nuffnang ads

Isnin, 19 Disember 2011

mula mula masuk darjah satu

Teringat dulu masa mula mula masuk darjah satu.Aku tak masuk tadika sebab kat kampung tadika jauh.Masa tu aku tak sabar nak pergi sekolah.Awal pagi aku dah siap.Semangat berkobar kobar.

Hari pertama kat sekolah adalah dalam 5-6 murid yang menangis.Aku steady aje.Yang kelakar bila cikgu suruh ibubapa keluar dari kelas dan tutup pintu ada sorang murid ni
dia meraung sampai panjat dinding kelas.(dinding papan).Kelam kabut di buatnya tak boleh dikawal.Sebab dia sorang yang lain dah jadi cemas.

Jadi cikgu benarkan emaknya duduk sebelahnya.Kalau tak silap hampir 2 minggu jugalah maknya belajar sama dalam kelas darjah satu.

Dari darjah satulah aku mengenal 1+1=2 dan mula pandai membaca.Terima kasih kepada cikgu yang mengajar aku ,mak dan abah kerana menyekolahkan aku.

4 ulasan:

  1. masa akak dulu pun macam tu gak, tak sahkan kalau tak ada yang menagis, akak siap suruh mak balik lagi...

    BalasPadam
  2. thank jugak kepada cikgu, ibu n ayah saya!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum abghani...mmg kenangan itu tetap dlm ingatan...:)

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik