nuffnang ads

Jumaat, 30 Mac 2012

Joke soup

The only exercise program that has ever worked for me is accasionally
getting up in the morning and jogging my memory to remind my self exactly
how much I hate to exercise.

Rabu, 28 Mac 2012

Allah maha besar

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Ya Allah ya tuhan kami,


Ampunilah dosa dosa yang telah kami lakukan


Samada dosa yang di sedari atau tidak disedari


Jauhilah kami dari azab api neraka


Lingdungilah kami dari godaan iblis dan syaitan dan dari melakukan dosa dosa besar dan kecil


Tempatkanlah kami di kalangan orang orang yang solih


dan orang yang taat kepada mu.


Ya Allah ya tuhan kami


Terimalah solat kami dan terimalah amal kebajikkan kami .


Sempurnakanlah ibadat kami.


Halalkanlah makan minum kami dan berikanlah kami rezeki yang halal.


Permudahkanlah rezeki kami.Kurniakan lah kami anak anak yang solih dan mendapat kesihatan yang baik.


Ya Allah ya tuhan kami


Kami bersyukur pada mu ya Allah(3x) segala limpah rezeki yang telah kau berikan kepada kami,sesungguhnya kaulah yang maha besar ,maha pengasih,maha penyayang lagi maha mengetahui.


Amin ya rabbalalamin.




Bawaku pergi dapat perhatian masyarakat

Haramkan Bawaku Pergi

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kerajaan digesa mengharamkan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan yang disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, pihaknya berharap lagu tersebut tidak lagi diputarkan dan dihebahkan kepada masyarakat.

''Ia sama sekali tidak wajar dihebahkan untuk pendengaran masyarakat, apatah lagi menjadi siulan remaja kerana ia jelas menyampaikan mesej tidak baik dan membawa mesej negatif.

''Kita tidak mahu ada agenda oleh mana-mana pihak tertentu menggunakan cara halus seumpama ini untuk merosakkan semangat dan roh bangsa Malaysia tanpa kita sedari.

''Suara kebimbangan ibu bapa ini amat perlu diberi perhatian pihak kerajaan memandangkan banyak kes remaja melarikan diri pada masa kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini

sumber dari utusan malaysia.
pernah di utarakan di
abghani
dan blog pen biru

Isnin, 26 Mac 2012

cara mengurat clasic

Setiap orang rasanya pernah mengurat atau di ngurat.
Biasanya lelaki yang akan memulakan proses mengurat dan orang yang di nguratnya itu tentulah perempuan.Jarang sekali perempuan mengurat lelaki.Kalau adapun mungkin caranya berbeza dengan lelaki .Cara perempuan mengurat lelaki itu kena tanya orang perempuan.
Di sini aku nak ceritakan kisah atau contoh orang zaman sebelum 90an mengurat perempuan.
Selalunya berlaku di tempat tumpuan orang ramai...contoh di perhentian bas(bus station)-Seorang lelaki ternampak seorang gadis duduk di bangku menunggu.(bangku panjang)
Lelaki:Hai! cik adik boleh tanya sekarang pukul berapa.
Gadis :Awak pakai jam pun nak tanya saya sekarang pukul berapa
Lelaki:Alamak! saya lupalah saya pakai jam(sajer buat lawak ambil mood)
kemudian tanya lagi...sorang aje ke?
Gadis :awak nampak saya berdua ke?
Lelaki:(haaa..ada respon..ada peluang)Eh!saya nampak awak berdua..kaat sebelah tu saper?
Gadis :Mana aderrr..
Lelaki:Tu..tiang sebelah awak tu..hahaha(buat lawak ambil mood gadis)
(Dua dua ketawa..tanda dah mula menyesuaikan diri).
maka bermula dari situ bemulalah perbualan seterusnya.Last sekali minta no telepon rumah kalau ada.(dulu tk ada handpon)Kalau telepon rumah tak ada alamat rumah pun ok untuk urusan surat menyurat.Kalau ada rezeki boleh sampai ke jinjang pelamin.
Ini adalah salah satu contoh clasic proses mengurat....sekarang tahun 2012 ada lagi ker orang guna cara ni.

Ahad, 25 Mac 2012

Kalau orang dulu tak cipta DUIT-susahnya hidup ini.

Setiap negara ada duitnya masing masing dengan nilai tertentu.
Kalau di Malaysia, kita panggilnya Ringgit atau RM.
Helaian duit hanyalah sekeping kertas tapi ia bernilai tinggi bergantung pada nilai yang tertera di atas kertas itu.Contoh RM1/RM5/RM10/RM50/RM100.
Dengan adanya helaian duit kertas ini,hidup kita semakin mudah untuk urusan jualbeli barang.Maka wujudlah bank untuk menguruskan kewangan kita.
Mana lebih bernilai helaian duit kertas atau barangan yang kita mahu beli?
Contoh sekeping pizza dan helaian duit kertas mana yang ada nilai..Sebenarnya pizza itu lebih bernilai dari helaian duit .Duit tiada nilainya kalau tiada barang untuk di beli.
Ok! kita lupakan tentang helaian kertas yang tidak bernilai itu.Cuba kita bayangkan kalau orang terdahulu tidak mencipta duit.Bagaimana urusan jual beli di uruskan.
Katakan sistem tukar barang di amalkan sekarang ini.
Contoh -
Kalau anda nak beli baju berharga rm30 atau nilainya sama dengan 3 ekor ayam.Kalau duit tidak di cipta anda perlu bawa banyak ekor ayam untuk di tukar dengan taukey baju tu.Susahnya kalau nak bershoping kena bawa ayam atau yang sama nilai dengan nya.
Kalau ayam tiada anda kena bawa lembu(nilai sekor lembu rm2000.00)Kalau beli barang nilai rm1000 tukar dengan lembu jadi taukey kedai tu kena kembalikan baki bersamaan 1ekor kambing dan 30 ekor ayam bersamaan rm1000//.
Kalau gaji anda rm2000// maka tiap tiap bulan anda akan dapat seekor lembu.
Kalau ini terjadi maka kehidupan ini akan jadi haru biru.Nasib baik lah orang dulu dulu mencipta duit untuk proses jual beli.
Nota:kalau kahwin dengan artis hantaran RM30,000// bersamaan dengan 15 ekor lembu...hehe penuh rumah dgn lembu.

ucapan selamat

Ucapan selamat untuk semua pembaca waktu pagi ,tengahari,petang dan malam.
Assalammualaikum.

Selamat pagi.Selamat sore.Good morning

Selamat tengahari

Selamat Petang

Selamat Malam.Goodnight

Selamat tidur semoga di buai mimpi indah dan semoga esok masih ada.
Wassalam.

Jumaat, 23 Mac 2012

Lagu yg,suruh remaja lari dari rumah-Bawa aku Pergi - Kaka & Zizan

Lagu ini aku tak berapa faham maksudnya.Yang aku tahu remaja perempuan suruh pakwenya bawa dia pergi lari dari rumah.Kalau budak bawah umur yang bermasalah dengar mereka akan terpengaruh dengan liriknya- Bawa aku pergi.Lagu ini patut di haramkan dari di siarkan.
Kebelakangan ini kita selalu dengar remaja lari dari rumah mengikut teman lelaki.Lari dari kongkongan keluarga.Cuba baca lirik lagu ini..bawa aku pergi..tak perlu kembali..pergi lebih jauh.Liriknya saja dah cukup mempengaruhi remaja yang bermasalah....lari dari rumah selesai masalah.Lagu ini tak sesuai untuk penyiaran .
Patut di Black List.




bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

Khamis, 22 Mac 2012

Perlukah sifat Penyabar??

Setiap manusia perlu ada sifat penyabar.
Sabar separuh dari iman.
Hati perlu kuat untuk menahan sabar.
Beberapa perkara yang perlu kita bersabar.
-sabar dari api kemarahan.
-sabar dari hawa nafsu
-sabar dari godaan dunia
-Sabar dari apa jua dugaan
Jika kita tidak bersabar akan wujud elemen syaitan akan masuk kedalam
tubuh badan kita menghasut api kemarahan,nafsu yang boleh membuat kita menjadi tidak normal atau hilang ingatan seperti membunuh,bergaduh atau perkara perkara yang tidak baik.

Dalam kontek keluarga sifat penyabar sangat perlu bagi suami isteri.
Sabar menghadapi karenah anak anak.Sabar dalam menghadapi angin isteri yang datang tidak menentu.Kalau isteri membebel suami perlu bersabar.Munkin ada sebabnya bila
isteri membebel.Kalau suami tidak sabar akan tercetuslah pergaduhan antara suami isteri yang boleh menyebabkan penceraian.
Sabar itu sangat penting dan bagi setengah orang, sabar itu juga ada hadnya.Jika sudah sampai hadnya akan meletuslah letupan seperti gunung berapi yang meletup menghamburkan laharnya.Banyak kemusnahan akan berlaku.
Terlalu menahan sabar juga boleh membawa kemudaratan,mungkin boleh membawa kepada sakit jantung yang boleh membawa maut.
Berhubunglah dengan doktor anda bagaimana untuk menyerap tekanan dari menahan sabar.

Nota:Fyi aku seorang yang sangat penyabar anda bagaimana...?

Rabu, 21 Mac 2012

Aku budak SPM

Semalam keputusan SPM dah keluar.
Tahniah kepada yang lulus dengan cemerlang.Teruslah belajar ketahap yang kita mampu.
Tak rugi kalau kita terus mencari ilmu.Tinggi mana akedemik kita itu akan menentukan kerjaya kita di masa depan.Salah satu matlamat belajar sekarang adalah untuk mendapat kerjaya yang bagus serta gaji ribuan ringgit sebulan.

Bagi yang keputusannya di tahap gagal pun tidak lulus pun tak cemerlang(Kalau dulu pangkat 3) ..buatlah keputusan sebaik baiknya.Kalau rasa nak belajar teruskan belajar.Carilah kolej atau pusat pusat kemahiran. kalau nak cari kerja jangan pilih kerja.Teruskan bekerja cari pengalaman.Belajarlah dari pengalaman.Pengalaman boleh membuatkan kita berjaya dalam hidup.
Bagi yang berminat berniaga asas berniaga perlu ada.Ada juga yang kelulusan SPM boleh jadi jutawan dengan berniaga tapi tak ramai.
Kalau dulu sebelum tahun 1980an sijil SPM laku untuk menjadi pegawai tapi kalau sekarang tak laku lagi.Sijil SPM nilainya sekarang hanya menentukan hala tuju kita di masa depan.

Kepada yang gagal dalam SPM..teruskan hidup anda ..cari kerja mengikut kepandaian atau kemahiran masing masing.Mungkin dalam akedemik anda lemah dan tidak lemah di bidang berbentuk kemahiran,memasak.pertukangan dan sebagainya.
Jangan buat benda atau perkara yang tidak berfaedah.Masa itu emas dan jangan buang masa muda anda.
Usaha pasti Jaya.Hendak berjaya tidak semudah yang di sangka.Hendak gagal memang mudah.Ingat tiada perkara yang mudah dalam hidup ini.
Berkhimatlah untuk negara bangsa dan agama.

Hutang budi tergadai body

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi dibawa ke mati.

Pantun peringat yang membawa maksud kita jangan terlalu
banyak makan budi seseorang di kuatiri kita tidak dapat
membalasnya.Kalau anak gadis zaman sekarang jangan makan budi
terlalu banyak dengan lelaki(tak semua lelaki)takut nanti tergadai body.
Kalau dah tergadai body..akan terjadi habis madu sepah di buang.
Tapi zaman sekarang orang dah tak kisah kalau body tergadai asalkan dapat
hidup mewah...Yer ler masa muda memang terlupa akhirat kalau dah tua nanti baru nak menyesal.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
Ini satu ingatan sahaja jangan makan budi orang terlalu banyak nanti kita juga yang susah...Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.Kalau buat baik
jangan minta balasan...niat di hati ikhlas untuk menolong itulah sebaik baiknya.

Nota:selalu juga buat budi kat orang tapi ada orang tu buat tak tahu jer..hehehe

Jumaat, 16 Mac 2012

macam macam-satu kampung ada tiga jari


BONE - Kebanyakan penduduk di kampung Ulutuae Desa Maria di daerah Bone, Sulawesi Selatan mempunyai kecacatan yang sama iaitu memiliki hanya tiga jari.

Orang normal memiliki lima jari bagi setiap belah tangan dan kaki.

Hampir kesemua penduduk kampung itu mempunyai tiga jari, tidak kira jari kaki atau jari tangan dan keganjilan itu dialami oleh golongan muda mahupun tua.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Umbang berkata, kelainan fizikal yang dimilikinya sudah berlaku sejak turun-temurun dan dia pasrah dengan apa yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

"Kecacatan ini disebabkan keturunan tetapi ada juga yang lahir secara normal.

Walaupun memiliki kekurangan jari, namun penduduk di kampung itu tetap menjalankan aktiviti harian sebagai nelayan.

Nota:apa puncanya tu jadi cengitu.
sumber berita utusan malaysia

Rabu, 14 Mac 2012

XTVT-XPDC GUNUNG DATUK REMBAU




Hampir 20tahun tk buat aktiviti mendaki gunung.Pada 10/3/12 aku sekeluarga telah mendaki Gudung Datuk di Rembau N.Sembilan yang mempunyai ketinggian 884m atau 2900 kaki.
Pendakian memang mencabar fizikal dan mental.Laluan pendakian memang mencabar.Jam 8.30am aku memulakan pendakian.Kebiasaannya ambil masa 2 jam untuk sampai ke kemuncak tapi aku mengambil masa 3 jam kerana oleh kerana anak perempuan dan isteri baru kali pertama mendaki gunung jadi aku bergerak dengan agak perlahan.Dua orang anak lelaki aku dan anak saudara telah jauh kehadapan dan sampai kemuncak 1 jam awal dari aku.
2 hari selepas mendaki semua kaki jadi krem susah nak berjalan..inilah cabaran utama mendaki gunung iaitu cabaran selepas pendakian.

Untuk XTVT akan datang aku bercadang untuk mendaki Gunung Ledang Di Sagil Tangkak Johor yang mempunyai ketinggian 1276M atau 4187 kaki.

Nota:dah mula ketagih daki gunung...Satu kepuasan bila dapat tawan puncak gunung.

Rabu, 7 Mac 2012

Gadis perempuan wanita

Pagi tadi dalam kereta dengar radio Dj tu membebel dan dia sebut hari ini hari wanita
Topix hari ini tentang wanita.Dia minta pendengar talipon dan cerita tentang wanita.
Aku pun tutup radio sebab dah sampai di tempat kerja.Tak sempat nak dengar topix hari wanita.
Betul ke hari ini hari wanita.Kalau betul selamat hari wanita untuk semua wanita.Kadang kadang terpikir juga kenapa tidak di panggil hari perempuan.
Perempuan dan wanita adalah sama ,kalau berkahwin dia akan pilih Lelaki sebagai suami.

Perempuan ada hari wanita dan hari Ibu.Lelaki ada ker hari Lelaki atau hari suami ,yang aku tahu lelaki ada hari Bapa.

Tidak di nafikan sumbangan wanita kepada negara dan keluarga.Ibaratkan pincangnya negara dan keluarga kalau tiada wanita.

Wanita begitu penting kepada lelaki.Sebab apa?...sebab lelaki mana tahu bangun pagi buat sarapan,masak makan tengahari,petang,makan malam dan jaga anak.Lelaki mana larat buat semua tu.Lelaki bantu sikit sikit kerja rumah tu bolehlah.

Wanita semangatnya kuat walaupun ia di cipta dari tulang rusuk kiri lelaki.
Tapi orang kata wanita macam kerak nasi...walau pun keras bila di letak air ia akan menjadi lembut.Betul ker?

Hujan

Hujan yang turun bagaikan air mata...bermaksud kesedihan yang melampau.
Topix hari ini tentang hujan bukan kumpulan hujan.

Hujan adalah titisan air yang turun dari langit melalui awan nifus dan komulus hasil pemeluapan air dari bumi naik ke atas dan bila awan dah berat maka turun lah hujan.Teori ni yang aku belajar masa sekolah rendah dulu.

Manusia sangat memerlukan air hujan tapi ada juga manusia yang tak suka air hujan.
Contoh: alamak hari ini hujan lah pulak.Kalau hari panas "Fuh...panasnya hari ini dah lama tak hujan."

Pokok dan tumbuh tumbuhan juga sangat memerlukan hujan.Jadi bila hujan janganlah kita mengeluh kerana mungkin pokok pokok juga berdoa minta hujan.Pokok pokok bukan boleh berjalan macam manusia mencari air.Hanya hujan saja sumber airnya untuk minum dan mandi.
Jadi kita perlu memahami hujan adalah untuk semua mahluk di bumi ini.

Nota:suka dengar irama titisan hujan menyirami bumi..sungguh mengasyikkan.

Isnin, 5 Mac 2012

kayu

Kayu ada banyak jenis kayu.

Dalam bentuk objek-Kayu balak,kayu getah,kayu jati dan sebagainya.Kayu kayu ini bernilai tinggi dan di gunakan dalam industri perabut.

Kayu dalam bentuk perkataan & perumpamaan yang baik-Kayu pengukur yang bermaksud tanda aras.
Kalau perumpamaan yang kurang baik-bodoh atau lurus bentul-contoh ayat..kau ni macam kayu lah atau pun kayu punya orang...heheehe.

Ahad, 4 Mac 2012

Ubah Nasib Diri

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan
diri kita sendiri mengubah nasib kita.

Kalau kita ingin kaya atau senang dalam hidup kita perlu
berusaha dan mencari peluang untuk hidup senang.

Rezeki tidak akan datang bergolek.Kita perlu berusaha ,berdoa dan tawakal.
Pastikan kita mencari rezeki yang halal.Kalau menjadi kaya dengan cara yang salah
tidak ada gunanya.

Kalau nak berniaga kita perlu ilmu dan bakat begitu juga kalau nak jadi doktor,akitek dan jurutera perlu memcari ilmu dan berusaha bersungguh semasa mencari ilmu di peringkat sekolah dan universiti.

Nota:bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.

Khamis, 1 Mac 2012

Lewat kahwin dan Cepat Kahwin

Berapakah umur yang dikatakan lewat kahwin bagi Perempuan dan Lelaki di zaman sekarang ini.Bagi aku kalau wanita lepas umur 26 tahun sudah di kira lewat dan lelaki lepas umur 30tahun juga sudah di kira lewat.
Kenapa lambat kahwin.Munkin sebab jodoh belum sampai.Masih belajar lagi..kebanyakkan yang masuk Universiti kalau ambil diploma paling tidak pun umur 23 sudah keluar universiti lepas tu masuk ke pasaran kerja..2 tahun jumpa jodoh dan umur 26 baru kahwin.Kalau ambil ijazah mungkin umur 28 baru fikir pasal kahwin.
Ada orang pentingkan kerjaya dari berkahwin.Mereka nak mantapkan ekonomi sebelum berkahwin.Orang begini biasanya kalau wanita selepas umur 30 dan lelaki selepas 40tahun.
Katakanlah umur wanita umur 28 dan lelaki umur 30 baru nak berkahwin.Dapat anak setahun lepas tu.Bila umur lelaki 50 tahun anak sulung baru berumur 19 tahun.Ini bermakna anak itu rasanya masih belum bekerja dan anak yang lain masih bersekolah.
Pasangan tersebut perlu bekerja lagi untuk saraan anak anak.Rata ratanya mereka mempunyai 1-3 orang anak.

Bagi yang kahwin seawal 20an mukin bila umurnya 50tahun anaknya sudah berumur 30 tahun.Kebaikannya semua anak sudah dewasa.Bagi yang kahwin awal rata ratanya mereka mempunyai 3-5 orang anak.

nota:aku umur 25 dh kahwin..nie kira cepat atau lewat.