nuffnang ads

Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Mei 2013

Cikgu-Selamat Hari Guru-Terima kasih Cikgu

Selamat hari guru di seluruh Malaysia..termasuk guru kelas masak,menari dan memandu.Kepada murid murid sayangi dan hormati guru anda.
Perlu diingat tiada guru tiadalah bijak pandai.Setiap kejayaan datang dari guru.Guru akan terus mengajar murid murid sepanjang hayatnya.Bahkan Perdana Menteri sekali pun kejayaannya sudah tentu hasil didikan guru.Guru umpama lilin membakar diri untuk kejayaan orang lain.

Bagaimana yang tidak berjaya?Bagai mana dengan pencuri? adakah guru yang mengajar dia buat jahat..Jawaban nya tidak ..itu kesilapan diri sendiri.Tiada guru yang mengajar muridnya membuat jahat.

Terima kasih kepada guru yang telah memdidik kami menjadi insan yang berguna untuk keluarga,masyrakat,agama,bangsa dan negara.

Khamis, 19 Julai 2012

Alamdulillah syukur..Kita jumpa lagi ..Ramadhan

Salam fr all.Maaf tak dapat jenguk blog.
Dan di kesempatan ini aku mengambil kesempatan
mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan semoga genap
sebulan kita menahan makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa.

SETELAH SEMUSIM KAU PERGI
KINI KITA KETEMU LAGI
RAMADHAN.... KAU TETAP DI HATI
TANPA MU..HIDUP INI TIADA ERTI......

C U Again

Rabu, 7 Mac 2012

Gadis perempuan wanita

Pagi tadi dalam kereta dengar radio Dj tu membebel dan dia sebut hari ini hari wanita
Topix hari ini tentang wanita.Dia minta pendengar talipon dan cerita tentang wanita.
Aku pun tutup radio sebab dah sampai di tempat kerja.Tak sempat nak dengar topix hari wanita.
Betul ke hari ini hari wanita.Kalau betul selamat hari wanita untuk semua wanita.Kadang kadang terpikir juga kenapa tidak di panggil hari perempuan.
Perempuan dan wanita adalah sama ,kalau berkahwin dia akan pilih Lelaki sebagai suami.

Perempuan ada hari wanita dan hari Ibu.Lelaki ada ker hari Lelaki atau hari suami ,yang aku tahu lelaki ada hari Bapa.

Tidak di nafikan sumbangan wanita kepada negara dan keluarga.Ibaratkan pincangnya negara dan keluarga kalau tiada wanita.

Wanita begitu penting kepada lelaki.Sebab apa?...sebab lelaki mana tahu bangun pagi buat sarapan,masak makan tengahari,petang,makan malam dan jaga anak.Lelaki mana larat buat semua tu.Lelaki bantu sikit sikit kerja rumah tu bolehlah.

Wanita semangatnya kuat walaupun ia di cipta dari tulang rusuk kiri lelaki.
Tapi orang kata wanita macam kerak nasi...walau pun keras bila di letak air ia akan menjadi lembut.Betul ker?

Ahad, 22 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

TO ALL CHINESE IN THE WORLD-HAPPY CHINESE NEW YEAR.

GONG XHI FATT CHAI TO MALAYSIA CHINESE-DRIVE CAREFULLY

DONT FORGET INVITE YOR FRIEND MALAY,INDIAN AND OTHER RACE TO YOUR HOME FOR CELEBRATE CHINESE NEW YEAR AND MAKE SURE THE FOOD IS HALAL...HAHAHHA.

TO ALL ROAD USER FOR BALIK KAMPUNG DRIVE CAREFULLY.
MAKE THE HOLIDAY HAPPY.

C U AGAIN

Sabtu, 31 Disember 2011

salam 2012..wassalam 2011

Tiada apa hendak dikata di tahun baru 2012
aku nak bahagia bersama keluarga
hati tenang tanpa gundah gelana.
2011 tetap di ingati
kenangan tetap jadi kenangan
yang baik dijadikan tauladan
yang tak baik dijadikan sempadan.

wassalam,
bilapahatberbunyi-abghani

Khamis, 15 September 2011

Esok Hari Malaysia@sambutan Merdeka&Jamuan hari raya

Esok 16 sept 2011 -Selamat menyambut hari malaysia dan sambutan tertangguh hari Merdeka 54tahun.Kibarkan Jalur Gemilang.Bersatu kita teguh bercerai kita roboh,Bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat.

Bersempena esok hari cuti penulis akan buat majlis Jamuan hari raya,harijadi dan sambutan hari Malaysia/Merdeka .

Siapa yang ada kelapangan di jemput hadir ke Majlis tersebut - Jln semerbak4 Tmn bukit dahlia.Pasir gudang johor.Time 2pm-7pm.Guna GPS pasti ketemu.

Khamis, 8 September 2011

Happy birthday To Me

KL to London kasih bertemu,

Di Johor cinta bersatu,

Saja nak bagitahu,

Hari ini 09.09.. harijadi aku.

Ahad, 4 September 2011

Selamat kembali bertugas

assalammualaikum,
Selamat kembali bertugas.Hari ini aku kembali bertugas.Tak puas bercuti.Rasa lemah pula nak mulakan kerja.Masih dalam mud raya.

Lebih 3 hari tak tengok blog.Terima kasih kepada yang jengah blog aku dalam musim raya.
Hari ini aku akan melawat blog kau orang.Pasti ada cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.

Hari ini juga aku kembali menulis di blog.

Semoga segalanya selamat.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Selamat hari raya..maaf zahir batin

Di kesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA...
MINTA maaf...MINTA ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.
MINTA di doakan keselamatan kami sekeluarga sepanjang masa.
dan...... MINTA.......duit raya...ops...!!!hehehe <**>


akhir kata....menjelang syawal kita bergembira jangan dilupa ramadhan yang akan menghilang.

Dari:bilapahatberbunyi-abghani.blogspot.com.


(pos berjadual)

Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1432 Hijjrah

Semusim kau berlalu pergi,
Kini kau kembali lagi,
Syukur pada ilahi,
Ramadan.....kini kita ketemu lagi.

Di kesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al -Mubarak.
Bagi yang pulang ke kampung halaman aku menasihatkan diri aku dan para pembaca blog aku ..
BERHATI HATI DI JALAN RAYA..INGAT ORANG YANG TERSAYANG DALAM HIDUP ANDA.
dan jangan ponteng puasa kalau tak uzur....hehehhe.