nuffnang ads

Rabu, 30 November 2011

Lisa Surihani terima anugerah



UMNO hargai Lisa Surihani
LISA SURIHANI (kiri) menerima anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang daripada Rosnah di PWTC semalam.
Pergerakan Puteri UMNO mengiktiraf bakat pelakon wanita popular tanah air, Lisa Surihani Mohamed, menerusi anugerah Artis Wanita Muda Cemerlang sebagai menghargai kejayaannya dalam bidang lakonan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, Lisa Surihani, 25, berkata, ia secara tidak langsung memberi semangat kepadanya untuk terus mengorak langkah dan bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.
"Anugerah ini memberi semangat kepada saya dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni.
"Bagaimanapun, saya menasihati golongan muda yang ingin menjadi pelakon agar tidak meninggalkan pelajaran mereka," katanya.

bilapahatberbunyi:- bila pulak aku nak terima anugerah

bersatu bersetia berkhidmat-Sedaplah lagu UMNO nie


Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat SemuaBerjasa
Pada BangsaAgama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan KatanyaUMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

bilapahatberbunyi:-nak buat ringtone lagu ni ..tak tahu nak down load kat mana

Selasa, 29 November 2011

Pelik tapi benar

Itali: 3 beradik sakit jantung hari yang sama

ROME 30 Nov. - Seramai tiga orang adik beradik mengalami serangan sakit jantung pada hari sama, membunuh dua daripadanya sementara seorang lagi sempat diselamatkan, lapor akhbar harian Corriere della Sera, hari ini.
Guido dan Alberto Garofalo sedang menyertai piknik keluarga Ahad lalu di kawasan hutan di Gunung Berapi Etna, Sicily apabila Guido, 45, diserang sakit jantung lalu meninggal di tempat kejadian.
Abangnya, Alberto, 54, berlari ke arah adik lelakinya itu dan turut menerima serangan jantung kerana terlampau sedih dengan kematian adiknya lalu meninggal dunia di tempat yang sama.
Adik lelaki mereka, Salvatore yang sedang melawat ibu mereka di hospital di bandar Catania, Sicily turut diserang sakit jantung secara tiba-tiba pada hari yang sama.
Dia yang tidak mengetahui malang yang menimpa abang-abangnya itu terus di bawa ke bilik rawatan kecemasan dan doktor berjaya memulihkannya. - AFP
bilapahatberbunyi:-sakit jantung pembunuh senyap




Artis halimunan menyamar rak sayur
SEORANG wanita ketawa ketika menolak troli dan mendekati artis China, Liu Bolin di sebuah pasar raya di Beijing, China kelmarin.
BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.
Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.
Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York.






bilapahatberbunyi:-nak menyamar jadi pintu

Isnin, 28 November 2011



Melabur untuk kubur tersayang
Gambar-SEORANG kakitangan kawasan perkuburan Lac Hong Vien di Vietnam membakar colok bagi pihak pelanggannya pada 5 November lalu.


KY SON, Vietnam - Kawasan perkuburan Lac Hong Vien di sini menjual tempahan lot kubur dan perkhidmatan eksklusif untuk si mati.
Kawasan perkuburan seluas 98 hektar itu terletak 50 kilometer ke barat Hanoi di wilayah Hoa Binh.
Setiap satu meter persegi tanah perkuburan itu dijual pada harga AS$400 (RM1,271) manakala sebuah keluarga membelanjakan AS$71,500 (RM227,271) untuk plot kubur seluas 200 meter persegi.
Perkhidmatan menghantar pelbagai hadiah untuk si mati seperti bunga, mata wang tiruan, ayam yang direbus dan minuman keras yang mahal juga disediakan.
Para kakitangan kawasan perkuburan itu akan membawa barang-barang itu ke kubur yang diminta oleh para pelanggan pekerja-pekerja itu turut menghantar rakaman video dan gambar hadiah tersebut menerusi e-mel kepada keluarga si mati .
Tempahan hadiah itu boleh dibuat menerusi online.
Seorang akauntan, Bui Mai Phuong, 53, berkata, dia menimbang untuk melabur sebanyak AS$24,000 (RM76,257) untuk kawasan perkuburan seluas 30 meter persegi.

bilapahatberbunyi-:dah mati pun banyak guna duit

Dr.Mahathir-DS Najib berada di landasan yang betul

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.
Katanya, keadaan itu tidak seperti beliau dahulu yang boleh menangani masalah oleh pembangkang kerana mempunyai majoriti yang besar.
“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020, tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.
bilapahatberbunyi-:Lagi 9 tahun tahun 2020

Ahad, 27 November 2011

Info Kereta-Mercedes-Benz C250





LEBIH 2,000 komponen yang ditukar pada model ‘facelift’ Mercedes-Benz C250 memberi impak berbeza pada kenderaan mewah itu berbanding model sebelum ini.
Model diperkenalkan baru-baru ini ‘menu’ terkini eksekutif muda yang inginkan kereta mewah dan tampak sporty.


SPORTY...reka bentuknya.

MUDAH...pelbagai butang pada stereng.

MEWAH...kerusi dibaluti kulit.

SENANG...butang untuk mengubah kedudukan tempat duduk.
Jentera itu dicipta lebih praktikal dan selesa sama ada memandu ke pejabat atau ketika hujung minggu.Malah, enjin bersesaran lebih kecil juga memberi keistimewaan penggunaan bahan api yang optimum tanpa menjejaskan prestasinya.
Boleh dikatakan, jurutera Mercedes-Benz sudah berfikir ke hadapan berikutan harga bahan api yang tidak konsisten sekali gus memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia.
Ketika diberi peluang memandu uji Mercedes-Benz C250 baru-baru ini, teknologi pengeluar automotif berusia 125 tahun itu membuktikan inovasi terbaru untuk kepuasan pelanggan seluruh dunia.Ini kerana, C-Class adalah model paling laris Mercedes-Benz dan dijual lebih satu juta sejak diperkenalkan pada 2007.Penampilan model ‘facelift’ tampak mantap dan bergaya sesuai bagi golongan eksekutif muda untuk memilikinya. Paling ketara bahagian hadapan kenderaan ini termasuk bonet dan bamparnya kelihatan seperti bentuk ‘V’ dan lampu utamanya disuntik dengan rekaan terbaru.Selain itu, perumah lampu hadapan menerima sentuhan warna hitam membuatkan ia tampak garang dan memberi identiti tersendiri ketika di jalan raya.Bamparnya lebih sporty �dengan padanan lampu siang dan laluan angin yang besar untuk menyejukkan enjin.Pada bahagian belakang, lampu brek menggunakan sistem LED memberi pencahayaan yang terang ketika malam atau hujan lebat. Selain itu, rim bersaiz 17 inci dibaluti saiz tayar yang berbeza iaitu 225/45 R17 pada bahagian hadapan, manakala belakang dipadankan 245/40 R17 membuatkan jentera ini nampak tegap dan mampu menguasai semua permukaan jalan. Secara keseluruhan, bentuk�nya pasti membuatkan ramai yang terliur khasnya golongan muda kerana menampilkan gaya mewah. Ketika membuka pintu memasuki ruang kabinnya, bau kulit menusuk hidung penulis kerana hampir 80 peratus ruangan dibaluti material terbabit.Kerusi kulit mewah dan �sangat empuk memberi �keselesaan ketika perjalanan jauh.Selain itu, model ini �dipadankan dengan capaian Internet dengan sistem paparan navigasi untuk memberi penunjuk arah kepada pemandu�nya.Sementara itu, angka 250 yang tertera pada belakang model itu bukannya melambang�kan kapasiti enjin seperti pendekatan penamaan kenderaan Mercedes-Benz sebelum ini.Kini model ini didatangkan dengan enjin 1.8 liter empat �silinder BlueEFFICIENCY mampu menghamburkan hingga 204 kuasa kuda (hp) dan memberi tahap penggunaan bahan api menjimatkan dengan purata bacaan antara 6.4 hingga 6.9 liter bagi 100 kilometer.Ia juga mampu memecut sehingga 240 kilometer sejam (km/j) dan hanya mengambil 7.2 saat bagi mencapai tahap pegun hingga 100 km/j.Selain itu, penulis juga boleh memilih keselesaan suspensinya sama ada mod normal, ‘comfort’ atau ‘sport’.Jika memilih mod ‘sport’, ia menyebabkan suspensi sedikit keras tetapi ia bersesuaian untuk dipandu laju atau bagi melayan selekoh. Model ini dipadankan sistem transmisi terbaru iaitu 7G-Tronics dengan tujuh kelajuan menyumbang kepada aspek pemanduan yang cekap.Jika mahu sedikit keseronokan ketika mencuba jentera ini, pemandunya boleh menekan pedal shift pada belakang stereng untuk menukar gear secara manual bagi memberi prestasi sama ada memotong kenderaan lain atau memecut di lebuh raya.





SPESIFIKASI:MERCEDES-BENZ C 250ENJIN: 1,796cc, empat silinder sebaris, empat injap setiap silinderKUASA MAKSIMUM: 204 hp pada 5,500rpm TORK MAKSIMUM: 310Nm pada antara 2,000 hingga 4,300rpm TRANSMISI: automatik 7G-Tronic dengan tujuh kelajuan CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS dengan BAS, Parktronic dan beg udaraHARGA: RM290,888.00TAYAR YANG DICADANGKAN:Corak: ContiSport Contact 5Saiz dicadangkan: Depan: 225/45 R17 91W FR MOBelakang: 245/40 R17 91W FR MO
bilapahatberbunyi-: Teknologi hebat dari German

Ngauman Harimau muda yang bisu-Tewas 3-2 dengan Bahrain




5 minit ubah segala-segalanya

Harapan beraksi pada Sukan Olimpik 2012 mungkin sudah terkubur buat skuad bawah 22 tahun negara selepas tumbang 2-3 kepada Bahrain walaupun kemenangan bagaikan semakin berada dalam genggaman Malaysia apabila mendahului 2-0 ketika permainan hanya tinggal 12 minit untuk ditamatkan.
Entah apa yang tidak kena, skuad negara gagal menahan asakan bertali arus Bahrain yang berjaya mendapatkan tiga gol dalam tempoh lima minit melalui pemain gantian Bahrain, Saad Sazah Azamer pada minit ke-79 dan dua jaringan lagi oleh Isa Ahmed Nayem, minit ke-83 dan 84.
Ketiga-tiga gol itu telah meruntun semangat 30,000 penyokong negara yang tidak percaya melihat skuad bimbingan Ong Kim Swee itu membenarkan lawan memperoleh ketiga-tiga gol biarpun kekurangan seorang pemain, Fahad Tareq Showaiter yang dilayangkan kad merah pada minit ke-60.
Barisan pertahanan negara jelas bermain terlalu buruk pada detik 15 minit perlawanan untuk ditamatkan dengan banyak memberikan ruang kepada Bahrain di samping tindakan bijak jurulatih Bahrain, Salman Shareeda memasukkan dua pemain gantian, Saad Sazah dan Isa Ahmed yang banyak membuatkan pertahanan Malaysia hilang arah di samping faktor kepenatan memainkan peranan kebangkitan Bahrain.
Dengan kekalahan itu, skuad negara kini mungkin boleh melupakan aksi di Sukan Olimpik 2012 London selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dan menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata manakala Bahrain memastikan peluang mereka masih terbuka dengan memperoleh tiga mata berharga di sini.
Dalam satu lagi perlawanan, Jepun yang kini semakin unggul di tangga teratas kumpulan dengan sembilan mata apabila menundukkan Syria dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Tokyo manakala Syria kekal dengan enam mata.
Malaysia sebelum itu bermain dengan penuh bergaya terutama pada separuh masa pertama apabila mendahului melalui Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke- 30 hasil sepakan jarak jauh yang menakjubkan.
Mahalli Jasuli memastikan Malaysia semakin tepat berada di landasan kemenangan pada mulanya apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed Azsebaie yang gagal menangkap kemas percubaan awal pemain bek kanan itu sebelum merembat cantik untuk gol kedua pada minit ke-67.
Namun, ketika kem Malaysia menjangkakan kemenangan sudah berpihak kepada mereka, Bahrain bangkit tanpa disangka pada 10 minit terakhir perlawanan bermula dengan jaringan tidak diduga Saad Sazah menerusi sepakan gunting sehinggakan Khairul Fahmi Che Mat tergamam tidak berbuat sebarang tindakan menyelamat percubaan berkenaan.
Isa Ahmed yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan pada malam tersebut memastikan Malaysia berputih mata dengan dua gol, satu menerusi percubaan mudah dalam kotak penalti pada minit ke-83 sebelum dua minit kemudian, dia menjadi wira pasukan apabila percubaan melalui sepakan percuma memastikan Bahrain pulang selaku pemenang.
Aksi seterusnya Malaysia selepas ini ialah berhadapan Bahrain sekali lagi di tempat lawan pada 5 Februari 2012.


bilapahatberbunyi-Bola itu bulat

Sabtu, 26 November 2011

Masih ada harapan



Wanita dapat muka baharu dipuji cantik
GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.
HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.
Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.
"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.
"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.
Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.
"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.
Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.
Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.
Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. - Agensi

Jumaat, 25 November 2011

Penjagaan pakaian dalam



Beli coli seperti pilih suami!’

PENJAGAAN pakaian dalam khususnya coli belum dianggap penting. Kebanyakan wanita lebih gemar membasuh coli dengan sabun basuh kain dan pelembut fabrik bagi mendapat�kan kesan lebih lembut serta berbau harum.
Namun, penggunaan pelembut pakaian dan sabun basuh kain yang kuat untuk menanggalkan kotoran akan menyebab�kan fabrik mudah reput.
Ia bertambah buruk apabila ada yang gemar membasuh coli dengan mesin basuh kerana menganggapnya lebih mudah. Kesannya, besi pada bahagian bawah coli akan berubah bentuk menyebabkan ia tidak lagi selesa dan sesuai dengan payudara. Menurut Penasihat dan Pengurus Runcit Lingerie, Elena Cui, wanita yang gemar menjemur coli di bawah cahaya matahari terik akan menyebab�kan fabrik nampak pudar dan tidak menarik.
Mungkin ramai wanita yang tahu kesannya, tetapi me�ngambil mudah penjagaan coli menyebabkan ia hanya boleh dipakai dalam tempoh singkat selain bentuknya juga berubah jika menggunakan coli yang mempunyai besi. “Hanya amalkan cara mudah bagi menjaga bentuk dan fabrik pakaian dalam agar kesihatan payudara sentiasa terpelihara di samping memberikan keselesaan berpanjangan ketika memakainya. “Antara cara praktikal boleh dilakukan adalah menjemurnya di tempat yang redup dan hindari daripada sinaran kuat matahari. Selain itu, terdapat beberapa kaedah terbaik untuk menjemurnya. “Pakaian dalam itu tidak boleh dijemur dengan menggantung menggunakan tali ketika basah kerana ia akan menyebabkan sifat anjal padanya akan hilang. “Jika kaedah menjemur salah, ia akan menyebabkan coli tidak lagi selesa dipakai dan longgar,” kata Elene yang dijemput khas dari Beijing, China bagi menunjukkan cara pemilihan coli yang betul kepada pengguna Aimer di Malaysia. Katanya, bukan hanya dilihat pada faktor penjagaan, pemilihan yang betul juga perlu diambil perhatian bagi memberi penjagaan sempurna terhadap payudara agar sentiasa sihat dan cantik. “Kebanyakan wanita memilih coli berdasarkan warna. Perlu diingat membeli coli adalah seperti memilih seorang suami. “Kita perlu tahu saiz dan kesesuaian bentuk payudara bagi menjaga kesihatan dan peredaran darah di sekelilingnya agar sentiasa kelihatan cantik serta menarik. “Wanita harus sedar setiap coli dibuat mengikut perbezaan saiz dan rekaan kerana masing-masing mempunyai bentuk badan berbeza. “Bagi kami, menghasilkan coli bukan mudah kerana untuk menyiapkan setiap coli yang sempurna ia memerlukan 50 hingga 80 ukuran mangkuk coli dengan menggunakan model dipilih. “Kami tidak menggunakan model patung supaya dapat memenuhi saiz dan sokongan sebenarnya yang diperlukan kerana setiap wanita mempunyai bentuk serta ukuran payudara berbeza,” katanya yang hadir sempena menyambut ulang tahun pertama Aimer di Parkson 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Katanya, semua koleksi Aimer 2011 direka berdasarkan konsep menggoda mengambil inspirasi daripada tema kasih sayang dan kecantikan bagi menyampaikan mesej melalui produk pakaian dalam wanita yang bermutu. Rekaannya dipengaruhi gaya elegan paduan budaya Timur dan Barat bagi memberi kesempurnaan kepada sesiapa yang memakainya. Sementara itu, sebahagian pekerja ketiga-tiga cawangan�nya di Sunway Pyramid, Parkson Bandar Utama dan Gurney Plaza Pulau Pinang akan dihantar ke Beijing bagi mendapatkan latihan mengenai coli bagi memberi khidmat nasihat berguna kepada pelanggannya .

bilapahatberbunyi:-pakaian dalam sangat penting dalam kehidupan hari ini

artis kahwin Giliran Ezlynn pula



Ezlynn nikahi pengurus sendiri

EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.
PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Tidak seperti majlis pertunangan dan pernikahan lain, suami Ezlynn, Adam dilihat cukup sibuk ke hulu-hilir memastikan semuanya sempurna sehingga ada yang terlupa bahawa dialah pengantin pada petang itu.
Ezlynn yang ditemui pada majlis pernikahannya itu memandang suaminya dengan senyuman dan berkata: "Itu yang menyebabkan saya terpikat dengannya. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Macam hari ini, pada majlis bahagia kami tetapi dia tetap tidak mahu lepas tangan sebaliknya, ingin memastikan sendiri semua perkara agar majlis berjalan lancar.”
“Saya ikutkan sahaja sebab dia memang selalu kendalikan acara orang, bila majlis nikah sendiri pun dia masih mahu uruskan, walaupun tugas itu sudah diserahkan kepada orang lain.”
Disoal bagaimanakah cinta antara mereka boleh berputik sedangkan saban hari mereka bertemu kerana tugas.
“Ada pepatah mengatakan lebih baik bercinta dengan teman baik sendiri sebab mereka lebih mengenali kita. Sebenarnya sebelum bercinta hubungan kami hanyalah sebagai penyanyi dan pengurus. Kemudian kami menjadi rapat sebagai teman baik dan akhirnya bercinta.
“Adam bagi saya sangat istimewa. Saya suka melihat cara dia menguruskan kerjaya saya dan dirinya sendiri. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati perempuan dan bertanggungjawab. Tambahan, dia juga rapat dengan keluarga saya,” jawab penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu lagi.
Sambung Ezlynn, keluarganya tidak terkejut apabila dia menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan Adam kerana mereka sudah lama sukakan Adam dan percaya dia akan bahagia di sisinya.
“Keluarga saya memang suka dia. Mereka pernah cakap susah-susah kahwin sahaja dengan Adam apabila beberapa kali hubungan cinta saya tidak menjadi. Masin mulut mereka, akhirnya memang saya bergelar isteri kepadanya,” kata Ezlynn sambil disulami tawa kecil.
Adam yang setia di sisi Ezlynn memberitahu, apabila bersama Ezlynn mereka sebagai teman baik dan segalanya dikongsikan bersama. Hari-hari yang dilalui bersama Ezlynn demi tugas bertukar cinta, dan perasaannya diluahkan kepada Ezlynn.

bilapahatberbunyi:- syoknya kawen

Khamis, 24 November 2011

UFO- Wujud Ke?









































Tiada bukti UFO wujud













WASHINGTON 7 Nov. - Kerajaan Amerika Syarikat berkata pihaknya tidak menemui sebarang petanda kewujudan makhluk asing tetapi tidak berputus-asa mengkaji kemungkinan itu.
Pegawai di White House memberi maklum balas terhadap petisyen yang menuduh kerajaan AS menyembunyikan kejayaan mereka menghubungi makhluk selain di bumi ini.
Pegawai Pejabat Polisi Sains dan Teknologi dari White House, Phil Larson berkata, mereka secara rasminya menafikan pengetahuan tentang kewujudan makhluk asing dan turut menyangkal dakwaan mereka menyorok maklumat tersebut daripada pengetahuan umum.
Katanya, para saintis masih mengkaji kewujudan makhluk ruang angkasa itu.
"Kerajaan AS tiada bukti yang ada kehidupan lain selain di planet kita, ataupun makhluk angkasa lepas ada berhubung dengan manusia.
"Tiada maklumat yang boleh dipercayai menunjukkan sebarang bukti disembunyikan daripada mata umum," katanya menerusi blog yang bertajuk Searching for ET, But No Evidence Yet.
Tambahnya, walaupun kerajaan tidak menemui sebarang jawapan tentang kewujudan makhluk asing, mereka tetap terus mencari kemungkinan tersebut.
Katanya, mereka kini menjalankan beberapa projek bagi merungkai misteri kehidupan di luar planet bumi.
Malah, kapal angkasa lepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang mengorbit Bumi, Kepler turut berfungsi mencari kewujudan hidupan di planet-planet lain.
Tulisan pada blog tersebut adalah sebagai menjawab dua petisyen yang dikemukakan oleh penggemar objek terbang tidak dikenali (UFO).












bilapahatberbunyi:-Pelik... UFO hanya kelihatan di Amerika Syarikat.....apa motifnya

Rabu, 23 November 2011

Zahiril Juvana berkahwin dengan Shera



Sahsiah Shera pikat Zahiril

AIR MATA yang bercucuran di pipinya menjadi simbol betapa pelakon dan pengacara Wanita Hari Ini di TV3, Shera Aiyob cukup terharu dan bersyukur kerana akhirnya dia selamat dan sempurna bergelar isteri pelakon Zahiril Adzim atau nama penuhnya, Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar.
Pemilik nama sebenar Nur Syahira Aiyob itu turut berkongsi emosi tersebut bersama ibunya, Nor Asmah Mohd. Ali, 50, yang turut menyaksikan anak sulungnya itu anggun duduk di pelamin rekaan Zaha Wedding Planner.
Mengenakan busana putih suci rekaan Hatta Dolmat, Zahiril, 27, dan Shera, 25, tidak dapat menyembunyi keterujaan bergelar suami isteri.
Pasangan pengantin yang sama padan itu selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Taman Tasek Indra, Ipoh, Perak Ahad lalu, sejurus ketibaan rombongan pengantin lelaki seramai 50 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan kesemuanya sepakat menyarung kostum berwarna merah hati tiba di kediaman pengantin perempuan.
Majlis akad nikah disempurnakan dengan pasangan dinikahkan oleh bapa Shera, Aiyob Shaharuddin, 53, dengan sekali lafaz sambil disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Ipoh, Yusri Abdul Rani pada pukul 10.10 pagi.
Pada majlis perkahwinan itu, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahira Aiyob menerima wang hantaran sebanyak RM18,000 berserta mas kahwin RM1,001 dan 13 dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.

bilapahatberbunyi:-semoga kekal abadi

Seks bebas dan songsang wajib di tolak.

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.
Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.
Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.
''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.
''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.
Awal bulan ini, negara telah digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.
Dr. Mahathir berkata, selain menghalalkan seks songsang masyarakat Barat juga mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita.
''Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga mereka menerima apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan sesiapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.
''Sebenarnya kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing?'' katanya.
Sesungguhnya, beliau berkata, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat dan akibatnya ramai di kalangan mereka tidak tahu siapa bapa masing-masing.
''Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.
''Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu," katanya lagi.
Dalam blognya Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat negara ini menerima segala-galanya yang dilakukan di Barat memandangkan budaya serta nilai hidup mereka telah runtuh disebabkan ketaksuban terhadap kebebasan.
bilapahatberbunyi: aku sokong pendapat Dr.Mahathir 100%

Selasa, 22 November 2011

OUT OF LOVE......




































NEVER BE SAD FOR WHAT IS OVER.........JUST BE GLAD IT WAS ONCE YOURS.


bilapahatberbunyi:- iron lady..suatu masa dahulu.Kini Kak Fida Chairman Air Asia.

Isnin, 21 November 2011

Info Kereta-Mazda3




Mazda3

Gambar-MAZDA3 masih boleh dianggap niche jika dibandingkan dengan model Civic atau Altis.




Biarpun bukan model pertama yang dipasang tempatan, Mazda pada awal tahun ini menawarkan pengguna Malaysia dengan model popularnya, Mazda3 CKD. Jentera yang hadir dalam varian hatchback dan sedan itu sememangnya dikenali dengan rekabentuk yang sporty.
Ya, harganya adalah murah sedikit berbanding unit yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Tetapi kualitinya tetap sama seperti apa yang dinikmati oleh pengguna di Jepun.
Baiklah, saya bukan hendak bercerita mengenai harga. Sebabnya, kalau sembang bab harga, sampai minggu depan pun tidak habis. Nanti semua orang mahukan kereta yang berkuasa, spesifikasi penuh, cantik, jimat minyak dan ada nilai jualan balik tinggi, tetapi harganya macam Myvi. Biar betul.
Sempena cuti Hari Raya Korban minggu lalu, saya memandu uji Mazda3 versi hatchback yang menjadi idaman ramai itu. Memandangkan semua orang mahu balik kampung, jadi lebuh raya Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) jadi sesak. Jadi, terpaksalah saya memandu Mazda3 dalam mode perlahan sahaja.
INILAH butang kawalan gear secara manual yang dimaksudkan.
Berada di dalam kabin, Mazda3 menawarkan ambien memuaskan. Tempat duduknya yang bersalut kulit memberi keselesaan sewajarnya walaupun dihuni oleh lima orang penumpang bertubuh sederhana.
Unit itu hadir bersama aksesori tambahan. Maksudnya, ada sistem navigasi dan audio dengan skrin sentuh yang dipadankan dengan enam pembesar suara. Kualiti bunyi, bagus juga.
Berbanding dengan pesaingnya yang lebih senior seperti Civic dan Altis, Mazda3 telah menggunakan warna hitam untuk kabinnya sejak sekian lama. Selain nampak dan rasa lebih sporty, warna gelap juga membuatkan usia material dalamannya mampu bertahan lebih lama.
Sebagai sebuah jentera yang berorientasikan pemandu, posisi tempat duduknya ergonomik. Semua butang boleh dicapai dengan mudah. Suis kawalan audio dan tombol pendingin hawa tersusun atas rekaan papan pemuka yang nampak mahal. Tidak berapa tinggi? Jangan risau, laraskan sahaja (secara manual) tempat duduk pemandu sehingga anda rasa selesa.
Mazda3 cukup menjaga penampilannya. Rekabentuk luarannya dikatakan tidak jauh beza dengan apa yang dilukis oleh pereka bentuk ketika ia ingin dihasilkan dahulu. Baru memasuki generasi kedua, model yang dikenali sebagai Axela di Jepun itu memiliki hala tuju rekaan cukup berbeza dengan pesaing sekelasnya.
Perkadaran (proportion) rekaan hadapan dan belakangnya seimbang. Lampu hadapan yang tirus digabungkan dengan bampar dan gril radiator lebar. Sementara bahagian belakangnya menyerlah menerusi gugusan lampu dalam perumah berwarna jernih itu.
Rasanya, Mazda antara pengeluar yang benar-benar berjaya menjadikan lampu jernih nampak kena dan kelas pada setiap model keluarannya.
Mode pemanduan laju akhirnya dapat saya nikmati sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Mengetahui reputasi Mazda, jentera itu memang tidak membuatkan anda berpeluh ketika mengambil selekoh-selekoh dalam kelajuan sedikit tinggi.
Kawalan sterengnya tepat, digabung dengan sistem suspensi hadapan dan belakang yang sedaya upaya membuatkan tubuh Mazda3 melekat di atas jalan raya.
Dari aspek kuasa pula, janaan enjin bersesaran 2.0 liter itu sudah memadai. Anda tidak akan berasa sakit jiwa mendengar enjin melahu kuat, tetapi tidak memecut selaju mana seperti yang biasa kita tengok pada kereta-kereta ‘racing’ di atas jalan raya.
Enjin berkod MZR itu dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan Activematic. Anda boleh menukar kedudukan gear secara manual, cuma paddle shifter pada Mazda3 agak pelik.
Biasanya tuil untuk menaik atau menurunkan gear terletak pada sebelah kiri atau kanan. Tetapi, Mazda3 memerlukan pemandu menurunkan kedudukan gear dengan menekan butang pada bahagian atas sterengnya. Sementara kalau hendak menaikkan gear pula, gunakan paddle shifter di belakang stereng itu seperti biasa. Keliru juga dibuatnya.
Apa pun, Mazda3 nyata boleh menjadi alternatif berpotensi jika anda mahu memiliki sesuatu yang lain daripada produk keluaran Honda dan Toyota. Cuma, ia mungkin ada sedikit kelemahan. Mahu tahu, pandu ujilah sendiri.




bilapahatberbunyi:-Cantiklah kereta Mazda3.

Ahad, 20 November 2011

Brad Pitt-apa pun boleh beli kalau duit banyak




Brad Pitt beli kereta kebal
AKTOR Brad Pitt (kiri) dan pasangannya Angelina Jolie bergambar pada sesi fotografi di Tokyo pada Rabu lepas.
LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.
Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.
Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.
Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.
Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.


bilapahatberbunyi:-aku teringin juga nak pandu kereta kebal.

Lagi Kisah artis panas- Zarina Anjoulie Lavocah




Berani mati cara Zarina


PERNAH diselar gara-gara salah penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah, Zarina seperti tidak serik membuka ruang untuk dikritik.
NAMA miss kontroversi, si Zarina Anjoulie Lavocah terbakar lagi. Gara-gara gambar seksinya yang mendedahkan pangkal payu dara dalam sebuah majalah gaya hidup Indonesia cepat tersebar ke Malaysia, segala nista, keji dan kelakuan hitam ke atasnya sebelum ini kembali diungkit.
Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu. Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.
Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.
"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.
"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.
Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?
"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.
Dibayar untuk seksi
Mengamati wajah kacukan Melayu, Iran serta Scotland itu bersuara, rasa kecewanya barangkali dibiarkan bersarang di jiwa. Sesal atau tidak, soalan itu ditanyakan berkali-kali. Jawapannya, dia tidak mahu dilihat lemah atau tunduk merendahkan muka, jauh sekali merayu meminta agar segala aibnya dimaafkan oleh masyarakat.
"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.
"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.
Walaupun masih berpegang dengan prinsip bukan sengaja menempah kontroversi, mahu atau tidak mahu, setuju atau tidak, Zarina kena akur bahawa padah itu yang harus diterima kerana menyediakan ruang untuk dihentam oleh masyarakat. Tidak terhenti setakat penyebaran gambar separuh bogel bersama teman lelaki satu ketika dahulu, namanya terheret pula dengan penyalahgunaan dadah.
Kepada pemerhati yang melihat dirinya sebagai sampah atau perosak dalam industri, pendapat itu benar kerana sumbangan pelakon yang hanya dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak ini tidaklah sebesar mana.
Bertanyakan Zarina, tidak terdetikkah jauh di dasar hatinya untuk terpanggil ke arah yang lebih baik, dia menjawab:
"Saya tidak berani untuk berjanji apa-apa. Tapi, secara perlahan-lahan saya sedang memperbaiki semula imej dan penjenamaan diri. Saya sudah 25 tahun tapi saya masih tidak boleh membuktikan apa-apa untuk menyatakan bahawa saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang serius," katanya yang sedang memberi fokus kepada pembikinan filem Khon Malay, yang kali pertama menempatkan namanya sebagai pelakon utama.
Tambah Zarina: "Saya juga sedang menghabiskan ijazah pertama saya dalam bidang-bidang undang-undang di sebuah kolej swasta. Hari-hari saya pergi sekolah dan sibuk dengan sesi latihan untuk filem, lain-lain perkara saya letak tepi."
Zarina satu kelainan
Ibarat menyerah diri untuk bertemu media usai cerita panas berhubung gambar seksinya mendapat liputan hangat semua surat khabar mingguan minggu lalu, Zarina baru-baru ini menjejakkan kaki ke majlis pelancaran tiga buah filem, Khon Malay, Taiko dan 1945 yang diadakan di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Selaku penerbit bersama, Asri Abdul Rahman daripada AAR Intelligent Sdn. Bhd. menjelaskan pemilihan Zarina sebagai heroin di sisi Faizal Hussein dalam filem berkenaan dibuat kerana percayakan kredibiliti yang ada terhadap pelakon berkenaan.
"Ini pendekatan dan kelainan yang mahu kami mulakan. Mungkin selama ini, orang takut hendak ambil Zarina berlakon kerana memikirkan kontroversinya. Kami pilih Zarina sebelum isu gambar seksi itu tersebar, jadi bukan satu isu bila dia diambil jadi heroin filem Taiko," kata Asri yang selama ini memerhatikan industri perfileman sekadar dari belakang tabir.


Bilapaharberbunyi-Bravo lah Zarina....i like

Sabtu, 19 November 2011

Pak Cik Kayo..duit jatuh dari langit





Duit jatuh dari langit

BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.
PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.
SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.
Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.




bilapahatberbunyi:-hujan emas dinegeri orang hujan duit dinegeri sendiri,

Jumaat, 18 November 2011

Tanya Pakar untuk perkara sulit

Pakar Sakit Tuan




Doktor Sakit TuanDr. Ismail Thamby jawab Hadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit? Hantar masalah anda kepadaPengelola Ruangan Sakit Tuan,Metro Ahad, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada sakittuan@hmetro.com.my.


Pakar Sakit Puan

Doktor Adilah Ahmat (Dr Adilah Ahmat jawab) Jika anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama dan alamt penuh kepada Ruangan Pengelola Sakit Puan, Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada sakitpuan@hmetro.com.my



bilapahatberbunyi:-Jangan malu bertanya kalau ada masalah yang sulit dan peribadi.








Kaya tapi Jiwa Kosong

Hartawan jiwa kacau





Kesunyian, kecewa antara jiwa lara pewaris bilionair yang membawa ke matiBENARKAH harta tidak boleh membeli kebahagiaan? Jika betul, apakah bentuk kebahagiaan yang boleh didefinisikan tanpa harta andai makan pun terpaksa meminta? Dan bagaimana pula ada keluarga kaya raya yang diketahui memiliki harta dan wang ringgit sebaliknya dibelenggu kesengsaraan dengan pelbagai episod duka yang membawa kematian secara tragik, termasuk membunuh diri?
Mungkin pelik bagi kita, tetapi mereka, khususnya di negara Barat, rentetan kehidupan tragik yang membelenggu nasib keluarga hartawan ini ibarat sumpahan. Malah itulah beri pengakhiran menyedihkan waris keluarga hartawan John Paul Getty III daripada keluarga Getty - hartawan Amerika Syarikat; Christina Onasis yang dikenali pewaris keluarga perkapalan Greek; waris Johnson & Johnson juga hartawan Amerika, Casey Johnson; Lee Yoon Hyung, anak perempuan keluarga Samsung dari Korea Selatan dan Edoardo Agnelli, pewaris syarikat kereta Fiat di Itali?
Hakikatnya, mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain kerana dilahirkan pada abad dan benua berbeza tetapi ada persamaan yang mengikat mereka - pewaris empayar perniagaan bernilai berbilion dolar tetapi mati dalam keadaan penuh tragik.Kematian John Paul Getty III, 54, pewaris minyak pada Februari lalu, sememangnya mengejutkan ramai kerana ia menjadi penamat rentetan kesengsaraan yang dialami insan ini. Datuknya, John Paul Getty, hartawan minyak bergelar bilionair, pengumpul koleksi seni dan dermawan, pernah dinobatkan sebagai lelaki terkaya Amerika Syarikat pada 1957.Menepati kata-kata kaya tapi sengsara, biarpun punca kematian John Paul Getty III tidak didedahkan, apa yang diketahui dia berkerusi roda dan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi sejak 1981 apabila pengambilan dadah secara berlebihan menyebabkannya lumpuh dan hampir buta. Dia pernah menjadi subjek liputan media pada 1973 apabila diculik dan tuntutan wang tebusan mencecah lebih AS$17 juta. Bagaimanapun polis menolak dakwaan dia diculik dan sebaliknya satu penipuan bagi memeras wang datuknya. Satu lagi kisah tragik mendalangi kehidupan Christina Onassis. Dunia mengenalinya ahli perniagaan bijak yang pernah menghasilkan keuntungan RM3.03 bilion sehari! Mewarisi empayar perkapalan Greece daripada bapanya, Aristotle Socrates Onassis dan isteri, Athina, Christina dianggap bertuah dilahirkan dalam keluarga antara terkaya di dunia. Sayangnya, kekacauan dalam hidupnya bermula pada usia muda apabila perceraian penuh sengketa ibu bapanya pada pertengahan tahun 1960-an diberi liputan besar-besaran oleh media. Dia sekali lagi menjadi tumpuan apabila bapanya mengahwini balu Presiden John F Kennedy, Jacqueline Kennedy pada 1968. Media sekali lagi memainkan kisah itu dan mengikuti rapat perjalanan keluarga Onassis terutama tentangan Christina terhadap perkahwinan itu.Berusaha melakar sendiri jalan hidupnya dan melarikan diri daripada tumpuan, Christina berpindah ke London dan memasuki Queens College untuk meneruskan pelajaran dalam bidang fesyen. Namun dia keciciran beberapa bulan kemudian, pada usianya 19 tahun.Kekalutan terus memburunya apabila Athina mengahwini Stavros Niarchos, yang bukan saja bekas iparnya tetapi saingan terbesar kepada empayar perkapalan Onassis. Ketika akhbar ghairah memaparkan kisah itu, Christina mencipta berita untuk diri sendiri dengan mengahwini lelaki 27 tahun lebih tua daripadanya ketika berusia 20 tahun. Sumpahan keluarga Onassis bermula pada awal tahun 1970-an apabila abangnya, Alexander, maut dalam kemalangan kapal terbang pada tahun 1973, diikuti ibunya setahun kemudian dan ayahnya pada tahun 1975.Di sebalik kejayaannya mengendalikan perniagaan keluarga, kehidupan peribadi Christina kerap membayangi pencapaiannya dan wajahnya kerap menghiasi muka depan akhbar gosip dan hiburan. Dia dikatakan menagih pelbagai jenis dadah. Pada 1985, Christina melahirkan anak dengan suami keempatnya, Thierry Roussel, dan dinamakan Athina, sempena ibunya. Sayang, kelahiran Athina masih belum cukup membahagiakan Christina apabila dia ditemui mati di rumah rakannya di Argentina akibat serangan jantung disebabkan ketagihan dadah selama bertahun-tahun pada usia 38 tahun. Dunia meratapi kehilangan wanita besi yang dianggap ramai sebagai ‘bakat semula jadi’ dalam bidang perniagaan, mewarisi kepakaran bapanya.Malangnya, sumpahan itu tidak berakhir dengan kematian Christina sebaliknya terus memburu kehidupan anak tunggalnya, Athina. Satu-satunya pewaris kekayaan Onassis, Athina, 26, cuba menjalani kehidupan normal yang baik, di sebalik membesar dalam skandal, tragedi dan kematian mengejut.Legasi itu dipersalahkan ke atas kehidupan mewah keluarganya, sesuatu yang cuba dielakkan sejak mengahwini ahli sukan berkuda Brazil, Alvaro Alfonso de Miranda Neto atau dikenali sebagai Doda, 38.Ketenangan itu, bagaimanapun mengganggu kehidupan pasangan suami isteri berkenaan apabila bekas kekasih Doda, Cibele Dorsa, membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediamannya Januari lalu.Lebih memalukan Athina, bekas model Playboy berusia 36 tahun itu meninggalkan nota bunuh diri yang merungut mengenai peraturan yang membenarkan anak perempuan Cibele dan Doda, Vivienne dan anak lelaki hasil perkahwinan pertama aktres itu, Fernando, dijaga oleh Athina dan Doda. Cibele bersetuju kedua-dua anaknya dipelihara Athina dan Doda tetapi amat merindui cahaya matanya itu.Bekas pembantu kepada bapa Athina, Alexis Mantheakis, berkata sumpahan Onassis kembali menghantui Athina walaupun kali ini tidak terkena kepada diri sendiri tetapi mensasarkan orang yang ada kaitan dengannya.Berkongsi nasib sama dengan Christina ialah pewaris empayar perniagaan penjagaan diri, Johnson & Johnson. Casey Johnson, 30, ditemui mati di sebuah rumah, tahun lalu. Lebih menjijikkan apabila laporan menyebut rumah berkenaan dipenuhi tikus. Dia yang disahkan menghidap diabetes ketika masih kanak-kanak, Casey membesar menjadi remaja liar yang memaksa keluarganya memutuskan hubungan dengannya. Pengambilan dadah dan alkohol memaksa ibunya, Sale, mendapatkan perintah memelihara anak angkatnya, Ava, apabila Casey enggan menjalani rawatan memulihkan masalah ketagihannya. Selepas disingkirkan daripada keluarga, kereta Porsche miliknya ditarik dan rekod mahkamah menunjukkan dia berhutang lebih RM300 ribu. Laporan menyebut mayat Casey ditemui oleh pembantu rumah dalam bilik tidurnya di West Hollywood pada 4 Januari 2010. Bagaimanapun, laporan panggilan ke talian 911 mendedahkan Casey meninggal dunia di rumah salah seorang rakannya di Los Angeles ketika ditinggalkan sendirian apabila rakannya keluar bersuka ria. Pemanggil tidak dikenali melaporkan tubuh Casey sejuk dan tangannya berwarna biru. Pada 4 Februari 2010, Pejabat Koroner Los Angeles mengumumkan dia maut disebabkan diabetic ketoacidosis kerana mengabaikan pengambilan ubat dan tidak mendapatkan rawatan.Jalan cerita yang menimpa pewaris syarikat elektronik gergasi Korea, Samsung, pula agak berbeza tetapi tetap menuju penamat sama - kematian menyedihkan. Jelitawan, Lee Yoon Hyung, jelas memiliki wang mencukupi untuk memenuhi minat mendalamnya terhadap kereta lumba dan lukisan. Dengan harta peribadi dianggarkan bernilai £105 (RM514 juta)dan ijazah daripada universiti berprestij di New York dan Seoul, sepatutnya tiada had apa yang boleh dicapainya. Bapanya, Lee Kun-hee yang kini bergelar bekas Pengerusi Samsung, adalah antara orang terkaya di Korea Selatan yang kerap dimomokkan sebagai Republik Samsung.Namun itu nyata bukan yang dicari dalam hidup apabila Lee menamatkan hayatnya dengan menggantung diri menggunakan wayar elektrik di kediamannya di New York pada 2005. Lee baru berusia 26 tahun ketika mengambil keputusan nekad itu. Rakan-rakan Lee berkata dia semakin sunyi dan tertekan sejak berpindah ke New York selepas rancangan untuk mengahwini teman lelakinya ditentang ibu bapanya kerana dianggap tidak sepadan.Lee paling menonjol daripada empat pewaris Samsung kerana abang dan dua lagi kakaknya enggan dikenali ramai. Keyakinan diri dan pesona menjadi bukti dalam laman web peribadi yang dinamakan sebagai Pretty Yoon Hyung, yang memperincikan kehidupannya. Di Korea, Lee sentiasa dikawal sekurang-kurangnya dua pengawal peribadi dan selepas berpindah ke New York, pemandu yang bersedia 24 jam mengiringinya ke seluruh bandar raya itu dengan limosin.Namun kehidupan penuh gaya Lee semakin suram. Penjaga pintu bangunan tempat dia menginap memberitahu kadang-kadang Lee tidak keluar daripada kediamannya selama seminggu.Kematian Lee terus memburukkan keadaan syarikat paling kaya, paling berpengaruh dan paling penuh rahsia yang sudah dikejar publisiti negatif termasuk pendedahan skandal rasuah.Bagaimanapun, kematian pewaris empayar perniagaan dan kereta Fiat, Edoardo Agnelli, paling diselubungi kontroversi apabila Iran mendakwa kematiannya dirancang Israel kerana berang dengan tindakan Edoardo memeluk Islam lima tahun sebelum dia dijumpai mati pada November 2000.Di Itali, kematian Edoardo selepas terjun daripada jambatan di Turin ketika berusia 46 tahun, dilihat sebagai kes bunuh diri tragik tetapi di Teheran, dia diagungkan sebagai syahid kerana dibunuh oleh rejim Zionis itu.Konspirasi bermula dengan dakwaan Edoardo memeluk Islam dan berfahaman Syiah, kemudian ejen Israel memutuskan Fiat tidak boleh jatuh ke tangan orang Islam, membunuhnya dan memastikan keluarga Elkann yang berdarah Yahudi, perlu menguruskan dinasti pengeluar kereta itu. Bagaimanapun, penyiasat Itali tidak menemui bukti selain kematiannya disebabkan bunuh diri.Edoardo memang menunjukkan minat mendalam terhadap mazhab Syiah sebaik melawat pengasas revolusi Iran pada tahun 1979, Ayatollah Khomeini. Namun graduan sastera dan falsafah itu turut berminat dengan agama lain dan gemar mengembara ke Asia dan Afrika.Sukar mencari punca yang mengelirukan pewaris berstatus jutawan itu sehingga kematian mereka berakhir secara menyedihkan. Jika kemurungan dan tekanan menjadi penyebab, mereka mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk mendapatkan bantuan pakar. Mungkinkah juga, kekurangan kasih sayang menjadi puncanya dan benarlah harta dan wang yang melimpah ruah, tidak mungkin dapat menjadi pengganti kasih sayang dan kunci kebahagiaan.



bilapahatberbunyi:-Jangan jadi orang kaya yang tamak..banyakkan sedekah yang ikhlas

Sukan Sea-Atlit kita sering di Ejek oleh penyokong Indonesia


Yi Ting diejek ketika terima emas
PALEMBANG - Skuad renang melengkapkan sasaran empat emas apabila Siow Yi Ting mempertahankan gelaran 200 meter kuak dada wanita semalam, namun ada insiden menyedihkan berlaku di Pusat Akuatik Jakabaring perenang negara itu diejek dan dicemuh penonton ketika hendak menerima pingat.


Begitu juga dengan atlit kita yang lain terutama pasukan bolasepak kita sering di ejek oleh penyokong Indon yang biadap.

Tak pasti kenapa mereka membenci pasukan Malaysia.

Malam tadi Malaysia menang 1-0 dgn Indon.Padan muka penyokong indon yg tak sopan bila lagu negaraku di nyanyikan.




bila pahat berbunyi:-Budi bahasa mencerminkan budaya kita

Khamis, 17 November 2011

Peninju Joe Frazier dalam kenangan




Peninju pertama tumbangkan Ali

“SAYA akan mengingati Frazier dengan penuh rasa hormat dan mengagumi kehebatannya sepanjang hayat.’’ Demikian kenyataan pendek musuh peninju dunia, Joe Frazier, 67, Muhammad Ali berhubung kematian legenda itu baru-baru ini.
Kematian Joe disebabkan kanser hati itu diumumkan keluarganya sendiri selepas legenda itu disahkan menghidapi penyakit itu September lalu dan diletakkan di bawah seliaan hospital beberapa hari sebelum tarikh kematiannya.
Tiga pertemuan dalam gelanggang tinju tumpuan ramai itu cukup menjadikan Frazier dan Ali sebagai ikon tinju dunia yang tiada tolok bandingnya.
Trilogi pertembungan dua gergasi sukan yang menjadi fenomena suatu ketika dulu bermula pada tahun 1971 di arena tersohor, Madison Square Garden. Bahkan, ia dilabel sebagai Perlawanan Abad Ini.
Menerusi aksi sulung mereka itu, Ali, ditumbangkan oleh Frazier selepas mengharungi 15 pusingan getir dan seterusnya menjadikan Frazier sebagai peninju pertama menewaskan Ali.
Memori 40 tahun dulu itu sentiasa segar dalam ingatan ketika hayatnya. Ia disuarakan Frazier sendiri beberapa bulan sebelum kematiannya apabila beliau berbicara tentang kehidupan, karier dan hubungannya dengan Ali.
“Ke mana sahaja saya pergi, saya tidak boleh untuk tidak bercakap soal kemenangan itu, ia merupakan perkara terbaik pernah terjadi dalam hidup saya,” kongsi Frazier jujur kepada pemberita The Associated Press (AP).
Dengan jolokan Smokin’ Joe, kemenangan epik itu membuatkan nama Frazier disebut-sebut sebagai seteru utama Ali, malah sehingga akhir hayat Frazier pun, beliau masih tidak boleh lari daripada bayangan Ali.




bilapahatberbunyi:-Ingat lagi masa sekolah rendah cikgu panggil semua murid masuk bilik dlm 100 murid masuk bilik TV nonton perlawan tinju Muhamad Ali dan Joe Frazer.

senarai blog yg I follow

bilapahatberbunyi:-nie blog yg I follow..ada yang aktif dan ada yg tidak.