nuffnang ads

Selasa, 26 Julai 2011

Satu Perjalanan Mei 1996-Rezeki lebih

Hari raya haji yang lalu aku balik kampung di Melaka.Naik kereta yang baru dibeli.Aku beli kereta second hand Toyota XL 1.3(bentuk sama dengan toyota LE) No Plat JBK2738.Bayaran bulanan $500/bln.Mudahlah pergerakkan aku membawa isteri yang sarat mengandung terutama ke klinik dan menghantarnya ketempat kerja.

Lagi satu yang dah masuk dalam perancangan aku nak beli rumah.Aku dah tandatangani perjanjian jualbeli runah kos sederhana rendah di Taman Mawar pasir Gudang.Rumah berharga $65K.Rumah di jangka siap 2 tahun dari sekarang.Jangkaan bayaran kepada bank dalam$550/bln.Deposit rumah ni aku dan ayang guna duit kwsp.

Bunyinya macam banyak guna duit.Memang banyak pun.Buat masa ni kalau aku sorang kerja memang tak cukup.Oleh kerana isteri bekerja dapatlah tambah mana yang tak cukup.Gaji isteri banyak diguna untuk simpanan masa depan.Gaji aku banyak digunakan untuk kos sara hidup.

Motor yang telah banyak berjasa pada aku Honda raider JBG608 telah aku jual untuk ditokok tambah deposit kereta.Sedih jugak tengok motor aku bertukar tangan.uhuhu....

ops!!! jgn lupa awal ogos aku akan dapat baby......senangnya dalam hati..kalau dapat baby..seperti dunia ..ini ana yang punya......

7 ulasan:

  1. abghani..erhh..sya rasa sy dah jawab dah, 5 thun tu sya buat apa,heheee. abghani tak check ni..

    ~saya sambung belajar, diploma dan ijazah

    BalasPadam
  2. oh..lain kali tanyalah lana amik kursus apa,hahahahaa.

    Ok, urmm, bidang lana takda kaitan pun pasal bt roti ke apa. masa belajar,lana amik bidang/kursus sains geomatik..sistem maklumat geografi..

    BalasPadam
  3. wah, rezeki lebih ni..

    org kata kalau kahwin, rezeki akan bertambah

    BalasPadam
  4. insya-allah baby lahir nnt bertambah-tambah rezeki abghani sekeluarga..:)

    BalasPadam
  5. Bro, selalu camtu kan apabila dah kawin je, motor tukar jadi kereta. Hehe. Apapun apabila anak dilahirkan, rezeki bertambah. InsyaAllah...

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik