nuffnang ads

Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2011

Satu Perjalanan September 1997-No 2

Aku dah tukar kereta ..proton iswara saloon 1.5 no plat JCW8151.Kereta lama toyota XL ragamnya banyak aku dah jual.Guna kereta nasional pula.Barangan buatan Malaysia.

Seperti biasa persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua telah di buat.Semua barang barang keperluan telah di masukkan kedalam beg. 15 sept 1997 masih diingat lagi tanda kelahiran kelihatan bila ayang tengah bekerja.Waktu tu hampir jam 5 petang Rakan sekerjanya hantarnya ke Hospital.Aku dapat panggilan telepon .....dari Pasir Gudang aku terus menuju ke Hospital.

Setelah lama menunggu jam 9.35 malam baru ayang bersalin.Kali ini aku dapat anak perempuan yang comel.
Sekarang aku dah ada 1 lelaki dan 1 perempuan....sepasang.Syukur kepada Allah semuanya selamat.Kali ini aku tak tunggu lama terus aku qamat di telinganya.Dimasa yang sama aku terfikir tugas dan tanggung jawab aku akan bertambah.Kos sara hidup juga akan bertambah.Tapi itu bukan persoalannya dan masalahnya.Aku percaya pada rezeki ...Yang penting kita berusaha.Rezeki tak akan datang bergolek.

Aku namakan anak ini Nurain bermaksud cahaya mata. Lahir pada hari Isnin 15 sept 1997 bersamaan 12 jamadilawal 1418.Hati Gembira dapat anak perempuan....Syukur alhamdulillah.

Rabu, 3 Ogos 2011

Satu Perjalanan Jun 1997-Bantu membantu

Masa berlalu dengan begitu pantas.Tiada masa untuk berfikir perkara lain.Dunia aku hanya pergi kerja dan memikir hal keluarga.Kini anak sulung aku berusia 10 bulan.Sudah pandai merangkak dan pandai mengemas rumah yang telah di kemas.Kandungan anak kedua aku kini berusia hampir 6 bulan.Kesian aku tengok ayang dengan kandungan yang semakin membesar..penat bekerja balik rumah kena buat keja rumah.Aku membantu mana yang boleh aku buat.Tak sampai hati biarkan isteri buat kerja rumah berseorangan.

Semangat seorang wanita memang kuat..aku akui banyak perkara yang orang lelaki tak boleh lakukan.Contohnya seorang wanita yang sudah berkawen dan  bekerja lepas pulang dari kerja ambil anak lepas tu masak untuk makan malam.Mandikan anak,layan karenah anak/suami.Kemas rumah dan lain ain yang berkaitan.Aku rasa perkara yang macam nie banyak lelaki tak boleh lakukan.Lelaki hidupnya tak sempurna tanpa wanita/isteri.

Bagi lelaki yang mahu berumahtangga persiapkan diri dengan belajar membuat kerja rumah,jaga anak,belajar masak dan biasakan diri dengan hal hal di dapur.Melainkan anda punyai kewangan yang kukuh iaitu isteri tak perlu bekerja atau kalau isteri mahu berkerja cari kannya pembantu rumah untuk buat kerja kerja tersebut...itu kalau mampulah.Bagi wanita pula kalau suami ringan tangan hal hal di dapur jangan pula lepas tangan....jadi queen pulak.Kesimpulannya kena bertolak ansur saling paham memahami antara stu sama lain.

Selasa, 2 Ogos 2011

Satu Perjalanan Febuari 1997-Kejutan

Kini anak aku telah berusia 6 bulan.Sudah pandai meniarap.Aku rajin melayannya.Suka tengok dia ketawa dan tersenyum.Rutin  harian macam biasa tidak berubah.Kadang kadang memang rasa penat...nak buat macam mana itu sudah tanggung jawab.

Raya tahun ini raya pertama aku beraya di Johor dan hari kedua balik ke Melaka.Pertama kali raya bertiga.Baju raya sedondon.

Berita memeranjatkan isteri aku mengandung lagi....hahaha.Kini kandungan berusia hampir sebulan.Pada awal perkawinan sukar untuk mendapat anak...bila dah dapat seorang akan menyusur lagi seorang.Rezeki anak.
Kalau tiada aral melintang anak kedua akan lahir pertengahan bulan september.Bermakna anak pertama baru berumur 1 tahun anak kedua bakal lahir.Jarak selang setahun.Anak sulung belum puas bermanja dah dapat adik lagi seorang.Lagi pun  impian aku nak punyai anak ramai sekurangnya 5 orang.

Kalau kita lihat ibubapa kita dan orang dahulu memang mereka punya anak yang ramai.Tak pernah pula kita dengar ada antara mereka mati kelaparan.Adik beradik aku sendiri ada 9 orang dan keluarga ayang aku ada 14 orang adik beradik.Aku percaya setiap anak ada rezekinya.........

Isnin, 1 Ogos 2011

Satu Perjalanan october 1996-kini bertiga

Hidup aku dah berubah sekarang.Rutin harian dah berubah.Dulu berdua kini bertiga.Satu Tranformasi kehidupan.Anak aku Azim kini berusia sebulan lebih.Aku dapat lihat tumbesarannya di depan mata.Satu hari dalam seminggu aku bersama ayang akan pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kesihatan ibu dan anak.(timbang berat/suntikkan dll yg berkaitan)

Setiap saat aku teringatkan anak aku.Ayang aku cuti bersalin hampir 2 bulan.Dalam tempoh berpantang Ibu mertua yang jaga.Lepas pantang aku akan bawa balik ke kg aku di Melaka.Emak dan adik beradik aku ada juga datang melawat.

Antara tugas baru aku buat susu atau tukar pampers pada malam hari.Kalau anak menangis pukul 1 pagi ,biasanya kami bergilir gilir bangun untuk buat susu atau tukar pampers.Mula mula kekok juga tapi lama lama aku dah jadi biasa.Paling tidak pun 2-3 kali pasti bangun untuk buat susu.Aku dan ayang terpaksa korban masa tidur demi anak.Apabila dah jadi ayah baru aku tahu susah payah abah dan Emak atau ibubapa yang lain menjaga anak kecil seperti menatang minyak yang penuh.Nasihat aku pada semua hormati,hargai dan sayangilah ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.Besar jasanya kepada kita dan jangan sesekali kita menderhaka kepada mereka.
Bagi yang merantau sentiasalah bertanya khabar berita.Haaa....talipon sekarang ibubapa anda.

Ahad, 31 Julai 2011

Satu Perjalanan Desember 1996-Pengalaman Terindah

Kini anak aku Abdul Azim dah berusia 4 bulan.Bayi kalau usia begini memang seronok kalau kita geletek atau mengagah kan nya.Sungguh comel kalau lihat bayi tersenyum ketawa.Aku kalau boleh nak kan anak aku sentiasa bayi.Bau bayi sungguh sedap di bau.Tak puas kalu menciumnya.

Ayang aku dah mula bekerja setiap hari aku hantar dan balik.Anak aku Ibu mertua yang jaga.Besar jasa dia orang kat aku.Jasa mu tetap di kenang.Tak terbalas rasanya.

Setiap pagi bila ayang buat sarapan aku akan jaga anak dan begitu juga bila waktu balik dari kerja, aku jaga anak ...ayang masak.Oleh kerana dua dua bekerja...jadi kerja rumah kena bahagi bagikan atau buat bersama sama.Tugas aku lebih kepada membantu seperti pembantu tukang masak,basuh baju atau sidai kain tapi yang aku tak suka buat lipat kain.Lipat kain memang aku malas nak buat..entaklah rasa macam lecehlah.

Baru anak seorang ...terasa kesibukannya..demi anak ....aku dan ayang sanggup korban masa rehat untuk diri sendiri.Tiada istilah masa peribadi..Aku sebenarnya adalah serba sedikit pengalaman jaga bayi.Dulu kalau cuti sekolah aku selalu pergi kerumah kakak aku yang dah berkawen.Dulu jaga anak saudara kini jaga anak sendiri pula.
Jaga anak kecil ni memang seronok tapi memenatkan....penat tolak ketepi yang penting kepuasan diri dan rasa tanggungjawab-

Jumaat, 29 Julai 2011

Satu Perjalanan 3 Ogos 1996-Menjadi Ayah

Tidak tahu mengapa hari ini aku rasa resah dan hati berdebar debar.Pagi ini belum ada tanda tanda kelahiran tapi aku lihat ayang sangat gelisah .Mukin tanda tanda kelahiran semakin hampir.Aku bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan.

Petang saat yang di tunggu telah tiba......air tuban telah pecah ...aku terus menghantar ayang ke Hospital johor Bahru.Sampai di sana lebih kurang jam 5.00pm aku buat check in di kaunter pendaftaran dan ayang terus masuk ke wad bersalin.Di wad bersalin masih menunggu lagi.Kelihatan ayang menahan kesakitan yang amat sangat.Aku dapat merasai kesakitan itu... riak wajahnya memang sakit.Lebih kurang 6.30 pm ayang masuk ke dewan bersalin.Suami tidak di benarkan masuk.Aku sempat mencium dahi ayang dengan di iringi kata kata semangat.

Di luar bilik bersalin kelihatan ramai pesakit yang menungu untuk melahirkan anak.Jururawat begitu sibuk sekali melayan karenah pesakit.Bunyi tangisan bayi kedengaran sana sini.Aku tiada pilihan terpaksa tunggu di luar.Aku tak pasti apa berlaku di wad bersalin.Sehingga jam 8 malam tiada berita ayang telah bersalin.Aku tetap setia menunggu di hospital.

Security mengarahkan  aku supaya tunggu di bawah.Katanya Wad bayi adalah kawasan larangan tujuannya untuk mengelak kehilangan bayi.Aku akur dengan arahannya.Sampai di bawah tiba tiba lampu semua terpadam dan 5 minit kemudian tenaga electrik sokongan di hidupkan di Hospital.Panik juga aku tadi.
Aku tidur sebentar di dalam kereta.Jam 5 pagi aku naik ke wad bersalin dan aku dapati ayang aku telah selamat bersalin anak lelaki pada pukul 9.35mlm.Bayi yang sungguh comel dan kulitnya putih kemerahan.Terus aku azan di telinga kanannya.Hai! baby ni ayahlah...aku sentuh dahi,hidungnya dan jarinya.Di hati terasa satu kepuasan .
Ayang kelihatan keletihan seperti kehilangan tenaga.Aku buatkannya susu dan beri roti buat sementara waktu untuk alas perut.Terima kasih kerana melahirkan zuriat...penyambung generasi kita.
Pagi ini aku rasa sungguh gembira.Khabar gembira ini  telah aku khabarkan pada mak ,mertua dan adik beradik aku.
Bila aku baca suratkhabar pagi ini baru aku tahu seluruh malaysia tak ada electrik pada 3 ogos 1996.
Kalau ikut dalam kelender islam anak aku layir pada  19 rabiulawal 1417.Aku namakannya Abdul Azim yang bermaksud hamba yang  agung.

Rabu, 27 Julai 2011

Satu Perjalanan Julai 1996-Menghitung hari kelahiran

Hati semakin berdebar debar menanti kelahiran anak sulung aku.Perut ayang semakin membesar.Aku merasa seronok bila aku menyentuh perut ayang terasa baby bergerak dan seakan menendang nendang seperti mahu keluar ke dunia yang lebih luas.Hai baby...sabar ya..bila tiba masanya kamu akan dapat melihat dunia dan ayah kamu.

Aku dan ayang membuat persiapan rapi.Semua barang barang baby untuk keperluan bersalin telah di masukkan ke dalam beg dan diletakkan di dalm boot kereta.Senang nanti bila tiba waktu nak bersalin tak payah nak fikir lagi atau tercari cari. barang keperluan.Start engine terus menuju ke hospital.

Sekarang ni aku berada di dalam keadaan bersedia.Emosi sedikit terganggu memikirkan saat saat kelahiran anak sulung aku..Aku tahu saat melahirkan anak adalah saat seperti bertarung dengan nyawa.Aku berdoa supaya ayang dan kandungan selamat bila tiba saat kelahiran nanti.Sehingga saat ini 30 julai 1996 belum ada lagi tanda tanda kelahiran.......dab.dup dap..dup..

Selasa, 26 Julai 2011

Satu Perjalanan Mei 1996-Rezeki lebih

Hari raya haji yang lalu aku balik kampung di Melaka.Naik kereta yang baru dibeli.Aku beli kereta second hand Toyota XL 1.3(bentuk sama dengan toyota LE) No Plat JBK2738.Bayaran bulanan $500/bln.Mudahlah pergerakkan aku membawa isteri yang sarat mengandung terutama ke klinik dan menghantarnya ketempat kerja.

Lagi satu yang dah masuk dalam perancangan aku nak beli rumah.Aku dah tandatangani perjanjian jualbeli runah kos sederhana rendah di Taman Mawar pasir Gudang.Rumah berharga $65K.Rumah di jangka siap 2 tahun dari sekarang.Jangkaan bayaran kepada bank dalam$550/bln.Deposit rumah ni aku dan ayang guna duit kwsp.

Bunyinya macam banyak guna duit.Memang banyak pun.Buat masa ni kalau aku sorang kerja memang tak cukup.Oleh kerana isteri bekerja dapatlah tambah mana yang tak cukup.Gaji isteri banyak diguna untuk simpanan masa depan.Gaji aku banyak digunakan untuk kos sara hidup.

Motor yang telah banyak berjasa pada aku Honda raider JBG608 telah aku jual untuk ditokok tambah deposit kereta.Sedih jugak tengok motor aku bertukar tangan.uhuhu....

ops!!! jgn lupa awal ogos aku akan dapat baby......senangnya dalam hati..kalau dapat baby..seperti dunia ..ini ana yang punya......

Isnin, 25 Julai 2011

Satu Perjalanan Januari- April 1996-Menjelang kelahiran

Hujan turun mencurah curah jam menunjukkan pukul 9pm.Tarikh di kelender 30 april.Hampir 5 bulan aku tidak mencoretkan apa apa di dairi kehidupan aku.Munkin malas,tiada masa atau kedua duanya.Aku lihat ayang sedang tidur di sofa.Munkin keletihan atau alah orang mengandung.

1 jam yang lalu aku mengurut kaki ayang katanya crem.Seorang suami perlu faham dan banyak banyak bersabar bila isteri mengandung.Adakalanya emosinya boleh berubah bila bila masa..Pembawa budaklah katakan.Hujung bulan 7 atau awal bulan 8 aku akan menjadi bapa.Tak sabar rasanya.

Belum scan lagi sebab nak rasa gembira yang original.Tak syok kalau dah tahu jantina.Aku tak kisah anak lelaki atau perempuan.Yang penting segalanya selamat.....

Ahad, 24 Julai 2011

Satu Perjalanan November 1995-Usaha Tangga Kejayaan

Bulan lepas 30 oct genap setahun perkawinan aku.Tiada kek cuma makan  di luar.Bulan 11 adalah bulan yang paling gembira bagi aku dan isteri.Hasil usaha yang gigih isteri aku telah di dapati hamil.Sebelum itu terlihat perubahan pada isteri aku....sering pening lalat dan tekak loya.Bila buat test di klinik di dapati sah mengandung.....yes yes berjaya juga.Kalau ikut kiraan awal bulan lapan aku akan menjadi Ayah.

Sudah 2 kali kami gagal untuk menimang cahaya mata.Aku harap kali ini tiada masalah.Sudah pastinya aku akan menjaga ayang dan kandungan sebaik baiknya.Kerja rumah yang berat berat memang aku yang buat.
Tiada kata kata  lagi yang menggambarkan kegembiraan aku dan oleh kerana tersangat hapi coretan aku pendek saja tapi penuh dengan makna.Syukur kepada Allah.

Sabtu, 23 Julai 2011

Satu Perjalanan Julai-Sept 1995-Berusaha lagi

Kehidupan seperti biasa statik tak turun dan tak naik.Pergi kerja balik kerja..bila lapar makan itu saja.Ayang aku tak jadi berhenti kerja.Secara jujurnya aku suka kalau dia bekerja....tinggal di rumah pun sorang sorang.Buat masa ini belum ada tanda tanda untuk hamil....tapi kami berusaha keras selain berdoa aku hantar ayang pergi berurut untuk naikkan peranakan kembali.Kata orang kalau lepas keguguran susah untuk hamil kembali.Harap harap usaha kami nie berhasil.

Kalau tak hamil susah juga nak jawap pertanyaan orang sekeliling...pertanyaan yang biasa di dengar....bila nak dapat anak..bila nak timang cahaya mata...dah lama dah ni.Semak juga kepala nak jawap.Kadang kadang terasa nak pakai baju yang bertulis saya tengah berusaha untuk dapatkan anak.Harap bersabar.

Aku rasa perasaan ynag sama juga dihadapi oleh pasangan suami isteri yang telah lama berkawen tapi tak dapat anak.Kalau boleh jangan dibebankan kepada mereka dengan soalan soalan yang begitu.Hujung bulan october akan genap 1 tahun perkawinan.Semoga di permudahkan perjalanan hidup aku di masa yang mendatang.

Jumaat, 22 Julai 2011

Satu Perjalanan Jun 1995-mud malas

Jam menunjukkan pukul 10.30malam.Ayang sedang mengait membuat alas meja.Dia masih lagi bercuti.Belum buat keputusan untuk berhenti kerja.Kalau bekerja pun ok juga ..simpan duit untuk masa depan.Tapi aku tak paksa terpulang kepada empunya diri.

Pada bulan ini juga aku ada balik kampung di Melaka.Hapi dapat jumpa emak dan abah serta adik.Kalau masa solo dulu paling tidak 2 bulan sekali aku balik kampung...pantang ada cuti pasti aku balik kampung.
Tapi sekarang kena bahagikan masa .Bagi aku selagi ada emak dan abah aku akan tetap mengjengoknya.
Kena bijak membahagikan masa antara keluarga aku dan keluarga ayang.
Selepas 2 hari di Melaka aku pergi ke Puchung Selangor menghadiri kenduri kawen sepupu ayang aku.Tidur semalam disana.Naik kereta Mertua yang singgah sebentar di kampung aku.Sampai disana aku tolonglah buat apa yang patut.Pada hari majlis ...lepas tengahhari aku mengular dengan biras aku Paidi berjalan di kawasan sekitar dan window shoping di Makro.
Masa tu belum ada hanphone lagi.Akibatnya ramai yang tercari cari aku dan biras aku.Kena bebel .... pok pek pok pek ..kalau di pikirkan kembali memang patut pun aku kena bebel .....orang lain sibuk menolong kenduri kawen aku dan biras menghilangkan diri.Lepas asar aku & ayang bersama mertua pulang ke JB dan singgah sebentar di kampung aku.Badan terasa penat.Besok hari isnin aku akan bekerja seperti biasa......

Khamis, 21 Julai 2011

Satu Perjalanan Mei 1995-Gembira dalam Kesedihan

Pagi ini aku rasa begitu muram sekali.Aku lihat ayang macam kurang bercakap dengan aku tidak seperti selalu.Munkin di sebabkan demam atau jiwa tertekan.Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.Aku juga merasa amat sedih kerana kandungan  telah keguguran.Kandungan baru nak mengjangkau 4 bulan telah gugur pada 2 minggu lepas..Belum ada rezeki lagi nampaknya.Kita manusia hanya mampu merancang hanya allah yang menentukannya.Pagi ini  aku hantar ayang ke klinik kerana demam dan aku masuk kerja lewat hari ini.Tak per yang penting ayang aku sihat.

Pada 1 mei aku telah pindah rumah ke rumah sewa di belakang rumah mertua di Jln sebulung kg.melayu.Ada baiknya tinggal berhampiran dengan mertua,sekurang kurangnya tidak lah sunyi sangat ayang aku bila aku pulang lewat dari kerja.

Satu berita gembira aku telah dinaik pangkat ke jawatan pegawai.Gaji naik sedikit.Walaupun naik sedikit aku tetap bersyukur.
Minggu lalu emak ada datang ke JB dia melawat ayang aku dan dimasa yang sama menghantar kak lela(kakak aku) yang akan berpindah ke Sabah bersama keluarganya.Abang ipar aku iaitu abg Latif telah di tukar ke Sabah.Aku ikut sekali hantar ke airport senai.Aku lihat muka emak,kak lela dan abg latif macam tak ceria jer...aku dapat rasakan munkin ada krisis dalaman. kot.Macam aku juga..lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Aku bagitahu emak  raya haji tahun ni aku tak dapat balik kampung..atas alasan cuti cuma 1 hari.Emak diam tapi aku yakin emak begitu memahami jiwa dan perasaan aku.Kemungkinan besar ayang akan berhenti kerja.Aku tak boleh memaksanya untuk bekerja.Terpulanglah padanya untuk bekerja atau tidak.Lagi pun dia tak berapa sihat sekarang ini.Dia cuti lebih sebulan sebab keguguran.Berpantang macam orang bersalin.
Harapan aku sekarang aku nak bahagia bersama keluarga,hidup dalam kesederhanaan dan mempunyai zuriat jika di izinkan...........

Rabu, 20 Julai 2011

Satu Perjalanan Feb 1995-Bakal menjadi bapa

Yea...gembiranya aku ayang aku di sahkan mengandung .Jika tiada halangan aku akan menjadi bapa pada tahun ini jangkaan bulan october.Aku dan ayang kena jaga kandungan ini dengan sebaik baiknya.Inilah saat saat yang paling gembira dan di nanti nantikan dalam hidup aku.

Oleh kerana aku sering pulang lewat dari kerja..aku rasa aku akan pindah rumah ke rumah mertua kebetulan  bapa mentua aku sedang membuat sebuah rumah sewa di tepi rumahnya.Setiap hujung minggu aku membantu bapa mertua mana yang boleh untuk menyiapka rumah ini. Dijangka siap bulan mei.Jadi bila aku tinggal disana sekurang kurangnya ada ibubapa ayang aku menjengoknya bila aku pulang lewat.
Aku rasa aku akan menyewa disini untuk sementara waktu sahaja.Bila keadaan kewangan sudah menjadi kukuh sudah pastilah aku akan membeli sebuah rumah yang lebih selesa.Segalanya dalam perancangan.Bila menjadi kenyataan tu aku tak pasti tapi aku rasa dalam masa 2 tahun.

Keadaan kewangan yang belum cukup kukuh mmbuat aku bekerja keras iaitu kerja lebih masa.Orang di sekeliling mukin merasa aku banyak duit kerana sering kerja lebih masa tapi hakikatnya aku kerja overtime kerana tak cukup duit iaitu nak tambah pendapatan.Semoga perancangan aku untuk berjaya dan bahagia dala hidup menjadi kenyataan.Doa doa kan lah......

Selasa, 19 Julai 2011

Satu Perjalanan Disember 1994-mencari keserasian

Hampir dua bulan aku telah melayari bahtera hidup sebagai suami isteri.Buat masa ini tiada masalah besar.Kalau masam masam muka dan merajuk tu adalah.Kami dalam proses mengenali watak masing masing secara realiti sebagai suami isteri.Dalam proses ini sudah pastilah ada sedikit ketegangan.Ialah kata orang lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Aku cuba mengelak perkara perkara sensitiv dan menjadi lebih beralah.Aku melayannya dengan baik dan cuba menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.Aku bukan seorang lelaki yang romantik tapi ayang aku adalah seorang yang daring manja manja gitu.

Berita sedih minggu lepas ayang aku tumpah darah munkin kandungan dalam 2minggu.Aku dan ayang memang sedih dengan apa yang berlaku.Kami reda dan menerima takdir dengan seadanya.Bersabar adalah jalan sebaiknya,munkin tiada rezeki dan yang pasti kami akan berusaha lagi untuk mencari zuriat seawal munkin.

Pekerjaaan aku sebagai agent fowarding dan perkapalan di Pasir Gudang memaksa aku pulang lewat kerumah.Adakalanya selewat 1 pagi yang pastinya tiada istilah pulang jam 5 petang.Paling cepat pun pukul 8 malam.Kadang kadang aku menjadi serba salah antara kerjaya dan isteri yang berada di rumah.Ayang aku  bekerja sebagai HR di sebuah kilang di Teberau Sanwa RC.Tapi dia tidaklah balik lewat malam .Jam 6 pm sudah berada di rumah.Lagi aku menjadi serbasalah bila balik lewat malam ayang dah sediakan makanan malam untuk aku.Bila balik dia dah tidur munkin tunggu aku lewat sangat.Walaupun aku dah makan di tempat kerja bila balik rumah lihat ada makanan aku tetap akan makan lagi sekali.
Bagi aku saling faham memahami,toleransi,bersabar dan sanggup berkorban jiwa dan raga adalah kunci kebahagian rumahtangga.Amin ya allah.

Satu Perjalanan 17 november 1994-Pindah rumah

Sehari setelah kembali dari Melaka aku dan ayang(isteri) pindah rumah di Tmn sri amar.Rumah itu telah aku cuci 3 minggu lepas.Masa pindah hari hujan,kelam kabut sikit.Pindah cuma bawa katil,almari,tv dan pakaian.Barang barang lain seperti mesin basuh, dan peti sejuk beli di kedai.Banyak barang tak perlu di beli kerana dapat hadiah perkawinan seperti barang elek,dapur gas,pingan mangkuk dan barang keperluan asas yang lain.
Pertama kali dalam hidup aku tinggal serumah ,berdua dengan seorang perempuan ....ops!.isteri akulah.Aku cuba menghayati hidup berkeluarga .Masih lagi mencari atau menyesuaikan diri antara satu sama lain .
Selepas majlis perkawinan banyak juga duit diperlukan.Banyak barang barang yang perlu di sediakan.Macam macam nak dibeli.Aku beli mana yang perlu saja.Yang tak berapa perlu di beli kemudian.
Isnin depan 21/11/1994 aku akan mula bekerja.Berulang alik naik motor dari Jb ke Pasir Gudang pergi balik dalam 80 km.
Best juga hidup berpasangan sebagai suami isteri.Aku harap segalanya berjalan lancar tiada apa apa masalah.Amin ya Allah.

Isnin, 18 Julai 2011

Satu Perjalanan 12 November 1994-Majlis di Melaka

Pada pagi 12 Nov keluarga dan saudara mara isteri bersiap siap untuk bertandang ke Melaka.Di luar bas 40 penumpang telah bersedia menanti.Aku ikut sekali naik bas..hahaha pengantin naik bas.Cuaca gelap seperti mahu hujan..sampai di pagoh hujan turun dengan lebatnya.Harap harap tidak hujan di Melaka.
Kenduri di kampung aku buat sederhana saja.. jemput saudara mara,teman teman dan orang orang kampung .
Di Melaka kenduri kawinnya tak lah sampai malam, lepas bersanding dalam pukul 2pm-3pm tu dah kira tamat lah majlis.Rombongan dari Johor bertolak kembali ke johor pukul 3.30pm.Boss aku  En.Lokman  datang lewat pukul 6.30pm majlis dah tamat.Periuk pun dah basuh.Nasib baik ada baki makanan.
Aku dan isteri tinggal di kampung selama 4 hari.Isteri cuba nak sesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Nampak kekok sedikit.Bila keluarga aku bercakap dia tak berapa paham.Kerana tak biasa bercakap loghat Negeri Sembilan.
Tiada berbulan madu kerana cuti yang terhad.Di Melaka cuma pergi ke Bandar Hilir dan kawasan sekitar untuk bergambar kenang-kenangan.Setelah 4 hari di Melaka aku dan isteri kembali semula ke Johor naik bas express dan bermulah satu kisah perjalanan hidup aku sebagai suami isteri.

Ahad, 17 Julai 2011

Satu Perjalanan 6 November 1994-Majlis di JB



Hari hari yang di tunggu telah tiba aku dan isteri tersayang di sandingkan diatas pelamin.Diatas pelamin ada 2 pasang pengantin.Aku dengan isteri Mashura dan satu lagi pasangan iaitu adiknya Fazidah dan suaminya orang s,pore iaitu Paidi.Aku berdoa perkawinan ini biarlah yang pertama dan terakhir.Banyak gambar gambar diambil terutama gambar isteri perbagai posing.
Abah tak dapat datang ke majlis perkawinanan aku di JB.Aku lihat emak merasa gembira tapi riak wajahnya seperti memikirkan sesuatu..Aku tak pasti apa yang di fikirkan oleh emak.Kepada adik beradik dan teman serumah dan tempat kerja di ucap lagi sekali jutaan terima kasih diatas sokongan anda.
Majlis persandingan di JB ni aku lihat sungguh meriah..ramainya jemputan yang hadir..sebelum nak sampai ke pelamin ada sekatan Tol yang perlu di bayar.Memang adat di sini kena bayar tol...munkin tujuannya untuk memeriahkan lagi suasana majlis kenduri kendara.Pengapit aku ialah kawan aku iaitu kamal.Berpeluh juga nak tempuhi halangan tol.Ramai yang minta duit tol.Di pelamin pula . . .mak andam pula yang minta duit tol...tak per untuk memeriahkan majlis tak ada jadi masalah.Semua mata tertumpu pada pengantin.Kena senyum selalu.
Siang dan malam berkompang.Penat juga siang buat majlis untuk orang ramai dan malam buat dinner untuk kawan kawan pula.Aku pakai baju kot hitam isteri pakai gaun putih.....macam orang putih kahwin.Lepas tu potong kek 3 tingkat.Sungguh meriah.Banyak dapat hadiah terutama dari kawan isteri aku.
Rasanya orang yang mengendalikan majlis ini seperti di dapur iaitu tukang masak lagilah penat.Sebab tulah pagi besoknya aku kena cuci periuk.Banyak tu periuk nak kena cuci..hitam legam pulak tu.Nasib baik buat 2 pasang pengantin.Jadi aku dan biras aku Paidi kena cuci periuk yang hitam legam.Malam dahlah penat pagi  kena pula basuh periuk.Lenguh tangan menyental.Tapi tak apa ni semua kenangan dan satu pengalaman yang baik.Saudara mara dah penat mengendalikan majlis kawin kita jadi upahnya basuh periuk lah.Kalau di kampung aku ..rasanya semua dah siap basuh.Kerana basuh periuk yang banyak aku terlepas untuk menghantar emak aku ke bus station untuk balik ke kampung.Aku harap emak tak kecik hati.
Aku cuti selama 2 minggu.1 minggu pertama aku tinggal di rumah mertua aku yakni rumah isteri dan minggu depan iaitu 12 november 1994 majlis bertandang ke kampung aku pula di Kg Taboh Naning Alor gajah Melaka...Mari kita ke melaka pula......

Sabtu, 16 Julai 2011

Satu Perjalanan 30 October 1994-Akad Nikah

Sah! Sah!..yes..yes aku telah di sahkan menjadi suami.Lega rasanya.Rasa ingin menjerit sekuat hati tanda gembira namun untuk menghormati majlis aku menjerit dalam hati saja.hehehe..
Hari ini dalam sejarah kata orang.. syaitan akan menangis bila aku melafazkan akad nikah dan bila saksi  mengesahkan aku telah menjadi seorang suami kepada Mashura Ariffin.Hari ini juga  zaman bujang aku telah berakhir..haaaaa...kena tunggu 6 nov untuk majlis kenduri kendara..lagi seminggu beb!! ...hmmm...
Dua kali juga aku lafazkan akad nikah..hati rasa gemuruh juga Majlis pernikahan terlewat 4jam gara gara imam Mahat tersalah tengok jadual.Masalah teknikal.Aku berada dalam keadaan tertekan kerana imam datang lewat.Takut imam tak datang.Kesabaran mengatasi segalanya.Sepatutnya lepas zohor tapi terlewat hingga ke asar...5.30pm baru majlis akad nikah bermula.Sebenarnya imam Mahat ni aku yang uruskan.Kelewatan ini mungkin silap aku tak  uruskan dengan betul.
Alhamdulilah segalanya telah selesai.Aku berdoa kepada Allah semoga keluarga yang bakal aku pimpin di redai oleh Allah ...Di jauhkan dari segala perkara perkara yang buruk dan di kurniakan zuriat yang baik baik.
Jutaan terima kasih kepada adik beradik,saudara mara dan semua yang terlibat membantu aku dalam segala hal.Tanpa kau orang perjalanan hidup aku tak akan sempurna.Kepada Emak dan Abah terima kasih kerana telah memberi restu untuk aku berkahwin dengan pasangan pilihan aku iaitu Mashura Ariffin.
Minggu depan 6 nov 1994 majlis Kenduri kendara  di rumah pengantin perempuan di stulang baru Johor Bahru Johor...datang jangan tak datang...

Jumaat, 15 Julai 2011

Satu Perjalanan Ogos -October 1994

Tiga bulan sudah aku bertunang.Kadang kadang aku masih merasa seperti kehidupan masa lalu iaitu hidup bujang.Aku belum menghayati sepenuhnya  seperti kehidupan orang bertunang.Aku masih lagi mencari penyesuaian diri antara aku dan tunang aku Mashura.Aku tahu yang kita banyak perbezaan dari persamaan.Bila banyak perbezaan bagi aku kita akan lebih mengenali watak masing masing dan ia akan mengambil masa yang lama untuk menjadi ia satu persamaan.Satu proses yang memerlukan kesabaran dan sikap toleransi.Yang pasti kita ada satu persamaan iaitu ingin hidup bahagia dalam satu keluarga.
Berita mengejutkan kalau ikut perjanjian pertunangan ini akan mengambil masa selama 1-2 tahun.Tapi pihak perempuan ingin mempercepatkan tarik pernikahan iaitu pada 30 october 1994 dan tarikh persandingan pada 6 november 1994 dimana pihak perempuan akan buat persandingan 2 pasang pengantin iaitu Mashura dan adiknya Fazidah..Pada mulanya aku dan keluarga tak mahu kerana aku belum bersedia pada tarikh tersebut tapi oleh kerana dah sayang aku akur.Oleh kerana aku dah akur dengan tarikh tersebut keluarga aku tiada bantahan.Aku ada masa dua bulan untuk buat persedian.Terima kasih pada keluarga kerana permudahkan perjalanan hidup aku ini.
Lagi seminggu nak jumpa pak imam aku cuci rumah iaitu rumah sewa yang bakal aku duduki dengan bakal isteri aku.Rumah ini kecil sahaja .1dapur 1 bilik 1 bilik air dan 1 ruang tamu.Terletak di taman seri amar.Rumah sewa yang bercantum dengan rumah tuan rumah.Rumah nampak kurang selesa tapi oleh kerana sukar untuk mencari rumah sewa aku terima buat sementara waktu rumah ini.
Berdebar pula rasa hati bila tarikh pernikahan dah makin hampir.Berikanlah aku kekuatan diri.Mula menghafal skrip akad nikah...aku trima...aku trima nikah..............aku harap semasa bersalam dengan pak imam darah gemuruh aku akan hilang.Mulai sekarang aku akan fikir perkara yang baik dan indah indah saja.
Kepada teman teman serumah minggu ini adalah minggu terakhir kita bersama.Dunia kita dah mula berbeza..aku dah jumpa pasangan hidup aku kalian bila lagi.........