nuffnang ads

Rabu, 18 Mei 2011

Satu Perjalanan 09-09-1969--1977-zaman kanak kanak

Masa berlalu tanpa disedari umpama air di pergunungan mengalir menuju ke muara tanpa rasa jemu.Aku masih disini meneruskan satu perjalanan di dunia ini yang pasti ada penghujungnya.Sambil menghirup kopi panas,jemari jemari telah bersedia untuk mencoret perjalanan ini.Fikiran melayang mengenang kembali dimana perjalanan bermula. ...Bismillahhirahmanirrahim ..Tanggal 090969 adalah satu tarikh keramat dimana pada hari tersebut aku dapat melihat dunia yang lebih luas dari dunia yang sempit ketika didalam perut ibu.Di sebuah hospital yang terletak dikaki gunung Tampin Negeri Sembilan.Disinilah aku dapat menghirup udara segar buat kali pertama.Syukur kepada allah emak selamat melahirkan aku.Aku Diberi nama Ab Ghani Bin Yunus.
Aku dibesarkan disebuah kampung yang bernama kampung Taboh Naning yang terletak di daerah Alor Gajah Melaka.Walaupun tinggal di Negeri Melaka  tapi cara hidup dan percakapan masih mengamalkan adat perpatih Negeri Sembilan. Kalau ikut suku sebelah emak adalah suku tiga nenek.Aku anak yg ketujuh dari sembilan adik beradik.Emak bernama Noriah binti Mat dan abah bernama Yunus bin Ma'in.Nama adik beradik yang sulung Kamsiah,Saniah,Che Som,Laila,Nona,Adam Malek,Ab Ghani,Halim dan yg bongsu Sawina.Menurut kata mak semasa kecil aku bukanlah seorang yang cergas tapi selalu deman sehingga umur 5 tahun.Akibat sering deman aku ada nama baru yg diberi oleh bapa angkat iaitu Salani.Pada umur 6 tahun kebawah tak banyak perkara yang boleh ku ingati. Maklumlah tak cergas seperti apa yang diperkatakan.
Pada tahun 1976 bermula satu era baru dimana aku mula masuk kesekolah darjah satu.Nama sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.Di sekolah aku sangat gembira kerana dapat kawan kawan baru dan mula mengenal huruf dan mula pandai membaca.Untuk kesekolah aku perlu berjalan kaki lebih 5km pergi dan balik.Antara kawan kawan yang masih diingat berjalan bersama-sama ialah Juli,Jep,joi dan beberapa nama yg aku tak ingat lagi.Setahun kemudian iaitu tahun 1977 aku melangkah ke darjah dua.Aku masih ingat lagi pada tahun ini kali pertama aku rasa di tempeleng oleh cikgu  yang bernama cikgu Fatimah.Aku faham tujuan cikgu nak anak murid pandai tapi buat masa ini aku tak pernah jadi top 10 dalam kelas yang pasti top 15.Kira ok lah tu...1978 aku masuk darjah 3..bersambung di lain episod..tunggu....

2 ulasan:

  1. singgah sini baca dari awal..panjang perjalanan hidup..bagus memori abghani..sy x berapa nk ingat memori semenjak baby until tadika..

    BalasPadam
  2. SK-:Mmg dh catit dulu kt dairi n tukar ke blog

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik