nuffnang ads

Selasa, 23 April 2013

kejam dan ganas-Rogol budak 5 tahun

Suspek kedua rogol budak perempuan lima tahun ditangkap NEW DELHI - Polis India menahan suspek kedua berhubung perbuatan menyeksa dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sini kelmarin. Polis berkata, budak perempuan itu diculik pada Isnin minggu lalu dan dikurung oleh dua lelaki di sebuah bilik bawah tanah bangunan yang dihuni oleh mangsa bersama keluarganya. Jiran-jiran memberitahu, mereka menemui mangsa dua hari kemudian selepas mendengar tangisannya. Media tempatan turut melaporkan beberapa serangan lain terhadap kanak-kanak pada hujung minggu lalu. Antaranya, kes seorang budak perempuan di negeri Assam, timur laut India yang disembelih selepas diperkosa beramai-ramai. Seorang lelaki ditangkap pada hujung minggu berhubung serangan terhadap budak perempuan berusia lima tahun tersebut. Suspek akan dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada minggu ini. Suspek kedua yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan awal semalam di rumah saudaranya di negeri Bihar, timur India hasil maklumat polis. "Dia ditahan sekitar pukul 1 pagi kelmarin (waktu tempatan) hasil kerjasama polis New Delhi dan Bihar," kata ketua polis tempatan, Rajeev Mishra. Jenayah seks kerap berlaku di India yang mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion. Menurut perangkaan polis, kota metropolitan ini mencatat jenayah seks tertinggi berbanding bandar raya lain dengan satu kes rogol dilaporkan dalam setiap 18 jam. - Reuters Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2RH5e37VB Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik