nuffnang ads

Khamis, 19 Mei 2011

Satu Perjalanan 1978-1981-zaman budak budak

Kini umur telah meningkat ke 9 tahun .Seperti kanak kanak lain pada usia begini bermain adalah satu keutamaan.Bentuk badan kurus dan kecil.Pakaian ke sekolah seluar pendek warna biru dan baju putih dan kasut jenis plastik.Kelebihan kasut ini bila waktu pagi kalau kita gesek kat rumput yg berembun pagi gerenti jadi putih.Tapi kalau tengahari kaki akan berbau..perh..baunya enak.Tentang belanja sekolah aku sering bawa duit 10 sen atau 20 sen.Apa yg emak bagi itu lah yg aku bawa ,tak pernah protes tentang duit sekolah.Patut bersyukur kerana ada rakan rakan yg lansung tak bawa duit sekolah.Harga kuih pada masa tu 5 sen sekeping.
Tahun 1979 masuk darjah 4 umur 10 tahun ,pelajaran pada masa ini boleh dikatakan sederhana tak lah teruk sangat.Pada tahun ini juga aku masuk sekolah agama rakyat pada sebelah petang.Berjalan kaki ke sekolah adalah rutin harian.Balik sekolah rendah makan dan bersiap semula untuk kesekolah agama.Pada masa tu tiada bas sekolah.Kalau hujan bagi yang tiada payung daun pisang akan menjadi payung.Kehadiran kesekolah sangat baik tiada ponteng kecuali sakit.
Penilaian darjah 5 aku dapat 2B3C sangat tidak menberangsangkan.Disekolah kebanyakan murid kalau ditanya mengenai cita cita semuanya nak jadi doktor,pilot,cikgu,polis dan askar.Cita cita semuanya melangit tapi usaha untuk belajar kurang termasuklah aku sekali.
Umur 12 tahun masuk darjah enam tahun 1981 sifat kanak kanak masih ada.Tahun ini juga aku bersunat Pada masa tu sukan yang digemari adalah bola sepak.Setiap petang main bola adalah perkara yang wajib.Pada masa tu aku dan rakan rakan bermain bola semuanya usaha sendiri dari beli bola,guna sawah terbiar untuk buat padang dan buluh untuk tiang gol.Kalau tak silap ada dua team bola yg sering berentap iaitu team batu api dan team seladang.Aku team batu api.Antara rakan rakan sepermainan ialah jep,wahid,rasul,joi,syam(dah meninggal)juli dan abang aku abg man dan adik halim.Selain main bola aku ada aktiviti lain iaitu main tembak tembak,buat meriam buluh,buat rakit dan buat rumah atas pokok dan masak sendiri.Sungguh seronok dan aku merasa rindu pada zaman itu.Pada masa tu mana ada ps 2.psp video game atau fb.Aktiviti menangkap ikan,menjaring,menimba adalah aktiviti yang sering ditunggu tunggu dan aktiviti menangguk udang.Abah adalah pakar menangkap ikan sungai.Aku,abg man dan halim banyak belajar teknik menangkap ikan dari abah. Ikan laut memang jarang dimakan.Sumber protin pada masa tu adalah ikan sungai yg terletak di belakang rumah.Kini sungai itu mengalir lesu akibat pencemaran.Tiada lagi ikan puyu,sebarau ,trubuk,udang,ketam,keli,haruan ,bujuk dan kini tiada lagi anak anak ikan bermain di gigi air.Semua pengalaman ini aku rasa generasi sekarang tak mukin akan merasai seperti mana aku dan rakan sepermainan merasainya.Pengalaman mendewasakan kami semua...
Next episod menjadi remaja di sekolah menengah...tungguuuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik