nuffnang ads

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Rabu, 15 Mei 2013

Senarai Kabinet 2013 selepas pru13

PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)

3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)

4. Tan Sri Joseph Kurup

5. Datuk Seri Shahidan Kassim

6. Nancy Shukri

7. Joseph Entulu Anak Belaun

8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. P. Waytha Moorthy (Senator)

MENTERI KEWANGAN:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak

2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin

2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

1. Datuk Mary Yap Kain Ching

2. P. Kamalanathan

MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri

MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Jailani Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal

TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan

TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar

TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN - Datuk M. Saravanan

MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas

TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin

TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel

TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun

Selasa, 7 Mei 2013

Apa akan terjadi Malaysia di masa depan?

Negaraku Malaysia adalah negara bertuah dan berdaulat.Sudah 55 tahun kita merdeka.Kita hidup aman damai bersama kaum lain.Banyak perubahan telah berlaku dan kini kita menghampiri menjadi negara maju.Semakin kita maju semakin banyaklah bijak pandai di lahirkan dan semakin banyaklah perubahan yang akan berlaku mengikut zamannya.
Sesudah menjadi negara maju apakah halatuju seterusnya.Adakah kita menjadi negara 1 bangsa Malaysia.Bagaimana dengan agama?1bangsa 1 agama atau 1 bangsa berlainan agama.Kalau menjadi negara 1 bangsa sudah semestinya hak hak rakyat akan menjadi samarata.Tiada lagi hak istimewa orang orang Melayu.Adakah ini akan berlaku?
Kita tidak pasti,bergantung siapa yang rakyat pilih untuk menjadi kerajaan.Kerajaan yang di pilih sudah pastinya akan merubah dasar dasar yang tidak sesuai dengan zamannya.

Kita lihat pada hari ini selepas PRU 13 .Porla pengundian lebih bercorak perkauman.Ini sangat berbahaya bagi negara kita Malaysia.Api perkauman boleh meletup jika ada yang meniupkan sentimen perkaumam.Seperti bom jangka akan meletup bila tiba masanya .Bibit bibit itu telah ada dan pihak yang tewas dalam PRU13 telah menghimpunkan pengikutnya untuk membantah keputusan PRU13.Ini sangat berbahaya jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan yang memerintah.

Persoalannya siapa di belakang takbir protes ini?.Apakah ada kumpulan di belakang takbir?.Tahukah kita Malaysia adalah satu satunya negara islam yang aman ,maju,progresif dan mempunyai takbir urus yang baik di kalangan negara islam di dunia.(buat masa ini tak pasti dimasa depan)
Boleh dikatakan hampir semua negara islam di dunia ini telah di kucar kacirkan oleh anasir anasir musuh islam.Lihatlah Mesir,Syria,Iraq,Iran,Palestin dan lain lain lagi semuanya musnah bergaduh sesama sendiri.Indonesia walaupun mempunyai umat islam teramai tetapi suara mereka kurang didengari di pentas dunia.Umat islam di selatan Filipina dan Thailand di tindas.Di Palestin hak rakyatnya di nafikan oleh Israel.
Negara Islam di Afrika ,Bangladesh di belengu dengan kemiskinan dan perang saudara.

Bibit bibit itu sudah kelihatan di Negara Kita Malaysia.Jika kita umat islam di Malaysia membuka ruang(pengkhianat).Sudah pasti musuh musuh Islam ini dengah mudah merobek dan memusnahkan Keselesaan dan keamanan yang kita nikmati selama ini.
Tidak mustahil perkara ini tidak berlaku di Malaysia.
Oleh itu kita mesti bertanggung jawab memelihara negara kita dengan baik untuk diserahkan kepada generasi yang akan datang.
Sudah 55 tahun kita hidup aman damai bersama kaum kaum lain.Itulah keunikan Malaysia.
Jangan musnahkan apa yang telah kita bina.Musnah lebih mudah dari membina .




Isnin, 6 Mei 2013

Analisis PRU13 dari pandangan aku budak kampung

BN Menang lagi.Ds Najib jgn kecewa kerusi Parlimen PRU13 merosot sikit.Saya tahu harapan DS Najib dalam PRU 13 ini anda memerlukan mandat yang yang kuat 2/3.Tapi BN cuma dapat 133 kerusi dari 222 kerusi yang di tawarkan.Jangan kecewa kerana ada hikmah di sebalik menang dalam tewas.Lagipun UMNO dapat 109 dari 120 kerusi,not bad. Dalam PRU 13 ini kita tahu kekuatan DAP.Andai kata semua pengundi cina mengundi calon DAP,paling banyak kerusi yang mereka dapat dalam lingkungan 40-50 kerusi parlimen.Kalau mahu memerintah Malaysia mereka memerlukan undi melayu dalam PAS dan PKR. DS Najib seorang pejuang mesti ada semangat yang kental dan tidak ada perasaan mengalah.Saya percaya DS Najib ada kekuatan itu dan akan bangkit kembali dan berkerja lebih kuat untuk mendapat sokongan rakyat dimasa depan.Saya pasti DS Najib dapat memimpin rakyat Malaysia kearah kebaikan dan kemajuan. Saya percaya Negara kita Malaysia sedang di intai intai oleh musuh negara iaitu Zionis kerana kita mempunyai seorang pemimpin Islam yang bagus yang boleh menghalang agenda mereka untuk menghancurkan negara kita. Orang melayu jangan marah kepada pengundi cina kerana mengundi calon cina DAP, kerana kita orang melayu pun undi calon Umno.Yang patut kita marah adalah orang melayu yang undi DAP.Porla pengundian mengikut kaum ini sangat berbahaya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia.Boleh meletup jika ada yang mengapi apikan. BN parti berbilang kaum,tak kira siapa calon yang penting parti yang menang.Pengundi cina kali ini lebih suka memilih Pakatan rakyat menjadi wakil suara mereka di dewan rakyat.Mereka nampaknya sangat benci BN.Kenapa mereka benci BN. Saya rasa fikiran mereka telah di hasut sekian lama,apa sahaja isu berlaku BN salah UMNO salah.Perasaan benci ini telah meresap dan sebati dalam jiwa mereka. Apa yang saya lihat cara Pakatan Rakyat berkempen adalah sangat tersusun walaupun Bn warwarkan Pakatan Rakyat ada banyak masalah.Memang mereka PAS,PKR&DAP berlainan ideologi tapi mereka ada matlamat yang serupa iaitu hancurkan BN terutama UMNO. Parti PAS mereka lebih tertumpu pada kawasan kampung.Mereka lebih kepada isu agama contoh mengkafirkan UMNO,sembahyamg orang UMNO tak dapat pahala dan tak masuk syurga. Mereka berkempen sepanjang tahun tanpa rasa jemu. Parti PKR pula lebih tertumpu pada kawasan bandar perbagai kaum.Modus operendi mereka cipta isu,cari isu buat fitnah ,panggil sidang media kemudian salahkan UMNO dan surat khabar arus perdana siarkan , semua orang baca dan maklumat tersebar. Anwar memang hebat berpolitik.Walaupun dikatakan mempunyai banyak masalah moral,pengkianat ,dia tetap menang di permatang pauh.Auranya kuat,semangat juangnya tinggi,alasannya banyak,menepis setiap tuduhan,iktiar hidupnya dalam politik kuat.Ini semua membuatkan dia masih relevan di arena politik tanah air.Targetnya adalah menjadi PM Malaysia. Parti DAP pula lebih kepada orang cina,mempengaruhi fikiran mereka jangan undi BN.Slogan mereka UBAH.Siapa undi BN dia bodoh.Seolah olah BN menindas orang cina.Semua strategi ini berjaya.Media sosial digunakan sepenuhnya. BN/UMNO cara kempen tak agresif, masih cara lama.Banyak bersopan.Ada isu tidak di panjangkan panjangkan.Banyak bertahan.Pakar strategi parti ada atau tidak saya tidak pasti.Kempen tidak sampai ke jiwa rakyat terutama kepada bukan melayu.Bantuan kepada rakyat dilihat lebih kepada tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Parti komponen UMNO,MCA,MIC DLL mesti banyak turun padang bersemuka dengan rakyat.Gunakan media sosial sepenuhnya.Sentiasa berdamping dengan orang muda,cari pengundi baru.Tunjukkan sifat rendah diri,sederhana dalam hidup.Jangan tunjuk kekayaan,kemewahan.Kalau nak kaya jangan masuk politik,lebih baik jadi ahli perniagaan. Tunjukkan product parti dan pasarkan kepada golongan sasaran.Kalau product berkualiti tapi cara memasar(maketing) tak betul orang tak akan beli. Saya yakin para pemimpin BN/UMNO akan merapatkan barisan untuk bersatu kalau bercerai kita akan roboh dan sukar untuk bangkit kembali. Nukilan, aku budak kampung, blog Bila Pahat Berbunyi

Rabu, 13 Mac 2013

Jiran Malaysia beli F35 termaju dalam klasnya

SINGAPURA - Pemerintah Singapura kini dalam peringkat akhir membuat penilaian ke atas pesawat pejuang F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang mungkin menggantikan beberapa pesawat pejuang F-15 dan F-16, kata Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen dalam satu kenyataan semalam. Eng Hen memberitahu Parlimen kelmarin bahawa Singapura juga berhasrat untuk menukar armada kapal selam negara tersebut sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan kekuatan ketenteraannya yang kini memiliki kelengkapan yang terbaik di Asia Tenggara. "Pesawat pejuang F-35 ini bakal menjadi barisan depan untuk pesawat generasi baharu," tambahnya. Ia dilengkapi satu enjin dan mempunyai kemampuan gagal dikesan radar. Ia dimajukan menerusi program yang diketuai Amerika Syarikat dengan lapan buah negara. Eng Hen juga menyatakan, pihaknya akan menggantikan kapal selam kelas Challenger yang diperoleh dari Sweden pada tahun 1990-an. - AFP Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2NPW9F8Nq Hakcipta terpelihara

Sabtu, 5 Mei 2012

I'am busy or I malas or reformasi or tranfomasi

Lama sungguh aku tidak menulis di blog dan melawat blog rakan rakan.Adakah aku busy atau aku malas.Naka kata aku busy...aku tidak terlibat langsung dengan perhimpunan haram bersih.Aper lah nak merusuk.Apa tujuan kau nak merusuk...pukul polis,maki polis dan pukul wartawan..memang aku marah sekarang ni....aku dah tak sabar nak mengundi .Yb Najib cepatlah umumkan bila PRU13..aku dah tak sabar nak telingkupkan musuh kau.
Yb Najib sekarang ni musim orang sokong parti kau.Tsunami dah berlalu..air pasang dah surut aper lagi umum kan lah PRU13.

Kepada polis aku sokong segala tindakan polis untuk menangkap perusuh..jangan pilih bulu tangkap tak kira apa pangkat dia orang ..yang salah mesti di hukum.Negara kita ada undang undang.Tegas sikit..ops..tegas banyak jangan tegas sedikit..barulah aman negara kita.

Cukup sampai disini dulu..lain kali kita cerita lagi..semoga Malaysia aman.
AMIN Ya ALLAH.

Jumaat, 20 Januari 2012

akhirnya peguam negara failkan tuntutan di mahkamah rayuan. satu keadilan untuk saiful bukhari. Terima kasih kepada peguam negara.

Jumaat, 11 November 2011

PKR buat kajian dan keputusannya Najib lebih popular daripada Anwar.




INI kisah kaji mengkaji. Perihal kajian (survey) yang dibuat oleh PKR di kalangan pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor dan dapati bos depa kalah dari segi populariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lagi best, Anwar bukan saja tidak digemari golongan muda, tetapi juga pengundi wanita.
Hasil kajian tersebut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider yang mengatakan Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.
Sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.
Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden UMNO itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).
Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.
Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepada kepimpinan Anwar, bekas Timbalan Presiden UMNO. Sebanyak 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.
Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak kepada Anwar dengan sebanyak 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.
Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.
Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.
Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).
Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).
Sementara Anwar popular di kalangan siswazah dan bukan siswazah, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).
Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.
Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.
Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.-11/11/2011








bilapahatberbunyi: nampaknya cerita positif DS Najib mendahului..Thumb Up




sumber berita dari agenda daily.com

Cerita Politik Panas



Ingat lagi kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dahulu? Khabarnya polis akan mulakan siasatan ke atas isu skandal berkenaan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam di sebuah apartmen di Kuala Lumpur.
Rakyat di seluruh negara hingga kini terus tertanya dan ingin tahu apa cerita sebenar kes video seks yang telah disahkan oleh ujian pakar luar negara 99.9 peratus tulen.
Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau adalah orangnya dalam video berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pernah memberitahu kes berkenaan akan disiasat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.
Kini menjelang hujahan terakhir pihak pembelaaan ke atas kes liwat itu pada 8 dan 9 Disember ini, peguam Anwar mengesahkan polis telah memanggil Anwar untuk disiasat mengenai isu video seks itu.
Ia dipercayai melibatkan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu tentang video seks berkenaan.
R Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR dipetik berkata polis telah meminta Anwar memberi keterangan minggu ini, namum mereka meminta ia diadakan Rabu depan di Balai Polis Kepong.
Dan seperti diduga belum apa-apa lagi PKR sudah melompat seolah bos mereka tidak boleh disentuh langsung dalam isu dakwaan berkenaan.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, N. Surendran yang juga peguam Anwar sudah mendakwa ia bermotif politik untuk serang Anwar.
Malah beliau main sedap mulut dakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ada apa-apa dengan BN untuk menjatuhkan Anwar.
Anehnya di sebalik ini semua satu dunia sudah melihat video berkenaan di mana lelaki itu seiras habis dengan Anwar.
Juga menguatkan dakwaan itu ialah pendedahan video CCTV lelaki seiras Anwar sedang naik dan turun lif bersama Datuk Sharzly Eskay di apartmen berkenaan.
Waktu pada CCTV itu adalah selaras dengan waktu rakaman video seks itu.
Juga satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah tentang jam Omega Anwar yang dikatakan tertinggal di lokasi rakaman aksi seks.Dalam pada itu ada aksi seks yang dirakam di Bangkok dan belum didedahkan sepenuhnya lagi.
Jawapan yang pasti tentu akan diperolehi menerusi siasatan rapi pihak polis tentang isu yang belum beres ini.
Sebelum ini banyak pihak menyifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kononnya video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti.
Bagi kebanyakan orang sekalipun bermati-matian nak mempertahankan Anwar kerana politik...janganlah nak memperbodohkan orangramai sampai peringkat itu.- agenda daily 11/11/2011

bilapahatberbunyi:- tak habis habis dengan masalah...........

sumber berita dari agenda daily.com

Jumaat, 12 Ogos 2011

Politik Negara

Dikalangan umur 25th kebawah ramai yang tidak berminat tentang politik.Bagi mereka politik itu membosankan dan mejelekkan..Tapi tahukah kita yang mencorakkan politik masa depan negara adalah  generasi muda sekarang.

Jika kita tidak berminat tentang politik,setidak tidaknya kita ambil tahu serba sedikit tentang suhu politik negara .Semua berita tentang politik negara boleh di dapati di surat khabar , berita di TV atau di blog blog politik..Mudah bukan.Baca dan buat kesimpulan.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi.Jika anda berumur 21 tahun anda layak mengundi.Bila kali terakhir anda mengundi?Jika belum mendaftar sebagai pengundi daftarlah sekarang di pejabat pos atau pejabat spr.Undi anda menentukan masa depan negara.

Jika anda tidak berminat juga tentang politik...tidak mengapa kerana ini bukanlah satu kesalahan.Teruskan hidup anda seperti biasa.Fokus kepada kerjaya harian anda.