nuffnang ads

Selasa, 20 September 2011

Kita Semakin Jauh

Ibubapa adalah permulaan hidup kita.Ibu melahirkan kita dan adik beradik kita yang lain.Kalau ibubapa dulu punya anak yang ramai lebih dari 5 orang.Ibubapa zaman sekarang rata ratanya mempunyai anak dibawah 4orang.Sebab sedikit mungkin faktor umur, ekonomi atau sebab kahwin lewat.

Bagi yang mempunyai adik beradik ramai zaman kanak kanak adalah begitu rapat dan riuh rendah dengan abang,adik dan kakak.Kalau bergaduh pun akan cepat berdamai.Bila semuanya menginjak dewasa masing masing mempunyai hala tuju masing masing,Peringkat ini masih lagi berhubung antara satu sama lain dan masih lagi tinggal sebumbung.

Bila abang kakak atau adik kita berkahwin kita akan tumpang gembira dan kita akan dapat anak saudara.Yang berkahwin biasanya akan pindah rumah .Bila semua adik beradik sudah berkahwin masing masing sibuk dengan keluarga mereka tapi masih berjumpa lagi terutama pada hari raya itu pun kalau tak beraya di rumah mertua.Pada waktu ini kalau ada adik beradik yang berselisih faham adalah terlalu sukar untuk berbaik semula.Ambil masa yang lama untuk menjernihkan keadaan.

Anak kita dan anak anak adik beradik di panggil sepupu.Sepupu sebelah bapa dan sepupu sebelah ibu.Ada sepupu yang rapat ada yang suam suam kuku ,kurang mesra dan ada yang langsung tak kenal.

Bila kita sudah tua menjadi atuk dan nenek,anak anak kita pula telah punya keluarga sendiri.Bila hari raya anak cucu kita tidak lagi balik ke kampung ibubapa kita yang telah tiada sebaliknya berkumpul di rumah kita yang telah menjadi atuk dan nenek.

Secara tak langsung kita sebenarnya telah mewujudkan satu kitaran generasi keturunan kita sendiri.Ini adalah satu proses semulajadi yang semua orang akan lalui dan kita akan menjadi semakin hari semakin jauh dengan adik beradik kita yang satu waktu dahulu kita pernah tinggal sebumbung dengan mereka.

10 ulasan:

  1. hidup ibarat roda.. sampai masa kita akan merasa seperti ayah dan atuk kita rasa..

    BalasPadam
  2. itulah dinamakan putaran hidup, bayi, kanak-kanak,remaja, menjadi dewasa, dan tua..
    namun semoga tali persaudaraan kekeluargaan tetap utuh walaupun sudah makin jauh dan menjauh..

    BalasPadam
  3. Salam;
    satu pusingan yang tidak dapat ditarik kebelakang lagi..jadi hargailah masa semasa bersama..

    BalasPadam
  4. 8 adik bradik!!

    hehhe..alhamdulillah...stakat ni masih bersama..
    harap kekal macam tu...doa byak2~ ^^"

    BalasPadam
  5. Tulah Wina dengan sepupu pun dah renggang sedikit hubungan apabila dah besar.

    Adik-beradik sebab mereka merantau. Rasa renggang sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

    -wina1979-

    BalasPadam
  6. dear all:-rasanya segalanya bergantung pd kita utk merapatkan silahtulrahim sesama saudara kita.

    BalasPadam
  7. semua kita akan merasakannya.. jadi berbuat baiklah pd ibu bapa sekiranya kita nk lihat bakal anak2 kita pun turut menjadi anak yg soleh dan solehah.

    dah solat belom??
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

    BalasPadam
  8. ye. terasa sangat jauhnya nanti bila dah ada keluarga sendiri kelak. ;)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik