nuffnang ads

Ahad, 13 November 2011

Ikan Arowana lebih mahal dari Gelang Emas





Air daripada Tasik Bukit Merah dikatakan mampu menghidupkan emas. Apa yang dimaksudkan dengan 'emas' di sini adalah Arowana Asia, iaitu sejenis ikan yang nadir dan mahal(ikan kelisa).Tasik Bukit Merah, dibina pada tahun 1906 khas untuk tujuan pengairan dan membekalkan air bagi Daerah Kerian dan Larut, merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia. Tasik yang meliputi kawasan seluas 2,800 hektar ini membekalkan sumber air tak tercemar yang berterusan. Air tasik ini menjadi habitat semula jadi bagi banyak spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk Arowana Emas Malaysia, salah satu daripada empat spesies istimewa Arowana Asia.






Projek pembiakbakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.
Selain Perak, Johor merupakan satu lagi sumber pengeluaran utama bagi Arowana. Nilai Arowana yang dibiakbaka di kedua-dua negeri tersebut bagi tahun 2009 dianggarkan RM48 juta (Perak) dan RM78 juta (Johor). Hampir 95 peratus daripada hasil pengeluaran dieksport.






Bilapahatberbunyi:-Hanya mampu bela ikan emas.

3 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik