nuffnang ads

Ahad, 11 Disember 2011

Apple vs Samsung

Samsung atasi Apple di mahkamah
SYDNEY 9 Dis. - Mahkamah Tinggi Australia hari ini memudahkan perancangan Samsung untuk menjual tablet Galaxy 10.1 di Australia sempena Krismas ini, berikutan keputusan mahkamah menolak permintaan syarikat Apple yang meminta larangan itu dilanjutkan.
Samsung yang merupakan syarikat Korea Selatan pada bulan lalu memenangi rayuan terhadap larangan sementara penjualan tablet tersebut di Australia, kemenangan luar biasa buat syarikat itu dengan pesaing mereka dari Amerika Syarikat atas isu hak cipta.
Apple kemudian pula memenangi tuntutan di mahkamah untuk mengekalkan arahan tersebut, bermakna alat tersebut tidak boleh dijual di negara ini tetapi permintaan mereka untuk melanjutkan larangan tersebut ditolak hari ini.
Perbicaraan di mahkamah Sydney itu merupakan sebahagian daripada persaingan global di mana dua buah syarikat teknologi terbesar di dunia itu bersaing untuk menguasai pasaran komputer tablet dan telefon pintar yang dianggarkan bernilai AS$100 bilion (RM313 bilion).
Perbalahan di Australia itu setakat ini tertumpu kepada dakwaan tablet Galaxy 10.1 milik Samsung mencabuli beberapa paten produk Apple yang terkenal iaitu iPad.
Tarikh perbicaraan penuh untuk semua dakwaan hak cipta belum lagi ditetapkan.
Keputusan hari ini merupakan amat penting buat Samsung yang sebelum ini berdepan dengan prospek produknya kehilangan peluang untuk memasarkannya sempena perayaan Krismas ini.

bilapahatberbunyi:-apa apa pun telefon ni mahal.

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik