nuffnang ads

Ahad, 31 Julai 2011

Satu Perjalanan Desember 1996-Pengalaman Terindah

Kini anak aku Abdul Azim dah berusia 4 bulan.Bayi kalau usia begini memang seronok kalau kita geletek atau mengagah kan nya.Sungguh comel kalau lihat bayi tersenyum ketawa.Aku kalau boleh nak kan anak aku sentiasa bayi.Bau bayi sungguh sedap di bau.Tak puas kalu menciumnya.

Ayang aku dah mula bekerja setiap hari aku hantar dan balik.Anak aku Ibu mertua yang jaga.Besar jasa dia orang kat aku.Jasa mu tetap di kenang.Tak terbalas rasanya.

Setiap pagi bila ayang buat sarapan aku akan jaga anak dan begitu juga bila waktu balik dari kerja, aku jaga anak ...ayang masak.Oleh kerana dua dua bekerja...jadi kerja rumah kena bahagi bagikan atau buat bersama sama.Tugas aku lebih kepada membantu seperti pembantu tukang masak,basuh baju atau sidai kain tapi yang aku tak suka buat lipat kain.Lipat kain memang aku malas nak buat..entaklah rasa macam lecehlah.

Baru anak seorang ...terasa kesibukannya..demi anak ....aku dan ayang sanggup korban masa rehat untuk diri sendiri.Tiada istilah masa peribadi..Aku sebenarnya adalah serba sedikit pengalaman jaga bayi.Dulu kalau cuti sekolah aku selalu pergi kerumah kakak aku yang dah berkawen.Dulu jaga anak saudara kini jaga anak sendiri pula.
Jaga anak kecil ni memang seronok tapi memenatkan....penat tolak ketepi yang penting kepuasan diri dan rasa tanggungjawab-

Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1432 Hijjrah

Semusim kau berlalu pergi,
Kini kau kembali lagi,
Syukur pada ilahi,
Ramadan.....kini kita ketemu lagi.

Di kesempatan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al -Mubarak.
Bagi yang pulang ke kampung halaman aku menasihatkan diri aku dan para pembaca blog aku ..
BERHATI HATI DI JALAN RAYA..INGAT ORANG YANG TERSAYANG DALAM HIDUP ANDA.
dan jangan ponteng puasa kalau tak uzur....hehehhe.

Jumaat, 29 Julai 2011

Satu Perjalanan 3 Ogos 1996-Menjadi Ayah

Tidak tahu mengapa hari ini aku rasa resah dan hati berdebar debar.Pagi ini belum ada tanda tanda kelahiran tapi aku lihat ayang sangat gelisah .Mukin tanda tanda kelahiran semakin hampir.Aku bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan.

Petang saat yang di tunggu telah tiba......air tuban telah pecah ...aku terus menghantar ayang ke Hospital johor Bahru.Sampai di sana lebih kurang jam 5.00pm aku buat check in di kaunter pendaftaran dan ayang terus masuk ke wad bersalin.Di wad bersalin masih menunggu lagi.Kelihatan ayang menahan kesakitan yang amat sangat.Aku dapat merasai kesakitan itu... riak wajahnya memang sakit.Lebih kurang 6.30 pm ayang masuk ke dewan bersalin.Suami tidak di benarkan masuk.Aku sempat mencium dahi ayang dengan di iringi kata kata semangat.

Di luar bilik bersalin kelihatan ramai pesakit yang menungu untuk melahirkan anak.Jururawat begitu sibuk sekali melayan karenah pesakit.Bunyi tangisan bayi kedengaran sana sini.Aku tiada pilihan terpaksa tunggu di luar.Aku tak pasti apa berlaku di wad bersalin.Sehingga jam 8 malam tiada berita ayang telah bersalin.Aku tetap setia menunggu di hospital.

Security mengarahkan  aku supaya tunggu di bawah.Katanya Wad bayi adalah kawasan larangan tujuannya untuk mengelak kehilangan bayi.Aku akur dengan arahannya.Sampai di bawah tiba tiba lampu semua terpadam dan 5 minit kemudian tenaga electrik sokongan di hidupkan di Hospital.Panik juga aku tadi.
Aku tidur sebentar di dalam kereta.Jam 5 pagi aku naik ke wad bersalin dan aku dapati ayang aku telah selamat bersalin anak lelaki pada pukul 9.35mlm.Bayi yang sungguh comel dan kulitnya putih kemerahan.Terus aku azan di telinga kanannya.Hai! baby ni ayahlah...aku sentuh dahi,hidungnya dan jarinya.Di hati terasa satu kepuasan .
Ayang kelihatan keletihan seperti kehilangan tenaga.Aku buatkannya susu dan beri roti buat sementara waktu untuk alas perut.Terima kasih kerana melahirkan zuriat...penyambung generasi kita.
Pagi ini aku rasa sungguh gembira.Khabar gembira ini  telah aku khabarkan pada mak ,mertua dan adik beradik aku.
Bila aku baca suratkhabar pagi ini baru aku tahu seluruh malaysia tak ada electrik pada 3 ogos 1996.
Kalau ikut dalam kelender islam anak aku layir pada  19 rabiulawal 1417.Aku namakannya Abdul Azim yang bermaksud hamba yang  agung.

Khamis, 28 Julai 2011

Iklan jap.....Hal Bola Malaysia vs Singapura

Maaf citer satu perjalanan tak dapat di siarkan kerana ada masalah teknikal sikit.Lagi pun aku takut para pembaca  bosan dengan citer histoty aku.Aku bukan selibriti pun tapi ada masanya aku teringin nak jadi seseorang yang di kenali.hahaha.....

Oleh kerana citer satu perjalanan tak dapat di siarkan sebagai gantinya aku nak citer kekecewaan aku Malaysia gagal ke pusingan seterusnya.Malam tadi aku bersama famili tengok live di astro ...Malaysia Vs s,pura.Stadium penuh hampir 100k penonton.Sudah pastinya mereka semua menyokong Pasukan negara kita malaysia.Pemain Malaysia memang main bermatian untuk menang sekurang kurang 2-0.Tapi oleh kerana pemain s,pura bermain bagus kita seri 1-1.Gol tunggal malaysia di jaringkan oleh Safee saili.Oleh kerana semasa bermain di S,pura kita kalah 5-3..jadi S.pura layak ke Pusingan seterusnya.Secara jujurnya S,pura memang layak menang kerana mereka bermain dengan baik dan cemerlang.....tapi mereka banyak pemain pendatang yang diberi keraknyatan s,pura.Bagi mereka yang penting menang.

Bagi aku biar kita kalah dengan negara lain tapi bukan dengan s,pura kerana kalau kita kalah dengan s,pura aku rasa seperti negara kita ditawan oleh s,pura.
Walau bagaimanan pun aku ucapkan terima kasih dengan pemain kita kerana malam tadi nampak mereka bermain bersungguh sungguh tapi tiada penyudahnya.
Cuba lagi untuk piala dunia 5th akan datang .

Rabu, 27 Julai 2011

Satu Perjalanan Julai 1996-Menghitung hari kelahiran

Hati semakin berdebar debar menanti kelahiran anak sulung aku.Perut ayang semakin membesar.Aku merasa seronok bila aku menyentuh perut ayang terasa baby bergerak dan seakan menendang nendang seperti mahu keluar ke dunia yang lebih luas.Hai baby...sabar ya..bila tiba masanya kamu akan dapat melihat dunia dan ayah kamu.

Aku dan ayang membuat persiapan rapi.Semua barang barang baby untuk keperluan bersalin telah di masukkan ke dalam beg dan diletakkan di dalm boot kereta.Senang nanti bila tiba waktu nak bersalin tak payah nak fikir lagi atau tercari cari. barang keperluan.Start engine terus menuju ke hospital.

Sekarang ni aku berada di dalam keadaan bersedia.Emosi sedikit terganggu memikirkan saat saat kelahiran anak sulung aku..Aku tahu saat melahirkan anak adalah saat seperti bertarung dengan nyawa.Aku berdoa supaya ayang dan kandungan selamat bila tiba saat kelahiran nanti.Sehingga saat ini 30 julai 1996 belum ada lagi tanda tanda kelahiran.......dab.dup dap..dup..

Selasa, 26 Julai 2011

Satu Perjalanan Mei 1996-Rezeki lebih

Hari raya haji yang lalu aku balik kampung di Melaka.Naik kereta yang baru dibeli.Aku beli kereta second hand Toyota XL 1.3(bentuk sama dengan toyota LE) No Plat JBK2738.Bayaran bulanan $500/bln.Mudahlah pergerakkan aku membawa isteri yang sarat mengandung terutama ke klinik dan menghantarnya ketempat kerja.

Lagi satu yang dah masuk dalam perancangan aku nak beli rumah.Aku dah tandatangani perjanjian jualbeli runah kos sederhana rendah di Taman Mawar pasir Gudang.Rumah berharga $65K.Rumah di jangka siap 2 tahun dari sekarang.Jangkaan bayaran kepada bank dalam$550/bln.Deposit rumah ni aku dan ayang guna duit kwsp.

Bunyinya macam banyak guna duit.Memang banyak pun.Buat masa ni kalau aku sorang kerja memang tak cukup.Oleh kerana isteri bekerja dapatlah tambah mana yang tak cukup.Gaji isteri banyak diguna untuk simpanan masa depan.Gaji aku banyak digunakan untuk kos sara hidup.

Motor yang telah banyak berjasa pada aku Honda raider JBG608 telah aku jual untuk ditokok tambah deposit kereta.Sedih jugak tengok motor aku bertukar tangan.uhuhu....

ops!!! jgn lupa awal ogos aku akan dapat baby......senangnya dalam hati..kalau dapat baby..seperti dunia ..ini ana yang punya......

Isnin, 25 Julai 2011

Satu Perjalanan Januari- April 1996-Menjelang kelahiran

Hujan turun mencurah curah jam menunjukkan pukul 9pm.Tarikh di kelender 30 april.Hampir 5 bulan aku tidak mencoretkan apa apa di dairi kehidupan aku.Munkin malas,tiada masa atau kedua duanya.Aku lihat ayang sedang tidur di sofa.Munkin keletihan atau alah orang mengandung.

1 jam yang lalu aku mengurut kaki ayang katanya crem.Seorang suami perlu faham dan banyak banyak bersabar bila isteri mengandung.Adakalanya emosinya boleh berubah bila bila masa..Pembawa budaklah katakan.Hujung bulan 7 atau awal bulan 8 aku akan menjadi bapa.Tak sabar rasanya.

Belum scan lagi sebab nak rasa gembira yang original.Tak syok kalau dah tahu jantina.Aku tak kisah anak lelaki atau perempuan.Yang penting segalanya selamat.....