nuffnang ads

Jumaat, 11 November 2011

Berbaloi jual kerapu $16,000.00






















SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.



IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.






bilapahatberbunyi:-goreng sodap tu.




dipetik dari kosmo.

Khamis, 10 November 2011

MasterChef Malaysia-Chef Riz silap langkah



Memalukan saya - Chef Wan

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.
Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.
Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.
"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.
"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.
Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.



Bilapahatberbunyi-Jadikan ia satu pengajaran yang berguna.

sumber berita Kosmo 11/11/11

Buta Cinta punca Wanita mudah diperbodoh








Sifat tamak dan buta cinta menjadi antara faktor utama wanita Malaysia khususnya mudah diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan.
Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy percaya Malaysia adalah antara negara tertinggi terlibat dalam penipuan seumpama itu berdasarkan bilangan pengguna Internet yang banyak berbanding negara-negara lain.
"Jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah sekalipun, negara kita masih berada di tahap atas. Ia belum lagi diambil kira dengan kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan semakin ramai pengguna Internet yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber.
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari.
Sundramoorthy memberitahu, sifat semula jadi rakyat kita yang terlalu mudah mempercayai seseorang tanpa perasaan mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket itu.
Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya hanya sedar diri mereka tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.
"Kita kena sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet.
"Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini," katanya.
Sundramoorthy berkata, penipuan itu kebanyakannya melibatkan wanita berkerjaya, berpelajaran tinggi serta menguasai bahasa Inggeris yang baik.
Tidak kurang juga katanya, golongan lelaki turut menjadi mangsa penipuan tetapi jumlah mereka agak sedikit berbanding wanita.
Beliau menambah, trend penipuan itu semakin membimbangkan kerana bilangan mereka yang menjadi mangsa meningkat dari hari ke hari.
Katanya, dalam era langit terbuka adalah sukar untuk menyekat sebarang penipuan selagi mangsa itu sendiri tidak tersedar.
"Melalui pemantauan, sindiket tersebut biasanya akan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel. Sekali mangsa memberi respons kepada suspek, ia seolah-olah menggambarkan mangsa bersedia untuk berkomunikasi dengan sindiket terbabit.
"Pada tahap itu, sindiket tersebut hanya perlu mengambil sedikit masa untuk memujuk serta menyakinkan mangsa," jelasnya.








bilapahatberbunyi:- Apa menariknya lelaki asing? Lelaki tempatan tak menarik kah?



Cintailah barangan buatan Malaysia.






Rabu, 9 November 2011

Sukan Sea Bola Malaysia Tewaskan Thailand 2-1



Penangan cakar Harimau
Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim melakukan gaya akrobatik semasa merembat bola ke gawang Thailand dalam aksi Kumpulan A saingan bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Jakarta, semalam. Malaysia menang 2-1.
JAKARTA – Malaysia mengotakan janji apabila bangkit mempamerkan keupayaan sebenar dengan membenam ego Thailand 2-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di sini, semalam.
Pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini dilaporkan mengalami sakit perut, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.
Bagaimanapun, Malaysia cemas untuk seri buat kali kedua apabila keseronokan jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 lenyap dengan jaringan penyamaan Natarid Udomlap pada minit ke-76.
Namun, percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq pada babak kedua berbaloi apabila pemain tinggi lampai itu berjaya mencuri ruang untuk meledak gol kemenangan negara.
Sementara itu, Kim Swee hanya mengeluarkan kata ringkas: ``Inilah perwatakan sebenar kami.’’
"Pada perlawanan ini, para pemain telah membuktikan perwatakan sebenar mereka. Mereka menunjukkan setakat mana kemampuan mereka, siapa sebenarnya mereka. Inilah kemampuan kami yang diterjemahkan menerusi permainan menarik di atas padang.
"Kami buktikan bahawa kami bukanlah pasukan yang beraksi secara bertahan tetapi penuh berkemampuan. Menyerang dan bertahan mengikut keadaan di atas padang.
"Malahan sepatutnya kami menang lebih besar ke atas Thailand. Memang banyak peluang gol yang berjaya dicipta tetapi ia gagal diterjemahkan sebagai jaringan," katanya selepas perlawanan.
Tambah Kim Swee, nasib yang menimpa Thailand sama seperti apa yang dialami pasukannya (Malaysia) menentang Singapura tempoh hari.
Dia turut memuji persembahan pemain berusia 17 tahun, Muhd. Nazmi Faiz di sepanjang perlawanan semalam. – Utusan


bilapahatberbunyi-aku suka Malaysia menang..Tahniah... go for gold

Kisah Artis Panas-Zarina Anne Julie



Zarina goncang iman rakyat Indonesia pula?
Siapa tak kenal Zarina Anne Julie atau sekarang dah tukar nama jadi Zarina Anjoulie Lavocah. Pelakon yang satu ini sebelum ini telah memanaskan media dan dunia internet tempatan dengan gambar-gambar hot lagi seksinya. Bukan sekatat pakaian terdedah sana-sini tapi juga foto-foto panasnya bercumbuan dengan lelaki serta aksi-aksinya di disko.






Zarina kini telah "go international" apabila tampil sebagai cover-girl untuk majalah FHM versi Indonesia - majalah yang terkenal menampilkan wanita-wanita berposing seksi dan maut. Lihatlah antara aksi Zarina dalam majalah keluaran Oktober ini.



Kalaulah ia terbit bulan November pastilah FHM ini meletup dan extra-printing sebab bulan ini ramai orang Malaysia ke Jakarta dan Palembang sebab ada Sukan SEA. Kalau ada saki baki edisi bulan Oktober aku ingat ia akan laris macam goreng pisang panas.


Bilapahatberbunyi:Hebat tak bertempat.


sumber berita dari mesin taip buruk blogspot

Selasa, 8 November 2011

Berbaloi baloi jadi perompak



Wang RM316,000 dalam ATM lesap


Mesin ATM (dalam bulatan) yang hilang dari sebuah bank di Taman Midah, Cheras semalam.
CHERAS – Tindakan tekad sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kesemua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada enam lelaki berusia 30-an bertindak nekad dengan menarik serta menyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu.
Penjenayah tidak bertopeng itu menyasarkan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut.
Semasa kejadian, bank tersebut tiada pengawal keselamatan.
Suspek-suspek yang mengambil masa kurang 10 minit untuk merompak itu dipercayai menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu.
Selepas lapan jam kejadian itu, mesin ATM tersebut ditemui di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Pinggiran Hulu Klang, Ampang Jaya dekat sini.
Jarak antara mesin ATM itu disamun dan ditemui semula kira-kira 15 kilometer.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kecurian mesin ATM itu disedari oleh polis yang melakukan rondaan di Taman Midah sebelum ternampak pintu kaca di bank itu pecah.
“Pemeriksaan mendapati sebuah mesin ATM yang terletak di tengah-tengah daripada lapan mesin hilang,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, siasatan mengesyaki lima hingga enam suspek melarikan mesin tersebut dengan menarik dan mengheret berkemungkinan menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda.
Mohan memberitahu, mesin itu ditemui semula pada pukul 11 pagi apabila polis menerima maklumat orang awam yang hairan melihat mesin itu di tepi jalan di MRR2.
Bagaimanapun, kata beliau, pemeriksaan terhadap mesin ATM tersebut mendapati kesemua wang berjumlah RM316,000 lesap.
“Polis sedang menyiasat bagaimana mesin itu mampu dipecah sehingga wang boleh diambil,” kata beliau dengan memberitahu semasa kejadian alat penggera di bank itu tidak berbunyi.
Tambah Mohan, kejadian melarikan mesin ATM di bank di situ merupakan yang pertama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 03-9284 0083 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norliza Murad di talian 012-5413005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pada 22 Jun 2008, seorang lelaki berjaya melarikan mesin ATM di sebuah stesen minyak di Batu 6 1/2, Jalan Klang Lama-Puchong di sini.
Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, suspek merempuh cermin hadapan stesen minyak sebelum 'menyodok' dan menarik keluar mesin ATM berkenaan menggunakan jengkaut.
Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan nilai wang yang ada dalam mesin ATM yang dilarikan malah mesin itu juga belum ditemui.


sumber rujukan Kosmo 9/11/11.Oleh firdaus.hassan@kosmo.com.my

Bilapahatberbunyi:- Perompak gembira bila rompakan berjaya, orang kena rompak sakit kepala,sakit hati bila harta kena rompak.

Betulkah Umat Islam Mudah Di Hasut?








DALAM khutbah sempena Aidiladha, kelmarin Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Sheikh telah memberikan peringatan kepada umat Islam supaya tidak diperalatkan sehingga menyebabkan rakyat dan pemimpin bertelagah.
Ia adalah satu peringatan yang tepat pada masanya ketika umat Islam di seluruh dunia sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara-negara Islam di Asia Barat yang satu demi satu terjerumus dalam lembah huru-hara akibat campur tangan pihak asing.
Atas nama demokrasi, hak asasi dan keadilan, pihak-pihak asing dengan mudah memberi bantuan ketenteraan kepada puak pemberontak yang menyokong agenda mereka untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang mereka tidak sukai.


Peringatan Sheikh Abdul Aziz Al Sheikh itu pula perlu dijadikan panduan kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik sebaliknya atas tanggungjawab sebagai Mufti Arab Saudi yang melihat kedudukan umat Islam kini yang semakin lemah.




bilapahatberbunyi:bibit perpecahan telah sampai di Malaysia.Musuh Islam tidak akan berhenti menyerang sehingga kita lumat.


Bersatu kita teguh mempertahankan agama Islam yang kita anuti dan cintai.