nuffnang ads

Khamis, 14 Julai 2011

Satu Perjalanan 1 Mei 1994-Hari Pertunangan

Everyday I Love You Evermore itulah yang tertulis di kad ucapan mu sempena hari pertunangan kita.Aku harap kata kata ucapan itu tidak hanya diatas kertas tapi di realisasikan di alam realiti.
1 mei 1994 adalah antara hari yang di ingat kerana hari ini adalah hari pertunangan kita.Srsungguhnya hari ini adalah hari yang bertuah dan indah bagi aku.Aku berdoa semoga pertunangan kita di pelihara dan kekal sehingga ke jinjang pelamin.Aku sendiri tak percaya yang aku dah bertunang dengan diri mu.Melihat barang barang hantaran yang berada di depan mata barulah aku yakin yang kita telah bertunang.
Pada pertunang ini aku mengharapkan Emak yang akan menyarung cincin ke jari manis mu.Tapi oleh kerana Emak tak sihat di wakilkan kepada Mak Nab iaitu mak mertua kak som yang kebetulan adiknya pak hamid bersaudara  dengan keluarga mu.
Aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara adik beradik dan para sahabat yang bersusah payah menolong aku menguruskan pertunangan aku.Terutama keluarga abang ipar aku abang Husin dan kak som  banyak banyak terima kasih.Jasa mu tetap di kenang.

2 ulasan:

  1. Bertunang dah rupanya :) Eh maaf ingat takde kemaskini blog. Masuk dah ada tulisan baru :) Rasanya lepas tu ke jinjang pelamin

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik