nuffnang ads

Isnin, 5 Disember 2011

Kemalangan kereta orang kaya



Nahas 'mewah' babitkan Ferrari, Lamborghini, Mercedes
Gambar-:Anggota polis memeriksa kerosakan pada kereta Ferrari yang terlibat dalam nahas jalan raya 14 buah kereta di Lebuh Raya Chugoku di Shimonoseki, wilayah Yamaguchi barat Jepun, kelmarin.


TOKYO 5 Dis. - Sebanyak 11 buah kereta mewah jenis Ferrari, Lamborghini dan Mercedes terlibat dalam satu perlanggaran secara bertindih-tindih di sini, semalam.
Kemalangan yang membabitkan lapan kereta Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua Mercedes itu disifatkan sebagai 'kemalangan mewah'.
Nahas itu berlaku ketika seorang daripada pemandu Ferrari tersebut cuba menukar laluan namun gagal lalu melanggar penghadang jalan.
Sehubungan itu, kereta-kereta lain tidak sempat menekan brek lalu berlanggar antara satu sama lain.
Ketika kejadian, kumpulan kereta mewah tersebut sedang berkonvoi menuju ke satu destinasi berhampiran Hiroshima.
Video pelanggaran yang disiarkan oleh saluran televisyen NTV memaparkan beberapa buah Ferrari dalam keadaan remuk.
Kemalangan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan serius, namun polis wilayah Yamaguchi mengesahkan seramai 10 pemandu terlibat mendapatkan rawatan luka ringan.
Secara keseluruhan, sebanyak 14 buah kereta terlibat dalam insiden tersebut.


bilapahatberbunyi:-kalau kereta murah mesti ada yang maut

1 ulasan:

Ulasan dari Blogger terbaik