nuffnang ads

Selasa, 23 April 2013

kejam dan ganas-Rogol budak 5 tahun

Suspek kedua rogol budak perempuan lima tahun ditangkap NEW DELHI - Polis India menahan suspek kedua berhubung perbuatan menyeksa dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini kelmarin. Polis berkata, budak perempuan itu diculik pada Isnin minggu lalu dan dikurung oleh dua lelaki di sebuah bilik bawah tanah bangunan yang dihuni oleh mangsa bersama keluarganya. Jiran-jiran memberitahu, mereka menemui mangsa dua hari kemudian selepas mendengar tangisannya. Media tempatan turut melaporkan beberapa serangan lain terhadap kanak-kanak pada hujung minggu lalu. Antaranya, kes seorang budak perempuan di negeri Assam, timur laut India yang disembelih selepas diperkosa beramai-ramai. Seorang lelaki ditangkap pada hujung minggu berhubung serangan terhadap budak perempuan berusia lima tahun tersebut. Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada minggu ini. Suspek kedua yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan awal semalam di rumah saudaranya di negeri Bihar, timur India hasil maklumat polis. "Dia ditahan sekitar pukul 1 pagi kelmarin (waktu tempatan) hasil kerjasama polis New Delhi dan Bihar," kata ketua polis tempatan, Rajeev Mishra. Jenayah seks kerap berlaku di India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion. Menurut perangkaan polis, kota metropolitan ini mencatat jenayah seks tertinggi berbanding bandar raya lain dengan satu kes rogol dilaporkan dalam setiap 18 jam. - Reuters Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2RH5e37VB Hakcipta terpelihara

Isnin, 8 April 2013

Ikan tanpa hemoglobin ditemui SEEKOR ikan yang tidak mempunyai hemoglobin dipamerkan di dalam akuarium Tokyo Sea Life Park, Tokyo semalam.- AFP TOKYO - Seekor ikan yang hidup di kawasan Lautan Antartik yang sejuk didapati tidak mempunyai hemoglobin, kata beberapa penyelidik semalam. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat pada haiwan-haiwan bertulang dan menjadikan darah berwarna merah. Ia juga merupakan agen yang membawa oksigen di sekitar badan. Dua ekor ikan itu dipamerkan di dalam akuarium di Tokyo Sea Life Park. "Kami mempunyai ikan jantan dan betina yang telah bertelur pada Januari lalu," kata seorang pakar pendidikan di Tokyo Sea Life Park, Satoshi Tada. Ikan ais tersebut dipamerkan selepas pihak akuarium itu mengetahui bahawa kapal-kapal nelayan syarikat Nippon Suisan Kaisha Ltd., berjaya menangkap ikan tersebut hidup-hidup pada tahun 2011. "Kami meminta pihak Nippon Suisan untuk bekerjasama bagi membawa ikan tersebut ke Jepun," kata seorang kakitangan di akuarium itu, Naoaki Kawahara. Beberapa penyelidik percaya ikan itu boleh hidup tanpa hemoglobin kerana ia mempunyai jantung yang besar dan menggunakan plasma darah untuk menyebarkan oksigen ke seluruh badannya. Kulit ikan itu juga mampu menyerap oksigen. Ikan tersebut ditemui di dalam Lautan Antartik pada kedalaman sehingga satu kilometer. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2PeUBaZVJ Hakcipta terpelihara

Sabtu, 6 April 2013

Pasar raya jual pesawat dapat sambutan di Beijing BEBERAPA buah pesawat terbang luncur yang dijual di pasar raya itu.- REUTERS BEIJING - Kelab Penerbangan Antarabangsa Beijing telah menjual lebih 800 buah pesawat sejak pasar raya yang menjual pelbagai pesawat dibuka pada 30 Mac lalu. Menurut pengurus kelab tersebut, Zhang Changyi, harga pesawat yang dijual itu adalah antara AS$48,390 (RM147,952) hingga AS$8 juta (RM24.46 juta). Pelbagai pesawat dijual di pasar raya itu termasuk helikopter dan kapal terbang ringan Sting S4. Ia merupakan pasar raya menjual pesawat yang pertama pernah wujud di bandar raya in Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2PeTiTZnF Hakcipta terpelihara

Jumaat, 5 April 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim. Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi. Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui. Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad. Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci. - AP Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2PeSXqiiA Hakcipta terpelihara