nuffnang ads

Isnin, 16 April 2012

Artis dan football player tak sesuai bersama

Artis dengan dunianya tersendiri.Kalau ada undangan menyanyi sudah tentunya waktu malam.Jarang konsert berlaku pada waktu siang.Sebulan sebelum konsert sudah tentunya ada latihan.Balik rumah dah penat..masuk bilikm tidur.
Kalau artis yang berlakon pula... dari pagi sampai ke malam dan kalau shooting film tak siap di bawa sampai ke pagi.Berlakon pula bawa watak macam macam..ada yang pegang pegang tangan..peluk peluk.Mana mungkin suami atau isteri boleh sabar kalau lihat pasangan nya di pegang orang.Mula mula mungkin boleh sabar kalau dah lama lama....BOOOM!
Begitulah dunia artis cari makan dan di sebabkan dunia artis begitu maka banyaklah perkahwinan artis yang tak kekal.

Bagi pemain bola pula..hidup mereka siang malam dengan bola...makan bola..tidur bola..mandi bola.
Awal pagi sudah berlatih dan malam ada perlawanan di stadium.Jelajah satu negeri ke satu negeri.Bagi pemain bujang munkin tiada masalah keluarga.
Bagi yang sudah berkahwin..kalau isterunya tidak bekerja munkin kurang masalah tapi bagi yang punyai isteri berkerja masalah keluarga mungkin akan timbul dari segi penjagaan anak anak .
Tambahan pula tren sekarang football star player suka cari artis sebagai pasangan hidup atau sebaliknya.Dimana star player ini jumpa artis....night club atau disko???

Dunia pemain bola + dunia artis = rasanya tak boleh ngam..lah.
Artis kerja tak tentu masa..ikut job kontrak.Pemain bola pula..kalau musim perlawanan asyik main bola ajer..dari satu negeri ke satu negeri.
Mula mula pasangan boleh terima..lama lama jadi bosan dan....BOOOOM!!
Tambahan pula pemain bola kalau umur dah masuk 30an..faham faham ajer lah.
Kalau yang beringat dia selamat atau dia jadi juru latih...kalau yang tak beringat tu macam mana ya?Artis kalau umur 30an rasanya boleh berlakon lagi...itu pun kalau artis yang ada ramai peminat.Kalau tak ada peminat jawabnya..sejukkk.

Kalau artis atau pemain bola kalau boleh jangan cari pasangan anda dari kalangan artis atau pemain bola.Tapi kalau dah jodoh..teruskan lah..nak buat cam ner.
Contoh terbaik David Becham dan isterinya pun artis jugak(maaf aku tak ingat nama isterinya dari kumpulan spice girl)....sehingga sekarang kekal.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum abghani...benar tu tapi x semua artis n pemain bola yg mcm tu ada tu elok je jodoh mereka x ada masalah yg pentingnya peranan mereka dan faham situsi sesama pasangan...:)

    BalasPadam
  2. kalau Artis dan player barat boleh bersenang lenang hingga ke 7 generasi..tapi kalau artis dan player malaysia nak beli belacan pun mintak subsidi ngan kerajan

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik