nuffnang ads

Isnin, 9 Januari 2012

Belanja kawen sekarang mahal

Alangkah mudahnya kalau majlis pernikahan hari ini pasangan boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat.
Tentunya ramai yang berkata "tidak mungkin" kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran.
Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000.
Kumpul duit
Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.
bilapahatberbunyi:-nasib baik aku dah kawin dulu lagi

2 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani...barang skg dah mahal tu sbb hantaran pun naik juga...pada sesiapa yg naik berkahwen eloklah kumpulkn wang tu dr skg kalau tidak sampai tua x kawen2 kan...:)

    BalasPadam
  2. untung la~ huhuh..sekarang semua benda mahal..amikk gambar yg seberapa pun dah beribu..khwin dgn org johor gak murah..rm22.50 je mas kahwin..kalu xsilap la (org johor pun tak ingat)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik