nuffnang ads

Isnin, 31 Oktober 2011

Kisah Artis- Nadia tewas dengan Lisdawati










Saman fitnah: Nadia diarah bayar Lisdawati
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini memerintahkan pelakon Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati selepas mendapati Nadia memberi wawancara berunsur fitnah, enam tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar faedah sebanyak empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.
Lisdawati, 33, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.
Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.
Artikel yang bertajuk Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.
Dalam tuntutannya itu, Lisdawati memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.
Kedua-dua pelakon itu tidak hadir ketika keputusan dibacakan namun mereka diwakili peguam masing-masing.
Lisdawati sebagai plaintif diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo, manakala Nadia selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.










bilapahatberbunyi:-Sesama artis.....Lisdawati maafkanlah si Nadia tu...





dipetik dari utusan malaysia

Ahad, 30 Oktober 2011

Jawatan Kosong-Kutip Najis Musang





Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari






BIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina.
LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.
Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.
Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).
Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.
Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.


bilapahatberbunyi-:loyer tekak bila nk minum kopi najis musang.

SYABAZ kepada Polis & Kastam

SEREMBAN 28 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua sindiket pengedaran dadah jenis ketamin dan pil Eramin 5 melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta dalam kes berasingan baru-baru ini.
Kedua-dua sindiket itu menggunakan kargo dari China dan Taiwan untuk membawa masuk dadah tersebut ke negara ini.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kejayaan polis membanteras kewujudan makmal memproses dadah di negara ini dapat mengurangkan penyeludupannya ke luar di samping mengelakkan persepsi buruk negara lain terhadap Malaysia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim.
"Kita tak mahu kita dipandang sebagai negara pengeluar (dadah). Sebab itu, selain mengawal penyeludupan dadah ini di pintu-pintu sempadan, kita juga banyak tumpukan dalam membanteras operasi makmal-makmal dadah yang wujud di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejayaan paling besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah penahanan tiga beradik warga Mexico di kilang memproses dadah di Johor tiga tahun lepas yang melibatkan rampasan dadah bernilai RM44 juta.
"Kita akan mengawasi semua sempadan, tapi dalam masa yang sama, kita dapat atasi punca dadah itu terhasil, maknanya kewujudan makmal-makmal memproses dadah itu sendiri. Beberapa makmal yang besar macam di Johor telah dapat kita ambil tindakan,” katanya.

Bilapahatberbunyi:- Dadah Musuh Negara.Bersama kita membenteras penyalahan penggunaan DADAH.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sejarah Urusan Haji di Malaysia

'Menyabung nyawa' untuk ke Tanah Suci

--------------------------------------------------------------------------------


MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu satu ketika dahulu.

Seawal abad ke-15 sudah terdapat jemaah haji dari negara ini yang pergi menunaikan haji dengan menggunakan kapal layar yang memakan masa berbulan-bulan.

Ada antaranya kembali semua ke tanah air dengan selamat. Ada pula yang terus bermastautin di Mekah dan tidak kurang juga yang disemadikan di laut akibat meninggal dunia sama ada dalam perjalanan pergi mahupun perjalanan pulang.

Biarpun sukar dan menuntut pelbagai pengorbanan panggilan Baitullah itu tetap disahut.

Namun, apabila dunia semakin maju dengan teknologi pengangkutan semakin berkembang maka perjalanan untuk menunaikan fardu haji juga turut berevolusi.

Daripada perjalanan menggunakan kapal layar ketika zaman kesultanan Melaka, rakyat negara ini mula berubah menggunakan kapal stim dan kemudian berubah kepada yang menggunakan enjin diesel.

Perjalanan mengerjakan ibadat haji kini yang mengambil masa sekitar lapan hingga sembilan jam dengan menggunakan kapal terbang cukup mudah berbanding dahulu yang perlu menempuh lebih sebulan pelayaran pergi dan balik.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui kapal laut bernama Mendam Berahi dan Subulus Salam dari Tanah Melayu pernah berlabuh di pelabuhan Yuddah (Jeddah) sebelum adanya kapal terbang.

Bagai telur di hujung tanduk. Demikian diibaratkan kesungguhan bakal haji ketika itu. Apa tidaknya, mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga tetapi 'menyabung nyawa' dengan menumpang kapal dagang yang belayar mengelilingi Asia Tenggara dengan memakan masa berbulan-bulan untuk menuju ke Tanah Suci.

Jemaah haji tanpa mengira jantina, warga tua dan golongan kelainan upaya bersesak-sesak di samping terdedah dengan cuaca yang tidak menentu dalam kapal yang serba kekurangan terutama daripada segi jaminan kesihatan.

Bagaimanapun, segala kesusahan itu bukan halangan kepada umat Islam di negara ini yang bertekad menyahut seruan ilahi ke Baitullah. Biarpun berhadapan kesukaran, jumlah bakal haji tidak pernah berkurang. Malah meningkat saban tahun tanpa mengira musim kecuali pada waktu tertentu seperti berlaku peperangan.

Menjelang abad ke-19 Masihi, pelayaran jemaah haji dari Tanah Melayu ke Mekah mula berkembang apabila kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan Pejabat Hal Ehwal Haji.

Jabatan tersebut bertanggungjawab menguruskan segala hal jemaah haji dan perjalanan haji termasuk menyediakan kapal laut bagi membawa jemaah ke Mekah.

Antara lokasi tumpuan adalah Masjid Melayu, Lebuh Acheh di Pulau Pinang.

Apabila tiba musim haji, kawasan masjid itu dipenuhi dengan orang ramai bukan sahaja dari seluruh pelosok tanah air malahan juga dari Singapura, Indonesia dan Thailand. Mereka menjadikan kawasan masjid itu sebagai tempat tidur sementara menunggu kapal bertolak ke Mekah.

Dahulu, jika seseorang ingin menunaikan haji, sheikh haji atau ejen penjual tiket hanya menyediakan bilik yang mampu menampung sehingga lima orang di hotel-hotel murah di sekitar masjid itu.

Bagaimanapun, sanak saudara yang mengiringi seseorang bakal haji kadangkala mencecah dua bas.

Pada tahun 1936, Pejabat Hal Ehwal Haji bekerjasama dengan syarikat Blue Funnel Line untuk membawa jemaah haji ke Mekah dengan 21 kapal laut.

Bagaimanapun, pada tahun 1951 hingga 1952, urusan tersebut dipindahkan kepada syarikat kapal laut China Navigation Line yang bernama Anshun dan Anking.

Bayaran tambang pergi dan balik termasuk penginapan di Mekah pada tahun 1970-an berbeza mengikut kelas yang diambil oleh jemaah.

Bayaran bagi Kelas I RM1,150 (satu bilik berdua di tingkat satu); Kelas II RM1,063 (empat orang sebilik di tingkat satu); Kelas III RM941 dan pelancongan adalah RM764 di (konsep dorm di tingkat dua dan tiga).

Pada tahun 50-an dan 60-an pula, bagi Kelas I, tambang pergi dan balik dari Pelabuhan Swettenham ialah RM875, kelas II (RM800). Jika mahukan tambang murah jemaah boleh duduk di atas dek hanya dengan bayaran RM600.

Jemaah haji terutama yang kurang berkemampuan terpaksa menggadaikan harta, tanaman, tanah, haiwan ternakan dan sebagainya untuk membayar tambang kapal laut ke Mekah.

Bagaimanapun, selepas 27 tahun, perjalanan haji adalah lebih sistematik. Ia berikutan penubuhan sebuah organisasi iaitu Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH).

Fungsinya mengurus kewangan dan simpanan bakal-bakal haji supaya mereka tidak perlu lagi menggadai harta benda untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

PWSBH menggunakan tiga kapal laut untuk membawa jemaah haji ke Mekah iaitu Malaysia Kita, Malaysia Baru/Ratu Timur, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam setiap kapal pada satu masa.

Bagi memantapkan lagi operasi pengurusan haji, kerjasama strategik antara PBSBH diwujudkan dengan Pejabat Hal Ehwal Haji. Ia membawa kepada terhasilnya Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) pada 1969 sebelum menjadi Lembaga Tabung Haji (LTH) pada tahun 28 Ogos 1997 dengan menggunakan singkatan nama TH.

Kejayaan TH mengurus jemaah haji negara mendapat pujian malah diiktiraf sebagai antara agensi terbaik di dunia termasuk oleh kerajaan Arab Saudi.

bilapahatberbunyi:- pengurusan jemaah haji di Malaysia adalah yang terbaik di dunia.
dipetik dari utusan malaysia 21/10/11

Jumaat, 28 Oktober 2011

Piala Malaysia-Penyu Terbaik....Jang oh Jang perlukan Tuah.

Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.
Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.
Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.
Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.
Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.
“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.
“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.
“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan.

Bila pahat berbunyi-:Jang..kasi hobin ponyu jang.

Khamis, 27 Oktober 2011

Musim orang kawen dah bermula


Tak lama lagi musim cuti sekolah dah nak bermula.Ini bermakna mana mana ibubapa yang mempunyai anak dara dan anak bujang yang sudah matang bersiap sedia untuk melangsungkan pernikahan dan kenduri kendara perkawenan anak mereka.

Kenapa hujung tahun?
Mungkin sudah menjadi tradisi di Negara kita kerana hujung tahun ada cuti sekolah yang panjang dan mudahlah saudara mara dan sahabat handai yang jauh dan dekat menghadiri majlis sesebuah perkahwinan.
Dan mungkin juga hujung tahun musim hujan..sejukkan suasana dan butiran hujan menambahkan suasana romantik....hahahaha....Betul ke?

Apa pun teorinya aku ingin mengucapkan kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan pada sepanjang cuti sekolah ini SELAMAT BERTEMU JODOH dan bahagia hingga akhir hayat.Jangan toleh kiri kanan...Setia pada yang satu.

bilapahatberbunyi:- kebanyakan anak sulung lahir pada bulan ,september , october,nov,dec.Betul tak?..saper anak sulung sila beri komen.

Lelaki suka tengok perempuan cantik

Cantik memang sinonim dengan perempuan.
Perempuan memang suka pada kecantikan.
Cuba sedaya upaya untuk mencantikkan diri.
Cantik untuk dilihat oleh orang ramai terutama orang lelaki.

Lelaki akan marah kalau di panggil bodoh tapi kalau di panggil hodoh lelaki tak kisah.
Perempuan kalau di panggil hodoh dia akan marah mahu menangis siang malam.
Memang tabiat lelaki suka tengok kepada kecantikan.Lelaki suka tengok perempuan cantik. Di Ulang 3x suka tengok ..aje.

Perempuan suka pada kecantikkan ....iri hati kalau orang lain cantik....betul ke...jangan marah aku agak ajer.
Sebab lelaki suka tengok perempuan cantiklah perempuan akan memastikan dirinya kelihatan cantik selalu.


bilapahatberbunyi:- suka tengok wanita yang mempunyai sepasang mata yang cantik.

Ahad, 23 Oktober 2011

Wake up!!!!

Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti

Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.
Kajian diperoleh dari Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter .
Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.
Masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.
Kerajaan dam masyarakat perlu memandang serius perkara itu demi memastikan golongan belia terus berada pada landasan yang betul untuk menjamin masa depan negara. Masa depan negara bergantung pada belia hari ini.

"Jika tidak dibendung di peringkat awal, tidak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.
"Pelbagai program kesedaran melibatkan para belia perlu diperbanyakkan demi memastikan keterlibatan golongan ini bersama masyarakat bagi memberi pendedahan mengenai isu semasa permasalahan keluarga dan rahsia kejayaan sebuah keluarga.

Isu kecelaruan identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti.
"Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Bilapahatberbunyi:- Belia hari ini menentukan masa depan negara kita.Kalau belia hari ini banyak yang runtuh akhlak,penagih dadah,merempit dan tidak patriotik serta hilang jati diri bagaimana hendak memimpin dan menguruskan negara dimasa depan??????.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Melayu akan hilang kuasa 10 tahun lagi-aku resah ramai yang setuju



Amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan


HAIRAN juga tiada reaksi terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi. Tiada menteri, timbalan menteri, individu atau NGO yang bersetuju atau menyangkal kenyataan bekas perdana menteri tersebut.

Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?

Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat?

Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.

Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.

Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvassupaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.

Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyenBersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.

Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.

Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.

Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.

Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.

Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.

Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini.

Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.

Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.

Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.

Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.

Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.

Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.

Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.

Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya.

Bila pahat berbunyi:- Melayu mudah lupa.
Dipetik dari utusan malaysia 23/10/11

Khamis, 20 Oktober 2011

Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan,

Rasanya semua pembaca dah tahu mengenai rukun sembahyang..entri ringkas hanya sekadar ingat mengingati kembali apa yang kita pelajari dulu.

Sembahyang lima waktu itu wajib dan ia adalah Tiang agama.
Subuh
Zohor
Asar
Magrib
Isyak

Rukun Sembahyang ada 13Perkara
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Rabu, 19 Oktober 2011

Bahagianya bila setiap kali anak panggil aku ayah.

Setiap pasangan yang baru berkahwin akan ada satu keinginan di jiwa mereka adalah mendapatkan zuriat iaitu anak.Akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.

Hati akan merasa gembira dan bahagia bila kita mendapat anak yang pertama dan seterusnya.Kita akan membelai,beri kasih sayang dan menjaganya sebaik mungkin.

Satu perkara yang aku rasa sungguh indah satu perkataan itu hingga kini ialah setiap kali anak memanggil aku ayah....ayah nak tu....ayah nak pergi situ...ayah nak dukung...ayah jom kita jalan jalan....satu sebutan yang cukup membuat aku sungguh bahagia...jiwa rasa tenang.

Selasa, 18 Oktober 2011

Ratu Rock ELLA bakal bertunang??????

Ella Akan Umumkan Bakal Suaminya....!!
Selepas agak lama sepi tanpa cinta baru, rocker berusia 45 tahun ini semakin berseri-seri. Dia kini semakin ceria dan tidak berselindung lagi tentang pria yang dikatakan telah bertakhta di taman hatinya.

Menurut Ella, hatinya kini sudah dimiliki. Tetapi dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor ini, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak.

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.

"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pssst....aku tumpang gembira kalau betul cerita ini...dulu selalu tengok konsert ella.

Isnin, 17 Oktober 2011

sahabat

Sahabat ,kawan,teman atau rakan adalah antara orang yang paling hampir dengan kita.
Tanpa sahabat kita seperti kera sumbang di dunia ini.Sahabat ada perbagai jenis.
Ada sahabat baik,mesra,sejati dan perbagai jenis lagi.

Setiap dari kita mesti ada sahabat.Sama ada sahabat itu baik atau tidak terpulanglah pada kita untuk bersahabat dengan siapa yang kita suka.

Sahabat sejati adalah sahabat yang susah senang dia akan tetap bersama kita.Menangis dan ketawa bersama.Sahabat yang tahu isi hati kita.Untuk mencari sahabat begini adalah terlalu sukar dan bergantung dengan sikap kita terhadap sahabat.Konsepnya mudah kita hormat sahabat tentulah sahabat juga menghormati kita.

Sahabat yang paling banyak dan mudah untuk kita berdamping ialah sahabat untuk bersuka ria dan bergembira tapi tidak lah bermaksud sahabat begini mereka ini tidak baik.Yang tak baik adalah sahabat yang suka menyusahkan sahabatnya.

pssst....tidak mempunyai sahabat baik tapi mempunyai ramai sahabat yang baik baik.

Ahad, 16 Oktober 2011

Himpunan sejuta Umat

Pada 22 oct 2011 kita umat di Malaysia akan melakarkan sejarah akan menghimpunkan sejuata umat di Stadium Shah Alam bertemakan Selamatkan Akidah yang memberi mesej jangan sesekali cuba memurtadkan umat Islam .

Samaada ia berjaya atau tidak kita serahkan pada Allah SWT.

Tidak kira apa jua latar belakang,ideologi,politik dan sebagainya,kita harus membantu,menyokong dan bersatupadu untuk menunjukkan solidariti kita dari di pijak atau di perkotak katikan oleh musuh Islam yang nyata dan tidak nyata.

Bersatu kita Teguh Bercerai kita Roboh
Bulat air kerana pembetung Bulat kata kerana Muafakat.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Demotrasi...Provokasi segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono Jumaat memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat, yang diambil oleh Malaysia.

Katanya para anggota TNI mengawal wilayah perbatasan di Kalimantan Barat sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia dan kesemua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

"Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," kata beliau pada satu sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I DPR di Jakarta Jumaat.

Bernama melaporkan,katanya penegasan itu adalah berdasarkan laporan dari Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Maj Jen TNI Geerhan Lantara, yang telah melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlakunya perbuatan itu.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1.500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Sebelum ini, empat menteri Indonesia sendiri termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu.

Suhartono juga berkata laporan oleh media tempatan mengenai pengambilan wilayah Indonesia oleh Malaysia di kawasan terbabit telah memberi kesan psikologi kepada anggota tentera Indonesia bertugas mengawal sempadan di kawasan itu.

"Laporan-laporan berita ini seolah-olahnya mengecilkan tugas dan menidakkan peranan prajurit TNI di kedua-dua kawasan itu. Prajurit gundah kerana seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayah perbatasan yang berkaitan.-14/10/2011.

pssst....Kitakan serumpun....tapi jangan kerap sangat menjolok sarang tebuan.

Khamis, 13 Oktober 2011

Pasang niat-Moga kita dapat ke Mekah mengerjakan ibadat haji.Amin ya Allah.

Rukun Haji 6 perkara
a. Niat
b. Wuquf(kalau umrah tiada wuquf)
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib

Wajib Haji 7 Perkara:
a. Berniat ihram di Miqat
b. Bermalam di Muzdalifah
c. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
d. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
e. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
f. Meninggalkan larangan ihram
g. Tawaf wada(selamat tinggal)

JENIS HAJI
Haji dan Umrah itu ada 5 jenis, iaitu:

JENIS-JENIS HAJI DAN UMRAH
Haji jenis Ifrad
Haji jenis Tamattu'
Haji jenis Qiran
Haji sahaja, dan
Umrah sahaja


HAJI JENIS IFRAD
Ifrad maknanya " berasingan" jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, iaitu dikerjakan haji dahulu hingga selesai dan kemudian baharulah dikerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan-bulan haji setelah itu barulah dikerjakan haji.

HAJI JENIS TAMATTU'
Tamattu' ertinya bersenang-senag, jadi Haji Tamattu' itu ialah mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji, setelah selesai mengerjakan umrah lalu bersenang-senang dengan sebab telah tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram. Kemudian setelah sampai waktu haji berihramlah untuk mengerjakan haji pula. Haji jenis ini dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.

HAJI JENIS QIRAN
Qiran ertinya bersama-sama, jadi Haji Qiran itu ialah dikerjakan kedua-dia haji dan umrah dengan serentak, iaitu dengan satu tawaf, satu sa'ie dan satu bergunting, kerana kerja-kerja umrah itu dimasukkan dalam kerja-kerja haji. Haji cara ini juga wajib melaksanakan DAM. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu sai'e sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu" (Riwayat - Turmizi)

kerjaya dari sudut lain

Rata rata murid murid kalau di tanya apa cita cita anda.
Jawapannya mahu jadi jurutera,akitek,doktor dan bisnesman.

Kerjaya ini semuanya bergaji besar dan lumayan.Ia..
berbaloi dengan penat lelah masa belajar mencari ilmu.

Kerjaya ini juga membuat dunia ini menjadi maju dan moden hasil
kerja bisnesman merialsasikan idea dari akitek dan jurutera.
Hospital yang moden dan selesa di bina.Para doktor dapat merawat pesakit dengan
selesa.

Dari pandangan sudut nagetif pula semakin banyak hospital di bina dan
semakin banyak jawatan doktor semakin banyak pula pesakit untuk dapatkan
rawatan.
Begitu juga semakin banyak jurutera pembinaan dan akitek semakin banyak pula bangunan
pencakar langit di bina.Maka semakin banyak pula hasil bumi di korek,gunung dan bukit di tarah.Akibatnya bumi semakin sakit dan tidak dirawat dengan sempurna.

Tapi tak ada jurutera,akitek dan doktor pun susah juga.Hakikatnya kerjaya ini lebih banyak kebaikan untuk manusia dari keburukan.
Bersama kita selamatkan planet bumi kita.Tiada planet lain yang lebih sesuai bagi manusia untuk didiami.

Selasa, 11 Oktober 2011

math & sain ajar dalam BI-berkesan(PPSMI)

5 tahun dulu Dr,Mahathir menyarankan Math & Sain di ajar dalam BI(PPSMI).Aku memang sokong saranan DR M tu.Niat Dr M supaya pelajar kita mahir menggunakan bahasa english(BI).
Zaman sekarang BI memang penting lebih lebih lagi pelabur yang datang ke Malaysia adalah dari syarikat antarabangsa.Mereka memerlukan pekerja yang mampu berinteraksi di pesada antarabangsa.Kalau tk pandai BI macam mana nak berbincang dengan pelanggan luar negara.
Pandai BI tidaklah bermakna B.Melayu di pinggirkan.B.Melayu tetap di hati.Malaysia maju Bahasa melayu juga turut maju.

Tapi sayang saranan DR M telah di bantah oleh pejuang bahasa dan akibat tekanan politik saranan itu di tarik balik.

Apa yang aku lihat anak aku,anak saudara dan kawan kawannya semenjak mereka belajar math & sain dalam BI mereka boleh berbicara sesama mereka dalam BI.Nampak sekali keberkesanannya.Aku pun tak mahir BI.Broken BI boleh lah.


re:pos berjadual..maaf tk dapat mengembara ke blog rakan..balik kg di alor gajah melaka..emak masuk hospital.

Isnin, 10 Oktober 2011

Interview kerja

Interview kerja atau temuduga kerja antara perkara yang mesti dilalui oleh pencari kerja.Sebelum temuduga persiapan rapi perlu di buat contoh butiran resumi,sijil ,soalan dan jawapan mengenai skop kerja dan isu semasa .Masa pergi temuduga pakaian mesti kemas.

Tunjukkan keyakinan diri masa ditemuduga tetapi jangan over acting pula.Semasa pergi temuduga kalau yang pergi temuduga tak ramai peluang kita untuk berjaya adalah cerah.Kalau ada orang dalam lagilah cerah.

Kalau temuduga di jabatan kerajaan bahasa yang digunakan biasanya bahasa malaysia dan di pihak swasta pula kalau jawatan officer di syarikat antarabangsa temuduga dalam bahasa inggeris.Kalau kita tidak fasih menulis,membaca dan bercakap b.inggeris peluang untuk berjaya adalah tipis.

Kasih-1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua..sayang berpanjangan
Membawa ke syurga...kasihnya ibu.

Tiga...lapar dan dahaga
Rela berpayahan...setianya ayah.

Empat...mudah kau ketemu
Berhati selalu ...beza antara
Kasih dan Kekasih.

Barang peribadi

Barang peribadi bermaksud barangan milik kita yang biasanya tidak boleh di kongsi.
Rumah dan kereta kita tolak ketepi kerana barangan ini biasanya kita berkongsi mengunakannya dengan keluarga walaupun kita tuan punya barangan tersebut.

Antara barang peribadi yang sukar di kongsi bersama ialah pakaian,jam tangan,barang kemas,kasut,cermin mata dan alat bersolek.Lap-top dan handphone tak pastilah ia barang peribadi atau tidak.

Barang peribadi ini biasanya kita beli sendiri atau di hadiahkan oleh seseorang.Barang peribadi ini memberi satu kepuasan apabila kita memakainya.Lebih lebih lagi kalau ia berjenama.Mengenai harga ada yang murah dan ada yang mahal bergantung pada kemampuan empunya diri.Tetapi kalau sudah minat harga bukan persoalannya.

Ahad, 9 Oktober 2011

Kerja makan gaji

Makan gaji iaitu kita berkerja dengan majikan samaada dengan kerajaan atau swasta.Kerja pejabat di panggil kolar putih dan kerja luar pejabat di panggil kolar biru.
Bagi yang tidak berminat berniaga atau berkerja sendiri bekerja makan gaji ada pilihannya.

Kalau di pejabat kerja makan gaji ini biasanya masuk kerja pukul 8.30am dan pulang jam 5.00pm.Sehari 8 jam bekerja.Dalam seminggu bekerja cuma 5hari.Hari sabtu dan ahad cuti.

Kerja makan gaji agak mudah tak perlu pening kepala macam orang berniaga.Cukup bulan kita dapat gaji.Boss bagi arahan kita buat.Tetapi tengok jawatan apa yang kita pegang.Kalau jawatan pegawai sudah pasti tanggungjawab pun besar dan gaji pun besar.Kalau kerani tanggungjawab tak besar dan sudah pastilah gaji pun tak besar.Cuma kerani tak memerlukan ia berfikir sangat tentang masalah syarikat atau jabatan tempat ia bekerja.Pagi masuk ..petang balik...cukup bulan dapat gaji.Awal bulan semua senyum dan hujung bulan resah tunggu gaji bila nak keluar.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bajet 2012---suami isteri bekerja sebab apa?

Dalam zaman moden sekarang kebanyakan orang berpelajaran tinggi.Yang lelakinya lepasan U dan perempuannya juga lepasan U.Kalau lepasan SPM pun boleh di kira berpelajaran jugalah.Maknanya semua tahu membaca,menulis dan mengira duit.

Kalau zaman dahulu kebanyakkan yang bekerja adalah Suami sahaja.Si isteri cuma membantu mana yang patut tapi kebanyakan masanya dihabiskan sebagai suri rumahtangga.Berbeza pada zaman sekarang kebanyakan suami dan isteri berkerjaya.Bagi isteri yang lepasan U sudah pastilah mereka perlu bekerja setelah bertungkuslumus mendaki kepuncak menara gading,takkan lah nak terpelosok di sudut dapur.Kalau suami isteri lepasan U bekerja pendapatannya kalau di campur rasanya lumayan.

Bagi yang berpendapatan rendah suami dan isteri memang perlu bekerja.Kos sara hidup harian semakin tinggi. Bila tiba musim perayaan dan musim persekolahan mahu bermula lagilah banyak duit diperlukan.

Orang sekeliling selalu buat andaian jika suami isteri bekerja tentu dia banyak duit pada hal dua dua bekerja sebab nak tambah pendapatan keluarga untuk merasai hidup yang lebih senang sedikit.

***Dikesempatan ini Ucapan penghargaan Terima Kasih kepada Tn.PM DS Najib kerana Bajet 2012 sedikit sebanyak membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah***.

Khamis, 6 Oktober 2011

Perasaan Aku Masa Duduk Atas Pelamin

Nak tahu apa perasaan aku semasa duduk atas pelamin.....nie nak citerlah nie..jeng..je..jeng......

Setiap orang akan menempuh gerbang perkahwinan...kalau kau orang ada jodoh lah.Bila ada majlis kawen maka akan adalah pentas pelamin untuk acara bersanding kau tengok aku.. aku tengok kau..Hehehehe..

Sebelum menjadi bahan pameran..kau tengok aku..aku tengok kau , biasanya kalau di Johor ... pengantin lelaki bila nak sampai ke pelamin akan ada kutipan duit tol terutama di pintu pagar,pintu rumah dan di pelamin.Aku dan pengapit buat muka macho dan gentelman bayar jer...takder hal..lah..small mater.hahaha tapi sebelum tu aku duduk di kerusi kat luar rumah ada bro ni..dia bersilat depan aku...aku memang tak pandai silat..dalam hati dia ni bershapel ke atau bersilat...hahhaha...sorylah abang silat gurau jer..lagi pun kat luar cuaca panas...aku berpeluh dengan baju songket.

Kemudian ada majlis tepung tawar..main renjis renjis air dan baling baling beras kuning.Lepas renjis renjis..salam pengantin dia dapat telur sebiji.Senyum gembira bila dapat telur sebiji...hahaha...
Aku rasa macam Raja pulak duduk atas pelamin nie.Memang raja pun ..raja sehari.Aku gunakan betul betul peluang jadi raja sehari nie....duduk ajer kat pelamin...semua rajin berkerja dari dapur hingga ke khemah... bekerja dengan didikasi demi raja mereka...hehehe....tapi esoknya aku kena cuci periuk..kuasa raja ditarik balik.

Kemudian ada majlis sesi bergambar.Bangga beb!..tersangat bangga.. berebut rebut orang nak bergambar bersama aku dan pemaisuri aku...bergambar buat kenang kenangan.

Oklah..oklah melalut pulak aku ni..nak tahukan perasaan aku semasa di atas pelamin.....mestilah hapiiiiii......hehehehee...

Rabu, 5 Oktober 2011

bila sudah sampai masanya...kita akan pergi

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Mati itu sesuatu yang pasti.Bila sudah
tiba masanya kita pasti akan pergi meninggalkan segalanya harta dunia.Hanya 3 amalan yang masih diterima allah sebagai pahala meskipun kita telah meninggal dunia.
Amalan tersebut adalah-:
1)doa anak yang solih untuk ibubapanya
2)Ilmu yg baik di pergunakan orang (bermanfaat)
3)amal jariyah

Mati tidak boleh di elak.Sebab kematian ada bermacam sebab.
Sebab kemalangan,penyakit,tua dan lain lain sebab.

Mati juga tidak mengira umur dan pangkat seseorang.Pergi tetap pergi.
Ada orang takut mati dan ada orang yang tak takut mati.Hanya orang beriman sahaja
yang tidak takut mati.Sebelum mati pastikan bekalan kita cukup untuk hari akhirat.

Selasa, 4 Oktober 2011

pertama kali ambil lesen kereta..aku gabra

Teringat pada masa mula mula nak ambil lesen kereta.Cikgu kelas memandu tu tanya
pernah bawa kereta tk?Aku jawab penah..tahulah sikit sikit.Lepas tu dia tanya lagi
penah tk bawa motor yang ada kluc..aku jawab pernah bawa.Cikgu tu kata..kalau macam tu tak jadi masalah.Nah ambil kunci.Hehehe.sebenarnya aku tak reti bawa kereta...mengaku pandai untuk kurangkan kos pembayaran.

Bila dia suruh aku bawa kereta tiba tiba aku jadi gabra..hinggakan aku terlupa mana satu brek dan mana satu kluc.Masuk gear satu asyik mati engine sahaja.
cikgu tu kata ...laaa tadi kau kata dah tahu bawa kereta.Aku hanya mampu menyengeh saja.hahaha

Hari pertama belajar aku nyaris langgar orang mabuk melintas jalan.Aku brek emengency sambil pejamkan mata dan hingga engine kereta mati dan cikgu di sebelah aku terkejut beruk dan kaki dia pun macam membrek juga.hehehehe...

Bila masa nak test di JPJ aku cuba cool down...bila tiba giliran aku...hati rasa gemuruh sikit...ramai mata memandang....rasa macam nak cakap jangan pandang akulah.

Untuk test parking naik bukit dan brek mengejut aku lulus.Bila tiba test di jalan raya aku gagal sebab bila tiba di trafik light engine mati.Hampeh!!!.
Seminggu berikutnya aku test lagi sekali...dan kali ini aku berjaya...aku menjerit yes..yes.. LULUS.

Kini aku dah terlalu mahir bawa kereta. 2...3 kali dah kena saman sebab bawa lebih had laju.
Semenjak selalu kena saman aku semakin berhati hati masa memandu dan mengikut peraturan jalan raya.Bersopan di jalan raya..itulah antara perkara yang diajar masa mula mula nak ambil lesen kereta.

Isnin, 3 Oktober 2011

rumah orang tua

Anak anak semakin sibuk mencari duit ,sibuk dengan keluarga sendiri dan sibuk dengan urusan masing masing.Kesibukkan ini menjadikan masa untuk ibubapa semakin kurang.

Apakah perlu atau tidak rumah penjagaan orang orang tua atau warga emas.
Kalau di fikir dari sudut kebaikan mungkin ia baik kerana segala kebajikan dan keselamatan orang tua terbela tetapi ia mungkin sesuai bagi warga emas yang sebatang kara yang tiada anak atau sudara mara.

Dari sudut tak baiknya pula kenapa jadi begitu dimana anak anak mereka.Adakah mereka hidup sebatang kara.Banyak persoalan yang perlu di jawab.

Ibubapa boleh menjaga ramai anak tapi seorang anak belum pasti dapat menjaga ibubapa mereka dengan baik.
Adalah amat menyedihkan jika terdapat warga emas melayu islam yang masih mempunyai anak anak berada di rumah penjagaan orang orang tua.

Adakah ini di sebabkan semasa kecil anak anak di hantar ke rumah pengasuh dan apabila kita tua kita pula di hantar ke rumah penjagaan orang-orang tua atau ada lain lain sebab yang kita tidak ketahui.

Terdapat juga anak anak yang bekerja menghantar ibu atau bapa mereka ke pusat penjagaan orang tua iaitu pagi dihantar dan petang diambil kembali atas alasan bahaya tinggal seorang diri di rumah atau sekurang kurangnya ada teman berbual di pusat penjagaan tersebut.

Apa alasan sekalipun pun anak anak wajib menjaga ibubapa mereka hingga akhir hayat.Jasa ibubapa tidak ternilai harganya.

Ahad, 2 Oktober 2011

Calon PMR-semoga LULUS ......Dulu namanya LCE & SRP

Bagi calon PMR tahun ini 2011 semoga lulus dengan cemerlang.Jawab soalan dengan tenang dan jangan kelam kabut atau panik.
Lulus dalam periksa cerah masa depan tapi kalau gagal bukanlah berakhirnya hidup.Memang diakui murid sekarang banyak yang bijak dan cerdik.Kalau anda lemah dalam akedemik anda boleh meneruskan pelajaran dalam bidang kemahiran.Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang kemahiran.

Anda di zaman mana LCE,SRP atau PMR.
LCE-lower certifcate of educatian di mulakan pada tahun 1957 dalam aliran english.
Murid pada zaman ini memang pandai berbahasa english.Kalau lulus LCE boleh lanjutkan pelajaran ke tingkatan 4.Sijil LCE sangat laku pada masa itu.Awal tahun 60an LCE hanya untuk sekolah aliran english sehingga tahun 1975 sekolah english dihapuskan dan di tukar ke sekolah kebangsaan aliran bahasa melayu.

SRP-Sijil Rendah Pelajaran di mulakan pada tahun 1960-1992.SRP semua soalan dalam bahasa Melayu kecuali dalam matapelajaran Bahasa english.Menggunakan sistem markah agregret.Agregret 1-39 di kira lulus.SRP juga ada ujian lisan bahasa melayu dan bahasa english(oral test). Anda perlu lulus untuk naik ke tingkatan 4.Kalau gagal perlu mengulang kembali di tingkatan 3 atau masuk ke pasaran kerja.Sijil SRP pada masa itu masih laku untuk jawatan polis dan askar dan kerani.

PMR-Peperiksaan Menengah Rendah di mulakan tahun 1993.Samaada anda gagal atau lulus anda tetap naik ke tingkatan 4.Sijil PMR sudah tidak laku lagi untuk peluang pekerjaan.PMR hanya sekadar untuk menentukan anda di aliran mana untuk ketingkatan 4.
Sekarang ibubapa bertungkulumus untuk pastikan anak anak dapat 8A dalam PMR.Kerana apa?Semuanya kerana untuk pastikan anak anak cerah dimasa depan dalam dunia yang penuh dengan pesaingan.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Teknologi yang membuatkan kita bisu

Manusia memerlukan teknologi atau teknologi memerlukan manusia.
Dengan adanya manusia yang suka berhayal akan adalah munusia akan merealisasikan
angan angan itu.

Teknologi berkembang dengan pantas.Dulu nampak maju dan moden tapi kini nampak usang dan ketinggalan zaman.

Teknologi juga menbuat dunia ini menjadi kecil.Kita bergerak pantas kemana sahaja
di dunia ini.Perhubungan menjadi semakin dekat.Kita boleh berhubung dimana juga kita berada.
Sms,Facebook,twiter dan lain lain laman sosial adalah cara baru kita berhubung.Kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja.Berhubung melalui pembacaan dalam hati semacam manusia bisu.Kita semakin kurang berbual menggunakan lidah dan mulut.Kini jari menjadi penting untuk menulis dan hati untuk membaca.Teknologi yang membuat kita menjadi bisu.