nuffnang ads

Rabu, 13 Mac 2013

Jiran Malaysia beli F35 termaju dalam klasnya

SINGAPURA - Pemerintah Singapura kini dalam peringkat akhir membuat penilaian ke atas pesawat pejuang F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang mungkin menggantikan beberapa pesawat pejuang F-15 dan F-16, kata Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen dalam satu kenyataan semalam. Eng Hen memberitahu Parlimen kelmarin bahawa Singapura juga berhasrat untuk menukar armada kapal selam negara tersebut sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan kekuatan ketenteraannya yang kini memiliki kelengkapan yang terbaik di Asia Tenggara. "Pesawat pejuang F-35 ini bakal menjadi barisan depan untuk pesawat generasi baharu," tambahnya. Ia dilengkapi satu enjin dan mempunyai kemampuan gagal dikesan radar. Ia dimajukan menerusi program yang diketuai Amerika Syarikat dengan lapan buah negara. Eng Hen juga menyatakan, pihaknya akan menggantikan kapal selam kelas Challenger yang diperoleh dari Sweden pada tahun 1990-an. - AFP Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2NPW9F8Nq Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik