nuffnang ads

Jumaat, 17 Jun 2011

Satu Perjalanan October -Disember 1992

Yes..yes hoorey hari ini  15 oct aku lulus dalam ujian memandu kereta.Ujian kali pertama aku gagal dan ujian kedua aku lulus.Nampaknya segala plan tahun ini telah dapat di sempurnakan dengan baik.Sekarang aku sudah ada lesen kereta dan motor cum a kereta sahaja belum di beli.Mukin dalam masa 2 tahun lagi.
Depavali tak lama lagi. Pantang ada cuti umum aku pasti akan balik kampung.Balik kampung adalah satu perkara yang paling aku suka.Di Kampung abah dah buka kedai runcit.Pada mula kedai nampak ok tapi kali ini aku tengok barang barang makin berkurangan.Aku tak pasti sebab apa terjadi begitu.Mukin modal tak cukup nak tambah barang.
Bulan november aku kena deman panas.Pergi klinik,dapat mc.Satu perkara yang aku tak suka bila demam.kena memerap di rumah.Kawan kawan semua pergi kerja...otak jadi buntu bila tinggal seorang diri.
Tempoh hari adik aku halim ada datang  dia nak beli motor..jadi aku bantu dia serba sedikit untuk cukupkan duit muka.Beli motor suzuki panter 150cc.Dimasa yang sama juga kawan aku sekampung iaitu Zali datang nak pinjam duit katanya emaknya sakit jadi aku bagi apa yag patut.Tak sampai hati aku nak mengecewakannya.Memang sikap aku suka nak bantu orang dalam kesusahan tapi ikut kemampuan akulah.
Cuma aku takut kalau aku dalam kesusahan tidak ada orang nak tolong.Aku sentiasa berdoa supaya hidup aku tak banyak ringtangan dan cabaran.
Sesekali aku memahirkan diri bawa kereta dan van syarikat.Itu pun bila kerja hari minggu sebab bos tak ada.Setakat ni aku masih tak mahir lagi bawa kereta terutama bila di jalan raya banyak kereta atau jalan tengah jem..takut engine mati.
Dirumah member aku bernama kamal dah warak..mukin dah dapat hidayah..alhamdulillah..tapi aku tengok kadang kadang terlalu fanatik.Aku masih lagi begini kadang kadang lima waktu pun tak cukup.Ada masanya aku sedih dengan diri sendiri yang adakala tidak sujud kepada yag maha esa.Sembahyang adalah tiang agama.Kesedaran sudah ada dan aku akan cuba mengimbangi hal dunia dan akhirat.Insyaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik