nuffnang ads

Khamis, 8 Disember 2011

Buah fikiran Tun M masih diperlukan

Ekonomi pendapatan tinggi tak datang bergolek
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta semua rakyat memainkan peranan bersama kerajaan bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Beliau yang bimbang rakyat cuma menunggu matlamat itu datang bergolek, berkata, rakyat tidak boleh mengharapkan kenaikan gaji semata-mata untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.
Sebaliknya, tegas Dr.Mahathir, setiap orang perlu meningkatkan produktiviti dan kemahiran supaya kos tidak meningkat apabila gaji dibayar lebih.
‘‘Kalau cuma hendak gaji tinggi tetapi hasil masih di tahap lama, gaji tinggi tidak dapat membeli lebih banyak daripada keadaan semasa gaji rendah.
‘‘Tidak ada makna kenaikan gaji kalau harga barang turut naik. Jumlah nombor tidak penting tetapi kuasa membeli yang penting,” katanya pada Bicara Negarawan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Menurut Dr. Mahathir, peningkatan produktiviti bukan dilaksanakan dengan bekerja lebih masa atau tenaga tetapi melalui pendekatan cara kerja yang lebih efisyen.
Beliau memberi contoh, bagaimana sistem pengeluaran kereta secara besar-besaran oleh Henry Ford berjaya meningkatkan gaji pekerja dan menurunkan harga kereta.
‘‘Dengan mengurangkan kerenah birokrasi, pekerja peringkat bawah juga boleh mendapat tambahan kerja dan gaji dalam masa lebih pendek. Rakyat perlu tahu apa caranya untuk meningkatkan pendapatan tanpa meningkatkan kos,” katanya.
Pada program tersebut, Dr. Mahathir juga meminta rakyat supaya mempunyai sedikit pemahaman soal ekonomi dan tidak membuat tuntutan tanpa mengambil kira kesan daripadanya.
‘‘Kalau gaji turun, mereka buat tunjuk perasaan dan apabila gaji dinaikkan, syarikat terpaksa tutup dan akhirnya pekerja hilang kerja,” katanya.

bilapahatberbunyi:Tun M tetap kami hormati

2 ulasan:

  1. salam;
    betul juga..mana ada makna gaji naik kalau barang juga turut naik,kalau diambil kira masih macam tak naik gaji jugak tak ada nilainya naik gaji.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik