nuffnang ads

Selasa, 15 Mei 2012

Pelancong pun nak di rogol

Perogol pelancong direman
------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU – Seorang remaja berumur 18 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul dan rogol melibatkan dua pelancong Switzerland yang baru tiba ke negeri ini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 20 Mei ini bagi disiasat mengikut Seksyen 354/376 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan rogol selepas ditahan pada pukul 5 petang kelmarin.

“Suspek merupakan seorang penganggur ditahan di sebuah rumah banglo di Taman Intan, Lundang yang juga dipercayai menjadi lokasi dua wanita Switzerland itu dirogol dan seorang lagi dicabul,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam

5 ulasan:

  1. aish.....merosakkan nama negara jek. tak pasal2 bg persepsi burung pd pelancong luar

    BalasPadam
  2. Menonton filem atau melayari website pornografi adakah puncanya? Sangat kesal tindakan pemuda ini menjejas nama baik Islam dan Malaysia sahaja. Sudah semestinya pelancong Swiss ini akan menyampaikan tentang sikap orang Malaysia kepada rakan2 atau saudara mara dia.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik