nuffnang ads

Khamis, 24 November 2011

UFO- Wujud Ke?









































Tiada bukti UFO wujud













WASHINGTON 7 Nov. - Kerajaan Amerika Syarikat berkata pihaknya tidak menemui sebarang petanda kewujudan makhluk asing tetapi tidak berputus-asa mengkaji kemungkinan itu.
Pegawai di White House memberi maklum balas terhadap petisyen yang menuduh kerajaan AS menyembunyikan kejayaan mereka menghubungi makhluk selain di bumi ini.
Pegawai Pejabat Polisi Sains dan Teknologi dari White House, Phil Larson berkata, mereka secara rasminya menafikan pengetahuan tentang kewujudan makhluk asing dan turut menyangkal dakwaan mereka menyorok maklumat tersebut daripada pengetahuan umum.
Katanya, para saintis masih mengkaji kewujudan makhluk ruang angkasa itu.
"Kerajaan AS tiada bukti yang ada kehidupan lain selain di planet kita, ataupun makhluk angkasa lepas ada berhubung dengan manusia.
"Tiada maklumat yang boleh dipercayai menunjukkan sebarang bukti disembunyikan daripada mata umum," katanya menerusi blog yang bertajuk Searching for ET, But No Evidence Yet.
Tambahnya, walaupun kerajaan tidak menemui sebarang jawapan tentang kewujudan makhluk asing, mereka tetap terus mencari kemungkinan tersebut.
Katanya, mereka kini menjalankan beberapa projek bagi merungkai misteri kehidupan di luar planet bumi.
Malah, kapal angkasa lepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang mengorbit Bumi, Kepler turut berfungsi mencari kewujudan hidupan di planet-planet lain.
Tulisan pada blog tersebut adalah sebagai menjawab dua petisyen yang dikemukakan oleh penggemar objek terbang tidak dikenali (UFO).












bilapahatberbunyi:-Pelik... UFO hanya kelihatan di Amerika Syarikat.....apa motifnya

1 ulasan:

  1. salam,
    mungkin ada kehidupan lain selain dibumi.cuma manusia belum menjumpainya mungkin peralatan masih belum sesuai.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik