nuffnang ads

Rabu, 21 Mac 2012

Hutang budi tergadai body

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi dibawa ke mati.

Pantun peringat yang membawa maksud kita jangan terlalu
banyak makan budi seseorang di kuatiri kita tidak dapat
membalasnya.Kalau anak gadis zaman sekarang jangan makan budi
terlalu banyak dengan lelaki(tak semua lelaki)takut nanti tergadai body.
Kalau dah tergadai body..akan terjadi habis madu sepah di buang.
Tapi zaman sekarang orang dah tak kisah kalau body tergadai asalkan dapat
hidup mewah...Yer ler masa muda memang terlupa akhirat kalau dah tua nanti baru nak menyesal.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
Ini satu ingatan sahaja jangan makan budi orang terlalu banyak nanti kita juga yang susah...Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.Kalau buat baik
jangan minta balasan...niat di hati ikhlas untuk menolong itulah sebaik baiknya.

Nota:selalu juga buat budi kat orang tapi ada orang tu buat tak tahu jer..hehehe

4 ulasan:

  1. takut tengok sesetengah remaja sekarang..dari segi pergaulan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum abghani...ramai remaja skg ini yg kurang ambil tahu tentang semua perkara begitu hinggakan sanggup menggadai maruah mereka demi utk keseronokkan saja...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik