Bergaduh: Shah Rukh Khan dilarang masuk stadium
NEW DELHI 19 Mei - Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke atas pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium Wankhede di Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.
MCA membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan selepas bintang tersebut mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu ketika menyaksikan perlawanan kriket pasukan miliknya, Kolkata Knigt Riders dengan Mumbai Indians pada Rabu lalu.
Bagaimanapun bintang itu mempertahankan tindakannya dengan alasan dia berang selepas melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium selain menafikan berada dalam keadaan mabuk ketika insiden itu berlaku.
patut kerajaan negeri Melaka tarik balik gelaran Dato' sebab tidak sopan.
salam abghani..lama tak berblog.. :)
BalasPadamlho... gaduh ke?
BalasPadamRamai manusia hilang sabar akibat sukan..
BalasPadam