nuffnang ads
Isnin, 6 Mei 2013
Analisis PRU13 dari pandangan aku budak kampung
BN Menang lagi.Ds Najib jgn kecewa kerusi Parlimen PRU13 merosot sikit.Saya tahu harapan DS Najib dalam PRU 13 ini anda memerlukan mandat yang yang kuat 2/3.Tapi BN cuma dapat 133 kerusi dari 222 kerusi yang di tawarkan.Jangan kecewa kerana ada hikmah di sebalik menang dalam tewas.Lagipun UMNO dapat 109 dari 120 kerusi,not bad.
Dalam PRU 13 ini kita tahu kekuatan DAP.Andai kata semua pengundi cina mengundi calon DAP,paling banyak kerusi yang mereka dapat dalam lingkungan 40-50 kerusi parlimen.Kalau mahu memerintah Malaysia mereka memerlukan undi melayu dalam PAS dan PKR.
DS Najib seorang pejuang mesti ada semangat yang kental dan tidak ada perasaan mengalah.Saya percaya DS Najib ada kekuatan itu dan akan bangkit kembali dan berkerja lebih kuat untuk mendapat sokongan rakyat dimasa depan.Saya pasti DS Najib dapat memimpin rakyat Malaysia kearah kebaikan dan kemajuan.
Saya percaya Negara kita Malaysia sedang di intai intai oleh musuh negara iaitu Zionis kerana kita mempunyai seorang pemimpin Islam yang bagus yang boleh menghalang agenda mereka untuk menghancurkan negara kita.
Orang melayu jangan marah kepada pengundi cina kerana mengundi calon cina DAP, kerana kita orang melayu pun undi calon Umno.Yang patut kita marah adalah orang melayu yang undi DAP.Porla pengundian mengikut kaum ini sangat berbahaya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia.Boleh meletup jika ada yang mengapi apikan.
BN parti berbilang kaum,tak kira siapa calon yang penting parti yang menang.Pengundi cina kali ini lebih suka memilih Pakatan rakyat menjadi wakil suara mereka di dewan rakyat.Mereka nampaknya sangat benci BN.Kenapa mereka benci BN.
Saya rasa fikiran mereka telah di hasut sekian lama,apa sahaja isu berlaku BN salah UMNO salah.Perasaan benci ini telah meresap dan sebati dalam jiwa mereka.
Apa yang saya lihat cara Pakatan Rakyat berkempen adalah sangat tersusun walaupun Bn warwarkan Pakatan Rakyat ada banyak masalah.Memang mereka PAS,PKR&DAP berlainan ideologi tapi mereka ada matlamat yang serupa iaitu hancurkan BN terutama UMNO.
Parti PAS mereka lebih tertumpu pada kawasan kampung.Mereka lebih kepada isu agama contoh mengkafirkan UMNO,sembahyamg orang UMNO tak dapat pahala dan tak masuk syurga.
Mereka berkempen sepanjang tahun tanpa rasa jemu.
Parti PKR pula lebih tertumpu pada kawasan bandar perbagai kaum.Modus operendi mereka cipta isu,cari isu buat fitnah ,panggil sidang media kemudian salahkan UMNO dan surat khabar arus perdana siarkan , semua orang baca dan maklumat tersebar.
Anwar memang hebat berpolitik.Walaupun dikatakan mempunyai banyak masalah moral,pengkianat ,dia tetap menang di permatang pauh.Auranya kuat,semangat juangnya tinggi,alasannya banyak,menepis setiap tuduhan,iktiar hidupnya dalam politik kuat.Ini semua membuatkan dia masih relevan di arena politik tanah air.Targetnya adalah menjadi PM Malaysia.
Parti DAP pula lebih kepada orang cina,mempengaruhi fikiran mereka jangan undi BN.Slogan mereka UBAH.Siapa undi BN dia bodoh.Seolah olah BN menindas orang cina.Semua strategi ini berjaya.Media sosial digunakan sepenuhnya.
BN/UMNO cara kempen tak agresif, masih cara lama.Banyak bersopan.Ada isu tidak di panjangkan panjangkan.Banyak bertahan.Pakar strategi parti ada atau tidak saya tidak pasti.Kempen tidak sampai ke jiwa rakyat terutama kepada bukan melayu.Bantuan kepada rakyat dilihat lebih kepada tanggungjawab kerajaan yang memerintah.
Parti komponen UMNO,MCA,MIC DLL mesti banyak turun padang bersemuka dengan rakyat.Gunakan media sosial sepenuhnya.Sentiasa berdamping dengan orang muda,cari pengundi baru.Tunjukkan sifat rendah diri,sederhana dalam hidup.Jangan tunjuk kekayaan,kemewahan.Kalau nak kaya jangan masuk politik,lebih baik jadi ahli perniagaan.
Tunjukkan product parti dan pasarkan kepada golongan sasaran.Kalau product berkualiti tapi cara memasar(maketing) tak betul orang tak akan beli.
Saya yakin para pemimpin BN/UMNO akan merapatkan barisan untuk bersatu kalau bercerai kita akan roboh dan sukar untuk bangkit kembali.
Nukilan,
aku budak kampung,
blog Bila Pahat Berbunyi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya pun orang kampung jugak.Ye saya perasan jugak tu abang ghani. Lebih2 lagi di media sosial. Orang2 kita pula mudah percaya dengan penyebaran maklumat yang entah betul atau tidak puncanya. Saya rasa mereka belum tentu menerima usaha2 mungkin akan dicadangkan.Jadi DS Najib perlu berkerja keras secara luar biasa bagi memenangi hati rakyat.
BalasPadamzakiah-betul tu
Padam