nuffnang ads

Selasa, 28 Februari 2012

GILA

Gila atau kurang siuman.Ada orang memang betul ada penyakit gila.
Orang gila kalau bunuh orang tidak boleh di penjarakan atau di gantung di tali gantung.Mereka akan di hantar ke pusat jagaan orang gila di Tg Rambutan Perak atau
di Hospital Bahagia Tampoi Johor.

Selain gila kurang siuman ada juga orang gila yang focus atau ketagih kepada satu subjek sahaja.Ada dua kategori iaitu yang memudaratkan dan tidak berapa memudarat diri sendiri atau orang lain.
Contoh yang memudarat- gila judi,gilakan bini orang,gila seks dan sebagainya.
Contoh yang tidak memudarat-gila pancing,gila membaca,gila bekerja dan sebagainya.

Selain daripada itu ada juga orang yang suka buat perangai gila gila bertujuan untuk
menarik perhatian orang ramai.Contoh pemandu berani mati,hobi panjat bangunan tinggi dan sebagainya.

Apa apa pun janganlah kita menjadi gila bila melihat orang yang berperangai gila.

Ahad, 26 Februari 2012

Dusta-Bohong-Penipu

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama lama jadi pencuri.

Ini adalah pantun warisan berbentuk nasihat dari generasi ke generasi.
Jangan sekali kali kita atau anak anak belajar berbohong kerana dari situlah
akan bermulanya seseorang akan menjadi pencuri dan perompak.

Kalau kita ikut perkembangan politik negara ada di kalangan pemimpin politik
suka bercakap bohong atau menjanjikan sesuatu tetapi tidak di tunaikan.
Suka berbohong jika kesilapannya di ketahui olih orang ramai.Cuba kita fikirkan jika
pemimpin yang suka menipu ini menjadi pemimpin negara....rasanya habis khazanah negara di rompaknya.
Pilihlah pemimpin yang bersih dan juga kelihatan bersih.Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian jangan kita suka berdusta,berbohong dan menipu.Hidup kita tidak akan selamat didunia dan diakhirat kalau kita selalu berdusta.
Kita tidak akan rugi jika kita berbaik sesama insan.

Khamis, 23 Februari 2012

Lisa Suriani Bukan milik aku lagi.......


Huk..huk..huk....
Kini Lisa bukan milik aku ...
Dia milik orang,,,

Dengan sekali lafaz dia kini
milik yang sah...Yusri KRU.

Tahniah Yus..Semoga kau bahagia selamanya...
Yus...dia milik kau sekarang
Kau jagalah dia sebaiknya...
Jangan kau sakiti hatinya...
Yus..berjanjilah..jangan kau kecewakannya...
Aku yakin Yus...kau bisa membahagiakannya...

Yus.. sudah lama aku mengenali lisa dan
lisa... tidak mengenali aku pun...hahahaha

Rabu, 22 Februari 2012

Best ke jadi Artis

Kadang kadang bila tengok tv baca dan majalah hiburan..
tengok pelakon ,penyanyi atau artis macam menarik jer kerjaya jadi artis nie.
Penuh dengan glamour di kenali ramai....terdetik dalam hati..bestnya jadi artis.

Secara luarannya memang seronok jadi artis.Memang ada artis yang berjaya dan kaya raya di Malaysia tapi jumlahnya tak banyak.Yang kecundang atau nama tenggelam timbul
mungkin banyak.

adakalanya aku berangan jugak kalau aku jadi artis macam mana agaknya kehidupan aku sekarang.
Hahahahaha....tak mungkin aku jadi artis...bakat tak ada....hanya berangan saja
.

Isnin, 20 Februari 2012

Politik Di Tempat Kerja

Kalau Politik negara memang aku ikut perkembangan.
Masa mengundi aku akan gunakan kuasa mengundi dengan sebaiknya.

Kalau politik di tempat kerja memang aku tak suka.Politik
di tempat kerja biasanya berlaku di kalangan orang atas.
Ada yang bodek boss nak naik gaji,naik pangkat dan sebagainya bertujuan untuk
kepentingan diri sendiri.
Yang tak syok pijak kepala orang untuk capai impian peribadi.Ada juga yang cipta fitnah untuk matikan karier orang.Biasanya yang dapat susah ialah orang yang tidak mengamalkan politik dalaman.

Bagi aku niat untuk pergi bekerja adalah untuk bekerja mencari rezeki yang halah di bumi Allah ini.Tiada niat lain.Gaji dan pangkat bergantung kepada kualiti kerja kita.
Tapi kadangkala boss pun pilih bulu juga,,pilih yang sealiran dengannya.

Aku rasa mana mana tempat kerja pun akan ada politik di tempat kerja.
Boleh di amalkan tapi dengan syarat jangan pijak kepala orang untuk sampai di atas.

Dendam

Dendam..jauhkan diri anda dari perasaan dendam.
Bahaya kalau kita ada perasaan dendam.
Perasaan dendam wujud dengan perasaan marah yang terlampau dan meluap luap.

Bagaimana perasaan dendam wujud.Mungkin disebabkan oleh diri kita sendiri
yang menyakiti hati orang lain atau dari orang ketiga yang mengadu domba atau dari penyebar berita palsu yakni fitnah.

Dibelakang dendam ialah syaitan yang sentiasa menghasut kita supaya berdendam dengan seseorang.Dendam boleh menyesatkan kita.Pendendam sanggup buat apa saja untuk melepaskan dendamnya.

Bolehkah kita memaafkan orang orang yang menyakiti kita?
Boleh bagi yang boleh dan tak boleh bagi yang tak boleh.
Bersabar...sabar pun ada hadnya.
Bagi aku...aku sentiasa memaafkan orang melakukan kesalahan.
Musuh jangan di cari.Berbaiklah sesama insan.Kita tidak akan rugi.

Ahad, 19 Februari 2012

Rindu...yer aku rindu

Apa itu rindu?.Dari mana datang perasaan rindu
Kalau kita berjauhan akan terbit perasaan rindu.
Kita rindu dengan mak dan abah.
Rindu dengan adik beradik
Rindu dengan kawan kawan
Rindu dengan kenangan masa lalu
Rindu dengan kekasih.
aku rindu pada mu...
Cinta mesti disertakan dengan rindu..tiada makna kalau bercinta tanpa ridu rinduan.

oh!!!rindunya dengan kenangan silam aku...kalaulah aku boleh kembali dimasa silam
alangkah bagusnya.