nuffnang ads

Jumaat, 30 September 2011

kurangkan penggunaan kertas/ paper less

Kurangkan penggunaan kertas kerana ia membantu mengurangkan dari penebangan pokok dan pemeliharaan alam sekitar dan pemeliharaan hutan di negara kita atau menjaga eco-sistem.
Mari kita melibatkan diri dengan mengurangkan penggunaan kertas.

Jabatan kerajaan- Sekarang ini kebanyakan jabatan kerajaan dah kurangkan penggunaan kertas.Segala urusan di uruskan secara elektronik atau on line system.

Bank-pengeluaran wang dan penghantaran di lakukan secara elektronik.Tak payah isi borang.

Pejabat swasta- Penggunaan kertas A4 untuk fotokopi di guna sebaik mungkin iaitu depan dan belakang kertas digunakan-dipanggil recycle paper.

Surat khabar lama atau kotak jangan di buang atau di bakar-Kumpulkan dan boleh dijual kembali bagi tujuan kertas itu di proses kembali.

Bersama kita menjaga planet kita iaitu bumi.
Save The Planet.

Khamis, 29 September 2011

penganggur

Pengangguran berlaku apabila seseorang yang layak berkerja dan mahu bekerja
tetapi tidak mendapat pekerjaan atau tiada peluang pekerjaan.

Di Malaysia kadar pengangguran sekitar 3-4%.Menurut kata pakar ekonomi,jika sesebuah negara yang kadar pengangurannya dibawah 4% itu menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh.

Golongan mana yang menganggur di malaysia-Lepasan Siswazah,lepasan SPM atau bekas pekerja syarikat yang telah ditutup.
DiMalaysia sebenarnya banyak kerja kosong di perbagai sektor.Pekerja asing saja ada lebih satu juta orang.

Kalau lepasan siswazah atau lepasan spm tu mana mungkin mahu bekerja sebagai buruh binaan,pekerja ladang atau pencuci pejabat.Mereka perlulah bekerja di sektor yang sesuai dengan kelulusan akedemik mereka tapi tak salah kalau bekerja sementara untuk mencari pengalaman sementara menunggu pekerjaan yang sesuai.

pokai

Pernahkah anda POKAI?.Seksanya jika kita pokai.

POKAI berasal dari bahasa cina yang bermaksud kehabisan duit untuk perbelanjaan.
Terjadinya pokai atas sebab boros dalam berbelanja atau kelemahan dalam menguruskan
kewangan.

Untuk mengelakkan kita pokai kita perlu merancang dalam setiap perbelanjaan kita.Berbelanja ikut kemampuan.Elakkan dari mengguna kad kredit.

Hari raya telah berlalu.Berapa ramai dikalangan kita yang pokai selepas musim raya.
Dalam seronok menyambut hari raya ramai yang alpa tidak mengambil perkiraan dalam soal berjimat dalam perbelanjaan.Akibatnya pokai selepas raya.

Menabung adalah salah satu cara yang baik untuk mengelakkan kita pokai.Menabung kembali untuk digunakan dalam menyambut hari raya tahun hadapan.Sedikit sebanyak menabung dapat membantu disaat kita memerlukan wang.Yang penting berbelanja ikut kemampuan atau Ukur baju di badan sendiri.

Rabu, 28 September 2011

kalau aku kaya.....

Kaya harta atau kaya budi pekerti atau keduanya sekali.
Semua orang punya impian untuk jadi kaya raya atau jutawan.

Kalau semua orang kaya siapa pula nak jadi miskin.
Kaya dan miskin ada hubung kait.Orang jadi kaya sebab ada orang miskin.
Orang miskin bekerja untuk orang kaya.Mereka di bayar gaji.

Kalau anda tiba tiba menjadi kaya apa perkara pertama yang anda buat?
Hehehe...berangan sikit.

Isnin, 26 September 2011

penghujung raya..masih terasa kemeriahannya

Kita sekarang berada di penghujung raya.

Raya masih terasa lagi kehangatannya.

malam tadi pergi 2 open hause di kawasan kejiranan.

Kemeriahan masih ada,sambil makan berbual dan bertanya khabar

dengan jiran jiran yang jarang bersua muka atau aku yang jarang tonjolkan diri tak dapat di pastikan.

Penghujung raya ni sedap pulak dapat makan rendang,nasi impit/ketupat,sambal kacang dan sayur goreng tempe.Kekenyangan aku.

Raya memang sebulan sambutannya di Johor.

Info KONTENA

Kontena iaitu berbentuk kotak4 segi sama bersaiz 20' dan 40'.Kotak berbentuk bulat aku belum pernah jumpa lagi.
Ok berbalik kepada cerita kontena tadi ia selalu di gunakan oleh pihak kilang untuk mengisi barangan mereka bagi tujuan eksport.Dengan adanya kontena ini banyak peluang pekerjaan dapat di wujudkan.Mungkin beribu peluang pekerjaan.Mari kita tengok rantaian peluang pekerjaan yang berjaya di wujudkan dengan adanya kontena.(di Malaysia sahaja)

1)Syarikat perkapalan-membawa kontena dari pelabuahan negara kita ke negara lain-Beribu pekerja/worldwide.
2)Pelabuhan pusat pengumpulan kontena-lebih 1000pekerja
3)Agen perkapalan-menguruskan kontena dan dokumen perjalanan kontena-lebih 1000pekerja
4)Warehausing-pusat pengumpulan kargo-lebih 1000 pekerja
5)Fowarding agen-menguruskan penghantaran kontena ke kilang dan hal berkaitan kastam.-lebih 1000 pekerja
6)Haulage atau syarikat pengangkut Lori kontena -lebih dari 1000 pemandu lori dan bahagian operasi
7)Lori kargo- membawa kargo dari kilang ke gudang/warehause-banyak pemandu lori di perlukan.
8)Syarikat stuffing unsuffing-mengeluar memasukkan kargo dalam kontena-lebih 1000 pekerja
9)Yard- pusat pengumpulan kontena kosong-beratus pekerja
10)Repair kontena-syarikat yang memperbaiki kontena jika rosak.-beratus pekerja
11) Bank dan insuran-mengurus hal kewangan dan insuran kargo.
12) kedai makan-tempat pekerja menjamu selera.

Apa apa pun segala rantaian pekerjaan yang di wujudkan itu akan lumpuh seandainya ekonomi dunia merudum dan permintaan barangan dari pengguna berkurangan akan menyebabkan kilang mengurangkan pengeluaran.Jadi penggunaan kontena juga berkurangan dan boleh menyebabkan ramai pekerja akan diberhentikan kerja.


Rencana ini berdasarkan pengatahuan dan pengalaman penulis yang bekerja di salah satu rantaian pekerjaan diatas.

Sabtu, 24 September 2011

Semakin Lanjut Usia Semakin Sunyi

Ketika kita kecil kita di belai dan di manja oleh kedua ibubapa atau orang di sekeliling kita.Hidup kita riang dan gembira ada tempat bermanja.

Bila kita sudah dewasa kita ada kawan kawan untuk berbual dan berseronok.Bila kita sudah berkahwin kita ada teman hidup iaitu isteri atau suami.

Bila kita ada anak.Kita menjadi ibubapa.Anak anak menjadi peneman hidup kita.Riuh rendah rumah dengan keleteh dan karenah anak anak.Selain kita ada anak sendiri kita juga ada anak anak saudara .

Bila anak telah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri..mereka akan berpindah hidup
bersama keluarga yang akan mereka bentuk sendiri.Ada yang berpindah dekat dengan kita dan ada yang berpindah jauh dari kita yakni bergantung kepada tempat kerjaya mereka.

Bila ada kelapangan anak anak akan mengjenguk kita atau bagi anak yang terlalu jauh sekurang kurangnya setahun sekali anak akan pulang ke pangkuan kita.Bila anak anak dapat berkumpul bersama kita terasa hati yang kosong..sunyi..kini terisi semula dengan keriangan dan kegembiraan.Kepenatan hilang bila dapat lihat wajah anak dan cucu kita.

Bila anak anak kembali ke rumah masing masing kita kembali sunyi..kembali menanti kedatangan anak anak.Apa guna rumah yang besar kalau hidup berdua.Apa guna duit yang banyak kalau tiada yang melawat kita di saat kita telah menjadi warga emas.
Kalau pasangan kita meninggal dunia hidup ini lagi terasa sunyi..sunyi..sepi seperti di dunia ini hanya kita tinggal bersendirian.

Khamis, 22 September 2011

Baca paper pun kena bayar $1.50 sen

Hari ini nak buat baik sikit..aku nak klick iklan pada blog yang aku lawati.(hari lain pun aku baik jugak..hehehe)

Kalau kita baca surat khabar pun setidak tidaknya kita kena bayar $1.50.Bila aku baca blog rakan rakan apasalahnya aku klick iklan yang muncul pada blog tu....mudah je..hanya klick saja....tak rugi pun.

re:bergantung pd kelajuan internet dan ada iklan yg muncul di blog anda.

Berdikari

Berdikari bermaksud tidak bergantung pada orang lain atau berdiri diatas kaki sendiri.
Masa yang sesuai untuk berdikari ialah semasa menempuh alam pekerjaan.

Segala perbelanjaan untuk diri sendiri di uruskan sendiri.Bagi orang bujang yang merantau segala perbelanjaan kewangan makan minum sakit pening di uruskan sendiri.Ibubapa hanya memantau dari jarak jauh.

Kalau pelajar yang berada di U dari segi kewangan mungkin sebahagian dari tanggungan ibubapa ,selebihnya urusan sendiri.Makan dan minum diuruskan sendiri.Ada juga pelajar yang tidak mengharapkan bantuan orang lain iaitu bekerja secara part time.
Pelajar begini bila masuk alam pekerjaan mereka lebih mudah menyusuaikan diri dengan alam kerjaya.

Bagi pasangan yang baru berkahwin mereka juga berdikari belajar menguruskan keluarga sendiri.Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa dan bijak menguruskan diri sendiri.

Selasa, 20 September 2011

Kita Semakin Jauh

Ibubapa adalah permulaan hidup kita.Ibu melahirkan kita dan adik beradik kita yang lain.Kalau ibubapa dulu punya anak yang ramai lebih dari 5 orang.Ibubapa zaman sekarang rata ratanya mempunyai anak dibawah 4orang.Sebab sedikit mungkin faktor umur, ekonomi atau sebab kahwin lewat.

Bagi yang mempunyai adik beradik ramai zaman kanak kanak adalah begitu rapat dan riuh rendah dengan abang,adik dan kakak.Kalau bergaduh pun akan cepat berdamai.Bila semuanya menginjak dewasa masing masing mempunyai hala tuju masing masing,Peringkat ini masih lagi berhubung antara satu sama lain dan masih lagi tinggal sebumbung.

Bila abang kakak atau adik kita berkahwin kita akan tumpang gembira dan kita akan dapat anak saudara.Yang berkahwin biasanya akan pindah rumah .Bila semua adik beradik sudah berkahwin masing masing sibuk dengan keluarga mereka tapi masih berjumpa lagi terutama pada hari raya itu pun kalau tak beraya di rumah mertua.Pada waktu ini kalau ada adik beradik yang berselisih faham adalah terlalu sukar untuk berbaik semula.Ambil masa yang lama untuk menjernihkan keadaan.

Anak kita dan anak anak adik beradik di panggil sepupu.Sepupu sebelah bapa dan sepupu sebelah ibu.Ada sepupu yang rapat ada yang suam suam kuku ,kurang mesra dan ada yang langsung tak kenal.

Bila kita sudah tua menjadi atuk dan nenek,anak anak kita pula telah punya keluarga sendiri.Bila hari raya anak cucu kita tidak lagi balik ke kampung ibubapa kita yang telah tiada sebaliknya berkumpul di rumah kita yang telah menjadi atuk dan nenek.

Secara tak langsung kita sebenarnya telah mewujudkan satu kitaran generasi keturunan kita sendiri.Ini adalah satu proses semulajadi yang semua orang akan lalui dan kita akan menjadi semakin hari semakin jauh dengan adik beradik kita yang satu waktu dahulu kita pernah tinggal sebumbung dengan mereka.

Ahad, 18 September 2011

Perbagai jenis Kaki

kaki bangku ialah orang yang tidak tahu bersukan terutama
dalam sukan bolasepak.
Kaki bola orang yang suka dunia bolasepak

Kaki Bodek adalah orang yang suka mengampu atau mengipas orang atasan.Bahaya orang begini kerana bisa memijak kepala orang untuk kepentingannya.

Kaki Lima adalah ruang di hadapan kedai biasa luas ruang itu lima kaki panjang ke hadapan untuk orang lalu lalang.

Kaki perempuan adalah lelaki yang suka dengan perempuan dan suka bertukar pasangan.
Kaki kelengtong orang yang suka menipu.

Kaki enjoy adalah orang yang suka bersukaria dan berhibur tak kira siang atau malam

Kaki minum adalah orang yang suka minum minuman keras.

Kaki judi adalah orang yang suka berjudi tak kira masa.

Kaki pecut adalah orang yang suka membawa kenderaan dengan laju tak kira tempat.

Kaki Masjid adalah orang yang suka ke masjid untuk beribadat.

Dan ada bermacam macam kaki lagi......

Sabtu, 17 September 2011

Kereta Proton Kebanggaan Negara.

Rata rata orang Malaysia guna atau pernah guna kereta kebangaan negara
iatu jenama Proton.Model pertama di keluarkan pada tahun 1986 iaitu proton saga.
Bekerjasama dengan Mitshubishi motor corp.Antara tujuan kewujudan Proton untuk mewujudkan peluang pekerjaan pada masa itu banyak siswazah yang menganggur.

Selepas 25 tahun jenama Proton masih lagi berdiri tegak dengan model terbaru
Saga,Pesona,MPV Exora dan Inspira.

Faktor harga Proton adalah antara yang termurah dari model model jenama pesaingnya.
Dari segi kualiti tidak jauh beza dengan kereta buatan negara lain dalam klasnya.

Mana mana jenama kereta pun memang ada masaalahnya.Tapi kini Proton telah menambah
baik jenama mereka untuk mendapat keyakinan pembeli.

Jika kita membeli jenama Proton bermakna kita membantu Proton dan warga proton.Proton mewujudkan beribu peluang pekerjaan.Jurutera,bhg pengurusan,juru teknik,pekerja am dan juga vedor vendor yg terlibat.

Jika Proton tutup bermakna ramailah yg menganggur.Siapa lagi nak bantu Proton kalau bukan orang Malaysia.Jadi belilah kereta Proton.Kalau anda seorang yang kaya raya sekurang kurangnya anda ada sebuah kereta proton.

Khamis, 15 September 2011

Esok Hari Malaysia@sambutan Merdeka&Jamuan hari raya

Esok 16 sept 2011 -Selamat menyambut hari malaysia dan sambutan tertangguh hari Merdeka 54tahun.Kibarkan Jalur Gemilang.Bersatu kita teguh bercerai kita roboh,Bulat air kerana pembetung bulat kata kerana muafakat.

Bersempena esok hari cuti penulis akan buat majlis Jamuan hari raya,harijadi dan sambutan hari Malaysia/Merdeka .

Siapa yang ada kelapangan di jemput hadir ke Majlis tersebut - Jln semerbak4 Tmn bukit dahlia.Pasir gudang johor.Time 2pm-7pm.Guna GPS pasti ketemu.

Rabu, 14 September 2011

Jodoh Pertemuan-the right way and the right time

Jodoh pertemuan ajal maut adalah di tangan Allah.Ada orang jodohnya cepat dan ada yang lewat dan ada juga tak kunjung tiba.Bagaimana kita mencari jodoh.Lelaki mungkin dimulakan dengan mengurat dan yang perempuan tunggu di ngurat.

Kalau dahulu anak dara jarang keluar rumah.Jodoh hanya di sekitar kampung sahaja.Itu pun atas rundingan ibubapa.Kini zaman telah berubah.Anak anak muda semakin terpelajar.Lelaki dan wanita berpendidikkan tinggi.Merantau bukan satu masalah.Jodoh bukan disekitar kampung halaman lagi .Jodoh melangkaui di luar sempadan negeri,negara malah diluar sempadan benua.

Adakalanya mencari jodoh kita perlu bersosial,bekerja atau menyertai aktiviti masyarakat.Memerap dirumah rasanya jodoh sukar di temui.Sekurang-kurangnya kita perlu tonjolkan diri.Jodoh kini seumpama kita perlu berada di tempat dan masa yang betul.Kata orang putih the right way and the rigth time...maka kita akan bertemu bakal jodoh kita.

pssst...semasa penulis berumur 18th penulis pernah berkata dalam hati dimana jodoh penulis berada dan dia tengah buat apa sekarang.Bila penulis merantau ke JB dan bekerja disana ditempat dan waktu yang sesuai dengannya maka penulis bertemu dengan jodoh penulis.

Selasa, 13 September 2011

senipis kulit bawang

Baru baru ini kita di kejutkan dengan 12 orang islam berada di ambang murtad.
Sebagai orang islam tentulah kita terkejut dan sedih kenapa perkara ini boleh berlaku.Ini antara kes kes yang kita ketahui bagaimana dengan kes kes yang tidak diketahui.

Begitu juga dengan gejala gejala sosial di kalangan masyarakat dan remaja kita.
Kes kes khalwat,zina,minun arak,rogol,liwat dan yang paling tragis anak sanggup bunuh bapa dan bapa sanggup simbah asid kemuka anak sendiri.

Apa makna semua ini.Masyarakat,kerajaan,ahli politik,Ngo dan pakar pakar agama perlu membuat seuatu kearah yang lebih baik untuk mengurang atau menghapus sama sekali gejala gejala yang kurang sihat dalam masyarakat kita.
Didikan awal melalui agama dan nilai nilai murni dalam diri sangat perlu pada anak anak kecil.

Keimanan dalam diri seumpama senipis kulit bawang.....mudah di robekkan.

Isnin, 12 September 2011

Lepas baca klik iklan

Rata rata penulis blog ada matlamat masing masing.
Ada sekadar meluahkan perasaan,memberi idea bernas,unsur nasihat
,sumber pendapatan,menjadi popular dan lain lain matlamat.

Bagi pembaca mereka membaca sekadar mengisi masa lapang atau mencari
pengatahuan dari maklumat yang di beri oleh penulis penulis blog.

Kebanyakan yang membaca blog adalah di kalangan penulis-penulis blog
sendiri iatu blog yang mempunyai rangkaian dan pengikutnya sendiri.

Hampir semua blog mempunyai ruangan iklan sendiri.Kalau pembaca klik
pada iklan bermakna penulis blog akan mendapat sedikit bahagiannya.

Kepada pembaca blog yang budiman selepas baca jangan lupa klik iklan.Penulis blog bila pahat berbunyi juga akan berbuat demikian lepas baca klik iklan.Satu sumbangan/sedekah dari penulis.

Sekian terima kasih.
BPB.

Sabtu, 10 September 2011

Cerai berai

Cerai adalah bermaksud berpisah.Lebih tepat lagi kepada pasangan suami isteri yang berpisah atas sebab sebab tertentu.Cerai tidak akan berlaku tanpa sebab.Mungkin berpunca dari suami mungkin juga dari isteri.Pendek kata penceraian berlaku atas sebab tiada penyesuai diri antara satu sama lain atau wujud orang ketiga.

Ada yang bercinta lebih 5 tahun bila berkahwin tak sampai 2 tahun sudah bercerai.
Begitu juga masa bercinta semuanya indah...yang buruk semuanya di sembunyikan.Kalau pasangan jatuh terlanggar batu...habis batu tu kena maki hamun tapi bila sudah berkahwin lain pula ayatnya...buta ke mata awak..batu depan mata pun tak nampak.Ini contoh sahaja.

Penceraian banyak berlaku pada pasangan yang muda sekitar umur 39 th kebawah.Yang berumur 40 tahun keatas pun ada juga berlaku penceraian.Amat menyedihkan kalau sudah bersama lebih dari 20 tahun dan anak anak pula sudah dewasa tapi berakhir dengan penceraian.Pahit manis bersama musnah begitu saja.......

Sebelum bernikah biasanya jabatan agama akan adakan kursus perkawinan.Nampaknya tidak berapa menimbulkan kesan.Kesan buruk dari penceraian adalah anak anak.Jiwa anak anak mungkin terganggu kesan dari penceraian ini.Fikiran mereka akan menjadi keliru dan bercelaru.

Kadang kadang kita merasa pelik lihat pasangan yang perempuannya cantik dan lelakinya kacak ekonominya stabil pun boleh berlaku penceraian.

Sedikit nasihatkan kepada golongan yang mahu berkahwin atau baru berkahwin atau telah lama berkahwin ambillah sikap bertolak ansur dan bersabar bila berlaku konflik.Jujur dengan pasangan dan terima seadanya dengan kekurangan yang ada pada pasangan kita.Jangan anggap pasangan kita sempurna segalanya.Masalah memang ada dalam melayari bahtera berkahwinan.

Bila kita mencari penyesuaian hidup dengan pasangan sudah semestinya ada sedikit konflik.Jarang berlaku pasangan suami isteri tidak berselisih faham.Lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Kalau isteri jadi api suami pula kenalah jadi salji.Begitulah sebaliknya.Kalau kedua duanya jadi api ...rumah boleh jadi terbakar dan hangus jadi abu.
Penceraian itu adalah satu penyeksaan.

Jumaat, 9 September 2011

Hutang..hutang...hutang

Zaman sekarang bila kita perlukan sesuatu yang terlalu mahal kita
perlu membuat pinjaman iaitu dengan kata lain berhutang.

Beli kereta kita pinjam dengan bank.Kereta belum habis bayar dah di trade in..tukar kereta lain..hutang lagi.Syarikat kereta pula berlumba lumba keluarkan model baru yang memikat.Asyik tukar kereta sampai bila nak habis hutang.

Beli rumah pun hutang juga.Pinjam dengan bank atau gomen kemudian ikat 20-30 tahun baru habis bayar.Lamanya berhutang..sudah tua baru habis bayar.

Nak pergi shopping..guna kad kredit..bunyinya macam guna duit sendiri tapi sebenarnya kita berhutang.Bank bagi pinjam..bayar kemudian.

Nak belajar pun hutang.Pinjam dengan bank,ptpn dan sebagainya.Habis belajar kena bayar semula.

Hutang...hutang...hutang..hidup di kelilingi hutang.Hutang wajib di bayar.Pandai berhutang pandailah membayarnya.
Kalau tak berhutang susah juga kita nak memiliki seperti perkara diatas.

psssst......hutang puasa jangan lupa ganti.

Khamis, 8 September 2011

Happy birthday To Me

KL to London kasih bertemu,

Di Johor cinta bersatu,

Saja nak bagitahu,

Hari ini 09.09.. harijadi aku.

susahnya mencari ilham

Bila ada blog kita nak kena tulis di blog.
Bila nak tulis kena cari ilham.

Dapat ilham baru boleh tulis kat blog.
Nak dapat ilham yang bagus bukan senang.

Kadang kadang dapat ilham masa tengah pandu kereta
sampai di rumah lupa pula ilham yang datang tadi.

Setiap masa kena bawa pen dan kertas.Ilham datang
terus tulis atas kertas kemudian bila ada masa draf kat blog.

Cara kau orang macam mana ek?

Rabu, 7 September 2011

Rumah Terbuka Yang Tertutup

Pada musim raya akan ramailah orang membuat rumah terbuka.Dari orang biasa hinggalah kepada wakil rakyat.Menjemput rakan taulan,sahabat handai dan bagi wakil rakyat menjemput para pengundi di kawasannya.

Bagi rumah terbuka yang tetamunya tak ramai mungkin tiada masalah untuk melayan tetamu.Dapatlah berbual bertanya khabar dengan tetamu.

Bagi rumah terbuka yang bersekala besar biasanya ada meja vip siap dengan hidangan diatas meja tak perlu beratur untuk mengambil makanan.

Bagi orang biasa yang pergi ke majlis begini mereka datang sekadar makan dan pergi.Ambil makanan pun bersesak sesak beratur panjang.

Kadang kadang kita lihat juga jemputannya anak anak yatim.Mereka juga perlu beratur untuk mengambil makanan.Jemputan VIP ada orang yang tukang hidangkan.Siapa yang perlu diraikan VIP atu anak anak yatim.

Bagi wakil rakyat atau menteri tak salah kalau mereka buat rumah terbuka menjemput orang ramai datang kerumah mereka.
Sesekali cuba ubah tradisi wakil rakyat datang berhari raya
kerumah orang orang kampung yang susah di kawasannya.Barulah wakil rakyat tahu bagaimana orang susah menyambut hari raya.
Pasti mereka terharu.........

Selasa, 6 September 2011

Sesekali aku datang melawat.

Sesekali aku datang melawat
Kerna sudah lama aku tidak menziarahi mu

Sesekali aku datang melawat
Kerna hari ini adalah hari raya

Sesekali aku datang melawat
bila aku rindu pada mu

Sesekali aku datang melawat
Untuk membersihkan rumah mu

Sesekali aku datang melawat
Sekadar memberi sedekah alfatiha


nukilan:bilapahatberbunyi

Antara tikar mengkuang dan karpet merah

Hidup dalam dunia ini mestilah ada perbezaan taraf hidup.Bila ada yang kaya tentulah ada yang miskin.
Tak mungkin semua orang akan menjadi kaya dan begitulah sebaliknya.Persoalannya bagaimana caranya
yang kaya membantu si miskin dan si miskin berusaha untuk menjadi kehidupan lebih bermakna

Dalam islam ada sistem zakat dimana yang kaya mengeluarkan zakat untuk membantu si miskin.Sebahagian harta sikaya ada bahagiannya
untuk si miskin.Zakat adalah salah satu rukun islam 5 perkara.

Memang sikap manusia perasaan iri hati,bersaing dan tamak memang ada dalam diri manusia.Perbezaan taraf hidup akan menjadikan kita ketidak tentuan.Yang kaya menjadi takut hartanya kehabisan dan yang miskin mengharapkan simpati.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.Memberi biar iklas dan yang menerima gunakan sedekah itu dengan sebaiknya.


Dalam sesebuah keluarga kalau jurang perbezaan ekonomi tak sama dalam adik beradik juga boleh mewujudkan konflik dalaman.
Ada adik beradik yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.Yang berjaya tentu merasa bangga dan mendapat lebih perhatian.
Bagi yang tak berjaya tentulah perasaan kecewa menguasai diri.Mereka akan merasa terpinggir dan rendah diri.Kalau tidak di tangani dengan betul situasi ini boleh mewujudkan konflik antara adik beradik.

Isnin, 5 September 2011

Demam Raya

Hari ini ramai yang demam.Baru mulakan tugas dah Demam.
Ada yang mula nak demam,ada yang dah demam,ada yang batuk batuk.

Terpaksa berkerja sebab dah lama bercuti lagi pun nak beri peluang kepada staf yang
tak cuti pada hari raya 3,4,5.Mereka pun nak cuti juga.

Banyak sangat makan rendang daging dan ayam agaknya.Badan terkejut tiba tiba saja perut jadi penuh selepas sebulan berpuasa.

Kena puasa 6 nie.

Ahad, 4 September 2011

Selamat kembali bertugas

assalammualaikum,
Selamat kembali bertugas.Hari ini aku kembali bertugas.Tak puas bercuti.Rasa lemah pula nak mulakan kerja.Masih dalam mud raya.

Lebih 3 hari tak tengok blog.Terima kasih kepada yang jengah blog aku dalam musim raya.
Hari ini aku akan melawat blog kau orang.Pasti ada cerita yang menarik untuk dikongsi bersama.

Hari ini juga aku kembali menulis di blog.

Semoga segalanya selamat.

Khamis, 1 September 2011

skesta hari raya 3

Malam raya ke 3 ada parti adik beradik..famili day di hari raya.

Ada makan makan BBQ,game dan cabutan bertuah...semua dapat hadiah.
Satu keluarga kena bayar $100 jer.

Seronok gak tiap tahun buat macam nie.Macam biasa ada sesi bakar mercun.
Biasanya abang aku yg sponcer.

Lepas kemas barang masuk tidur....plan bila nak balik johor .