nuffnang ads

Jumaat, 17 Mei 2013

Saiful Bukhari akan berkahwin dengan wartawan TV3

Saiful Bukhari Kahwini Personaliti TV3, 25 Mei
by AIDC on May 16th, 2013 ·

AIDCNews- 16/05/13 – Mohd. Saiful Bukhari Azlan dilaporkan blog Empayar Pemuda bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berhajat mengahwini personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman pada 25 Mei ini.

Blog itu melaporkan majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu.


Nik Suryani yang dihubungi Mstar mengesahkan berita itu.

“Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Pada tahun 2010, pihak peguam bela Anwar diketuai Karpal Singh telah membuat dakwaan bahawa Mohd Saiful mempunyai hubungan dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif sebgai justifikasi untuk menggugurkan tuduhan liwat itu.

Namun sehingga ke hari ini pihak peguambela Anwar gagal membuktikan, sekaligus ia merupakan tuduhan yang bersifat fitnah semata-mata.

Tahniah Saiful-Berani kerana benar takut kerana salah .Yang batil pasti akan jatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik