nuffnang ads

Ahad, 13 November 2011

Info kereta-Honda Stream RSZ




Direka untuk gaya MPV sporty

BERGAYA...penuh dengan set aerokit.
MUSIM cuti persekolahan yang bakal tiba menjadi waktu terbaik meluangkan masa bersama keluarga.
Pelbagai aktiviti boleh dirancang termasuk berkelah di pantai atau berkunjung ke pusat peranginan yang menarik di tanah air.


RENDAH...lebih stabil di jalan raya.

MUDAH...pemandu mudah mencapai tombol gear yang terletak pada papan pemuka.

SPORTY...padanan rim 17 inci untuk pemanduan lebih mantap.
Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, masalah pengangkutan mungkin membantutkan aktiviti itu kerana ruang kenderaan menjadi sempit menyebabkan penumpang tidak selesa sepanjang perjalanan.Sebagai ketua keluarga, pemilihan kategori kenderaan pelbagai guna (MPV) menjadi satu pilihan tepat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Di negara ini, pelbagai jenama MPV boleh didapati termasuk buatan tempatan atau yang diimport dan ia bergantung pada bajet seseorang itu.
Mereka yang mahukan gaya dengan MPV tampak sporty, Honda Stream RSZ adalah ciri-ciri yang sesuai dengan kemahuan itu.Ini kerana, Honda Stream RSZ ‘dilahirkan’ dengan bentuk yang menarik dan lebih rendah untuk tampak sporty serta dinamik di jalan raya.Padanan rim bersaiz 17 inci, selain itu ketinggiannya direndahkan sehingga 45 milimeter berbanding model Stream terdahulu membuatkan ia ia lebih mantap.Ciri luaran Stream RSZ dipadankan dengan set aerokit lengkap dan dilengkapi lampu hadapan HID dalam perumah hitam serta gril hadapan krom berwajah baru menaikkan lagi rupa kosmetik jentera tujuh tempat duduk itu.Menerjah ruang dalamannya, latar hitam memperlihatkan ia direka untuk gaya sebuah MPV sporty. Papan pemuka kemas dan disatukan dengan tombol gear menjadikan ruang antara pemandu dan penumpang hadapan lebih lapang.Susunan butang kawalan audio dan penyaman udara memudahkan pemandu mencapai butang dikehendaki.Ia ditingkatkan dengan tombol gear dan roda stereng kulit bersama alat kawalan audio serta pedal aloi bergaya.Kerusi yang dibaluti bahan kain warna hitam adalah kombinasi terbaik kerana mampu mengurangkan menampakkan kekotoran akibat tumpahan makanan atau minuman.



Selain itu, kerusi barisan hadapan juga dilengkapi dengan ‘amrest’ bagi memberi kelegaan jika memandu jauh. Tempat duduk barisan ketiga pula tidaklah terlalu sempit kerana penulis sempat mencubanya dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang, hingga ke Kuala Lumpur.Malah, penulis boleh tidur nyenyak sepanjang perjalanan ketika berada di barisan tempat duduk yang ketiga itu.Kenderaan ini juga boleh me�ngangkut banyak muatan atau boleh mengisi barangan yang panjang selepas melipatkan kerusi barisan kedua dan ketiga.Prestasinya tidak mengecewakan penulis kerana ia dijana enjin 1.8 SOHC i-VTEC dengan transmisi lima kelajuan automatik menawarkan kuasa yang mencukupi bagi saiznya.



Selain itu, ia ditambahkan dengan sistem pintar i-VTEC untuk me�ngawal output kuasa lebih seimbang manakala penggunaan bahan api dijimatkan.Jika kuasa yang dibekalkan tidak mencukupi, penukar gear di bahagian belakang stereng boleh dilakukan secara manual untuk memberi daya pecutan untuk mendaki atau memotong kenderaan lain.Walaupun model ini lebih panjang daripada sedan, kedudukan badannya yang rendah dengan tayar lebar membantu mengekalkan kestabilan. Bantuan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan Reactive Link Double Wishbone pada bahagian belakang membolehkan Stream RSZ meratah selekoh dengan lebih yakin.Stream RSZ didatangkan dengan empat warna bergaya iaitu Putih Mutiara Premium, Mutiara Hitam Kristal, Logam Metalik Berkilat dan Mutiara Merah dijual pada RM158,980.






SPEKSIFIKASIHONDA STREAM RSZ ENJIN1.8 liter, 4 silinder, SOHC, i-VTEC KUASA MAKSIMUM140 PS pada 6,300rpm TORK MAKSIMUM174Nm pada 4,300rpm TRANSMISIlima kelajuan automatik CIRI-CIRI KESELAMATANDua beg udara, ABS, EBD, Sensor Ultrasonic.



bilapahatberbunyi:-Harganya juga menarik.

6 ulasan:

  1. Bagaimana dari segi aircond ke kerusi ketiga..? Panas x?

    BalasPadam
  2. aircond utk kerusi ketiga amat lah sejuk dan dingin tp dengan syarat tingkap belakang n tepi dipasangkan tinted yg benar benar gelap gelita

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik