nuffnang ads

Isnin, 7 November 2011

Ariel Perterpan- Korban Lembu







Ariel Peterpan turut korban lembu sempena Aidiladha










JAKARTA 7 Nov. – Bekas vokalis kumpulan Peterpan, Ariel yang kini sedang menjalani hukuman penjara turut menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham melakukan ibadah berkenaan di penjara Kebonwaru, Jalan Jakarta, Bandung semalam.
Artis yang terlibat dalam kes rakaman video lucah itu juga tidak bersendirian dalam menjalani ibadah berkenaan tetapi ditemani kekasihnya, Luna Maya turut bersama-sama mengorbankan seekor lembu di penjara berkenaan.
“Pada sambutan Aidiladha tahun ini, Ariel menyumbangkan seekor lembu atas nama beliau dan keluarganya,” kata seorang petugas di penjara berkenaan.
Vokalis berkenaan juga turut bersama-sama menyaksikan penyembelihan lembu berkenaan yang diadakan di perkarangan masjid penjara itu.
Sempena Hari Raya Aidiladha juga, keluarga banduan di penjara berkenaan diberi peluang untuk melawat ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun, kelibat Luna tidak pula kelihatan untuk melawat kekasihnya yang dipenjarakan selama tiga tahun setengah kerana terlibat dalam kes video porno.


bilapahatberbunyi: korbankan maruah kerana nafsu serakah.

dipetik dari utusan malaysia 8/11/11

Ahad, 6 November 2011

Banjir di Thailand-Kemusnahan dan Krisis Kemanusiaan





KETIKA satu pertiga kawasan di ibu kota Bangkok masih ditenggelami air, tebing Sungai Chao Phraya dikatakan tidak mampu lagi menampung jumlah air yang semakin meningkat.
Banjir di Bangkok diramalkan tidak akan surut. Malah dalam masa beberapa hari lagi ia dikatakan akan merebak ke beberapa daerah lagi di kota raya itu.
Dikatakan dalam masa sebulan air memenuhi jalan-jalan raya, premis perniagaan dan kawasan kediaman itu belum tentu akan surut.
Namun bagi penduduk Bangkok hidup terpaksa diteruskan. Di daerah Sai Mai, seorang wanita, Wandee berdiri di tepi jalan utama yang telah berubah menjadi sungai dengan air yang mencecah paras lutut terus menjual petrol yang diisi dalam botol kepada pemandu yang lalu lalang. Seperti majoriti penduduk, dia tetap tinggal di kawasan itu walaupun arahan berpindah telah dikeluarkan.
Paras air terus meningkat dengan pihak berkuasa tidak mampu berbuat apa-apa selain mengarahkan penduduk yang terjejas berpindah.
"Kami akan tunggu di sini semalam lagi. Tengok keadaan macam mana. Kecuali jika paras air terlalu tinggi," katanya.
Bangkok kini berhadapan dengan situasi cemas. Jalan-jalan utamanya bertukar menjadi sungai. Banjir kini menghampiri daerah Thonburi dan sedikit demi sedikit mula menghampiri kawasan tumpuan pelancong dan perniagaan.
Sungai Chao Phraya yang membelah tengah-tengah bandar raya Bangkok tidak mampu menampung air yang semakin meningkat. Paras air di sungai itu dijangka melepasi tebingnya minggu ini apabila air laut pasang. Apabila tebingnya pecah ia pasti akan mengancam kawasan tengah Bangkok.
Kerajaan pula telah melakukan pelbagai usaha termasuk menggerakkan lebih 50,000 tentera, 1,000 trak dan 1,000 bot untuk operasi bantuan.
Trak-trak askar berulang-alik memindahkan penduduk dengan melepasi kawasan benteng yang dibuat daripada guni-guni pasir yang kelihatan seolah-olah kubu perang.
Walaupun banjir mencecah paras lutut, di kiri kanan jalan peniaga menjual pelbagai jenis barang terutama yang berkaitan dengan banjir seperti but getah, jaket keselamatan malah rakit getah.
Wandee yang tetap dengan pendirian untuk tidak berpindah percaya kepada semangat kerjasama antara penduduk di situ dalam berhadapan bencana tersebut.
"Kami bergantung antara satu sama lain. Bukan kerajaan," tegasnya.
Wandee merupakan contoh sebahagian penduduk di Bangkok yang enggan meninggalkan kediaman masing-masing walaupun paras air semakin meningkat.
Pihak berkuasa metropolitan Bangkok telah mengeluarkan arahan berpindah demi keselamatan penduduk.
Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata, minggu ini merupakan tempoh paling kritikal disebabkan jumlah air yang menghampiri Bangkok makin besar.
Malah Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra berkata, keyakinan beliau bahawa zon tengah Bangkok tidak dinaiki air sepenuhnya hanya 50 peratus.
Kerajaan Thailand juga mengumumkan cuti umum lima hari untuk membolehkan rakyat berpindah dan pusat-pusat bantuan dibuka di seluruh negara.
Dengan penerbangan domestik telah habis ditempah, pengangkutan awam sendat dengan penumpang dan jalan raya sesak, dianggarkan beratus-ratus ribu penduduk sudah meninggalkan kota raya itu.
Mereka yang terus tinggal pasti akan berhadapan dengan risiko. Pertubuhan Palang Merah telah mengeluarkan amaran penduduk akan berhadapan dengan krisis kemanusiaan.
Ia termasuk penyakit yang disebabkan nyamuk selain krisis makanan kerana bekalan bahan keperluan seperti air minuman, telur dan mi segera telah kehabisan.
Malah bahaya juga menunggu di dalam air. Ular, tikus dan buaya yang terlepas dari ladang ternakan kini turut mengancam penduduk.
Seorang pekerja di sebuah pasar di utara Bangkok, Nipapat berkata, dia nampak seekor buaya telah menyerang kanak-kanak yang bermain dalam air.
"Beberapa orang yang tinggal di kejiranan itu telah memburu dan membunuhnya," katanya.
Banjir yang melanda memang memberikan kesan yang dahsyat kepada Thailand. Lebih 380 orang terbunuh dan satu pertiga daripada wilayah di negara itu dilanda bencana banjir yang serius yang menjejaskan 2.2 juta penduduk.
Kerugian yang disebabkan oleh banjir itu pula telah mencecahkan 800 bilion bath (kira-kira RM80 bilion) dan ia terus meningkatkan ekoran situasi banjir yang masih kritikal.
Bandar Chonburi yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan ke selatan Bangkok menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemindahan untuk menampung pelarian banjir dari ibu negara itu.
Bagi seorang mangsa banjir, Luangjan, ini merupakan pusat pemindahan banjir yang kedua dihuninya. Yang pertama telah ditenggelami air beberapa hari ini.
Dia meninggalkan Rangsit di utara Bangkok minggu lalu dengan 10 ahli keluarganya.
"Empangan pecah. Air naik dengan cepat dan arus terlalu deras untuk kami menyelamatkan harta benda," jelasnya.
Mereka memindahkan ahli keluarga ke kawasan kering dengan apa juga benda yang boleh timbul seperti besen sebelum diselamatkan oleh pihak tentera. Namun apa yang membimbangkan Luangjan ialah bukan soal air banjir yang tiada tanda-tanda akan surut, tetapi apa yang akan berlaku dalam hidupnya selepas banjir surut.
Perniagaan salon rambutnya semuanya telah musnah.
Ketika ini seolah-olah tidak ada kawasan yang terselamat daripada banjir di Bangkok.
Di Ayutthaya, kilang pemasangan kenderaan Honda dan Toyota untuk pasaran Asia Tenggara terpaksa menghentikan operasi ekoran ditenggelami banjir.










Bilapahatberbunyi-Allah maha berkuasa,kuasa alam.Pandangan dari sudut lain...bencana alam berlaku mungkin disebabkan oleh tangan tangan manusia yang kotor dan banyah rezeki yang tidak halal....Kuatir Malaysia akan jadi begitu.





Jumaat, 4 November 2011

Angka 83 di Kota Purba Teotihuacan Mexico








Kaitan angka 83 di kota Teotihuacan
Kota purba Teotihuacan di Mexico.
MEXICO CITY – Sekumpulan ahli arkeologi mendapati seni bina di kota purba Teotihuacan saling berkaitan dengan angka ‘83’.
Ahli arkeologi dari Jepun, Saburo Sugiyama berkata, angka tersebut ‘muncul’ di serata tempat di Teotihuacan.
Ketika membentangkan hasil kajiannya dalam satu mesyuarat khas kepada pakar sejarah Teotihuacan, Sugiyama berkata, terdapat ‘penemuan tetap’ berhubung ukuran 83 sentimeter dalam keluasan lebih dari 18 kilometer persegi di kawasan tersebut.
Agensi berita FOX News Latino melaporkan, bandar purba itu pernah didiami kira-kira 100,000 penghuni dalam tempoh 14 abad lalu.
Apa yang paling mengejutkan, keluasan permukaan kota tersebut turut dikira seluas 83 kilometer persegi.
Dalam pada itu, Teotihuacan pernah menjadi kota terbesar keenam di dunia dan terletak kira-kira 48 kilometer timur laut Mexico City.
Kota purba itu dikenali kerana memiliki beberapa piramid besar dan susunan kompleks bangunan yang berselerak namun pada abad ketujuh, ia dikosongkan dan sehingga kini, pakar sejarah tidak dapat mengungkai jawapannya.
Kota purba Teotihuacan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).








Bilapahatberbunyi:- pelik siapa yang membuat kota purba tu. dan tujuannya?

Khamis, 3 November 2011

SSHHHH........


REMEMBER THAT SILENCE IS SOMETIME THE BEST ANSWER.

bilapahatberbunyi :- diam..diam...jangan bising.

Rabu, 2 November 2011

You don"t LOVE a woment because..........



YOU DON'T LOVE A WOMENT BECAUSE SHE IS BEAUTIFUL,

SHE IS BEAUTIFUL BECAUSE YOU LOVE HER.


bila pahat berbunyi :- suka tengok wanita yang "nutural beauty"

Info Herba-Asam Gelugur/Asam Keping

Khasiat rebusan asam gelugur/ asam keping
ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.
Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.
Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

bila pahat berbunyi-: amalkan minum semingu sekali air rebusan asam keping untuk mengurangkan kolesterol.

Selasa, 1 November 2011

Kisah Artis - Apek Saipul tidak mengaku bersalah



Saiful Apek tak mengaku ambil dadah

PETALING JAYA 1 Nov. – Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.
Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.
Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.
Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama.
Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.
Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.


Bilapahatberbunyi:- Hai Apek.... karier lebih penting dari Dadah.

Dipetik dari utusan malaysia.