nuffnang ads

Selasa, 13 Disember 2011

Kata orang pisang tak akan berbuah 2 kali........



Pokok pisang berbuah dua kali
Gambar-Inilah pokok pisang milik Arni yang berbuah dua kali di Tuban, Jawa Timur.


TUBAN - Pokok pisang biasanya berbuah hanya sekali, tetapi apa yang berlaku di Kampung Sidorejo di Jawa Timur amat menakjubkan apabila sebatang pohon pisang berbuah sebanyak dua kali.
Kejadian ini menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang untuk melihat sendiri keanehan tersebut, memandangkan ini kali pertama peristiwa seperti itu berlaku di kampung tersebut.
Menurut pemilik pohon pisang itu, Arni, 47, dia menyedari kejadian aneh itu pada minggu lalu selepas dimaklumkan oleh isterinya dan pada mulanya dia sendiri tidak mempercayainya.
"Mana mungkin pisang yang telah ditebang dan membusuk berbuah lagi," katanya kepada VIVAnews.com.
Arni berkata, sebelum kejadian aneh itu berlaku, dia ada bermimpi mengaji al-Quran selama beberapa kali, tetapi tidak menyangka akan berlaku sesuatu perkara ganjil.
Arni menegaskan bahawa dia tidak akan menjual pisang itu dan mahu makannya sendiri kerana mereka sekeluarga teringin untuk makan pisang aneh tersebut. - AGENSI

bilapahatberbunyi:-allah maha besar lagi maha mengetahui

3 ulasan:

  1. pokok pisang abah sy pun penah jd cmni..tp dia tak de la mimpi apa2 pun..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum abghani...itu semua adalah kejadian yg berlaku adalah kerana kehendak yang Maha Kuasa kan...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik