nuffnang ads

Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan

Selasa, 23 April 2013

kejam dan ganas-Rogol budak 5 tahun

Suspek kedua rogol budak perempuan lima tahun ditangkap NEW DELHI - Polis India menahan suspek kedua berhubung perbuatan menyeksa dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini kelmarin. Polis berkata, budak perempuan itu diculik pada Isnin minggu lalu dan dikurung oleh dua lelaki di sebuah bilik bawah tanah bangunan yang dihuni oleh mangsa bersama keluarganya. Jiran-jiran memberitahu, mereka menemui mangsa dua hari kemudian selepas mendengar tangisannya. Media tempatan turut melaporkan beberapa serangan lain terhadap kanak-kanak pada hujung minggu lalu. Antaranya, kes seorang budak perempuan di negeri Assam, timur laut India yang disembelih selepas diperkosa beramai-ramai. Seorang lelaki ditangkap pada hujung minggu berhubung serangan terhadap budak perempuan berusia lima tahun tersebut. Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada minggu ini. Suspek kedua yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan awal semalam di rumah saudaranya di negeri Bihar, timur India hasil maklumat polis. "Dia ditahan sekitar pukul 1 pagi kelmarin (waktu tempatan) hasil kerjasama polis New Delhi dan Bihar," kata ketua polis tempatan, Rajeev Mishra. Jenayah seks kerap berlaku di India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion. Menurut perangkaan polis, kota metropolitan ini mencatat jenayah seks tertinggi berbanding bandar raya lain dengan satu kes rogol dilaporkan dalam setiap 18 jam. - Reuters Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2RH5e37VB Hakcipta terpelihara

Selasa, 6 Disember 2011

Geram bermacam ragam

Geram melihat punggung membawa padah
Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran tunai (ATM) di bank di sini dan ketika kejadian, hanya terdapat mangsa dan suspek dalam bank tersebut.
Menurut sumber polis, sebaik sahaja selesai mengeluarkan wang, pengawal keselamatan itu berdiri di tepi pintu sambil membuka pintu kepada mangsa untuk keluar dari bank.
Bagaimanapun, ketika mangsa lalu di hadapan pintu, suspek dikatakan sempat meraba bahagian punggung dan pinggang mangsa.
Terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit, mangsa bertanyakan kenapa suspek bertindak sedemikian.
bilapahatberbunyi:takder benda lain ke nak geram.
"Suspek pula menjawab dengan selamba memberitahu sengaja mahu pegang kerana geram," katanya.
Tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu, mangsa kemudian menelefon abangnya sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bertindak daripada panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.