nuffnang ads

Selasa, 31 Mei 2011

Satu perjalanan Mei-Sept 1990

Selepas puas beraya di kampung aku kembali semula ke JB.Kawan serumah tanya lagi aku mengenai kerja despatch tu.Aku tanya pendapat kawan yg lain..semua kata terpulang kat aku.Bagai ada satu suara menyuruh aku menerima kerja itu.Akhirnya aku terima kerja despatch tu, antara sebab aku tertarik kerja despatch ini  aku lihat kawan aku ni sentiasa smart dan bersih berbanding kerja kilang yg berminyak.
2 mei 1990 aku bekerja di tempat kerja baru di sentosa.Pejabat tempat aku bekerja ni menguruskan kilang percetakan Kam & wah printing.Supervisor tempat lama iaitu amoi tu tak bagi aku berhenti kerja..aku terangkan kat dia aku nak kerja yg lebih baik..pls... let me go (hehe ni gimik je).Dia kata kalau tak sesuai tempat baru dia suruh aku kerja balik.2 hari lepas tu kawan aku cakap ...2 hari amoi tu tak lalu makan..termenung je..tapi aku percaya kawan aku tu bergurau dan berlawak..jgn percaya.
Sebulan kerja disini sebagai mat despatch merangkap opis boy tiada apa apa masalah.Dipejabat hanya aku seorang saja melayu.Amoi amoi kat pejabat semuanya baik tak sombong terutama ms ling dan ms chan.Dia banyak beri tunjuk ajar kerja kerja kat pejabat.Bos admin aku india nama dia mr rasalinggam.Dia tersangat friendly dengan aku.Boss besar mr.chan jarang bercakap dengan aku tapi kalau nak kopi dia selalu suruh aku buat..aku buat kopi kow....
Raya haji bulan julai aku balik kampung 3 hari.Sekarang di kampung musim buah.Aku ambil kesempatan makan buah sepuasnya terutama buah durian.Selepas raya haji aku kembali bertugas. kali ini kerja sibuk sikit sebab kilang Kam & wah akan berpindah ke Tampoi di jalan tahana.Tugas utama aku packing fail pejabat.Tempat baru ni kilangnya besar tapi masih menyewa.
Selama ni aku bawa motor guna lesen L..tak terpikir nak ambil lesen B.Atas nasihat boss Rasalinggam aku ambil lesen motor.Masa tu JPJ terletak di Kebun Teh.Masa test aku gabra juga ..maklumlah ramai yg lihat.Hanya sekali test saja aku lulus.Happy sangat bila dapat lesen motor.Tapi yg tak happy nya seminggu lepas lesen lulus motor pula buat hal rosak!!!..kopak duit $200 lebih...semak kepala.
Awal sept 1990 aku pindah rumah sewa ke Kangkar Teberau ,Rumah papan sewa sebulan $150.00 Kongsi 6 orang Nama kawan serumah Jep/Am/Kamal/Jas/Jepun-nama sebenar aku tak ingat. Semua budak Negeri 9.Dalam rumah memang riuh Jiran jiran memang sakit hati bila kita orang buat bising terutama waktu malam.
Pada masa tu belum ada kesedaran nak hormat pada jiran.Pernah satu malam minggu ,rumah aku diserang oleh jiran sekitar... mereka bergabung.Jiran jiran semuanya dah berkeluarga dan yg baru berkawain pun ada.Bumbung rumah di baling batu ,dinding di baling dengan kayu.Bila zing yg berkarat kena batu..habis semua karat gugur jatuh kat kepala..haru biru.Hampir bergaduh dan oleh kerana memang kami yg bersalah,,kami serumah minta maaf.Lepas tu taubat tak buat bising..tapi kadang kadang buat juga..degillah katakan tapi bukan aku.
Lepas kena serang dengan jiran pagi ahad tu bukak lagu search tajuk kepala angin ..buka sound speaker kuat kuat...saja bagi  jiran dengar yang sememangnya angin satu badan dengan kami serumah.Dirumah memang masak jarang makan di luar.Lauk yg selalu di masak ayam masak lemak cili padi , ikan bilis sambal tumis letak santan dan daging masak kicap.Sapa yg masak tugas mengemas tak payah buat.Kenangan dengan kawan serumah ni memang banyak.Kadang kadang aku buka album tengok gambar lama ...mengimbau kenangan lama mengusik jiwa....

Isnin, 30 Mei 2011

Satu Perjalanan Januari -April 1990-selangkah ke depan

Sudah 3 tahun aku tingalkan alam persekolahan.Harta yg aku ada cuma motorsikal.Ditahun baru ini 1990 perlu melangkah dengan berhati hati dan aku tidak boleh leka.Umur  menuju ke angka 21 Seperti yang aku katakan aku akan ke JB mencuba nasib sekali lagi.Abang aku sekarang berada di Psr Gudang,dia ada call aku tentang satu temuduga di syarikat perkapalan,aku pergi temuduga tapi tak dapat kerana tiada pengalaman.Aku mesti cari kerja yg boleh menjamin masa depan.Kerja kerajaan aku pernah cuba mohon semuanya gagal kerana tiada orang dalam agaknya.
Pada bulan mac 1990 aku berhenti kerja di propel dan kembali ke JB.Pernah kawan aku berkata kalau kau pernah ke JB dan pergi ketempat lain kau akan kembali semula di sini.Aku rasa ia satu kebetulan.Dapat kerja semua atas bantuan kawan.Di JB aku dapan kerja di Pandan iaitu kilang Sin Industri kilang buat body motor.Sekarang aku tak tahu kilang tu ada lagi atau tidak yg pasti tempat tu sekarang dah jadi Pasar Smart.Hari pertama kerja aku demam.Kerana semangat kerja aku gagahkan juga utk hadir kerja.Selepas 2 minggu kerja aku balik kampung ambil motor dan ambil gaji di tempat lama.Aku tak naik motor tapi aku dan motor naik keretapi.Dalam keretapi sempat berkenalan dengan seorang awek sebab dalam keretapi ada kerusinya yg duduk mengadap antara satu sama lain ya lah tak akan aku diam je..bualah serba sedikit..yang aku tahu dia budak kulai.
Tahun ini aku berpuasa di JB dan berazam utk penuh berpuasa sebulan.Kalau puasa di kampung semua emak yang sediakan tapi disini kena masak sendiri.Nasib baik ada kawan serumah yg pandai masak.Aku cuma tolong potong bawang bolehlah.Mengenai kewangan tak berapa stabil sebab bulan depan dah nak raya.Kalau boleh aku nak semuanya baru.
Dapat surat dari awek yg aku berkenalan dalam keretapi tempoh hari tapi aku tak balas suratnya sebab tak ada stem lagi pun bukan senang nak pergi ke pejabat pos beli stem.Aku rasa mesti budak tu tertunggu surat balasan.Minta maaflah tak dapek den nak nolong ha...stem takde dik oii...
Oleh kerana aku sudah ada motor kawan aku nama kamal ada bagi tawaran kerja sebagai despatch..aku masih berpikir lagi.3 hari sebelum raya aku balik kampung naik bas dan tiket aku dah beli awal.Raya tahu nie aku sambut dgn ala kadar saja..dapatlah beri duit raya kat anak saudara.Masa tu anak saudara tak ramai lagi.
Aku masih berfikir sama ada nak terima tawaran kawan aku tu atau tidak..sayang pula nak berhenti kerja kat kilang sin industri sebab amoi supervisor tu baik dengan aku sebab aku dengar kata hehehe.....aku berfikir lagi......

Ahad, 29 Mei 2011

Satu Perjalanan Januari- Disember 1989-Dunia baru

Selamat tinggal 1988 dan selamat datang 1989.Tahun baru azam baru.Mahu meninggalkan kenangan lalu dan membuka lembaran baru.Azam aku tahun ini untuk menjadi lebih baik dari tahun lalu.Pertama sekali aku perlu mencari kerja baru dan tidak terlalu memilih.Dengan bantuan rakan serumah aku dapat kerja baru di Johor jaya sebagai pekerja biasa di sebuah kilang membuat basikal.Kalau sebut kilang tentulah taukeynya cina.Samaada kerja ni teruk atau tidak aku perlu berkerja untuk makan dan membayar duit rumah sewa.Lepas sebulan bekerja aku berhenti dan kerja di pandan kilang buat basikal juga.Cuma kali ini dekat dengan rumah jalan kaki saja.Gaji dalam $300.00.Kerja disini tak berapa seronok.Deskriminasi banyak sangat.Kerja macam kuli.Aku dah tak ada hati nak berkerja disini.Selepas tahun baru cina aku berheti tanpa notis.
Dengan pertolongan kawan aku dapat kerja di limbungan kapal MSE di pasir gudang.Kerja disini memang mencabar.Dalam perut kapal,bawah kapal dan atas kapal semua tempat aku dah masuk.Aku ditugaskan membuat staging.Yang paling bahaya buat staging tergantung di dinding kapal.Silap haribulan boleh maut kalau jatuh.Seminggu berkerja kepala dah berdarah terhantuk besi.Gaji  sehari dalam $15-$20.00.Kalau overnight dapatlah lebih.Yang tak bestnya ada kapal ada kerja.Pada masa tu kontrak majikkan aku dengan MSE buat kapal Navi Indera Sakti.Seminggu sebelum raya kontrak tamat.Nak tunggu kapal lain masuk lama lagi jadi aku balik kampung.
Dikampung emak aku resah tengok aku tak ada kerja.Dengan usahanya dengan bantuan anak angkatnya yg bekerja di PLUS highway iaitu abg sobri aku dapat kerja dengan Propel iaitu jaga kebersihan tempat rehat di km 99 arah pedas linggi.Kerja meliputi sapu sampah cuci tandas buang rumput di longkang.Kerja sorang sorang kadang kadang cakap sorang sorang.Kalau nak bercakap tunggu orang berhenti berehat atau nak ke tandas.Dulu kereta tak banyak lagi.Masuk kerja dari pukul 8am-5pm.Bulan pertama aku naik basikal.Bulan kedua aku pinjam motor abg sobri dan bulan ketiga aku beli motor honda cup c70.Pelik duduk kampung 3bulan boleh pulak pakai motor.No motor MR4454.
Rutin harian aku di kampung pagi pergi kerja petang balik rumah.Kadang kadang rasa bosan juga.Kawan kawan sebaya kebanyakan  bekerja di KL.Kerja di kawasan rehat ni banyak juga aku belajar dari aspek kehidupan.Kita perlu menghormati dan menghargai orang yg bekerja sebagai tukang sapu sampah dan pencuci tandas tanpa mereka kehidupan kita tak akan sempurna.Bayangkan kalau mereka ini mogok tak nak cuci tandas awam.Jadi jagalah kebersihan alam sekitar dan tandas awam.Jangan buang sampah merata rata tempat.Aku bercakap dari segi pengalaman aku sebagai penjaga kebersihan kawasan rehat jadi  aku tahu perasan orang yg bekerja seperti itu..Antara pengalaman lain jumpa dompet duit di dalam tandas dan kesemuanya aku pulangkan kepada tuan punya yg datang balik.Biasanya mereka akan bagi saguhati.
Dalam hidup aku ada banyak no 9.Tarikh lahir ada banyak no 9,tempat lahir N9,adik beradik 9 org dlm ic lama ada 2 no 9 dihujung dan bekerja di km99.
Pada penghujug tahun 1989 aku berfikir ingin  kembali semula ke Johor Bahru rindu pulak kawan kawan dan kehidupan kat sana.....

Jumaat, 27 Mei 2011

Satu Perjalanan Januari-Desember 1988-1 kesilapan

Jadi kerani kerja relex sikit.Kerja  ada 2 shif.Antara tugasan utama buat job oder untuk staf dan serahan duit cash utk staf yg bekerja di luar.Ambil meter pump dan buat stock balance minyak yg masuk dan keluar.Buat secara manual dulu tak ada komputer.Kerja sangat mudah tapi membosan tiada rakan untuk berbual ...nak bebual dgn bos tak boleh sebab topix tak sesuai.Rakan semua kerja diluar jaga pump.
Kerja disini memang best tapi  bila terlalu banyak saudara mara kerja disini terjadi juga krisis.Sedara belah laki sedara belah bini semua ada disini.Abg Deris dah berhenti kerja sebab berselisih faham dgn boss iaitu abangnya.Aku biasalah tak ambil pot masalah tu semua...lantaklah..aku tetap dengan dunia aku.
Bila dah tinggal di rumah bujang ni..macam macam lah perangai rakan serumah.Duit hilang,pinjam kasut tak pulang..pinjam baju..pinjam duit.cuma seluar dalam je tak ada sapa nak pinjam.Semak kepala dibuatnya.Malam minggu rutinnya memang ke bandar JB.Tempat wajib Komtar.kadang kadang tengok kawan jaming kat B saund studio.Aku minat muzik tapi tak pandai main alat muzik.Kadang kala berkelah di air terjun Kota tinggi.Naik bas.. masa tu motor belum ada.
Berita sedih.....karier aku sebagai kerani tak lama.Aku letak jawatan.Ini semua gara gara kawan aku yang tak amanah.Penipuan dalam menyekat meter minyak dari berjalan.Tak tipu pelanggan tapi tipu boss.Silap aku lambat membongkar dan memberitahu boss kes ni.Antara kawan dan boss aku terperangkap di tengah tengah.Apabila bos dapat tahu aku mengambil  keputusan meletak jawatan.Aku rasa bersalah.Mak ,abah dan kakak marah kat aku.Emak boss dan mak aku adalah besan.Kalau aku boleh kembali kemasa lalu aku rasa macam nak betulkan balik keadaan.Aku jadikan ini satu pengajaran dan pengalaman yg beharga buat diri ini.Mungkinkah ada cahaya di hujung terowong.......??

Mungkin -Anuar Zain

Satu Perjalanan-Jun -December 1987-rasa kebebasan

Dengan bantuan rakan rakan aku dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan disini.Rakan rakan adalah orang yg paling hampir dengan aku.Semakin hari aku merasa seronok dengan kehidupan di Johor Bahru tapi taklah sampai lupa diri.Akibat pengaruh dari rakan rakan dan kehidupan yg agak bebas aku dah mula belajar hisap rokok terutama selepas makan.Mula mula minta sebatang kemudian beli sekotak.Nampak stailo bila lihat rakan hisap rokok.Bukan perokok tegar cuma untuk suka suka.Katanya tak dewasa kalau tak hisap rokok tapi sekarang aku dah lama berhenti hisap rokok.Tak ada faedahnya hisap rokok.Dapat gaji pertama aku cuba nak simpan tapi tak berjaya..ada saja yg nak dibeli.Duit banyak habis beli baju,seluar  kasut dan tengok wayang.Dulu kat Jb ada banyak panggung wayang.Keluar dari panggung rex masuk ke panggung lido yg terletak bersebelahan kemudian masuk ke panggung nira di komtar.
Sesekali ada juga aku kirim duit kat kampung sesekali kirim duit ...tak patutlah aku nie.
Apa!! tak dengarlah.....Dating......ooooh.memang ada tapi tak selalu...biasanya budak perempuan  yg ajak aku dating hehehe berlagak sikit...masa tu naik bas jalan jalan kat pantai lido..makan minum kat tepian tebrau..mana lagi nak pegi tu jelah tempat yang ada.Sekarang tempat tu dah jadi Danga Bay.Berkerja kat Petronas BBU memang menjadi perhatian ramai terutama dari budak sekolah.Tapi aku masa tu  tak minatlah nak ada awek.Rasa jiwa tak bebaslah ..terikat.. lagi pun  umur  baru nak masuk 18 tahun.Belum terfikir lagi cintan cintan nie.
Penghujung tahun 1987 aku dah tak tinggal dengan abg deris di BBU.Kawan kawan semakin ramai dan aku mengambil keputusan untuk sewa rumah dengan kawan kawan di Pandan.kalau tak silap 5 orang semuanya termasuk kawan sekampung iaitu Jep.Rumah sewa ni satu satunya masa aku sewa tahun pertama tak ada air paip,guna air perigi.Terasa macam duduk kat ulu.Kat kampung aku dah lama ada air paip.Kalau naik bas 3 kali rasanya baru sampai.Dari pandan ke kg ubi ke tampoi dan uda.Kalau kerja malam dan besok masuk pagi aku tidur di tempat kerja.Majikan memang ada sediakan bilik yakni macam store utk pekerja tinggal.
Berita baik aku di naikkan pangkat menjadi kerani.Tak pastilah sama ada aku ni bagus atau sebab ada tali persaudaraan dgn boss aku di naikkan pangkat.Aahh tak kisahlah yang penting gaji pun naik.Bestnya jadi kerani duduk dalam air-con,,,.....

Khamis, 26 Mei 2011

Satu Perjalanan-Mei 1987-kerjaya bermula

Keretapi membelah malam...tiada tempat duduk,aku berdiri di satu sudut di tepi pintu..aaahh mana bisa aku berdiri begini..sesekali aku duduk di lantai melepaskan kepenatan berdiri.Keretapi behenti di segamat ,ramai penumpang turun barangkali aku dapat duduk kali ini.Betul tekaan aku.Aku tertidur dibuai mimpi dengan irama keretapi menuju ke Johor Bahru.Sampai di Jb pukul 5.30pagi..jalan lengang..aku singgah sarapan dahulu di gerai berdekatan dengan komtar.Badan terasa sakit mata seakan mahu tidur lagi.Kedengaran azan subuh berkumandang.Orang semakin ramai terutama pekerja menuju ke singapura.
Seperti biasa aku naik bas menuju ke rumah Deris di BBU.Kali ini memang betul kerja dah nak mula.Esok aku kan bermula kerja.Aku tinggal ,makan dan minum di rumah Deris dan keluarganya.Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.
Pekerjaan sebagai pump minyak adalah pekerjaan pertama.Gaji setelah ditolak epf dan socso rm220.00.Cukuplah untuk aku sorang .Nama boss adalah En.Mat adalah abang kepada abg ipar aku dan Deris .Deris bekerja sebagai supervisor.Boss muka nampak garang serius tapi hati baik.Siapa yg bekerja malam bos kasi makan percuma.Save sikit...Boss selalu pesan pelanggan adalah keutamaan .katanya dengan pelanggan kita kena senyum.Aku dan rakan sekerja hari hari kena senyum sampaikan awek kilang yg lalu lalang pun kita beri senyuman...hehehe. Minggu pertama aku tiada apa apa masalah semuanya berjalan lancar.Tapi minggu berikutnya aku  kena tipu dengan seorang india isi minyak rm10 guna duit rm1000,,kejap nak beli tulah kejap nak ni cakap belit belit lepas tu tak jadi beli akhirnya aku silap balikduit.Rugi rm200.Kena ganti ,bayar secara ansuran.Rakan sekerja yang masih aku ingat yati bigor,zakiah cun,suhaimi,Izat ,Azman(dah arwah)Ali,Azam ,zaid dan berapa nama yg aku dah lupa.Suhaimi dan izat masih aku berhubung hingga kini.Izat bekerja di shipping agensi dan suhaimi jadi pembekal daging-bapa mentuanya(bekas imam) dgn bapa mentua aku adalah rakan.Dan bermula dari saat ini  umur aku menuju 18tahun bermulalah kehidupan aku sebagai pekerja dan hidup berdikari ..susah senang sendiri tanggung dan aku rasa seakan bebas...............

Rabu, 25 Mei 2011

Satu Perjalanan -April 1987-dipersimpangan

Johor Bahru kita ketemu lagi..aku berjalan dari stesyen keretapi Jb menuju ke Komtar.Jam menunjukkan pukul 5.30petang penghuni kota berpusu pusu dengan hal masing masing.Aku lihat penjual ubat bercolote memancing pelanggan,penjual rokok jalanan termenung seperti memikir sesuatu dan sesekali kedengaran senduk dan kuali berlaga .Mereka juga seperti aku punya impian hidup untuk mencari rezeki di kota ini.Aku dengan beg pakaian yg masih setia terus menunggu bas no 44 menuju ke rumah kakak di tmn sri amar.
Keesoknya aku menuju ke rumah Deris di BBU...Jawabannya menghampakan..belum boleh mula kerja lagi atas sebab yg aku sendiri tak faham.Aku dah mula tawar hati...kepala terasa sakit..fikiran menjadi kusut...jiwa tertekan.. ini bermakna akan tinggal sementara di rumah kak som.Duit dah mula berkurangan..aku tak boleh lama tunggu disini dan aku mengambil keputusan utk pulang semula ke kampung.Lagi pun keputusan SPM tak lama lagi akan keluar dan tak lama lagi ramadhan akan menjelma.
Dua hari di kampung keputusan SPM  keluar....aku mendapat Gred 3..gembira atau sedih aku sendiri pun tak tahu.Terima seadanya.Dengan gred 3 nak naik tingkatan 6 tak boleh kalau nak mengulang kena secara persendirian.Aku berada di persimpangan jalan..... terus belajar atau menjadi seorang pekerja yang berbekalkan keputusan SPM.Keputusan perlu dibuat.....dan aku pilih menjadi pekerja.
Hari raya menjelang tiba..persiapan untuk diri sendiri memang tiada..tiada baju ..tiada kasut baru..tapi semua itu tak penting .Aku perlu berjimat.Seperti biasa seminggu sebelum hari raya aku  membantu mak buat lemang dan ketupat.Hari Raya semua adik beradik ada.Hahaha duit raya masih dapat lagi dari kakak.Setelah 4 hari beraya di kampung dapat berita... kerja dah  nak bermula.Aku perlu segera ke JB .Persolannya kenapa dalam musim raya.Tiada hari lain kah?..mahu tak mahu aku kena pegi juga ke  Johor Bahru...keretapi meluncur laju membelah malam yang dingin......

jamal mirdad-hati lebur jadi debu.wmv

Selasa, 24 Mei 2011

Satu Perjalanan Feb -Mac 1987-mencari hala tuju

Dengan semangat berkobar kobar aku sampai di stesyen keretapi JB lebih kurang pukul 6pm.Naik teksi menuju ke Bandar baru uda.Tapi kali ini sungguh mengharukan kerana abg deris dan keluarganya balik kampung di segamat.Masalah komunikasi lagi..susah nak cakap..aku kawal perasaan dan bertenang seketika.Mana nk pergi ni..aku resah..hari dah senja.Jiran sebelah 3 beradik nie pun tak ada rumah mukin pergi s,pura.Kalau ada pun tak mungkin aku bermalam dirumahnya.Aku cari public phone untuk menghubungi Kak som yg berada di tmn sri amar majidi.Malangnya public phone semua rosak.Nak pergi sendiri aku tak tahu panduan kerumahnya..rasanya lebih 6tahun aku tak pergi kerumahnya.Kak Som pada masa tu sudah berkahwin dgn Abg Hussin dan tinggal dengan Mak mertua iaitu Mak Nab dan Pak Mat(dah arwah).Nak telipon kampung pada masa tu kampung belum ada telipon lagi.
Selepas makan di gerai berdekatan aku menuju ke Bangunan petronas yg belum siap tu.Aku jumpa pakcik guard yg bernama Pakcik Mat dan berbual bual dgn nya.Dia Mencadangkan aku tidur di sini..katanya ada seorang budak Indon yg tidur di bangunan yg belum siap ni..Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di situ  dengan budak Indon tu.
Pada esok paginya atas panduan yg diberi oleh pakcik guard aku menuju ke stesyen bas JB.Dibandar JB aku cuba menghubung kak som dan nasib baik dapat.Dengan panduan yg diberi aku naik bas elek no 44 dan berhenti di kg ubi.Akhirnya aku sampai juga di rumah kak som.
Selepas dua tiga hari aku dapat tahu sebenarnya pump minyak tu belum mula operasi lagi.Dalam hati kenapa call aku suruh datang.Aku rasa di permainkan.Hampir sebulan aku tinggal di rumah kak som.Aku rasa segan dan resah kerana tinggal lama sangat tanpa perkerjaan.Duduk makan minum tanpa pekerjaan.Terima kasih diucapkan dgn kak som dan abg husin kerana memahami situasi aku.
Aku cuba mencari kerja dgn menuju ke kaw.ind tampoi.Nampak kain rentang jawatan kosong operator pengeluaran.. aku cuba mohon dan dapat.Kalau tak silap kilang TCM buat kain dan benang.Persikitaran tempat kerja memang teruk panas dan berabuk.Aku kerja disini cuma 1 1/2 hari saja kerana terpengaruh dgn rakan sekerja yg mengajak aku cari kerja lain katanya ada kerja kosong di kilang lain tapi hampa kerana jawatan operator dah penuh.Rakan yg baru aku kenali ni ajak aku pergi kerumahnya di kempas flat taman cempaka aku pulak ikut saja dan makan tengah hari di rumahnya.Petang baru aku balik rumah kak som.
Tak tahu apa nak kata..esoknya aku balik kampung.Duit habis..kerja tak dapat.Tinggal di kampung 2minggu dapat call lagi suruh datang JB kerja dah nak bermula katanya.Untuk pengatahuan semua cara komunikasi dulu macam ni..Abg Deris tus tu call abg latip di pejabat dan kak lela call kak niah  di masjid tanah dan kak niah akan balik kampung bagi tahu aku.Aku nak recomfirm balik adalah sesuatu yg sukar pada masa tu.Aku serba salah nak pergi atau tidak sebab takut maklumat salah lagi.Atas nasihat dan pandangan mak....aku kembali ke JB dgn perasaan yg kurang yakin..dalam keretapi aku berfikir susahnya kehidupan ini kalau tiada pelajaran..kalau gagal SPM macamana agaknya ..apakah cabaran seterusnya..terus bermain main dalam benak ku...keretapi  meluncur lagu menuju ke Johor Bahru membawa satu harapan..yang tak pasti

Ahad, 22 Mei 2011

Satu Perjalanan Januari 1987-meniti remaja

Desember 1986 sementara menunggu keputusan SPM  aku lepak kat kampung kehulu kehilir tanpa hala tuju.Pada masa tu mencari kerja adalah sesuatu yg sukar.Zaman ekonomi meleset.Dimana zaman  orang sukar untuk mencari pekerjaan.Kerja kerajaan dibekukan pada masa tu.Jawatan Polis dan Askar adalah jawatan yg orang berebut rebut memohon.Pernah mohon nak jadi polis kena reject sebab badan tak cukup besar.Kilang tak banyak lagi di Melaka.Nak kerja diladang sawit pun tak ada kerja kosong.Projek lebuhraya utara selatan sedang rancak berjalan penah mohon kerja buruh tapi hampa tak dapat mukin faktor umur.Tiada networking dengan rakan untuk peluang pekerjaan di KL.PM pada masa tu Dr.Mahathir tengah mencari jalan untuk mengatasi masalah penganguran yg tinggi.Usaha mencari pelabur jepun sedang giat dilakukan.Hasilnya sekarang banyak kilang kat Malaysia dan berlambak pekerja asing.
Berbalik kepada zaman 80an dengan bantuan kak Lela dan suaminya abg latif aku dapat tawaran bekerja di Sekudai JB.Januari 1987 aku bertolak ke Muar menuju kerumah kak Lela.Dari Muar aku menuju ke Sekudai Bandar Baru Uda jalan Padi  JB.Akibat masalah komunikasi yg bermasalah pada masa tu,maklumlah masa tu mana ada handphone dan GPS.Punyalah susah nak cari rumah kakak aku punyai suami punya adik iaitu abg deris(kira sedaralah).Apabila dapat cari rumah orangnya pula tak ada dirumah.Puas beri salam naik kering anak tekak akhirnya anak orang sebelah pulak yg keluar.Baik hati jiran ni dia jemput aku masuk.Pada mulanya aku keberatan juga nak masuk kerumahnya .Aku terima pelawaannya oleh kerana cuaca pada masa tu sangat panas dan aku rasa tentu dia dan keluarga  ada di dalam rumah .Dalam rumah aku duduk di ruang tamu dan budak tu buat air oren sejuk..fuhh..lega rasanya.Bual punya bual dalam rumah tu ada 3 beradik perempuan semua.Umurnya aku rasa sekitar 19 ,17, 13.Ibubapanya bekerja di Singapura.Hampir satu jam aku berbual dengan 3 beradik nie.Memang baik 3 beradik ni dan banyak banyak terima kasihlah pada 3 beradik ni.Sampai sekarang aku tak tahu sebab budak tu ajak aku yg tak dikenali masuk kerumah mereka.Mukin kesian tengok aku kot..Aku dah tak ingat namanya..dan mereka adalah org dan rakan pertama aku kenali di JB.
Apabila abg Deris dan keluarga sampai, aku pun terus keluar dan menuju kerumahnya.
Pada malamnya baru aku tahu  pekerjaan itu adalah sebagai pum attenden petronas pum station di bandar baru uda batu4-1/2 .Sebelum pump station tu siap aku kena kursus dulu di pum station lain .Kalau tak silap di Petronas batu 6 kg pasir.Dalam hati keja pump minyak pun ada kursus.Seminggu juga aku belajar cara cara isi minyak.Kursus ini bergaji Rm8 sehari.Sebenarnya kerja pump minyak ni pada masa tu ..kalau tak ada orang rekemen jgn haraplah nak dapat kerja.Peluang memang terhad.Dulu mana ada pekerja bangla macam sekarang ni..hahaha.Bebudak zaman sekarang ni dah tak berminat nak jadi budak pump minyak,tak gelemur .Lepas seminggu aku balik kampung semula sebab pump station yg aku nak kerja ni belum siap.Katanya sebulan lagi siap.Balik kampung naik keretapi dari JB sampai ke Tampin.Sebulan di kampung dapat panggilan telepon kerja dah nak bermula..........berdebar lak rasa hati ini..

Jumaat, 20 Mei 2011

Satu Perjalanan 1982-1986-sekolah menengah

Dengan penuh keyakinan aku melangkah ke sekolah menengah Sultan Mansyur Shah ditingkatan satu pada tahun 1982.Jarak sekolah dgn rumah lebih kurang 10 km dan aku naik bas sekolah pada sisi petang.Saat meninggal sekolah rendah adalah saat yg sedih bercampur gembira.Sedihnya separuh kawan kawan bersekolah menengah di Alor Gajah dan lainnya bersama aku di Tampin.Aku di tempatkan didalam kelas 1A didalam aliran perdagangan.Dalam kelas memang semuanya pandai belaka.Dalam kelas aku sering dapat no 2 dari belakang hahaha..hebatkan.Kali ini bersaing dgn murid murid cina.Pada tahun 1982 nama aku tercatat sebagai antara murid pertama dalam pasukan koir yg menyanyi lagu sekolah.Bangga beb!
Oh ya! serba sedikit mengenai keluarga pada tahun 1982 di rumah cuma tinggal abah.emak,abg man ,aku,halim dan sawina yg lain kak siah dan kak niah sudah berkahwin dan mengikut suami masing masing.Kak Som,Kak Lela dan Kak Nona sudah bekerja di Singapura,menyewa rumah di Johor Bahru.Mereka banyak membantu keluarga dari segi kewangan terutama bila tiba hari raya utk membeli baju adik adik.Abah bekerja sebagai penoreh getah dan penah membuka kedai runcit tapi tutup akibat ramai pelanggan yg berhutang tapi malas nak bayar.Emak  selain sebagai suri rumah tangga ada buat kerja sambilan menjual minyak angin dan ubatan jamu.Emak menjaja minyak angin dari rumah ke rumah.Satu pengorbanan yg cukup besar untuk membesarkan anak anak.
Akibat tak belajar di tingkatan 2 aku berada dalam kelas C hingga ke tingkatan 3.Sikap malas belajar munkin akibat bercampur dengan rakan yg seumpamanya.Tahun 1984 aku menduduki peperiksaan SRP.Berkat ketekunan yang sedikit aku lulus dengan dapat A33 dan dapatlah naik ke tingkatan 4 klau gagal return balik agaknya..Aku ambil aliran sastera yang paling diminati.Minat  sastera tapi tak pernah dapat A dalam sastera ..hebatkan aku ni.Disini juga aku mula aktif dalam persatuan terutama dalam persatuan pusat sumber. Dalam sukan aku cuma mewakili rumah sukan iaitu rumah Bendahara warna hijau kalau bertanding selalu aje kalah.
Pada tahun 1986 aku melangkah ke tingkatan 5 dalam kelas A.Pada tahun ini akan akan mengambil SPM yg menentukan masa depan aku.Umur 17 tahun dan pemikiran dah mula matang sedikit.Ada juga terima surat dari murid perempuan nak berkawan rapat tapi aku tak layan,jual mahal konon..kawan biasa bolehlah kot.haha..
Ketika berakhirnya SPM aku merasa sedih kerana meninggalkan kawan ,guru dan alam sekolah.Sampai sekarang aku lost contack dengan kawan tingkatan 5.Munkin mereka dah punya kehidupan masing masing.Teringin juga nak buat reunion.
Sementara nak tunggu kepusan SPM aku merantau ke Johor Bahru utuk mencari peluang pekerjaan...jeng.jeng..jeng.....

Khamis, 19 Mei 2011

Satu Perjalanan 1978-1981-zaman budak budak

Kini umur telah meningkat ke 9 tahun .Seperti kanak kanak lain pada usia begini bermain adalah satu keutamaan.Bentuk badan kurus dan kecil.Pakaian ke sekolah seluar pendek warna biru dan baju putih dan kasut jenis plastik.Kelebihan kasut ini bila waktu pagi kalau kita gesek kat rumput yg berembun pagi gerenti jadi putih.Tapi kalau tengahari kaki akan berbau..perh..baunya enak.Tentang belanja sekolah aku sering bawa duit 10 sen atau 20 sen.Apa yg emak bagi itu lah yg aku bawa ,tak pernah protes tentang duit sekolah.Patut bersyukur kerana ada rakan rakan yg lansung tak bawa duit sekolah.Harga kuih pada masa tu 5 sen sekeping.
Tahun 1979 masuk darjah 4 umur 10 tahun ,pelajaran pada masa ini boleh dikatakan sederhana tak lah teruk sangat.Pada tahun ini juga aku masuk sekolah agama rakyat pada sebelah petang.Berjalan kaki ke sekolah adalah rutin harian.Balik sekolah rendah makan dan bersiap semula untuk kesekolah agama.Pada masa tu tiada bas sekolah.Kalau hujan bagi yang tiada payung daun pisang akan menjadi payung.Kehadiran kesekolah sangat baik tiada ponteng kecuali sakit.
Penilaian darjah 5 aku dapat 2B3C sangat tidak menberangsangkan.Disekolah kebanyakan murid kalau ditanya mengenai cita cita semuanya nak jadi doktor,pilot,cikgu,polis dan askar.Cita cita semuanya melangit tapi usaha untuk belajar kurang termasuklah aku sekali.
Umur 12 tahun masuk darjah enam tahun 1981 sifat kanak kanak masih ada.Tahun ini juga aku bersunat Pada masa tu sukan yang digemari adalah bola sepak.Setiap petang main bola adalah perkara yang wajib.Pada masa tu aku dan rakan rakan bermain bola semuanya usaha sendiri dari beli bola,guna sawah terbiar untuk buat padang dan buluh untuk tiang gol.Kalau tak silap ada dua team bola yg sering berentap iaitu team batu api dan team seladang.Aku team batu api.Antara rakan rakan sepermainan ialah jep,wahid,rasul,joi,syam(dah meninggal)juli dan abang aku abg man dan adik halim.Selain main bola aku ada aktiviti lain iaitu main tembak tembak,buat meriam buluh,buat rakit dan buat rumah atas pokok dan masak sendiri.Sungguh seronok dan aku merasa rindu pada zaman itu.Pada masa tu mana ada ps 2.psp video game atau fb.Aktiviti menangkap ikan,menjaring,menimba adalah aktiviti yang sering ditunggu tunggu dan aktiviti menangguk udang.Abah adalah pakar menangkap ikan sungai.Aku,abg man dan halim banyak belajar teknik menangkap ikan dari abah. Ikan laut memang jarang dimakan.Sumber protin pada masa tu adalah ikan sungai yg terletak di belakang rumah.Kini sungai itu mengalir lesu akibat pencemaran.Tiada lagi ikan puyu,sebarau ,trubuk,udang,ketam,keli,haruan ,bujuk dan kini tiada lagi anak anak ikan bermain di gigi air.Semua pengalaman ini aku rasa generasi sekarang tak mukin akan merasai seperti mana aku dan rakan sepermainan merasainya.Pengalaman mendewasakan kami semua...
Next episod menjadi remaja di sekolah menengah...tungguuuuu

Rabu, 18 Mei 2011

Satu Perjalanan 09-09-1969--1977-zaman kanak kanak

Masa berlalu tanpa disedari umpama air di pergunungan mengalir menuju ke muara tanpa rasa jemu.Aku masih disini meneruskan satu perjalanan di dunia ini yang pasti ada penghujungnya.Sambil menghirup kopi panas,jemari jemari telah bersedia untuk mencoret perjalanan ini.Fikiran melayang mengenang kembali dimana perjalanan bermula. ...Bismillahhirahmanirrahim ..Tanggal 090969 adalah satu tarikh keramat dimana pada hari tersebut aku dapat melihat dunia yang lebih luas dari dunia yang sempit ketika didalam perut ibu.Di sebuah hospital yang terletak dikaki gunung Tampin Negeri Sembilan.Disinilah aku dapat menghirup udara segar buat kali pertama.Syukur kepada allah emak selamat melahirkan aku.Aku Diberi nama Ab Ghani Bin Yunus.
Aku dibesarkan disebuah kampung yang bernama kampung Taboh Naning yang terletak di daerah Alor Gajah Melaka.Walaupun tinggal di Negeri Melaka  tapi cara hidup dan percakapan masih mengamalkan adat perpatih Negeri Sembilan. Kalau ikut suku sebelah emak adalah suku tiga nenek.Aku anak yg ketujuh dari sembilan adik beradik.Emak bernama Noriah binti Mat dan abah bernama Yunus bin Ma'in.Nama adik beradik yang sulung Kamsiah,Saniah,Che Som,Laila,Nona,Adam Malek,Ab Ghani,Halim dan yg bongsu Sawina.Menurut kata mak semasa kecil aku bukanlah seorang yang cergas tapi selalu deman sehingga umur 5 tahun.Akibat sering deman aku ada nama baru yg diberi oleh bapa angkat iaitu Salani.Pada umur 6 tahun kebawah tak banyak perkara yang boleh ku ingati. Maklumlah tak cergas seperti apa yang diperkatakan.
Pada tahun 1976 bermula satu era baru dimana aku mula masuk kesekolah darjah satu.Nama sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.Di sekolah aku sangat gembira kerana dapat kawan kawan baru dan mula mengenal huruf dan mula pandai membaca.Untuk kesekolah aku perlu berjalan kaki lebih 5km pergi dan balik.Antara kawan kawan yang masih diingat berjalan bersama-sama ialah Juli,Jep,joi dan beberapa nama yg aku tak ingat lagi.Setahun kemudian iaitu tahun 1977 aku melangkah ke darjah dua.Aku masih ingat lagi pada tahun ini kali pertama aku rasa di tempeleng oleh cikgu  yang bernama cikgu Fatimah.Aku faham tujuan cikgu nak anak murid pandai tapi buat masa ini aku tak pernah jadi top 10 dalam kelas yang pasti top 15.Kira ok lah tu...1978 aku masuk darjah 3..bersambung di lain episod..tunggu....