nuffnang ads

Ahad, 5 Februari 2012

Pengasas BMW

FRANZ JOSEF POPP

JURUTERA ini ialah pengasas syarikat pengeluar kenderaan Jerman, Bayerische Motoren Werke (BMW) AG pada 1917.

Nama asal syarikat itu adalah Rapp-Motorenwerke yang terlibat menghasilkan enjin kapal terbang ketika Perang Dunia Pertama.

Beliau yang dilahirkan pada 1886 di Vienna, Austria telah menjadi Pengarah Besar syarikat itu sehingga 1942.

Di bawah terajunya, BMW terlibat menghasilkan enjin yang dipasang pada bot dan kenderaan pertanian termasuk trak dan traktor. Langkah itu terpaksa dilakukan kerana selepas Perang Dunia Pertama, syarikat-syarikat negara itu tidak lagi dibenarkan mengeluarkan enjin kapal terbang.

Kereta pertama yang dihasilkan BMW adalah Dixi 3/15 pada 1928 hasil daripada kerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar kereta lain. Ia kemudiannya diikuti dengan 3/20PS pada 1932.

Pada 1933, BMW juga mengeluarkan kereta dengan nama 327, 328 dan 335 yang diiktiraf paling moden pada zaman itu.

esok pengasas Honda

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik