Telah 11 hari kita berpuasa.Pada awal ramadan aku berpuasa di kampung.Kebetulan awal ramadan jatuh pada tahun baru cina.Balik kampung naik motor dengan motor baru adik aku halim suzuki panter.Aku yang bawa sebab dia tak ada lesen lagi.Bulan ini juga aku dapat bonus tapi duit itu buat masa ini aku belum nak guna lagi jadi aku beri abang aku pakai dulu sebab dia nak guna untuk perkawinannya yang akan berlansung bulan depan seminggu selepas raya.
Aku telah berpindah ke rumah sewa baru di Taman desa cermelang.Tinggal bersama kawan sekolah aku iaitu kamal bukan kamal yang guna talipon bil melambung tu.Kamal rakan sekampung aku ni aku kenal dari sekolah rendah hingga sekolah menengah semua satu kelas.Di rumah sewa baru ini aku tinggal sebilik dengan As..jangan salah faham As ni lelaki bukan perempuan nama sebenarmya mohd asni.
Aku pindah bukan kerana tak serasi dengan kawan kawan lama iaitu Jas,Am,Yani dan (kamal -guna talipon bil melambung).Saja nak cari angin baru.Lagi pun kawan sekampung aku Jep yg putus 4 jari dah kerja di KL dan akan melansugkan perkawinan pada bulan depan.Dia kawin dengan rakan sekelas dari sekolah rendah hingga menengah.Dapat duit pampasan baru terbuka hati nak kawin.Kalau dah jodoh tak kemana.
Aku ni bila lagi...tungguuuuuuu...........
nuffnang ads
Jumaat, 24 Jun 2011
Rabu, 22 Jun 2011
Satu Perjalanan Desember 1993
Disaat saat warga Johor bergembira menyambut tahun 1994 dimana Johor akan di istiyarkan sebagai sebuah Bandar Raya... aku bersiap untuk balik kampung menghabiskan sisa sisa tahun 1993 dengan menumpang kereta abang aku iaitu abg man.Didalam kereta aku mengalamun mengingati kisah kisah lama dan wajah wajah yang pernah mewarnakan kehidupan aku sepanjang tahun 1993.Wajah pertama yang berada dilayar ingatan ialah nora.Saat ini mukin dia bahagia bersama suami dan keluarganya.Kadang kadang terfikir kenapa aku tidak serius dalam menjalinkan persahabatan.Adakah pada waktu itu aku seorang yang tidak matang atau kebudak-budakan.Yang berlalu tetap berlalu ,usah dikenang lagi .Apa nak buat dah bukan jodoh agaknya.Ada masanya aku merasa rindu dengan kawan kawan lama di KWP..teringin untuk berjumpa tapi masa amat terbatas untuk aku berbuat demikian.
Tanpa aku sedari aku telah sampai ke pekan Air Hitam.Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 12malam.Aku dan abg man serta rakannya menghilangkan penat di sebuah restoran.
Detik 12 malam telah pun bermula menandakan tahun baru 1994 telah tiba.Aku dapat rasakan seluruh rakyat Johor termasuk kawan kawan aku sekarang ini bergembira menyambut tahun baru dengan imej Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya.Tentu meriah dengan percikkan bunga api.
Umur aku meningkat lagi ke satu anak tangga menjadi 25 tahun.Aku juga seperti orang lain ingin punya kereta,rumah dan keluarga sendiri.Soalnya bila ?..hanya masa yang menentukannya.
Tiba tiba aku terkejut bila abang aku serahkan kunci kereta.Kini tiba giliran aku memandu pulang ke kampung.Kereta terus meluncur membelah kedinginan malam di lebuh raya utara-selatan....

Selasa, 21 Jun 2011
Satu Perjalanan Ogos -Sept.1993
Jam menunjukkan pukul 9.30malam.Aku seperti orang yang kebingungan tak tahu nak buat apa.Nak mandi dan basuh baju air paip tak keluar, terlalu kerap gangguan air di kawasan ini iaitu kangkar teberau.Malam minggu ini aku dan rakan serumah hanya memerap menanti air paip.Muka semua berkerut penat bekerja kemudian tension balik rumah air pula tiada.
Pagi ahad hujan turun mencurah curah.Aku mandi dan basuh baju dahulu kuatir air tak ada lagi.Buka radio kedengaran lagu fantasia bulan madu.Kalau hujan berterusan memerap lagi kat rumah.Kebosanan mula terasa,perut berbunyi tanda lapar.Hujan di luar semakin lebat.Talian talipon telah di potong gara gara rakan serumah iaitu kamal telah berkawan dengan awek Batu Pahat.Hari hari bergayut tanpa memikirkan kemampuan kewangan .Akibatnya bil mencecah $1,300.00.Tak mampu nak bayar.Yang aku risau talian talipon itu atas nama aku.Apa yang aku tahu sampai sekarang tak bayar..janji manisnya nak setelkan semua.Rakan serumah yang lain semua bengang.Aku jadi mangsa tanggung bil yang banyak.
Hujan masih lagi tiada tanda mahu berhenti.Perut semakin keroncong.Pergi ke dapur tiada bahan untuk dimakan kecuali buah rambutan yang emak aku kirimkan melalui kakak aku yang balik ke kampung tempoh hari.Memandangkan aku dah lama tak balik kampung jadi emak kirimkan buah rambutan dan manggis.Terima kasihlah pada emak yang tidak melupakan aku.Rasa terharu bila membayangkan kesukaran emak memetik buah rambutan .Tidak terbalas budi baik emak.Emak tetap dalam ingatan aku.
Sept 9 1993 adalah satu tarikh keramat dan hari kebesaran bagi akulah.Hari dimana buat pertama kali aku melihat dunia dimana aku belajar menangis.Setiap manusia dilahirkan dengan menangis dan apabila mati ditangisi ..itu lumrah alam.Hari ini genaplah umur aku 24 tahun ,semakin dewasa.Tentang jodoh belum di fikirkan lagi.Beberapa rakan telah bertunang dan ada yang telah berkawin.Dulu pernah berkata nak tamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun.Jodoh pertemuan di tangan allah.
Hari jadi kali ini aku belanja kawan kawan makan.Aku harap akan menjadi lebih dewasa dan matang dalam setiap tidak tanduk mengharungi hari hari yang mendatang.

Ahad, 19 Jun 2011
Satu Perjalanan Jun 1993 ***
Petang sabtu hujan turun mencurah curah..aku merenung ke luar tingkap sejauh mata memandang.Begitu indah alam ciptaan Allah s.a.w.Irama titisan hujan jatuh kebumi sungguh mengasyikkan ..bunyian alam semulajadi yang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.Sesekali tiupan angin membuatkan pepohon menari seakan mengikut rentak bunyian hujan.Tumbuh tumbuhan seakan bersyukur tanda gembira bila hujan membasahi bumi.Rezeki alam.Kita dan alam saling memerlukan antara satu sama lain.Jangan sesekali kita mengkianati alam.Aaaaah...Suasana dingin dan tenang sekali...
Esok 13 jun hari perkawinan nora.Jika tiada aral melintang aku akan menghadirkan diri untuk meraikan majlis perkawinannya di kg melayu lima kedai.
Aku sampai sebelum majlis bersanding.Lepas makan aku berbual dengan teman teman yang lain.Hati berdetik mahu melihatnya untuk ke sekian kalinya.....dengan ditemani oleh seorang rakan aku menuju ke tepi tingkap... bilik pengantin.Di celah celah kepingan cermin tingkap.... aku melihat nora telah bersiap dengan baju pengantin warna merah dan sedang di solek oleh mak andam.Wah!! begitu anggun sekali..persis seorang puteri...seakan perasan kehadiran aku... dia menoleh ke tingkap dengan satu renungan yang bercahaya..merenung tepat ke arah aku ...tanpa kata kata...emosinya sedikit terganggu ...aku seakan tewas dengan renungannya ...... dengan sedikit seyuman aku hanya ucapkan selamat pengantin baru.....aku berpaling ...tanpa menoleh kebelakang ....aku terus belalu pergi.......motorsikal meluncur laju.... membawa aku......ke destinasi..yang biasa kita tujui...menyusuri jalan jalan yg pernah kita lalui ......aku mengimbau kenangan lalu .....Ini adalah hari terakhir kita berjumpa ...............dan aku akan terus menjalani kehidupan seperti biasa seperti insan insan yang lain mengejar impian di dunia yang sementara ni.
Tak trajik pun...
Sabtu, 18 Jun 2011
Satu Perjalanan Januari- Mei 1993
Tahun 1992 telah sampai ke pelabuhan dan tahun 1993 baru bermulanya satu pelayaran membawa aku yang aku sendiri tak pasti kemana pelayaran ini akan berakhir dengan selamat atau karam di lautan bergelora.Segalanya ketentuan oleh yang maha esa.Kita manusia hanya mampu merancang,berusaha ,berdoa dan tawakal tapi segalanya hanya allah yamg menentukan.
Detik detik terakhir tahun 1992 aku menghabiskan masa di meja snoker bersama kawan kawan happy bergembira menyambut tahun baru.Bila di fikirkan kembali tidak sepatutnya aku menghabiskan masa di tempat begitu.Seperti janji dan azam aku yang lepas aku perlu berusaha mengimbangai hal dunia dan hal akhirat.Kita manusia perlu berubah mengikut putaran usia dan aku perlu berubah sedikit demi sedikit.
Bulan mac aku dapat tawaran berkerja di sebuah syarikat penghantaran dan perkapalan .Atas rekemen dari abang man, aku berjaya dalam temuduga.Aku ditempatkan di Pasir Gudang.Pejabat terletak di Kilang Funai elec.Pengalaman aku cuma di bahagian store dan sedikit dalam admind.Dalam urusan kastam,shipping,transport dan hal hal pelabuhan serta yg berkaitan memang tiada pengalaman dan pengatahuan.Zero.Kerja dalam bidang ini buatkan kepala pening dan tension.Bayangkan hari pertama kerja aku kena balik pukul 2 pagi.Semak kepala den.Memang menguji kesabaran..tambahan staf lama tak berapa mesra nak mengajar.Kesilapan ada satu pengalaman yang membuatkan kita menjadi lebih pandai dan bijak..tapi kalau sentiasa buat silap itu tandanya kita be..ngong.
Saat berhenti ditempat lama di kilang kwp..memang sedih nak meninggalkan kawan kawan yg telah dianggap seperti saudara sendiri.Demi masa depan aku terpaksa tinggalkan kalian.Mereka buatkan aku jamuan perpisahan.Banyak kenangan aku disini dan wajah wajah yang masih tersimpan di peti memori.
Aku sudah tukar motor ,jenis honda raider,no plat JBG608.Sport rim..nampak bergaya.Setiap hari berulang dari kangka teberau ke Pasir Gudang.Gaji lebih sedikit dari tempat lama.Setiap hari balik lambat.Terlalu banyak tekanan kerja.Hampir hampir nak berhenti kerja..aku kuatkan semangat untuk terus bekerja.Gaji pertama aku beli sebuah jam tangan jenis orient dan sebentuk cincin suasa sebagai kenangan gaji pertama.(sampai sekarang ada lagi).Selain dari pakaian barang peribadi yang aku minat adalah jam tangan,cincin dan kaca mata hitam.Kerja ditempat baru ini aku ramai kawan rasanya beratus orang dari staf kilang ,kastam ,johorport,shipping agency,fowarding agency,transport,haulage dan yang lain yang berkaitan semua aku kenal.Kadang kadang kenal rupa tapi tak ingat nama dan kenal suara tapi tak pernah jumpa.
Dalam masa dua bulan aku mula dapat menyesuaikan diri ditempat baru dan aku mula menyukai bidang baru ini.

Jumaat, 17 Jun 2011
Satu Perjalanan October -Disember 1992
Yes..yes hoorey hari ini 15 oct aku lulus dalam ujian memandu kereta.Ujian kali pertama aku gagal dan ujian kedua aku lulus.Nampaknya segala plan tahun ini telah dapat di sempurnakan dengan baik.Sekarang aku sudah ada lesen kereta dan motor cum a kereta sahaja belum di beli.Mukin dalam masa 2 tahun lagi.
Depavali tak lama lagi. Pantang ada cuti umum aku pasti akan balik kampung.Balik kampung adalah satu perkara yang paling aku suka.Di Kampung abah dah buka kedai runcit.Pada mula kedai nampak ok tapi kali ini aku tengok barang barang makin berkurangan.Aku tak pasti sebab apa terjadi begitu.Mukin modal tak cukup nak tambah barang.
Bulan november aku kena deman panas.Pergi klinik,dapat mc.Satu perkara yang aku tak suka bila demam.kena memerap di rumah.Kawan kawan semua pergi kerja...otak jadi buntu bila tinggal seorang diri.
Tempoh hari adik aku halim ada datang dia nak beli motor..jadi aku bantu dia serba sedikit untuk cukupkan duit muka.Beli motor suzuki panter 150cc.Dimasa yang sama juga kawan aku sekampung iaitu Zali datang nak pinjam duit katanya emaknya sakit jadi aku bagi apa yag patut.Tak sampai hati aku nak mengecewakannya.Memang sikap aku suka nak bantu orang dalam kesusahan tapi ikut kemampuan akulah.
Cuma aku takut kalau aku dalam kesusahan tidak ada orang nak tolong.Aku sentiasa berdoa supaya hidup aku tak banyak ringtangan dan cabaran.
Sesekali aku memahirkan diri bawa kereta dan van syarikat.Itu pun bila kerja hari minggu sebab bos tak ada.Setakat ni aku masih tak mahir lagi bawa kereta terutama bila di jalan raya banyak kereta atau jalan tengah jem..takut engine mati.
Dirumah member aku bernama kamal dah warak..mukin dah dapat hidayah..alhamdulillah..tapi aku tengok kadang kadang terlalu fanatik.Aku masih lagi begini kadang kadang lima waktu pun tak cukup.Ada masanya aku sedih dengan diri sendiri yang adakala tidak sujud kepada yag maha esa.Sembahyang adalah tiang agama.Kesedaran sudah ada dan aku akan cuba mengimbangi hal dunia dan akhirat.Insyaallah.....

Khamis, 16 Jun 2011
Langgan:
Catatan (Atom)