rasakan titisan hujan bermain dan bermesra dengan aku.Terasa airnya sejuk,bersih tiada bahan campuran.Kanak kanak zaman sekarang memang tak merasalah mandi hujan...paip hujan dalam bilik air adalah.
Ibubapa zaman sekarang termasuk aku akan marah kalau anak anak bermain hujan....masuk jangan main hujan nanti deman....ayat biasa di dengar.

Anak anak juga tidak benarkan melepasi pagar rumah dengan berkaki ayam.Apatah lagi untuk bermain pasir,tanah atau tempat berpasir(pasir depan rumah sekarang banyak tahi kucing) kerana di takuti kena jangkitan kuman.Aku dulu tanah ,pasir ,lumpur sawah,gigitan lintah dan panjat pokok semua aku dah rasa.Penyakit memang ada tapi yang penting ketahanan diri melawan penyakit.Banyak kebaikan membiarkan anak anak bermain dengan alam semulajadi tapi dengan syarat ibubapa mengawasinya.Hakikatnya persekitaran dulu dan sekarang adalah berbeza.Setuju atau tidak ibubapa zaman sekarang bersikap terlalu melingdungi anak anak/over protective?.......yalah kalau anak dah sakit siapa yang susah.

Rabu, 3 Ogos 2011

Satu Perjalanan Jun 1997-Bantu membantu

Masa berlalu dengan begitu pantas.Tiada masa untuk berfikir perkara lain.Dunia aku hanya pergi kerja dan memikir hal keluarga.Kini anak sulung aku berusia 10 bulan.Sudah pandai merangkak dan pandai mengemas rumah yang telah di kemas.Kandungan anak kedua aku kini berusia hampir 6 bulan.Kesian aku tengok ayang dengan kandungan yang semakin membesar..penat bekerja balik rumah kena buat keja rumah.Aku membantu mana yang boleh aku buat.Tak sampai hati biarkan isteri buat kerja rumah berseorangan.

Semangat seorang wanita memang kuat..aku akui banyak perkara yang orang lelaki tak boleh lakukan.Contohnya seorang wanita yang sudah berkawen dan  bekerja lepas pulang dari kerja ambil anak lepas tu masak untuk makan malam.Mandikan anak,layan karenah anak/suami.Kemas rumah dan lain ain yang berkaitan.Aku rasa perkara yang macam nie banyak lelaki tak boleh lakukan.Lelaki hidupnya tak sempurna tanpa wanita/isteri.

Bagi lelaki yang mahu berumahtangga persiapkan diri dengan belajar membuat kerja rumah,jaga anak,belajar masak dan biasakan diri dengan hal hal di dapur.Melainkan anda punyai kewangan yang kukuh iaitu isteri tak perlu bekerja atau kalau isteri mahu berkerja cari kannya pembantu rumah untuk buat kerja kerja tersebut...itu kalau mampulah.Bagi wanita pula kalau suami ringan tangan hal hal di dapur jangan pula lepas tangan....jadi queen pulak.Kesimpulannya kena bertolak ansur saling paham memahami antara stu sama lain.

Selasa, 2 Ogos 2011

Satu Perjalanan Febuari 1997-Kejutan

Kini anak aku telah berusia 6 bulan.Sudah pandai meniarap.Aku rajin melayannya.Suka tengok dia ketawa dan tersenyum.Rutin  harian macam biasa tidak berubah.Kadang kadang memang rasa penat...nak buat macam mana itu sudah tanggung jawab.

Raya tahun ini raya pertama aku beraya di Johor dan hari kedua balik ke Melaka.Pertama kali raya bertiga.Baju raya sedondon.

Berita memeranjatkan isteri aku mengandung lagi....hahaha.Kini kandungan berusia hampir sebulan.Pada awal perkawinan sukar untuk mendapat anak...bila dah dapat seorang akan menyusur lagi seorang.Rezeki anak.
Kalau tiada aral melintang anak kedua akan lahir pertengahan bulan september.Bermakna anak pertama baru berumur 1 tahun anak kedua bakal lahir.Jarak selang setahun.Anak sulung belum puas bermanja dah dapat adik lagi seorang.Lagi pun  impian aku nak punyai anak ramai sekurangnya 5 orang.

Kalau kita lihat ibubapa kita dan orang dahulu memang mereka punya anak yang ramai.Tak pernah pula kita dengar ada antara mereka mati kelaparan.Adik beradik aku sendiri ada 9 orang dan keluarga ayang aku ada 14 orang adik beradik.Aku percaya setiap anak ada rezekinya.........

Isnin, 1 Ogos 2011

Satu Perjalanan october 1996-kini bertiga

Hidup aku dah berubah sekarang.Rutin harian dah berubah.Dulu berdua kini bertiga.Satu Tranformasi kehidupan.Anak aku Azim kini berusia sebulan lebih.Aku dapat lihat tumbesarannya di depan mata.Satu hari dalam seminggu aku bersama ayang akan pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kesihatan ibu dan anak.(timbang berat/suntikkan dll yg berkaitan)

Setiap saat aku teringatkan anak aku.Ayang aku cuti bersalin hampir 2 bulan.Dalam tempoh berpantang Ibu mertua yang jaga.Lepas pantang aku akan bawa balik ke kg aku di Melaka.Emak dan adik beradik aku ada juga datang melawat.

Antara tugas baru aku buat susu atau tukar pampers pada malam hari.Kalau anak menangis pukul 1 pagi ,biasanya kami bergilir gilir bangun untuk buat susu atau tukar pampers.Mula mula kekok juga tapi lama lama aku dah jadi biasa.Paling tidak pun 2-3 kali pasti bangun untuk buat susu.Aku dan ayang terpaksa korban masa tidur demi anak.Apabila dah jadi ayah baru aku tahu susah payah abah dan Emak atau ibubapa yang lain menjaga anak kecil seperti menatang minyak yang penuh.Nasihat aku pada semua hormati,hargai dan sayangilah ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.Besar jasanya kepada kita dan jangan sesekali kita menderhaka kepada mereka.
Bagi yang merantau sentiasalah bertanya khabar berita.Haaa....talipon sekarang ibubapa anda.