nuffnang ads

Selasa, 7 Mei 2013

Apa akan terjadi Malaysia di masa depan?

Negaraku Malaysia adalah negara bertuah dan berdaulat.Sudah 55 tahun kita merdeka.Kita hidup aman damai bersama kaum lain.Banyak perubahan telah berlaku dan kini kita menghampiri menjadi negara maju.Semakin kita maju semakin banyaklah bijak pandai di lahirkan dan semakin banyaklah perubahan yang akan berlaku mengikut zamannya.
Sesudah menjadi negara maju apakah halatuju seterusnya.Adakah kita menjadi negara 1 bangsa Malaysia.Bagaimana dengan agama?1bangsa 1 agama atau 1 bangsa berlainan agama.Kalau menjadi negara 1 bangsa sudah semestinya hak hak rakyat akan menjadi samarata.Tiada lagi hak istimewa orang orang Melayu.Adakah ini akan berlaku?
Kita tidak pasti,bergantung siapa yang rakyat pilih untuk menjadi kerajaan.Kerajaan yang di pilih sudah pastinya akan merubah dasar dasar yang tidak sesuai dengan zamannya.

Kita lihat pada hari ini selepas PRU 13 .Porla pengundian lebih bercorak perkauman.Ini sangat berbahaya bagi negara kita Malaysia.Api perkauman boleh meletup jika ada yang meniupkan sentimen perkaumam.Seperti bom jangka akan meletup bila tiba masanya .Bibit bibit itu telah ada dan pihak yang tewas dalam PRU13 telah menghimpunkan pengikutnya untuk membantah keputusan PRU13.Ini sangat berbahaya jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan yang memerintah.

Persoalannya siapa di belakang takbir protes ini?.Apakah ada kumpulan di belakang takbir?.Tahukah kita Malaysia adalah satu satunya negara islam yang aman ,maju,progresif dan mempunyai takbir urus yang baik di kalangan negara islam di dunia.(buat masa ini tak pasti dimasa depan)
Boleh dikatakan hampir semua negara islam di dunia ini telah di kucar kacirkan oleh anasir anasir musuh islam.Lihatlah Mesir,Syria,Iraq,Iran,Palestin dan lain lain lagi semuanya musnah bergaduh sesama sendiri.Indonesia walaupun mempunyai umat islam teramai tetapi suara mereka kurang didengari di pentas dunia.Umat islam di selatan Filipina dan Thailand di tindas.Di Palestin hak rakyatnya di nafikan oleh Israel.
Negara Islam di Afrika ,Bangladesh di belengu dengan kemiskinan dan perang saudara.

Bibit bibit itu sudah kelihatan di Negara Kita Malaysia.Jika kita umat islam di Malaysia membuka ruang(pengkhianat).Sudah pasti musuh musuh Islam ini dengah mudah merobek dan memusnahkan Keselesaan dan keamanan yang kita nikmati selama ini.
Tidak mustahil perkara ini tidak berlaku di Malaysia.
Oleh itu kita mesti bertanggung jawab memelihara negara kita dengan baik untuk diserahkan kepada generasi yang akan datang.
Sudah 55 tahun kita hidup aman damai bersama kaum kaum lain.Itulah keunikan Malaysia.
Jangan musnahkan apa yang telah kita bina.Musnah lebih mudah dari membina .




3 ulasan:

  1. Bila kita sedarkan org Melayu, ada yang menganggap kita perkauman. Kita bukan perkauman tapi kita nak jaga hak2 orang melayu. Bila sesama bangsa bergaduh mula ada anasir lain datang campur tangan..saya yang muda ni pun risau nak survive akan datang

    BalasPadam
  2. Negara yg rakyat nya cuma dibebani hutang.... negara yg kaya bukan rakyat yang kaya..

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik