nuffnang ads

Ahad, 10 Mac 2013

Panduan membeli rumah

Setiap orang perlukan rumah untuk didiami bersama keluarga.Sama ada rumah itu mewah,sederhana atau murah ia bergantung kepada kemampuan diri masing masing.Sesiapa yang telah mempunyai sebuah rumah seharusnya berasa bersyukur kerana telah ada tempat berteduh dari hujan dan panas. Ada ramai orang yang sedang memikirkan untuk membeli rumah dan ada ramai juga yang tidak mempunyai rumah yakni yang masih menyewa atau masih tinggal berkongsi dengan ibubapa.Begitu juga ramai juga yang mempunyai rumah lebih dari sebuah. Jika anda ingin membeli sebuah rumah pertama anda pastikan anda memikirkan beberapa perkara.Antaranya : Syarikat pemaju- pastikan syarikat pemaju yang kewamgannya teguh dan tidak menpunyai rekot buruk kerana di kuatiri anda terbeli projek rumah terbengkalai.Pilihlah rumah yang 80 peratus sudah siap. Harga Rumah-Harga rumah mesti bersesuaian dengan pendapatan anda kalau tidak bersesuaian adalah sukar untuk mendapatkan pinjaman bank .Sebelum anda mendapat pinjaman dari bank buat kira kira dahulu berapa jumlah bayaran bulanan.Pastikan anda mampu membayarnya bayaran bulanan kerana anda akan mengadap bayaran ini selama tempoh pinjaman biasanya 20 hingga 30 tahun. Bank- pilihlah bank yang perjanjian pembelian yang mempunyai faedah yang rendah dan memudahkan anda membayar pinjaman itu. Peguam-biasanya syarikat pemaju telah menyediakan syarikat guaman.Ada dua jenis perjanjian,pertama perjanjian pembelian rumah antara anda/pembeli dan pemaju.Kedua perjanjian pinjaman perumahan antara anda/peminjam dan pihak bank.Bayaran peguam bergantung pada harga rumah biasanya pemaju sudah masuk dalam harga rumah begitu juga dengan bayaran peguam bagi pihak bank mengikit jumlah pinjaman ,boleh di masukkan sekali dalam pinjaman. Pengeluaran KWSP-bagi rumah pertama boleh mengeluarkan KWSP dalam akaun 2.Sila rujuk pejabat KWSP. Lokasi Rumah-Lokasi rumah juga penting,carilah rumah yang berhampiran dengan lokasi tempat kerja anda,sekolah,pusat jagaan anak,kedai,pasar,masjid dan kemudahan awan yang lain.Ini membantu memudahkan perjalanan hidup anda sepanjamg anda tinggal di kawasan perumahan tersebut. Pecahan kaum-Anda perlu ambil tahu pecahan kaum di kawasan perumahan yang anda pilih.Sebenarnya menjadi dasar kerajaan untuk memastikan setiap projek perumahan didiami oleh semua kaum.Itulah dia yang dinamakan Satu Malaysia. Selamat membeli Rumah ku syurga ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik