nuffnang ads

Rabu, 23 Mei 2012

Bahaya jadi 2 alam

Transgender berisiko kena AIDS

BANGKOK 17 Mei - Hampir separuh daripada golongan transgender di rantau Asia Pasifik berisiko dijangkiti virus HIV apabila penjagaan kesihatan yang kurang berkualiti dan amalan gaya hidup tidak sihat, dilihat meningkatkan kadar jangkitan ke ‘paras kritikal’.

Mengikut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini, dianggarkan sembilan juta hingga 9.5 juta transgender di Asia Pasifik merupakan pembawa virus HIV dan 49 peratus daripada mereka berisiko untuk dijangkiti.

Perangkaan itu diperoleh daripada pengumpulan data kadar jangkitan di kalangan lelaki yang bertukar menjadi wanita di seluruh Asia Pasifik.

Sehubungan itu, penulis laporan, Sam Winter dari Universiti Hong Kong menggesa kerajaan agar mengambil langkah bagi membendung gejala itu memandangkan kebanyakan golongan transgender bekerja sebagai pelacur dan terlibat dengan seks tanpa perlindungan.

“Mereka ini dipinggirkan oleh masyarakat dan hidup miskin. Jangkitan HIV menyumbang kepada ‘stigma sosial’ dan ia sukar dibendung," katanya.

Laporan itu menyebut, golongan transgender turut menjadi mangsa keganasan dan prejudis, selain diberi peluang terhad dalam bidang pekerjaan serta tidak mendapat sokongan psikologi.

Sebelum diterbitkan, laporan tersebut disifatkan sebagai ‘kajian paling menyeluruh’ apabila mengambil masa selama 12 tahun bagi mengumpul maklumat berkaitan.

Menurut laporan itu, golongan transgender cenderung untuk meninggalkan rumah pada usia muda ekoran tentangan keluarga,

pss,,..amalkan gaya hidup sihat...jangan sokong LGBT atau seks bebas

Isnin, 21 Mei 2012

Dato' bergaduh India

Bergaduh: Shah Rukh Khan dilarang masuk stadium

NEW DELHI 19 Mei - Persatuan Kriket Mumbai (MCA) mengenakan larangan ke atas pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan daripada memasuki Stadium Wankhede di Mumbai selama lima tahun kerana terlibat dalam satu pergaduhan.

MCA membuat aduan polis terhadap Shah Rukh Khan selepas bintang tersebut mengeluarkan kata kesat dan menyerang pegawai-pegawai persatuan itu ketika menyaksikan perlawanan kriket pasukan miliknya, Kolkata Knigt Riders dengan Mumbai Indians pada Rabu lalu.

Bagaimanapun bintang itu mempertahankan tindakannya dengan alasan dia berang selepas melihat pegawai keselamatan MCA mengasari anak perempuannya dan kanak-kanak lain di stadium selain menafikan berada dalam keadaan mabuk ketika insiden itu berlaku.

patut kerajaan negeri Melaka tarik balik gelaran Dato' sebab tidak sopan.

Jumaat, 18 Mei 2012

Ini bukan tempat Love Bite..isteri perlu tahu

Alat sulit lelaki hampir putus digigit isteri

COLOMBO 19 Mei - Seorang lelaki tepaksa menjalani pembedahan selepas alat sulitnya hampir putus akibat digigit isterinya.

Sehubungan itu, Chandana Pradeep dikejarkan ke hospital di Andapana, 180 kilometer ke selatan Colombo akibat mengalami pendarahan serius.

Menurut polis, kejadian itu dipercayai berlaku selepas isteri mangsa enggan memberinya duit untuk membeli minuman keras.

Psss....Haaa...salah siapa..kan dh kena gigit.
Para isteri di Malaysia rasanya tak sanggup nak buat begitu....kejam ehk.

Selasa, 15 Mei 2012

Pelancong pun nak di rogol

Perogol pelancong direman
------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU – Seorang remaja berumur 18 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul dan rogol melibatkan dua pelancong Switzerland yang baru tiba ke negeri ini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 20 Mei ini bagi disiasat mengikut Seksyen 354/376 Kanun Keseksaan iaitu cabul dan rogol selepas ditahan pada pukul 5 petang kelmarin.

“Suspek merupakan seorang penganggur ditahan di sebuah rumah banglo di Taman Intan, Lundang yang juga dipercayai menjadi lokasi dua wanita Switzerland itu dirogol dan seorang lagi dicabul,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam

Sabtu, 5 Mei 2012

I'am busy or I malas or reformasi or tranfomasi

Lama sungguh aku tidak menulis di blog dan melawat blog rakan rakan.Adakah aku busy atau aku malas.Naka kata aku busy...aku tidak terlibat langsung dengan perhimpunan haram bersih.Aper lah nak merusuk.Apa tujuan kau nak merusuk...pukul polis,maki polis dan pukul wartawan..memang aku marah sekarang ni....aku dah tak sabar nak mengundi .Yb Najib cepatlah umumkan bila PRU13..aku dah tak sabar nak telingkupkan musuh kau.
Yb Najib sekarang ni musim orang sokong parti kau.Tsunami dah berlalu..air pasang dah surut aper lagi umum kan lah PRU13.

Kepada polis aku sokong segala tindakan polis untuk menangkap perusuh..jangan pilih bulu tangkap tak kira apa pangkat dia orang ..yang salah mesti di hukum.Negara kita ada undang undang.Tegas sikit..ops..tegas banyak jangan tegas sedikit..barulah aman negara kita.

Cukup sampai disini dulu..lain kali kita cerita lagi..semoga Malaysia aman.
AMIN Ya ALLAH.