nuffnang ads

Rabu, 23 November 2011

Seks bebas dan songsang wajib di tolak.

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.
Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.
Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.
''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.
''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.
Awal bulan ini, negara telah digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.
Dr. Mahathir berkata, selain menghalalkan seks songsang masyarakat Barat juga mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita.
''Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga mereka menerima apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan sesiapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.
''Sebenarnya kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing?'' katanya.
Sesungguhnya, beliau berkata, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat dan akibatnya ramai di kalangan mereka tidak tahu siapa bapa masing-masing.
''Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.
''Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu," katanya lagi.
Dalam blognya Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat negara ini menerima segala-galanya yang dilakukan di Barat memandangkan budaya serta nilai hidup mereka telah runtuh disebabkan ketaksuban terhadap kebebasan.
bilapahatberbunyi: aku sokong pendapat Dr.Mahathir 100%

4 ulasan:

  1. salam;
    inilah yg dirisaukan oleh Dr.mahadir dan Dato' seri utama..jawapan dlm entri terbaru aku..keruntuhan moral dan akhlak org2 melayu.

    BalasPadam
  2. sekarang ni banyak kes keruntuhan akhlak dlm kalangan remaja. saya rasa yg paling penting didikan agama dari ibu bapa tu yg sangat penting. sekarang ni ibu bapa sangat sibuk dengan dunia pekerjaan sampaikan apa yg anak lakukan, ibu bapa tak tahu. so ibu bapa memainkan peranan yg sangat penting

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik