nuffnang ads

Ahad, 29 Januari 2012

Layang Layang

Wahai layang layang hebatnya kau terbang tinggi megah di angkasa melihat alam di bawah Wahai layang layang walaupun kau terbang tinggi kau rasa bebaskah?.... hakikatnya kau terikat tidak bebas meneroka di angkasa
Wahai layang layang kau tak perlu bebas biarlah kau terikat kau lebih selamat begitu wahai layang layang jika tali pengikat kau putus kau akan menjadi seperti Layang layang putus talinya terumbang ambing di angkasa. nukilan bilapahatberbunyi-abghani 30/jan/2012 Dijemput datang ke pesta layang layang sedunia di pasir gudang pada 15-19 feb 2012.

Jumaat, 27 Januari 2012

Nyamuk gergasi gemparkan penduduk
Nyamuk gergasi yang berjaya ditangkap penduduk Kampung Sumarran di Sulawesi Barat. - -------------------------------------------------------------------------------- POLEWALI - Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter. Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai. Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk. Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya. "Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com. Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk. Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan.

Rabu, 25 Januari 2012

Sedapnya Masakan IBU

Jalan jalan cari makan.Banyak tempat telah kita pergi untuk mencuba makanan di tempat kita singgahi. Dari warung,restoran dan hotel hotel . Semua makanannya telah kita cuba.Di akui memang sedap kesemuanya tapi semua makanan itu tidak mempunyai roh...jiwa atau dalam bahasa lainnya kita tidak merindui masakan tersebut. Tidak sama dengan masakan ibu.Walau dimana kita berada kita akan merindui masakan ibu kita. Air tangan masakan ibu telah meresapi setiap sudut di badan kita.Samaada ibu kita masih hidup atau tiada lagi kita tetap akan merindui masakan ibu.Itu lah kehebatan masakan ibu yang mempunyai roh...jiwa didalam masakannya dan juga keikhlasan ibu memasak untuk anak anaknya. Salah satu sebab kenapa kita balik kekampung selain menziarah ibu adalah kerana kita merindui masakan ibu.Biasanya ibu akan seupayanya masak untuk anak anak. Aku akan terus merindui masakan ibu selagi hayat di kandung badan. Aku risau dimasa kini atau dimasa akan datang bila suami isteri bekerja mereka tidak punyai masa memasak untuk anak anak mereka.Semua di masak olih orang gaji dan jika makan di luar di masak olih tukang masak warga asing atau makan di mc dee ,kfc yang tukang masaknya muda mudi.Sudah pastinya air tangan mereka ini akan meresap di urat saraf anak anak kita.Dan sudah pastinya mereka akan terus makan di luar bila dewasa nanti........

Selasa, 24 Januari 2012

Kisah Kemaluan Suami di Potong Isteri

INGAT wanita bernama Lorena Bobbitt? Wanita tersebut menjadi terkenal pada 1993 kerana memotong kemaluan suaminya, John Wayne Bobbitt. Sejak itu, ada beberapa kes serupa didedahkan termasuk yang terbaharu melibatkan Catherine Kieu di Santa Ana, California pada pertengahan tahun lalu. Pada awal tahun ini, wanita berusia 48 tahun dari Garden Grove itu dihadapkan semula ke mahkamah atas dua tuduhan menyeksa dan bertindak ganas terhadap suaminya dengan memotong kemaluannya selepas diikat di atas katil. Ketika dihadapkan di hadapan Hakim Craig Robison di Orange County, kedua-dua tuduhan tersebut dibacakan semula kepadanya. Prosiding pendakwaan tersebut diadakan bertujuan mengetepikan keperluan untuk pra-perbicaraan bagi menguji bahan bukti, selain mempercepatkan perjalanan kes tersebut. Namun nasib Kieu tidak banyak berubah. Dia kekal ditahan di penjara sejak ditangkap pada Julai tahun lalu kerana gagal membayar ikat jamin AS$1 juta (RM3.15 juta) sementara menunggu prosiding seterusnya pada 2 Februari ini. Jika sabit bersalah, wanita itu berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan diberi parol. Dalam kes tersebut, suaminya yang berusia 60 tahun memberitahu penyiasat, pada malam 11 Julai 2011, dia berasa tidak selesa selepas menikmati makan malam yang disediakan oleh Kieu. Dia kemudian terus masuk tidur. Sewaktu lelaki itu tidur, wanita terbabit telah mengikat kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa di setiap penjuru katil dengan tali nilon. Apabila suaminya tersedar daripada tidur, wanita berkenaan terus memotong kemaluan lelaki itu dengan sebilah pisau. Wanita itu kemudian pergi ke dapur dan membuang alat kemaluan berkenaan ke dalam saluran pelupusan sampah. Kieu yang berketurunan Vietnam kemudian membuat panggilan kecemasan 911. Mengikut dokumen mahkamah, Kieu yang bekerja sebagai broker hartanah memberitahu anggota polis yang menemui lelaki itu terikat di katil dan berdarah di bahagian pangkal paha bahawa ‘‘Dia patut menerimanya (hukuman itu).” Dilaporkan terdapat juga darah yang terpercik di kaki dan baju yang dipakai oleh wanita itu ketika pihak berkuasa datang ke rumahnya. Pihak polis mendakwa, wanita itu menggunakan dadah atau bahan terlarang untuk diletakkan di dalam makanan lelaki itu bagi membuatkan mangsa mengantuk. Selepas insiden itu, lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan UCI di Orange untuk pembedahan kecemasan. Kakitangan perubatan turut mengambil kemaluan mangsa di tempat pelupusan sampah tetapi pakar bedah gagal menyambung semula anggota badan berkenaan. Pejabat Peguam Daerah pada asalnya tidak mendedahkan nama lelaki itu atau hubungan sebenarnya dengan Kieu. Bagaimanapun Pendaftar melaporkan bahawa pasangan itu telah berkahwin hampir satu setengah tahun. Namun lelaki itu memfailkan penceraian enam bulan sebelum serangan tersebut. Sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bersengketa mengenai kunjungan rakan lelaki mangsa ke kediaman mereka. Mangsa sebaliknya memberitahu pihak polis bahawa dia percaya Kieu kecewa apabila dia memfailkan permohonan cerai tersebut. Kejadian itu membangkitkan semula kes hampir serupa yang berlaku ke atas Bobbitt pada 1993. Dalam kes itu, kemaluan Bobbitt telah dipotong oleh isterinya, Lorena kerana mendakwa dia didera secara seksual selama bertahun-tahun oleh suaminya. Lorena kemudian membuang organ kemaluan itu semasa memandu. Ia bagaimanapun berjaya ditemui dan disambung kembali. Ekoran kejadian itu, Bobbitt muncul dengan sebuah kumpulan muzik sebelum akhirnya beralih karier sebagai pelakon filem lucah. Lorena dibebaskan atas tuduhan tidak waras.

Ahad, 22 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

TO ALL CHINESE IN THE WORLD-HAPPY CHINESE NEW YEAR.

GONG XHI FATT CHAI TO MALAYSIA CHINESE-DRIVE CAREFULLY

DONT FORGET INVITE YOR FRIEND MALAY,INDIAN AND OTHER RACE TO YOUR HOME FOR CELEBRATE CHINESE NEW YEAR AND MAKE SURE THE FOOD IS HALAL...HAHAHHA.

TO ALL ROAD USER FOR BALIK KAMPUNG DRIVE CAREFULLY.
MAKE THE HOLIDAY HAPPY.

C U AGAIN

Sabtu, 21 Januari 2012

Jom Naik helikopter

Sewa helikopter RM6,500 sejam
PESAWAT Helistar model EC 120B (Colibri).
RUANG kaki yang selesa dan tempat duduk berkusyen memberi kepuasan kepada penumpang
.
HELIKOPTER telah mengalami pelbagai evolusi sejak diilhamkan oleh saintis Itali, Leonardo da Vinci pada tahun 1490 walaupun dia sendiri gagal menghasilkan pesawat itu.
Hanya pada tahun 1923, jurutera awam Sepanyol, Juan de la Cierva berjaya mereka dan menerbangkan sebuah pesawat berotor.
Hasil keajaiban minda Juan itu kekal menjadi asas kepada rekaan helikopter moden.
Sebelum ini, helikopter banyak digunakan untuk tujuan perniagaan seperti pembalakan, membina pencawang elektrik di kawasan hutan mahupun mengangkut kakitangan pelantar minyak di tengah laut.
Sesetengah jutawan dan orang kenamaan pula memiliki pengangkutan itu bagi memudahkan mereka bergerak ke destinasi tertentu.
Bagaimanapun, orang awam kini semakin ramai yang menyewa helikopter untuk tujuan peribadi. Malah, ia telah menjadi trend khususnya bagi pasangan pengantin baharu.
Sebagai contoh, pasangan selebriti, penyanyi Mawi dan Ekin, diterbangkan khas menggunakan helikopter sewa dari Hotel Sofitel, Senai, ke Felda Taib Andak di Kulai, Johor pada Disember 2008 sempena majlis resepsi mereka.
.
"Sesiapa sahaja kini boleh terbang dengan helikopter sama ada untuk tujuan rekreasi, pengembaraan atau pelancongan. Sebuah helikopter seperti itu berharga lebih RM8 juta.
Ia dihadkan membawa penumpang maksimum seramai 20 orang sahaja dalam sehari atas faktor keselamatan.

"Menyaksikan pemandangan berdua dari udara atau sebagai gimik sebelum menghadiri acara perkahwinan tentunya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Menaiki helikopter merupakan trend pengantin baharu sekarang. Pakej berkenaan ditawarkan pada harga RM6,500 sejam.
Menyentuh mengenai kadar bayaran perkhidmatan lain, penumpang dewasa dikenakan RM330 manakala kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah RM300.
Bagaimanapun, kadar itu hanya membolehkan mereka berlegar-legar selama 15 minit.
"Untuk penumpang lima sekeluarga, mereka boleh mengikuti penerbangan pergi balik dari Subang ke Pelabuhan Klang yang mengambil masa selama sejam dengan bayaran RM6,400.

Bagi perjalanan jarak jauh khususnya ke luar Lembah Klang, bayaran yang dikenakan adalah mengikut masa perjalanan.
Misalnya, perjalanan dari Subang ke Kuantan, Pahang yang mengambil masa selama hampir dua jam melibatkan bayaran sebanyak RM12,000 untuk sekeluarga.
Larangan
"Dengan kemudahan tempat duduk berkusyen tebal dan berhawa dingin, penumpang boleh menghayati keindahan pemandangan dengan selesa sebelum tiba ke destinasi mereka.
.
.
Mengulas kemampuan sesebuah helikopter untuk terbang, kebiasaannya dengan minyak petrol sebanyak 540 liter ia mampu bertahan untuk perjalanan sejauh 704 kilometer.
""Helikopter juga boleh mendarat di lokasi yang dua kali ganda lebih besar daripada panjang rotornya," katanya kepada Jurnal.
Menyentuh mengenai alat ganti dan penyelenggaraan ketiga-tiga helikopter terbabit beliau berkata, Eurocopter Malaysia ada menyediakan alat ganti helikopter di samping kemudahan penyelenggaraan.
kerja penyelenggaraan dilakukan setiap 25 jam.
"Jika telah sampai ke tahap di antara 1,200 jam hingga 3,000 jam pula, penyelenggaraan menyeluruh pada komponen utama seperti kotak gear akan dilakukan.
"Untuk menghayati pemandangan hebat, sesebuah helikopter cuma perlu berlegar pada ketinggian di antara 300 meter hingga 1,000 meter," ujar beliau sambil menambah, waktu operasi yang dibenarkan adalah dari pukul 7 pagi hingga 7 petang kerana waktu malam tidak sesuai untuk penerbangan helikopter satu enjin.

Antara peraturan semasa menaiki hekopter ialah memakai tali pinggang dan fon kepala, dilarang bercakap ketika juruterbang berhubung dengan menara kawalan dan tidak boleh turun dari pesawat ketika kipas dan enjin masih hidup.
Helikopter komersial dilarang sama sekali daripada terbang di ruang udara Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Pusat Pentadbiran Putrajaya kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Jumaat, 20 Januari 2012

ROSLIN HASHIM DAH 3 KALI KAHWIN

Roslin Hashim mengaku berkahwin kali ketiga, enggan dedah isteri



--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yang pernah dikaitkan atas dakwaan khalwat dengan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, mengaku berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Roslin enggan memberitahu siapa wanita yang menjadi isterinya itu walaupun berulang kali diasak dengan soalan tersebut oleh wartawan yang menemu ramah beliau di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapakah Roslin, 36, bertindak merahsiakan identiti isterinya, beliau hanya menjawab:

"Minta maaf, saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut mengenai wanita itu bagi menghormati beliau dan keluarganya."

Pemain badminton itu berkata demikian selepas perbicaraan secara tertutup tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan beliau terhadap bekas isterinya, Faizah Mohamed, 35.

Selain Faizah yang dinikahi pada 30 Januari 2007, Roslin pernah berkahwin buat kali kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 41, 9 Julai 2010.

Perceraian Roslin dan Faizah pernah mengejutkan banyak pihak bukan sahaja kerana ia berlaku dalam masa 12 hari selepas pernikahan tetapi lelaki itu ketika prosiding pengesahan perceraiannya bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh tersebut.

Hubungan suami isteri antara Roslin dan Nurhayati juga bertahan dalam tempoh tidak sampai sebulan sebelum mereka disahkan bercerai dengan lafaz talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, dua tahun lalu.

Nurhayati dalam keterangannya ketika prosiding untuk mengesahkan lafaz cerai itu, mendakwa Roslin mengucapkan, 'I cerai u lah' terhadapnya di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini pada pukul 8.32 malam, 7 Ogos 2010.

Pegawai Finas itu turut mendakwa dia bersama-sama ibu dan dua adik lelakinya telah pergi ke hotel berkenaan selepas mengetahui bahawa Roslin dan Raja Azmi berada di bilik hotel tersebut.

Pada Ogos tahun lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebaliknya mendapati Roslin dan Raja Azmi bebas daripada dakwaan khalwat setelah mereka didapati tidak bersama dalam satu bilik dalam satu serbuan dibuat oleh Nurhayati selaku pengadu dalam kes berkenaan.

Sementara itu, peguam syarie Ruslizam Rahim yang mewakili Roslin selaku plaintif memberitahu pemberita, perbicaraan tuntutan ganti rugi perkahwinan tersebut akan disambung semula di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan pada 22 Mac ini.

Menurut Ruslizam, pada prosiding akan datang, pihaknya akan memanggil tiga saksi termasuk Raja Azmi.

Pada 12 Ogos 2009, Roslin memfailkan tuntutan ganti rugi perkahwinan terhadap defendan, Faizah yang merangkumi perbelanjaan ketika merisik dan berkahwin dengan wanita pertama dinikahinya itu.

Roslin antara lain menuntut semua perbelanjaan semasa merisik, bertunang dan berkahwin termasuk cincin risik bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).

Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran juru nikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Turut dituntut adalah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Faizah turut hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Amir Nazli Hussin.
akhirnya peguam negara failkan tuntutan di mahkamah rayuan. satu keadilan untuk saiful bukhari. Terima kasih kepada peguam negara.

Khamis, 19 Januari 2012

MERTABATKAN BAHASA MELAYU

Susah ke berbahasa Melayu 100% di malaysia ini?Bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia atau bahasa rasmi untuk kegunaan semua kaum berkemunikasi antara satu sama lain.
Di kawasan kampung rasanya tiada masalah untuk berbahasa Melayu cuma masyarakat kampung biasanya menggunakan loghat daerah bukan bahasa Melayu standard atau bahasa yang di ajar di sekolah.
Di kawasan bandar pula bahasa yang di gunakan terutama golongan muda adalah bahasa selenga atau bahasa rojak iaitu melayu-inggeris-cina dan india.Kalau tidak di perbetulkan suatu hari nanti bahasa melayu akan hilang identiti atau pupus yang tinggal hanya bahasa rojak bahasa sms.Adakah ini dinamakan revolusi bahasa mengikut peredaran zaman dan generasi?
Kita biasa mendengar orang melayu bila bercakap dengan orang cina atau india mereka secara automatik akan bertukar gaya,autonansi menjadi bahasa pelat cina atau india.
Contoh: Lu mana mahu pergi, sepatutnya kamu mahu pergi kemana.Bahkan kalau bercakap dengan orang indon pun kita akan bercakap dengan lenggok indon.Dalam perkara ini siapa yang harus dipersalahkan.?
Mempelajari Bahasa Inggeris atau bahasa lain memang penting tapi jangan abaikan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.Jangan Malu bila kita bertutur bahasa Melayu dimana jua.

Rabu, 18 Januari 2012

BERHATI HATI DI JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN


4maut nahas tiga kenderaan

Kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta mengakibatkan empat maut di Jalan Sultan Mizan berdekatan Taman Semarak Kuala Terengganu, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU 18 Jan. - Empat maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Sultan Mizan berdekatan Taman Semarak di sini petang ini.

Tiga daripada mangsa tersepit dalam kenderaan yang remuk menyebabkan pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mereka.

Seorang lagi mangsa dikatakan tercampak keluar dalam nahas yang berlaku pukul 6.15 petang itu.

Empat yang maut itu ialah Nor Azmi Mat Jusoh, 21; Mohd. Zaini Abdul Razak, 43; Mohamad Faris Shaimi, 26 dan Mohd. Rizal Ibrahim, 30.

Nahas dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda yang dinaiki Mohamad Faris dan Mohd. Rizal terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta Kancil dinaiki Nor Azmi dan Mohd. Zaini.

Berikutan itu, tiga daripada mereka tersepit, manakala Mohd. Rizal pula tercampak lebih lima meter ke dalam semak di tepi jalan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan ketiga iaitu Noraini Mohamad, 32, tidak mengalami kecederaan sebaliknya kereta jenis Proton Persona dipandunya hanya remuk di bahagian hadapan.

Noraini ketika ditemui berkata, dia sedang memandu di belakang kereta Kancil sebelum ternampak sebuah kereta Honda yang dipandu laju dari arah bertentangan.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang dari bandar Kuala Terengganu ke rumah di Wakaf Tengah. Tiba-tiba saya nampak kereta Honda itu terbabas lalu 'terbang' dan merempuh kereta di depan dan kereta saya.

"Saya tergamam dan tak sempat buat apa-apa," katanya yang tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Abdullah Zawawi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.26 petang dan tiba tujuh minit kemudian dengan sebuah jentera yang disertai enam anggota.

Berdasarkan keterangan polis, Nor Azmi berasal dari Felda Mengkawang, Ajil, Hulu Terengganu manakala rakannya, Mohd. Zaini pula berasal dari Ayer Keroh, Melaka.

Mohd. Rizal pula difahamkan berasal dari Baling, Kedah manakala rakannya Mohd. Faris berasal dari Perak dan kedua-duanya dipercayai tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak di sini.

Selasa, 17 Januari 2012

masa mula mula dapat kerja.

Hati gumbira bila dapat kerja.Masa tu masih tunggu keputusan spm.
Kerja di station minyak petronas sebagai juru pam.

Mula mula kerja rasa kekok jugak.Gaji tk besar tapi pada masa tu cukuplah untuk aku sorang.Lagi pun untuk habiskan masa sementara tunggu keputusan spm.

Kerja tak susah..kereta sampai aku tanya nak isi berapa.Ada yang guna bahasa isyrat .kalau 2 jari itu $20.00 .kalau motor 2 jari itu $2.00.
Kalau balik duit pelanggan kena hati hati takut tersalah balik duit baki.Nanti kena ganti kalau tak balance masa tutup pam.

Ramai penduduk sekitar yang aku kenal dan dia orang pun kenal aku.Dapat gaji pertama aku bagi mak sikit.Baki aku guna untuk makan minum dan beli baju.

Sekarang station pam minyak kalau kau orang nak isi minyak kena layan diri ..bayar kat kaunter dan isi sendiri.Ini semua mungkin tiada minat warga kita bekerja di pam minyak.
Ini lah pekerjaan pertama aku...tak akan aku lupakan.

Isnin, 16 Januari 2012

Golongan Gay dan Lesbian

Era 80an iaitu zaman persekolahan aku memang aku tak tahu pun apa itu gay atau lesbian.Di sekolah tiada matapelajaran gay dan lesbian.Sebab itulah aku tak tahu makna perkataan tersebut.Tak terfikir pun perhubungan sesama jantina.
Cuma bila usia aku sekitar 18 thn aku mula fahami sedikit perhubungan iaitu percintaan sesama jantina.Itupun..yang aku tahu lelaki lembut@pondan yang suka pada lelaki normal.
Yang aku pelik..lelaki normal ni boleh layan lelaki lembut ni hinggakan mereka jatuh cinta sesama mereka.Perhubungan terlarang.
Tetapi lelaki gay ini yang aku tahu ia lelaki perkasa tapi mempunyai naluri seks kearah pasangannya juga lelaki.Ada juga yang Dwiseks iaitu berkahwin dengan perempuan dan dimasa yang sama menjalinkan perhubungan dengan lelaki.Bagaimana ini terjadi..aku tiada jawapan yang tepat.Dikatakan golongan ini semakin ramai di negara kita malaysia dan telah ada satu gerakan pertubuhan yang menyokong perjuangan mereka untuk mengiktiraf hubungan sesama jantina.
Bagi lesbian pula yang aku tahu perhubungan perempuan sesama perempuan.Di Malaysia yang biasa kita nampak Tomboy bercinta dengan gadis gadis.Macam mana gadis gadis ini boleh terpikat..aku pun tak tahu.
Kalau di barat sudah di iktiraf perkahwinan sesama jenis ini.DiMalaysia selagi Majoriti rakyat menolak Gay dan Lesbian selagi itulah golongan itu tidak mendapat tempat di negara ini.Tapi yang pasti mereka akan terus berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan.Mereka akan terus berjuang melalui proksi proksi mereka seperti parti politik dan Ngo.

Jumaat, 13 Januari 2012

asal usul solekkan wanita



Alat solekan memang sinonim dengan wanita yang pentingkan kecantikan.

Kalau mahu ke pasar ikan pun wanita akan bersolek.Tempat yang biasa di solek

adalah di kawasan muka iaitu pipi,mata ,kening dan bibir.

Tahukah kita sejarah kewujudan alat solek ini?Siapa wanita pertama yang menggunakan alat solek.?

Menurut cerita orang yang tidak dikenali...bermulanya wanita bersolek berlaku pada sebelum tahun masihi lagi iaitu zaman arab jahilliah.Tarikh tepat tak tahu.


Kisah berlaku di kawasan timur tengah dimana orang arab pada zaman jahiliah pantang nampak perempuan.Asal nampak jer habis wanita tu di kerjakan.Situasinya pada masa itu wanita atau siapa yang punya anak perempuan sentiasa berada dalam dalam ketakutan.Takut dikerjakan.

Jadi ada ibubapa yang akalnya panjang mengambil inisiatif iaitu arang di contengnya di kening dan di bulu mata.Warna merah diletakkan di bibir dan di pipi dengan harapan muka anak menjadi buruk dan hodoh dan akan membuatkan lelaki tidak berselera.

Tapi contengan itu telah membuatkan anak perempuan mereka menjadi lebih cantik dan makin bernafsulah lelaki yang sememangnya pantang nampak wanita.

Bermula dari kisah ini maka wujudlah alat solek untuk wanita.Ia kekal hingga ke hari ini.

Samaada logik atau tidak cerita ini terpulanglah kepada pembaca untuk menilaikannya.



Khamis, 12 Januari 2012

Barangan Titanic Di Lelong



Gambar-Antara barangan yang ditemui dalam bangkai kapal Titanic di dasar laut iaitu jam, teropong dan rantai emas yang akan dilelong di New York, April ini. – AFP
NEW YORK – Sebanyak 5,000 barangan berharga yang ditemui dari kapal penumpang kelas pertama Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik sejak seabad lalu, akan dilelong di New York pada April ini.
Koleksi barangan itu akan dilelong dalam satu lot oleh firma lelong Guernsey pada 11 April ini, sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic melakukan pelayaran pertama sebelum tenggelam di Newfoundland setelah terlanggar bongkah ais besar.
Presiden firma Guernsey, Arlen Ettinger menyifatkan acara lelong itu sebagai ‘detik bersejarah’ dan ‘ia merupakan satu-satunya jualan barangan bernilai dari bangkai kapal Titanic yang berada empat kilometer di dasar laut’.
Firma lelongan menganggarkan jualan kesemua barangan itu mencecah sehingga AS$189 juta (RM594 juta).
Barangan tersebut yang ditayangkan kepada umum semalam, merupakan kenangan pahit yang menyaksikan kira-kira 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu tenggelam selepas belayar dari Southampton, England.
Ettinger berkata, kesemua barangan itu perlu dijual dalam satu lot untuk ‘mengabadikan memori kapal yang hebat itu’ dan ‘berharap generasi akan datang berpeluang melihatnya.’
Katanya, jualan itu ‘tertakluk kepada perjanjian dan syarat tertentu untuk memastikan barangan tersebut sentiasa dijaga dengan baik menjadi tontonan orang ramai’.
Antara barangan tersebut, termasuk set mencukur, permainan kanak-kanak, paip tembakau, dan butang tembaga yang dipakai oleh Kapten Edward Smith dan pegawai-pegawainya.
Terdapat juga barangan mewah yang akan dilelong seperti botol kristal dari kabin kelas pertama, lilin dari Restoran A la Carte, pinggan perak serta porselin biru dan emas.
Sisa-sisa bahagian kapal itu turut dilelong seperti kompas yang digunakan oleh pegawai pemerhati, lampu, wisel perak dan loceng.

Rabu, 11 Januari 2012

Berjalan kaki ke Mekah



Gambar-JEKSON Gomes memulakan perjalanan dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang, Sumatera Barat.


PADANG – Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.
Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.
Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.
Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.
“Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” kata.

bilapahatberbunyi:-semoga selamat sampai

Selasa, 10 Januari 2012

Pelik tapi benar



Cicak gerakkan ekor supaya lancar mendarat
Gambar-SEEKOR cicak agama menggunakan ekornya untuk menstabilkan kedudukannya semasa ia melompat ke permukaan menegak.


PARIS, Perancis - Cicak mengubah posisi ekor ketika ia berada di udara supaya haiwan itu dapat mendarat dengan lancar manakala aksi serupa turut dilakukan beberapa spesies dinosaur seperti velociraptor.
Pendedahan tersebut dibuat oleh sepasukan penyelidik Universiti California yang mengkaji pergerakan cicak agama di dalam makmal.
Saintis-saintis berkenaan merakam reptilia Afrika itu semasa ia melompat dari platform landai dan mendarat di sebuah dinding.
Rakaman gerak perlahan menunjukkan cicak agama membengkokkan ekor semasa berada di udara bagi memastikan ia dapat mendarat dengan sempurna. - AFP

Isnin, 9 Januari 2012

Belanja kawen sekarang mahal

Alangkah mudahnya kalau majlis pernikahan hari ini pasangan boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat.
Tentunya ramai yang berkata "tidak mungkin" kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran.
Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000.
Kumpul duit
Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.
bilapahatberbunyi:-nasib baik aku dah kawin dulu lagi

Ahad, 8 Januari 2012

Bebaskah aku?



Dia bebaslah.Hakim kata kamu bebas dari tuduhan liwat.



Ada orang suka keputusan ini dan ada orang tak suka keputusan hakim dalam kes ini.



Bagi pengadu iaitu Saiful mungkin rasa tak adil baginya dan bagi orang kena dakwa rasa lega.



Apa apa pun keputusan Hakim muktamad dan pengadu atau pendawaraya boleh merayu.



Kita tunggu...perjalanan kes ini di Mahkamah rayuan....yang pastinya masih belum selesai lagi kes ini.

Teknologi lama syarikat kodak tutup

Kodak bakal bankrap
ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS) 5 Jan. – Eastman Kodak Co. dilaporkan bersiap sedia untuk memfailkan perisytiharan bankrap ‘dalam masa beberapa minggu akan datang’ sekiranya syarikat perintis fotografi itu gagal menjual sejumlah 1,100 paten pengimejan digital.
Laporan Wall Street Journal (WSJ) itu menyebabkan harga saham Kodak jatuh ke paras terendah dalam sejarah semalam berikutan penjualan besar-besaran oleh para pelabur yang mengesyaki ikon dunia perniagaan Amerika tersebut tidak lagi mempunyai masa depan.
bilapahatberbunyi:-orang sekarang dah tak guna film kodak untuk tangkap gambar

Sabtu, 7 Januari 2012

Macam macam

Bedah buang tumor 90 kg di kaki
HANOI - Seorang lelaki dilaporkan akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pertumbuhan tumor seberat 90 kilogram pada kaki kanannya di sebuah hospital di Vietnam, hari ini.
Hospital France-Vietnam (FV) di Ho Chi Minh dalam satu kenyataan memaklumkan Nguyen Duy Hai akan dibedah oleh sekumpulan doktor dalam satu prosedur berisiko, selama 10 jam yang hanya mempunyai peluang 50 peratus berjaya.
Duy Hai, 31, yang mengalami gangguan genetik, telah hidup dengan ketumbuhan tumor itu sejak dia berumur empat tahun, jelas kenyataan itu.
Katanya, sebahagian kaki Duy Hai dipotong ketika dia berusia 17 tahun namun tumor itu yang tidak dijangkiti kanser, terus tumbuh dan menyukarkan Duy Hai untuk berjalan dan tidur.
Menurut media tempatan yang mengikuti keadaan Duy Hai selama bertahun-tahun, ketumbuhan itu adalah yang terbesar pernah dilaporkan di Vietnam.
"Ini adalah satu prosedur yang besar melibatkan banyak risiko termasuk kematian semasa pembedahan atau semasa rawatan selepas pembedahan," jelas hospital itu.
Pembedahan itu diketuai oleh seorang doktor dari Amerika, McKay McKinnon yang berjaya mengeluarkan tumor seberat 80 kilogram dari seorang wanita Romania pada tahun 2004.
Tambahnya, McKinnon mengetepikan yuran pembedahan serta kos lain yang dianggarkan sebanyak AS$12,000 (RM37,656) dan kos rawatan Duy Hai akan dibiayai melalui derma.
bilapahatberbunyi:- mak aii!! berat tu 90kg

Jumaat, 6 Januari 2012

Ikan tongkol pun mahal




Tuna gergasi dilelong RM2.2 juta
Gambar=Kiyoshi Kimura (kiri) memotong ikan tuna biru gergasi yang dibelinya pada harga lebih 56 juta yen di Tokyo, semalam.
TOKYO - Seorang pemilik restoran sanggup membayar lebih 50 juta yen bagi membeli seekor tuna biru gergasi di pasar ikan Tsujiki, Jepun, sekali gus menandingi harga jualan ikan sama sebelum ini.
Ikan seberat 269 kilogram yang ditangkap di perairan wilayah Aomori, utara Jepun itu dijual pada harga 56.49 juta yen (RM2.2 juta) dalam satu acara lelongan pertama tahun ini.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding lelongan ikan jenis sama tahun lalu yang dijual pada harga 32.49 juta yen (RM1.3 juta) di Tsujiki, sebuah pasar besar yang turut menjadi lokasi tarikan pelancong.
Pembida yang membeli ikan tersebut ialah presiden syarikat yang memiliki rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.
Media tempatan melaporkan, restoran itu akan menjual sushi yang dihiasi satu hirisan tuna hanya dengan harga 418 yen (RM17).
Ia adalah jauh lebih rendah berbanding harga sepatutnya iaitu 5,000 yen (RM204) bagi setiap sushi, mengambil kira nilai ikan itu pada 210,000 yen (RM8,857) bagi setiap kilogram.
"Saya mahu membeli tuna terbaik supaya pelanggan Jepun boleh menikmatinya dan bukan pelanggan luar negara," katanya merujuk kepada pemilik restoran sushi dari Hong Kong yang membeli ikan jenis sama tahun lalu.
Aktiviti menangkap ikan tidak terkawal selama berdekad-dekad menyebabkan bekalan tuna dunia semakin merosot, satu keadaan yang memaksa negara-negara Barat mengharamkan penangkapan spesies tuna biru yang terancam di Atlantik.
Tiga suku daripada tangkapan ikan tuna biru di seluruh dunia dimakan penduduk Jepun. Ia merupakan bahan paling mahal dalam pembuatan sushi yang dikenali sebagai 'kuro maguro' (tuna hitam) dan digelar 'berlian hitam' kerana sukar diperolehi. -

bilapahatberbunyi:-kalau ikan tuna org makan kalau sebut tongkol org tak makan

Khamis, 5 Januari 2012

Macam macam

Putus hubungan dengan anak

IPOH 5 Jan. - Seorang bapa nekad memutuskan hubungan dengan anak lelakinya selepas tertekan dan hidup dalam ketakutan akibat diganggu ah long sejak empat bulan lalu.
Mangsa, Go Heong Kwee, 43, mendakwa, hampir setiap hari dia berdepan dengan pelbagai gangguan daripada ah long terlibat termasuk yang datang ke rumah dan kilangnya di Bercham di sini untuk meminta wang.
Lebih malang, anak keduanya, Goh Kim Sing, 23, yang berhutang dengan ah long tersebut kini melarikan diri bersama isterinya sejak sebulan lalu.
''Saya telah mengesyaki anak 'buat hal' apabila mendapati duit perniagaan hasil kilang arang kami susut dan kerugian sejak setahun lalu. Ternyata telahan saya benar apabila saya mula diganggu ah long empat bulan lalu.
''Saya telah menjual rumah, kereta dan meminjam daripada kawan untuk melunaskan hampir RM800,000 hutang anak kepada ah long. Bagaimanapun, saya amat terkejut kerana bukan seorang ah long dia berhutang tetapi juga dengan 27 ah long yang lain,'' katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin di sini hari ini.
Menurut Heong Kwee, dia tidak tahan lagi dengan gangguan yang dibuat ah long berkenaan manakala anaknya pula gagal dihubungi sehingga ke hari ini.
''Cukuplah! Selama empat bulan saya dan isteri hidup sengsara. Saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan anak saya. Hubungan kami putus.
''Kepada ah long yang mahu menuntut hutang, pergilah cari dia, jangan ganggu saya dan isteri. Kalau dapat tangkap Kim Sing, buatlah apa saja kamu mahu," katanya yang turut membuat laporan polis supaya tidak terus diganggu ah long terlibat.
Katanya, kereta Mercedes-Benz anaknya juga dipercayai telah dirampas oleh salah seorang ah long berkenaan.
''Saya tidak tahu berapa jumlah hutangnya dengan ah long. Apa yang saya harap, mereka tidak lagi mengganggu hidup saya," katanya.
Sementara itu, Kon Yin berkata, pihaknya amat berharap polis akan mengambil tindakan tegas terhadap ah long yang terus mengganggu mangsa.
bilapahatberbunyi:-jgn pinjam wang dgn along

Info pengguna

Suami isteri batal pembelian perabot, wang dipulangkan
APABILA berkunjung ke pameran perabot yang mengetengahkan koleksi perabot terkini, sudah tentu ramai pengguna akan 'rambang mata' melihat pelbagai pilihan yang dipamerkan di situ.
Kadangkala seseorang pengguna sudah berkenan lalu memesan perabot di sebuah syarikat perabot, tetapi menukar fikiran selepas mendapati sebuah syarikat perabot di pameran yang sama memberikan tawaran yang jauh lebih menarik.
Sebagai pengguna, adakah anda berhak membatalkan resit yang baru dibuka oleh pemilik syarikat terdahulu kerana berkenan dengan tawaran syarikat perabot yang lain?
Jawapannya, boleh jika tiada sebarang kontrak yang mengikat pembelian itu dan sekiranya perabot tersebut masih belum ditempah oleh pihak peniaga.
Itulah pengalaman yang dialami oleh pasangan suami isteri, M. Viruthasalam Pillai, 51, dan P. Chandra Kumari, 48, pada April lalu apabila mereka membatalkan pesanan sofa berharga RM2,200 selepas 30 minit pesanan dibuat di sebuah syarikat perabot yang menyertai pameran perabot di ibu negara.
Akibat keengganan syarikat perabot E. T. Furniture Sdn. Bhd. memulangkan wang yang dibayar menggunakan kad kredit milik Viruthasalam, mereka memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Tingkat 16, Putra Place, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Ketika kes itu didengar di hadapan Presiden TTPM, Quaik Chong Yu, beliau mendapati pesanan tersebut tidak disertai sebarang kontrak, selain spesifikasi perabot tidak lengkap.
Oleh itu, Chong Yu menolak hujahan wakil syarikat perabot tersebut yang mendakwa pihaknya mengalami kerugian kerana beliau mendapati tiada sebarang tempahan telah dibuat oleh peniaga berkenaan.
Selepas perbincangan secara baik dilakukan oleh kedua-dua pihak, wakil syarikat perabot, Raja Noor Farhana Raja Moktar menyatakan, pihaknya bersetuju memulangkan RM2,200 yang telah dikeluarkan oleh pasangan suami isteri itu.

Rabu, 4 Januari 2012

Diari Mahkamah 2011-Kes VIP



VIP mewarnai kamar mahkamah
BEKAS Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.
SEPANJANG tahun ini, beberapa kes mahkamah berjaya menarik perhatian ramai seperti perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, kes liwat membabitkan k Seri Anwar Ibrahim serta kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Seorang lagi bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pula merupakan antara pemimpin-pemimpin politik yang dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini.
Kontroversi berhubung kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya dirumuskan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai membunuh diri manakala Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa rayuan terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes klip video kontroversi yang melibatkan peguam terkenal Datuk V.K. Lingam tidak boleh disemak semula.
Perubahan turut berlaku pada badan perundangan negara ini apabila Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi bersara wajib dan digantikan dengan Tan Sri Arifin Zakaria sementara Tan Sri Md. Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff yang bersara awal.

bilapahatberbunyi:-berani buat berani tanggung

Selasa, 3 Januari 2012

Lelaki semakin Bertanggungjawab

Lebih ramai lelaki jadi penentu
KUALA LUMPUR Lebih ramai lelaki menjadi pembuat keputusan dalam kebanyakan aspek perancangan kewangan, demikian menurut laporan HSBC.
Laporan itu, yang bertajuk 'Masa Depan Persaraan: Kenapa Keluarga Penting', mendapati 68 peratus lelaki Asia dan 65 peratus lelaki di seluruh dunia berkata mereka membuat semua atau paling banyak keputusan kewangan dalam rumahtangga, berbanding dengan 58 peratus dan 53 peratus wanita, masing-masing di Asia dan peringkat global.
HSBC dalam kenyataannya di sini berkata, mengikut laporan itu, kecuali di Asia ialah China, di mana 63 peratus wanita mendakwa mereka membuat semua atau sebahagian besar daripada keputusan kewangan, berbanding dengan 58 peratus lelaki.
HSBC berkata, laporan itu, yang dijalankan oleh Cicero Consulting di lebih daripada 17,000 orang di 17 negara, dengan lebih 7,300 dari Asia, meninjau perubahan sikap ke arah perancangan persaraan dan kewangan.
Dari segi perancangan persaraan, kata laporan itu, hanya 29 peratus daripada wanita Asia secara purata berkemungkinan mengambil tanggungjawab secara bersendirian, berbanding 37 peratus lelaki; India (21 peratus wanita berbanding 43 peratus lelaki), Singapura (21 peratus berbanding 38 peratus), Malaysia (27 peratus berbanding 33 peratus) dan Hong Kong (28 peratus berbanding 38 peratus).
Pengurus Besar Kumpulan dan Pengarah Serantau Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Asia Pasifik, Louisa Cheang berkata, jantina yang dibahagikan dalam menabung bagi persaraan berterusan di Asia, menjadikan wanita berpotensi terdedah kepada kesusahan kewangan di kemudian hari.
"Kami menjangka jurang ini berkurangan setelah lebih ramai wanita di negara-negara baru muncul menerima pendidikan, menyertai tenaga kerja atau memulakan perniagaan dan membuat lebih banyak keputusan untuk diri dan keluarga mereka.
"Adalah penting keputusan perancangan kewangan yang memberi kesan kepada isi rumah, terutama dalam keperluan persaraan dan perlindungan, harus dikongsi dan dibincangkan antara pasangan untuk memastikan kedua-duanya lebih bersedia untuk persaraan dan matlamat hidup yang lain dan sebahagian besar daripada keperluan kewangan keluarga dipertimbangkan dan dijaga," katanya.
Menurut laporan itu, di seluruh Asia, 66 peratus daripada responden secara purata berkata mereka mempunyai rancangan kewangan, namun walaupun adanya rancangan ini, terdapat jurang yang ketara dalam perancangan kewangan sepanjang kehidupan dewasa.
Sebagai contoh, enam dalam 10 responden Hong Kong berusia 30hingga 39 tahun tidak mempunyai apa-apa simpanan jangka pendek dan hanya 19 peratus warga Taiwan berumur 40hingga 49 melindungi aset mereka, katanya.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa 48 peratus dan 47 peratus ibu bapa masing-masing di Malaysia dan Hong Kong, tidak mempunyai insurans hayat. - Bernama

Isnin, 2 Januari 2012

Anak anak jangan makan makanan ringan-Otak jadi lembab

Makanan ringan berbahaya
LONDON - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.
Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.
Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.
Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.
‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.
Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.
Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.
Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI