nuffnang ads

Sabtu, 4 Jun 2011

Satu Perjalanan Januari -Mac 1991

Happi new year..apa azam baru...itulah ucapan yg selalu kita dengar setiap kali tiba tahun baru..yalah takkan kita nak ucap selamat tinggal tahun lama.semoga kita jumpa lagi.Tahun yang berlalu kita tak akan jumpa lagi.Hanya kisah suka duka kehidupan yang ikut bersama kita.Sukar untuk dipadamkan kecuali kalau otak kita mereng.
Pada tahun 1991 rumah sewa aku masuk talian talipon.Nombornya 07-541374(masa tu 6 nombor).Jadi mudahlah kawan kawan ,awek awek,saudara mara dan orang kampung  nak talipon .Bila masuk talian talipon nie ada baik dan buruknya.Yang baiknya mudah kita atau orang nak cari kita.Yang tak baiknya kalau bergayut sampai merah telinga berjam jam.Masalah bil yang meningkat dah mula jadi isu.Yalah..yang tak guna tak kan nak bayar lebih.Macam aku jarang buat panggilan keluar ..panggilan masuk adalah.Bila bil sampai semua semak nombor masing masing sapa pakai dia bayar.
Aku dah tukar motor..tukar suka sama suka dengan abang man.Motor kawasaki ninja 80 cc.Nampak bergaya sikit dan rezeki bertambah.. gaji aku naik $100.00. Emak ada datang JB tinggal di rumah kak som untuk berubat.Sakit apa aku tak pasti.
Tentang persahabatan dengan nora macam biasa bagai seorang kawan.Aku masih malu malu dan belum bersedia untuk kearah yang lebih serius.Aku pun tak pasti yang dia suka kat aku atau tidak.Aku tak pernah tanya.Aku rasa masing masing menyimpan perasaan.Kalau keluarpun bual bual biasa saja.Selepas tahun baru cina pihak syarikat ada buat dinner.Aku duduk semeja dengan nora dan rakan yg lain.Masa diner semua pekerja kelihatan lain terutama pekerja wanita..wajah dah berubah dengan make-up..ada yang bertambah cantik dan ada yang jadi tak cantik.Bagi aku...aku lebih suka kecantikan semula jadi tanpa make-up.Natural beauty kat orang putih.Soal cantik ni tengok pada mata masing masinglah.Kadang kadang kita lihat orang tu cantik tapi orang lain lihat tak cantik.Terlalu umum...jadi kesimpulamnya..semua orang adalah cantik..manusia adalah satu ciptaan allah yang sempurna..jadi bersyukurlah dengan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik