nuffnang ads

Ahad, 18 September 2011

Perbagai jenis Kaki

kaki bangku ialah orang yang tidak tahu bersukan terutama
dalam sukan bolasepak.
Kaki bola orang yang suka dunia bolasepak

Kaki Bodek adalah orang yang suka mengampu atau mengipas orang atasan.Bahaya orang begini kerana bisa memijak kepala orang untuk kepentingannya.

Kaki Lima adalah ruang di hadapan kedai biasa luas ruang itu lima kaki panjang ke hadapan untuk orang lalu lalang.

Kaki perempuan adalah lelaki yang suka dengan perempuan dan suka bertukar pasangan.
Kaki kelengtong orang yang suka menipu.

Kaki enjoy adalah orang yang suka bersukaria dan berhibur tak kira siang atau malam

Kaki minum adalah orang yang suka minum minuman keras.

Kaki judi adalah orang yang suka berjudi tak kira masa.

Kaki pecut adalah orang yang suka membawa kenderaan dengan laju tak kira tempat.

Kaki Masjid adalah orang yang suka ke masjid untuk beribadat.

Dan ada bermacam macam kaki lagi......

18 ulasan:

  1. salam abghani...semuanya pasal kakikn, yg satu ni yg buat org x suka iaitu kaki kencing...

    BalasPadam
  2. dawia-syoknya berangan.
    s.mania-tido pun best gak
    nurzakia-bahasa melayu mmg berseni.
    cik sakdi-cagu busuk punya kaki.
    maszul-kaki kencing aku tk suka

    BalasPadam
  3. Kakitangan ialah pekerja sesuatu tempat. Hehe. Wina baru jer cerita pasal tapak kaki.

    -wina1979-

    BalasPadam
  4. Sejuk hati bila baca ending entry, kaki masjid tu. ^_^ Hana kaki makan.. ngeh2.. :-p

    BalasPadam
  5. kaki blog adalah orang yang suka berblog..hehee.;*

    BalasPadam
  6. yg lain sume beperangai huduh,kecuali kaki masjid.heh~

    BalasPadam
  7. Kaki Bangku - eh ape daaa..lelaki kaki bangku. ( dulu kat sekolah msti semua pompuan pon cakap cenggini)

    Kaki Bodek - time sekolah benci.time keje pon benci.hehe

    Kaki Lima - oh tempat terbaek nak usha budak lelaki hensem time skolah dulu.

    Kaki perempuan - PASTI dan automatik kaki kelentong kot.hehe

    Kaki Enjoy - Bawak bawak bertaubat.kiamat dah nak dekat.

    Kaki minum - air tembikai laici pon sedap ape.nak buat ape keras keras.haha

    Kaki Judi - ishk ishk ishk.dosa tau tak?

    Kaki Pecut - errrkkk.mcm trgolong je?haha.tp saya laju bertempat.

    Kaki masjid :alhamdullillah.semoga dapat suami begini.amin =)

    BalasPadam
  8. leh suh jalil hamid uat lagu kaki pas ni...

    hahahaa

    BalasPadam
  9. erk.. kaki pecut..
    dulu kat sekolah ai dilabel sebagai kaki kijang..
    tapi sekarang rasanya jadi pelumba tak bertauliah dijalanraya kot.. hikhikhik..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik