nuffnang ads

Rabu, 23 Mei 2012

Bahaya jadi 2 alam

Transgender berisiko kena AIDS

BANGKOK 17 Mei - Hampir separuh daripada golongan transgender di rantau Asia Pasifik berisiko dijangkiti virus HIV apabila penjagaan kesihatan yang kurang berkualiti dan amalan gaya hidup tidak sihat, dilihat meningkatkan kadar jangkitan ke ‘paras kritikal’.

Mengikut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini, dianggarkan sembilan juta hingga 9.5 juta transgender di Asia Pasifik merupakan pembawa virus HIV dan 49 peratus daripada mereka berisiko untuk dijangkiti.

Perangkaan itu diperoleh daripada pengumpulan data kadar jangkitan di kalangan lelaki yang bertukar menjadi wanita di seluruh Asia Pasifik.

Sehubungan itu, penulis laporan, Sam Winter dari Universiti Hong Kong menggesa kerajaan agar mengambil langkah bagi membendung gejala itu memandangkan kebanyakan golongan transgender bekerja sebagai pelacur dan terlibat dengan seks tanpa perlindungan.

“Mereka ini dipinggirkan oleh masyarakat dan hidup miskin. Jangkitan HIV menyumbang kepada ‘stigma sosial’ dan ia sukar dibendung," katanya.

Laporan itu menyebut, golongan transgender turut menjadi mangsa keganasan dan prejudis, selain diberi peluang terhad dalam bidang pekerjaan serta tidak mendapat sokongan psikologi.

Sebelum diterbitkan, laporan tersebut disifatkan sebagai ‘kajian paling menyeluruh’ apabila mengambil masa selama 12 tahun bagi mengumpul maklumat berkaitan.

Menurut laporan itu, golongan transgender cenderung untuk meninggalkan rumah pada usia muda ekoran tentangan keluarga,

pss,,..amalkan gaya hidup sihat...jangan sokong LGBT atau seks bebas

4 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani....jauhi itu semua bahaya...:)

    BalasPadam
  2. dah elok dah ciptaan Allah... pi tukaq apa hal...

    BalasPadam
  3. salam;
    sengaja nak cari susah..akibatnya bukan sendiri yang susah malah semua yamg kena..

    BalasPadam
  4. salam..

    lama tak datang terjah..jarang2 update jugak eh..hehe

    hiduplah secara sihat :)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik