PERANG NANING 1831-1832: Benarkah orang Rembau pembelot?
Sekarang Naning terletak di daerah Alor Gajah Melaka dan dikenali sebagai Kg.Taboh Naning.
Perang Naning telah meletus antara tahun 1831 hingga 1832 di antara Angkatan Naning dan tentera Kompeni Inggeris. Ia telah tercetus sebanyak dua kali. Kali pertama ianya telah dimenangi oleh Angkatan Naning yang di bantu oleh Yamtuan Muda Rembau, Raja Ali dan menantunya Sayyid Shaaban. Namun peperangan kali kedua, Angkatan Naning telah ditewaskan oleh Kompeni inggeris dan Angkatan Naning yang di ketuai oleh Pemerintah Naning bernama Penghulu Abd Said atau Dholl Said telah berundur ke Seri Menanti di mana akhirnya beliau menyerahkan diri kepada Kompeni Inggeris. Tercatat dalam banyak buku sejarah bahawa kekalahan Angkatan Naning berpunca akibat pembelotan orang-orang Rembau dan yang mendukacitakan Angkatan Naning mungkin akan dapat menewaskan Kompeni Inggeris buat kali kedua jika Sayyid Shaaban iaitu menantu kepada Yam Tuan Muda Rembau tidak memberitahu Kompeni Inggeris rahsia pertahanan Angkatan Naning.
Persoalannya benarkah orang Rembau adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri sehingga tercetus kata nista yang ditujukan kepada orang Rembau “ Rambau seRambaunya, Pakung seadonya”.......
Pembelot telah membocorkan rahsia Naning-:
"Tulang anjing dan tulang babi"
kerana tidak ada jalan lain untuk mematahkan perang Naning, Syed Shaaban yang mengetahui kedudukannya perkubuan Naning, telah memerintahkan orangnya menembak dengan tulang anjing dan tulang babi ke arah tabuh kesaktian Naning.
Menyentuh benda-benda najis memang menjadi kepantangan benda-benda sakti dan orang-orang yang sakti. Oleh yang demikian, demi tersentuh saja tulang babi dan tulang anjing itu kepada tabuh, tabuh kesaktian itu pun tidaklah berbunyi lagi. Dan hilang pulalah kesaktian tanah itu.
Orang-orang halus yang membantu Datuk Dol Said dan penduduk-penduduk Naning menentang pencerobohan Inggeris telah terpaksa menghilangkan dirinya; kerana kesaktiannya telah dinodai dengan adanya tulang babi dan tulang anjing itu.
Ketika itu bersorak-soraklah serdadu-serdadu Inggeris - Rembau itu. Serdadu-serdadu itu telah melakukan suatu perbuatan yang tidak dapat dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang-orang yang masih ingat sejarah Naning, iatu mereka membakar rumah-rumah dan merampas harta benda. Kerana kejadian yang tragik itulah maka serdadu-serdadu itu digelari oleh orang-orang Naning dengan gelaran " HULUBALANG LEPAS KE PADANG" (Lubalang lopaih ko padang).
Kerana kesaktian dirinya telah hilang - kehilangan baju dan kerisnya - dan kesaktian tabuh itu telah tiada lagi maka Datuk Dol Said telah tidak berdaya untuk melawan.
Lebih lanjut Kisah Naning sila rujuk buku sejarah Malaysia.
PEMBELOT DAN PENGKIANAT BANGSA DAN AGAMA TERUS WUJUD SEHINGGA KINI
cuba baca yg ini.. http://kelabmelayunsdk.webs.com/apps/blog/show/5206509
BalasPadam