nuffnang ads

Isnin, 17 Disember 2012

Personaliti TV3, Zakiah Anas sah bergelar isteri kepada ahli peniagaan berstatus duda, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kota Damansara di sini pada 12/12/12. Berpakaian serba putih, Zakiah, 46, dan Raja Shahrul, 42, dinikahkan oleh kadi Mohd. Arip Johdi pada pukul 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd. Adnan Anas. Pada majlis yang hanya dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan terdekat itu, Zakiah menerima mas kahwin sebanyak RM13,500. Zakiah ketika dihubungi semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan dia (Raja Shahrul)," ujarnya. Walaupun mereka berkenalan sejak 21 tahun lalu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, pasangan itu hanya mula bercinta pada tahun lepas

Sabtu, 15 Disember 2012

TANGGUHLAH SELAGI BOLEH TANGGUH

KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon terkenal, Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari depan telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013. Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan. Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu. Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. “Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” jelas aktres itu yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2009 menerusi filem Papadom. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2EnxPmgM7 Hakcipta terpelihara

Khamis, 13 Disember 2012

MACAM MACAM-ROGOL PUN ADA CARA

KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut. Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu. Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar. Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2EnwfwgOD Hakcipta terpelihara

Rabu, 12 Disember 2012

TAK JENTELLAH THAILAN NI

BANGKOK - Padang sekolah pun jauh lebih elok!Demikian nasib Harimau Malaya yang terpaksa menjalani latihan sulung di bumi Bangkok dalam keadaan padang yang serba daif petang semalam. Ia ekoran padang awam Jaran Buraprat itu yang disediakan Thailand semalam cukup menyedihkan sehingga menyukarkan pengendali negara, Datuk K. Rajagobal merencana strategi menjelang aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai di sini malam esok. Selain terpaksa menjalani latihan secara terbuka sehingga memberi ruang kepada media Thailand 'mengintip' kekuatan skuad negara, tiada bilik persalinan disediakan selain permukaan padang yang teruk. Sama ada tiada padang lain yang lebih sempurna, layanan buruk itu dilihat seolah-olah perang psikologi daripada tuan rumah bagi melemahkan moral skuad negara, tambahan pula Thailand kini memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas berjaya melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal ternyata kecewa dengan layanan 'kelas kedua' yang diberikan pihak negara Gajah Putih berhubung perkara itu. "Sudah tentu ia jauh berbeza daripada apa yang diberikan kami kepada Thailand sebelum ini. "Keadaan padang memang teruk, itu belum dikira soal keselamatan pemain negara. "Saya memang tidak menyangka Thailand hanya menyediakan kami padang awam seperti ini," katanya semalam. Subahan memberitahu, mereka mungkin terpaksa menjalani latihan ringan di pekarangan Hotel Golden Tulip Sovereign (tempat penginapan Harimau Malaya) pagi ini memandangkan hanya dapat menjalani latihan di Stadium Supachalasai pada sebelah malam. "Kami telah mengemukakan aduan berhubung perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand kerana padang itu memang tidak sesuai langsung dijadikan tempat latihan mana-mana pasukan kebangsaan," katanya. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2EnzZdJq3 Hakcipta terpelihara

Selasa, 11 Disember 2012

ISTERI YAHYA SULONG NAFI DI HALAU

KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu. Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul. "Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya. Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini. Ehsan Kosmo

Rabu, 10 Oktober 2012

Video seks-Hulk Hogan

Video seks: Hulk Hogan fail laporan polis

LOS ANGELES 10 Okt. - Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan memfailkan laporan polis berhubung penerbitan video seks membabitkan dirinya yang mula tersebar di Internet sejak awal minggu lalu.
Bintang rancangan TNA IMPACT itu marah dengan video yang menyiarkan dia bersama isteri rakan baiknya, Bubba the Love Sponge dan berharap pihak berkuasa dapat membantu mengesan siapa yang menyiarkan video itu di Internet.
Menurut laman web gosip TMZ, peguam ahli gusti itu, David R. Houston memfailkan laporan polis di Clearwater, Florida, kelmarin.
Dalam laporan itu, Hogan mendakwa video itu dirakam tanpa kebenarannya dan sesiapa yang menyiarkan video itu telah melanggar undang-undang.
Hogan juga telah menghantar surat kepada laman web Gawker supaya menghentikan penyiaran video tersebut.
Setakat ini, video itu masih boleh ditonton di laman web tersebut.
Ahli gusti itu mendakwa video tersebut dirakam enam tahun lalu dan kecewa dengan penyiarannya di Internet. -


sumber utusan malaysia

Jumaat, 21 September 2012

THE BEST OF SHILA AMZAH

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta. Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan. “Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan. Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan. Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding. “Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube. Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo. Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja. Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing. Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu